KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, April 13, 2016

dinturtle

Isu Aabar BVI Adalah Isu Kehilangan Wang Rakyat RM14 Bilion ! Kenapa Pemimpin Senyap ? Tak Percaya Kepada IPIC ?


Sejak pengesahan dari IPIC bahawa 1MDB telah bayar sejumlah USD3.5 bilion kepada sebuah syarikat palsu yang mana IPIC tidak punya kaitan, TIDAK ADA langsung respon dari mana2 pemimpin kerajaan ! Kenapa ?

Tidakkah pemimpin2 kerajaan ini sedar akan impaknya kenyataan IPIC itu ?

Tolak ke tepi dulu soal sokong atau tidak sokong 1MDB, tolak ke tepi sentimen politik, isu ini juga adalah satu isu rakyat yang mana sebagai wakil kepada rakyat, pemimpin seharusnya menyuarakan suara hati rakyat.

Kenyataan IPIC itu mengundang satu persoalan utama - Ke mana perginya hampir RM14 bilion wang rakyat yang telah diamanahkan kepada 1MDB itu ?

Didakwa sebagai bayaran kepada IPIC tapi kini IPIC kata mereka tak terima. Jadi SIAPA yang terima ? SIAPA pemilik akaun bank syarikat palsu yang 1MDB telah bayar duit sebanyak itu ? 

Jika IPIC tidak terima pembayaran itu, adakah jumlah dana itu masih perlu dibayar kepada IPIC ? Sebab di pihak IPIC, 1MDB BELUM BAYAR lagi sebagaimana sepatutnya. Dalam akaun IPIC, 1MDB masih 'berhutang' sebanyak USD3.5 bilion ( RM14 bilion ). 

RM14 bilion telah HILANG, DICURI  dan sebanyak RM14 bilion itu terpaksa digantikan oleh 1MDB bagi memenuhi komitmen asalnya. Soal 1MDB telah ditipu dan dirompak wang, bukan masalah IPIC. Itu adalah masalah 1MDB.

Duit RM14 bilion hilang itu satu hal, apakah sekarang HUTANG 1MDB sudah bertambah sebab dalam akaun 1MDB sebelum ini telah dinyatakan RM14 bilion itu telah dibayar kepada IPIC, tapi kini IPIC kata jumlah itu masih belum diterima ?

Dikatakan sebahagian besar adalah sebagai bayaran deposit dan selebihnya bayaran bagi melupuskan option ( mencecah bilion2 ringgit juga ) tapi deposit itu juga dikatakan akan dijadikan sebahagian aset pertukaran dalam Pelan Rasionalisasi 1MDB dengan IPIC.

Nah .... sekarang aset deposit itu sudah hilang ! 

Dimana lagi 1MDB nak cari RM14 bilion bagi menjelaskan hutang dan bagi menggantikan aset buat tukaran dalam Asset Swap dengan IPIC kelak ? Tinggal dua bulan jer lagi sebelum perjanjian Aset Swap dengan IPIC itu dimuktamadkan.

Bukankah itu melibatkan duit rakyat juga ? Jangan lupa ..... perjanjian Aset Swap dengan IPIC itu adalah antara IPIC dengan 1MDB  DAN  KEMENTERIAN KEWANGAN.

Jadi kenapa tidak ada respon langsung dari pemimpin2 kita ? Apakah anda menganggap ini satu isu kecil yang hanya melibatkan 1MDB saja ?

Terbaru, Bung Mokhtar merupakan pemimpin Umno yang pertama bersuara -


Mkini

Adalah juga SATU suara pemimpin kerajaan yang perihatin dengan isu ini. MANA YANG LAIN  ? Selain menyuarakan kebimbangannya akan kehilangan wang itu dan meminta PAC menyiasat semula perkara ini, Bung juga berkata - "Saya akan bangkitkan isu ini pada sidang Parlimen akan datang (bermula 16 Mei),"

Kenapa tunggu satu bulan lagi, suarakan desak melalui saluran dalam parti atau kerajaan kerana ketika itu hanya tinggal SATU BULAN saja lagi sebelum perjanjian Aset Swap 1MDB-IPIC dimuktamadkan. 

