KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, April 24, 2016

dinturtle

Isu 1MDB dan Isu Deposit Juta2 Dalam Akaun Najib - Apa Pendirian KJ ?





Artikel kali ni pendek jer, sekadar melontarkan satu persoalan yang tetiba muncul di fikiran sebaik saja baca kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin atau KJ yang meminta pengundi muda Sarawak tetap memilih BN walaupun menyedari mereka marah kepada pemimpin2 BN.

Bukan nak minta KJ jelaskan apa maksudnya yang orang Sarawak marah kepada pemimpin BN, tapi nak tanya kenapa KJ senyap dalam isu 1MDB dan isu 2.6 bil  4.2 bil  timbunan deposit dalam akaun Najib ?

Pac sudah pun bentangkan lapurannya di Parlimen ..... apa pandangan KJ tentang segala pendedahan yang dibuat mengenai 1MDB ? 

Apakah KJ juga turut mempertahankan segala salahlaku pengurusan 1MDB dan ikut sama senada dengan pemimpin2 lain menyatakan bahawa Najib selaku PM, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat tidak perlu bertanggungjawab atas 1MDB ? 

Apakah KJ juga setuju Najib selaku pemutus cara dalam segalanya tentang 1MDB tidak semestinya bertanggungjawab atas tandatangannya dalam meluluskan transasksi 1MDB ?

Bagaimana dengan isu deposit yang beratus juta ringgit yang dikesan masuk ke dalam akaun Najib yang mana merupakan isu berlainan dengan deposit yang dikatakan derma 2.6 bil ? Adakah KJ setuju dengan pandangan AG bahawa Najib tidak bersalah kerana tidak tahu siapa yang masukkan duit itu ?

Walaupun tidak tahu siapa yang masukkan duit itu, Najib Rosmah tetap membelanjakan duit2 itu sampai tak ingat dunia ..... apakah itu juga tidak penting buat KJ  ?

Amat menghairankan, KJ selaku Ketua Pemuda Umno langsung tidak memperdulikan semua isu2 itu yang ketika ini hangat dibincangkan oleh rakyat.

Pendek kata - KJ tidak harus playsafe kerana rakyat ingin tahu pendirian KJ seterusnya membuat penilaian ke atas pemimpin muda yang punya potensi besar dalam Umno ini. 

Kita nak tahu juga tahap pemikiran pemimpin muda Umno ini, apakah sama dengan cai2 Najib lainnya yang sudah atau bersuara mempertahankan Najib.

Diharap para wartawan dapat menanyakan perkara ini kepada KJ jika berpeluang bertemu beliau.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

9 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 24, 2016 at 10:20 PM delete

Pernahkah terfikir tentang bagaimana tergamaknya KJ memberi hadiah rm 30 kepada pemenang perlumbaan basikal kanak dan kesanggupannya menerima penyonglap jutaan ringgit di kementerian belia. Kalau dia sanggup melakukan semua itu. Mengapa dia tidak sanggup terima najib sebagai pemimpin nombor wahiid.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 24, 2016 at 10:20 PM delete

Sebelum tanya apa pendirian KJ terhadap isu-isu di atas, kena tanya dulu: adakah KJ seorang yang berpendirian (berprinsip)...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 24, 2016 at 11:54 PM delete

Saudara Din,
I dont trust this man at all.

Reply
avatar
NAA ZAR
AUTHOR
April 24, 2016 at 11:57 PM delete

Tuan Din,
Bukan KJ aje yg play safe....bahkan semua pemimpin umno same aje

Reply
avatar
PakKaduk
AUTHOR
April 25, 2016 at 12:25 AM delete

Saya setuju dengan Anon April 24, 2016 at 10:20 PM.

Saya tidak rasa hormat pada KJ apabila dikenang sejarah budak2 tingkat 4 masa zaman Pak Lah.

Mengenai pendirian KJ, kita semua sudah sedia maklum, beliau tidak cerdik dan lurus seperti anak syurga yang dianugerahkan Tuhan pada dia.

Pemuda UMNO anggap isu derma RM2.6b selesai.
Rujuk : http://www.bharian.com.my/node/144358



Nota: Berilah kanak-kanak2 pertandingan tu sekurang2nya hadiah basikal atau peralatan sukan berbasikal (jika kononnya takut budak2 pegang duit banyak walaupun sebenarnya orang2 politik tak ada integriti yang tak boleh pegang duit banyak) untuk meningkatkan minat mereka terhadap sukan tersebut.


Reply
avatar
adzzam adzzam
AUTHOR
April 25, 2016 at 12:51 AM delete

KJ aka Kaki Jebon.

Jebon tu apa?
Tanya Do Re Mi...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 25, 2016 at 3:15 AM delete

cakap pasal Sarawak, dalam sebulan dua ni je dah berpuluh kali najib ke Sarawak, dan banyak laporan mengatakan najib bawa bersama banyak duit untuk kempen pru kat sana. soalnya mana dia dapat duit tu. pru 13 dulu belanja sampai rm 1.5 bilion sebab ada 'derma' arab. pru Sarawak ni siapa pula yg bagi derma?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 25, 2016 at 4:40 AM delete

Ketua Puteri macam mana pula pendirian mereka?

Reply
avatar
April 25, 2016 at 9:50 PM delete

Dia akan terus menyokong dan menyepi buat tak tahu. After all, "Birds of the same feather flock together".

Reply
avatar