KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, April 1, 2016

dinturtle

DiPentas Kampung Najib Bercakap Tentang Maruah, Di Pentas DUNIA .... Di Mana Maruah Anda ? ? ?

Tu dia ...... satu lagi majalah ekonomi berprestij dunia selepas Time turut komen mengenai PM Malaysia ! Kali ini Fortune, majalah yang sering menjadi rujukan untuk mendapatkan senarai Top Ten / Top 100  dll dalam pelbagai aspek dunia perniagaan, mempersendakan alasan yang sering diucapkan oleh Najib konon beliau tidak mengunakan segala derma2 yang diterimanya untuk kegunaan peribadi. 

Fortune merujuk kepada pendedahan WSJ tentang perbelanjaan mewah Najib Rosmah yang bersifat peribadi.


Seluruh dunia memperkatakan tentang SKANDAL KEWANGAN NAJIB ..... tanpa segan silu lagi dah. Mereka sudah berani menulis secara direct, langsung tidak takut kepada kemungkinan bakal disaman ..... kerana mereka juga yakin dengan segala dakwaan itu yang bersandarkan bukti2 jelas transaksi kad kredit dan pindahan wang.


Fortune

TIME yang baru ni menjadikan Malaysia sebagai contoh sebuah negara yang KORUP di dunia gara2 skandal 1MDB, semalam turut menyiarkan artikel Najib Berbelanja Mewah Sakan -


Time

Selain dari bukti2 sokongan yang menyakinkan, mungkin mereka juga sedar yang Najib TIDAK BERANI cabar dakwaan2 mereka di mahkamah.  Sebab apa TIDAK BERANI  ? Bukankah Berani Kerana Benar ?  Kalau Tidak Berani ?

Semua ini mengingatkan kita kepada cerita Presiden Marcos dan bininya bilamana media seluruh dunia tanpa segan silu dan dengan penuh kenyakinan telah menyiarkan cerita2 negatif tentang penyalahgunaan kuasa dan keborosan lakibini itu ...... apa bezanya dengan Najib Rosmah ?

Apakah langsung tidak ada perasaan malu di hati Najib tatkala satu dunia mencemuh beliau laki bini ? Apakah tidak ada sedikit pun perasaan bersalah kerana telah mencemarkan nama baik negara yang sekian lama di pupuk oleh pemimpin2 terdahulu ?

Apakah Najib masih punya maruah untuk dipertahankan ?


Sinar

Najib pandai bercakap tentang maruah bila mencemuh Tun Mahathir di pentas yang dihadiri oleh orang2 kampung. Langsung tidak disentuh satu pun dakwaan dalam Deklarasi Rakyat, yang disebut hanya kerjasama Tun Mahathir dengan Lim Kit Siang.

Nah, di PENTAS DUNIA pula ...... DI MANA MARUAH NAJIB ? ?


Kenapa tidak mahu dipertahankan ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

5 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 1, 2016 at 6:13 PM delete

FORTUNE sangat berpengaruh dikalangan para usahawan, millionaire malah korperat giant tidak saja di USA. UK, Australia, UE malah menjadi sumber bacaan para peniaga antarabangsa diseluruh dunia. Dengan kata lain segala berita buruk, korupsi, salah urus mahu pun maoney laundring yang berkait dengan 1MDB dan PM Najib Razak makin tersebar dan diperkatakan di seluruh penjuru dunia. Maruah negara Malaysia merudum teruk dan berada antara 10 rating teratas sebagai negara pengamal rasuah di dunia ini. Semua ini berlaku di era Najib Razak terutama selepas isu 1MDB terbongkar selain isu2 sebelumnya berkaitan kapal selam scorpeen dan pembunuhan Altantuya. PM Najib benar2 adalah liabiliti malah menjadi musuh negara ketika ini.

Malangnya kerana Cash Is King dan amalan rasuah yang berleluasa di kalangan mneteri dan YB dari UMNO BN yang berkuasa sejak dulu sehinggalah kini, kesempatan memiliki cash yang berbillion ini digunakan oleh PM Najib untuk membeli sokongan bagi mempertahankan kedudukannya. Cash PM Najib ini telah mensihirkan lalu membutakan akal dan hati para menteri dan YB BN lalu mereka ini menjadi pendokong korupsi dan pecah amanah yang tegar walhal jutaan rakyat jelas melihat situasi songsang yang sedang berlaku dalam kabinet Malaysia hari ini.

Kredibilti Najib Razak makin tnerhakis di kalangan rakyat Malaysia malah juga di dunia. Malangnya kerana satu manusia pembelit dan korupsi ini. maruah negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya terpalit selain taraf ekonomi dan kuasa beli RM merudum berbanding era sebelumnya. Adalah WAJIB Najib Razak dijatuhkan secepatbya walau dengan apa cara jua demi menyelamatkan Malaysia. Mandat rakyat terhadap beliau telah dipersiakan malah dipermainkan dan dianiayai.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 1, 2016 at 6:25 PM delete

Pepatah kata ular menyusur akar tak kan hilang bisanya...ini ular, kat kampung ka, bandar ka, dunia ka...masih tetap ular!!!
Tak guna bercakap dgn ular, dia tetap ular! Kena hantar pergi zoo aje, atau ekstrak bisa buat anti venom!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 1, 2016 at 6:28 PM delete

agaknya berapa cai jadi kondom untuk najib, agar najib terus playsafe. kalu ikut jinggo, keluarganya tak tahu ke mende. yang tahu hanya kecewa bila tdm berbaik dengan kit siang. ertinya kat sini, orang kampung mungkin percaya berita tv dan hanya berita tv sahaja sumber maklumat mereka. so, sekarang najib dan cai hanya perlu bela orang kampung. kat bandar sakit la. sapa yang bertanding di bandar dan ramai pengundi bandar, boleh kira hanyut. kat kampung boleh kira kelabu asap la. nak cakap banyak pun dah tak larat. tak sabar tunggu pru14 jer. orang boleh bela najib, cuma nak percaya tu susah la. kalu tahun 2017 hingga 2018 keluar isu macam ni, mau tercirit la ahli umno nak jawab. hanya kata fitnah memanjang. fakta untuk nafi tak ada langsung. so bro din, kumpul dan keluarkan hujung tahun 2017, mau cai tercirit dedak mau jawab. jawapannya yang pasti, semua ini fitnah, mereka cuba nak jatuhkan melayu. boleh baca dah apa yang mereka nak kata.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 1, 2016 at 7:12 PM delete

Semoga Allah SWT memberi kesederaan pada beliau atas kutukan dilempar terhadap TDM.Tipulah selagi anda mampu tetapi tolong cerita kebenaranya apa yang terjadi hingga memberi kehancuran pada Negara dan parti?.

Reply
avatar
September 29, 2016 at 11:22 AM delete

Banyak polemik dalam politik dalam negeri, di Indonesia banyak juga kisruh politik, salam blogger dari saya di Indonesia

Reply
avatar