Bukan nak kata duit yang hilang itu boleh dijumpai semula tapi kita mahu isu ini diselesaikan secepat mungkin ! Kita tidak mahu ada kejutan saat akhir.

Kita tidak nampak 'kerisauan' di pihak 1MDB dalam respon mereka kepada kenyataan IPIC itu. Langsung tidak ada keinginan mahu menyiasat perkara ini selain dari mengulangi kenyataan yang 1MDB sudah bayar kepada Aabar BVI.

KLiK

Nada sombong pun ada kalau di baca kenyataan itu ..... Sekarang bukan masanya nak menuding jari tapi seharusnya usaha dimulakan untuk menyiasat perkara ini, kalau boleh BERSAMA IPIC !

1MDB juga seharusnya telah buat lapuran Polis dan meminta pihak Interpol turut bantu dalam menyiasat dalang di belakang Aabar BVI.

Dan jangan lupa siasatan dalaman 1MDB sendiri ..... bagaimana perkara ini boleh berlaku. Siapa yang harus bertanggungjawab ? Siapa yang SAIN ?

IPIC bukan syarikat kecil yang boleh dipermainkan. IPIC syarikat bertaraf global yang berdaftar dalam London Stock Exchange. Kenyataan di LSE itu tidak akan dibuat begitu saja oleh IPIC tanpa siasatan dalaman yang rapi.

London Stock Exhange dan pelabur2 di sana tidak akan menerima alasan2 atau jawapan2 putar belit sebagaimana yang diberikan oleh pihak 1MDB ketika di soal oleh PAC ! 

Dari segi kredibiliti, jauh sangat bezanya antara kenyataan oleh IPIC dengan kenyataan oleh 1MDB.

Bila yang lain2 ini mahu bersuara ?




PS - Duit RM14 bilion hilang dan RM14 bilion perlu dicari untuk ganti .... Tidakkah ini bermakna Isu ini sebenarnya bernilai RM28 Bilion !! ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

17 comments

Write comments
Mohd Sani
AUTHOR
April 13, 2016 at 4:58 PM delete

Asslm.
Aku nak tambah sikit lagi.
Jika utang terkumpul 1mdb sehingga Jan2016 yg lalu berjumlah rm50B bermakna Jika dicampur ngan rm14B yg masih perlu diganti menjadi rm64B..
Woowww..!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 13, 2016 at 5:13 PM delete

Riwayat 1MDB dan pencetus 1MDB sudah hampir ke penghujung.... semoga doa2 rakyat jelata serta kesengsaraan mereka akan mendapat pembelaan dalam sedikit masa saja lagi (kot?)..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 13, 2016 at 5:18 PM delete

Kerja 1MDB a.k.a penasihatnya, menteri mof, dan PM senag sekali... tunjukan bil, atau vaucher bayaran serta akaun terbabit.... selesai masaalah... tapi siapa sangka, bhw itulah masaalah terbesar bagi 1MDB a.k.a penasihatnya, menteri mof, dan PM...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 13, 2016 at 5:22 PM delete

Pepatah 'Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri' kini berubah kepada 'mencuri dulu, bercakap bohong selama2nya

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 13, 2016 at 6:32 PM delete

Kepada yang berminat nak tahu pasal Aabar dan IPIC, ini link ke laman web syarikat berkenaan. Kalau lihat pada informasi yang di berikan memang tak de pun pelaburannya dalam Aabar bvi.
http://www.ipic.ae/english/our-investments/aabar-investments

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 13, 2016 at 7:04 PM delete

Din Turtle, terima kasih upload interbiu dgn tony pua. Pandai ya dia explain benda ni hingga kita (orang mcm saya yg tak brapa faham big business) pun faham juga. Cerdik dia neh. Ada gaya jadi pemimpin. Tapi tu lah. Kita sendiri terbelenggu dgn race politics.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 13, 2016 at 8:06 PM delete

Muka2 yang tak bermaruah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 13, 2016 at 8:07 PM delete

Kena share link ni dgn PAC. Itu pun hassan cari makan xkeh nk buat!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 13, 2016 at 8:08 PM delete

