KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, April 14, 2016

dinturtle

Dedahkan Laporan Ketua Audit Negara ! Nak Sorok Apa Lagi ?

Mkini
Melihat kepada respon Arul dan Hafarizam ini, nampak gayanya usaha sudah dimulakan untuk menyelamatkan Najib daripada terpaksa bertanggungjawab daripada skandal 1MDB.

MMO
Amat memalukan bilamana kita terpaksa akur kepada dakwaan dan siasatan pihak luar sedangkan pihak berkuasa dalam negara menyatakan tidak ada masalah.

Tidakkah itu seperti menyatakan pihak berkuasa tempatan tidak mampu atau tidak mempunyai kepakaran untuk menyiasat isu2 seperti 1MDB ? Atau lebih teruk lagi, persepsi negatif terhadap kredibiliti dan integriti pihak berkuasa kita ?

Saya tidak menerima kedua persepsi negatif itu .... selama ini kita berbangga dengan keupayaan dan prestasi pihak berkuasa tempatan, tapi kenapa dalam isu yang melibatkan 1MDB dan Najib, mereka tampak lemah tidak bermaya dalam menyiasat ?

Semuanya kerana Najib, 1MDB dan ...... Jho Low. Habis rosak reputasi negara !

Tapi dalam keadaan yang semakin menekan, pihak 1MDB dan cai2 Najib masih cuba lagi mahu menepis. Kekadang tu jadi malas nak mengulangi hujah2 yang sama. Sebab kita semua sudah nampak dan faham apa sebenarnya yang berlaku. Bila kantoi satu perkara, mereka akan keluarkan alasan yang lain pula ....

Buat masa ini hanya satu perkara yang MUNGKIN dapat membantu beri maklumat sahih/bukti dalam pencerahan skandal 1MDB ini iaitu LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA.

Rakyat wajar bertanya kepada kerajaan kenapa laporan itu masih dirahsiakan di bawah OSA ?

Jika dulu ia di OSAkan atas alasan mahu mengelak sebarang kebocoran berpilih sementara menunggu laporan PAC dibentangkan, kini apa pula alasannya ia masih menjadi rahsia ?

Ke mana perginya laungan2 TUNGGU AUDIT! yang sering digunakan tiap kali kita bertanya mengenai 1MDB atau mempertikaikan kenyataan2 tidak logik mengenai 1MDB ?

APA YANG RAHSIA SANGAT TENTANG 1MDB ?

Adakah untuk menjaga kepentingan kerajaan atau menjaga kepentingan Najib ?

Apakah rahsia 1MDB yang bakal terungkai melalui laporan Ketua Audit Negara itu ?

Dari dulu lagi setiap kali kita pertikaikan apa2, kita diminta tunjukkan bukti tapi bagaimana mungkin kalau setiap perkara mengenai 1MDB dirahsiakan ?

Sebab itu mereka berani cabar minta bukti sebab mereka tahu bukti itu mereka yang simpan dan kini dijadikan satu kesalahan dibawah undang2 kalau didedahkan !

Makanya kita hanya mampu berharap pendedahan dibuat oleh pihak luar bukan kerana kita sengaja mahu percaya kepada pihak luar atau kerana kita galakkan campurtangan asing dalam hal ehwal kita .... tapi kerana pihak dalam negara yang tidak telus.

Tapi lambat laun akan bocor juga ..... transaksi bilion2 dan melibatkan pihak luar tidak mungkin dapat disorok selamanya. Semuanya ada jejak .... ( money trail ) 

Adalah lebih baik sebarang pendedahan dibuat oleh pihak kita sendiri daripada kita terus dimalukan dengan pendedahan oleh pihak luar.

Mulakan dengan Laporan Ketua Audit Negara .... 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

5 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 14, 2016 at 8:25 PM delete

Kepercayaan aku terhadap perlakanaan undang undang di Malaysia ni dan jadi negatif terutamanya berkaitan isu 1MDB INI. Klu pun Laporan Audit diumumkan, aku tetap susah nak percaya dan yakin sbb byk Sgt ruang masa lompipong diambil sblm diumum. Aku lbh yakin laporan penyiasat negara kafir dari penyiasat negara Islam Wasatiyah Najib Razak. PM Wasatiyah ni dari awal kes dah berkali2 menipu rakyat. Wasatiyah kepala bapak APA macam tu. Tlg habaq mai sat version wasatiyah mana dia rujuk?. Elok mampos lagi baik dari menipu orang hidup2.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 14, 2016 at 8:34 PM delete

Lalu teringat peruntukan di bawah sek 114g akta keterangan di bawah tajuk menyorokkan keterangan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 14, 2016 at 10:18 PM delete

Ni lawyer sekolah mana yg ckp tandatangan atas dokumen sbg formaliti & tidak bermakna Najib tahu! Huh! Ingin kita memperjudi nasib kpd org yg tak tahu & bertanggungjawab terhadap tandatangan sendiri!
Kalau pukul tak tahu, faedah apa ada Najib!
Authority apa dia pakai! Sudah lah CEO tak tau statement of account!
Phuh cukup bangsat bangsaku kini!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 15, 2016 at 3:02 PM delete

Din... sekali lagi kite nak tekangkang disini bahawe si malaung tu dah takde banyok mase doh.... mopoh le lepah ning... he he he!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 21, 2016 at 7:52 AM delete

Kalau kes seperti ini berlaku kepada PM of Thailand,sudah tentu tentera sudah tangkap PM untuk disoal siasat.

Reply
avatar