Tak ada apa yang boleh diharap kepada Kabinet Dedak di atas Din! Ingat cerita Ali Baba Dengan 40 Orang Penyamun???. Depa tu lebih kurang 40 orang tu laa juga. Ingat macam mana kepala penyamun berlagak warak dan ke rumah Ali Baba?. Ingat macam mana chief Penyamun diarahkan pergi pangkah dan menanda rumah utk disamun dan diganti dengan timbalan chief penyamun kemudiannya?. Cuma realitinya di Malaysia ketika ini kepala penyamun rajin pakai kopiah putih, jubah, kemudian kerap2 pi umrah dan berselfie kpd umum dan nyanyi nyanyi yahanana (kan kepala penyamun pun lebih kurang yahanana juga kat rumah Ali Baba?) dan on air kat tv. Dalam cerita Ali Baba Dgn 40 Penyamun tu akhirnya semua penyamun termasuk chiefnya mampus. Dan di Malaysia ni pun kepala penyamun dan penyamun2 sedang menunggu masa mampus juga. Allah maha berkuasa lagi maha adil Din. Aku nak tengok sangat Najib and the gang menghuni penjara!. Biar dia sedar tinggi rendah langit serta halal haram memfitnah orang tak berdosa dan menyamun hak awam.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 13, 2016 at 10:42 PM delete

Si Hassan tu ada maruah ke jadi Pengerusi PAC, ternyata gagal, peranan dia hanya untuk menutup jenayah Najib. Memalukan sebagai orang Islam sahaja.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 13, 2016 at 10:47 PM delete

Report polis lah beb

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 13, 2016 at 11:37 PM delete

Itu sebab kita mesti berubah. Tolak race politics ini. Tak membawa apa manfaat kecuali kehancuran. Orang yang ada wibawa bijak memimpin kita tolak hanya atas alasan bangsa tak sama. Padahal kita sama-sama bangsa Malaysia.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 14, 2016 at 12:37 AM delete

1. jawapan 1mdb pasal aabar bvi tu tak masuk akal. walaupun aabar bvi tu dimiliki oleh khadem dan badawy tapi tu tak bermaksud yg aabar bvi tu anak syarikat ipic. kat malaysia ni pun byk syarikat yg pemilik dia sama tapi tak ada hubungan antara satu sama lain.
2. 1mdb hanya anggap aabar bvi tu anak syarikat ipic sebab tak ada dokumen rasmi dari ipic yg sahkan perkara tu waktu 1mdb buat bayaran. tak ke cuai namanya tu buat bayaran ke syarikat lain dari perjanjian hanya berdasarkan anggapan.
3. kenapa najib tak tanya apa2 pasal pertukaran akaun bayaran tu sebelum sign bagi kelulusan.
4. memandangkan khadem tu managing director kat ipic, tak la pelik pihak pengurusan ipic tak sedar pasal hal ini. macam 1mdb juga la, dah bocor baru la nak ambil tahu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 14, 2016 at 11:49 AM delete

Nak report polis pun mcm tak berguna takut yang buat report pulak kena tangkap dan disiasat atas tuduhan hendak menjatuhkan kerajaan Malaysia. Tindakan lain pulak mungkin drebar2 lori di tapak site TRX, mat2 despatch dan mungkin kerani kewangan di pejabat IMDB akan diambil keterangan

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 14, 2016 at 12:48 PM delete

Ya Allah.
Selamatkan negara kami daripada kehancuran.

Tuduh TDM ajak org asing masuk campur urusan negara.

Sendiri yang sign TPPA.

Sapa sebenarnya ajak unsur asing masuk dalam negara???

Macamana maksud,kaedah dan cara yang amerika terima melayu sebagai suatu ketuanan pun tak jelas.

bagi mereka...KAPITALIS...tuan pun aku tak kisah...duit ada...

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
April 14, 2016 at 10:14 PM delete

Hassan cari makan manalah reti check informasi dari WWW ni ....

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
April 14, 2016 at 10:18 PM delete

Dah berapa banyak polis report da...???? apaa nak buat ??? KPN pun satu 'kapal' dgn pemakan dedak .

Reply
avatar