KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, April 21, 2016

dinturtle

Jika Ada Bukti, Samanlah ! Bila Dah Saman .... Mengelak Pula. Alahai Pahlawan Bugis...

Mkini





"Perdana Menteri memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu semalam atas alasan tidak terdapat elemen perbuatan salah laku (tort misfeasance) seperti yang terkandung dalam writ saman dan pernyataan tuntutan plaintif," kata peguam yang mewakili Najib, Wan Azmir Wan Majid.

Seperti diduga, Najib akan berusaha untuk mengelak dari terpaksa menjawab di mahkamah. Rakyat ternanti2 untuk mendengar pembelaan dari Najib akan segala dakwaan2 yang dilemparkan terhadapnya dan kesnya diadili oleh hakim, setelah mendengar hujah2 kedua belah pihak, TAPI Najib pula berusaha bersungguh2 untuk mengelak.

Kita dah biasa dengar ayat2 ini dari cai2 Najib - Kalau ada bukti, SAMAN LAH Najib ! 

Bila betul2 ada orang nak saman, Najib pula akan cuba batalkan kes sebelum ia boleh dibawa ke muka pengadilan.

Sebelum ini kes yang dibawa oleh Anina sudah dibatalkan atas sebab teknikal padahal Anina cuma nak penjelasan jer mengenai dana RM2.6 bilion itu. Rakyat tak kisah pun siapa yang menang dalam kes saman itu cuma penjelasan dari Najib itu yang kita nak dengar.

Kemudian AG pula arahkan SPRM supaya kes Najib ditutup dengan alasan yang begitu lemah dan longgar tanpa sebarang bukti dikemukakan. Berjaya lagi Najib mengelak.

Kalau dah di luar Najib tak nak jelaskan, di mahkamah pun Najib takut nak hadap .... habis tu bila dan di mana lagi yang rakyat boleh dengar penjelasan dari Najib ?

Bila dapat duit berbilion2 masuk dalam akaun ...... Najib senyap.
Bila berbelanja sakan tak ingat dunia ...... Najib buat senyap2.
Bila dah pecah lubang, semua orang bertanya ..... Najib suruh orang lain yang tolong jawab. Sampai bergaduh2 orang berdebat bagi pihak Najib tapi Najib tetap juga senyap.

Apakah tidak ada sedikitpun perasaan tanggungjawab di hati Najib selaku pemimpin tertinggi negara untuk tampil menjawab sendiri isu2 peribadinya ?

Dalam kes di atas, bukankah lebih baik soal ada atau tidak ada elemen perbuatan salah laku itu ditentukan oleh hakim semasa perbicaraan sebenar kes ? Biar kita semua dengar dulu segala pertuduhan dan bukti2 yang ada pada Tun Mahathir, Khairuddin dan Anina terhadap Najib.

Jika tidak , selamanyalah segala pertuduhan itu tergantung tanpa penjelasan yang pasti.

Dalam kes saman Najib ke atas Ling Liong Sik, afidavit atau kenyataan dari Tun Mahathir juga mahu dibatalkan oleh Najib atas alasan teknikal yang remeh iaitu Dr Mahathir tidak menyatakan sumber artikel yang dirujuk dalam afidavit yang dipercayainya benar.


Jika tidak dinyatakan sumber itu, maka mintalah supaya dinyatakan bukannya dipadamkan ! Maksud saya, kalau benar Najib mahu menjawab segala pertuduhan terhadap dirinya, janganlah guna alasan teknikal.


BH 31/3/2016

Najib berdarah pahlawan Bugis ? Hahahahaha ..... pahlawan apa kalau terus mengelak apajua cabaran.

Larilah selagi boleh, Najib .....

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

7 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 21, 2016 at 2:59 PM delete

Saudara Din,
Najib tau..hakim,peguam,polis di malaysia semuanya boleh dibeli. Dia boleh mengelak dengan pelbagai cara kalau di malaysia. Sy berdoa tidak lama lagi si penyangak and his team akan dihadap ke mahkamah luar negara di mana smuanya kebal dari disogok. Masa tu terbentang lah semua kisah benar bkaitan najib..mulutnya akan di tuil sehingga bersuara jgk akhirnya.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 21, 2016 at 4:14 PM delete

Pahlawan lanun pahlawan pengecut pahlawan dayus. Rasanya lebih sesuai untuk Najib.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 21, 2016 at 4:29 PM delete

DT,
Kalaulah mahkamah terima untuk batalkan saman ni, no doubt that Malaysia will be number one in the rank most corrupt country... in Y2017 kot... mintak dijauhkan...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 21, 2016 at 8:28 PM delete

Eee.gerammnyaaa aku dgn si lembik ni.kalau la aku dpt ikat kat pokok.pastu bubuh kerengga dalam suar.sekeh tengkuk 4 kali.

-kayugolf-

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 21, 2016 at 8:35 PM delete

i got a strong feeling. makamah akan tolak saman mahadhir.
klau betul.andain saya. we malaysian r in big trouble

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 21, 2016 at 8:51 PM delete

Pak DIN, bolehkah kita katakan berkokok berderai2 tetapi ekor bergelomang dengan tahi.Ketar juga nampak.

Reply
avatar
nia lisa
AUTHOR
April 23, 2016 at 1:21 AM delete

Mmg najib berdarah pahlawan bugis,titisan sultan hasanuddin..dia tak prnah kata dia pahlawan bugis tapi maksudnya darah pahlawan bugis dari moyangnya dahulu..korang blajar tinggi tapi statement najib tak faham..dia mmg pakai falsafah bugis spt falsafah 3 hujung.,pantang berbalik haluan bila layar sudah dikembang,bersama hidup bersama membangun,membela yang lemah,pantang dikhianati dan byk lagi..dia guna falsafah bugis sbb dahulu kerajaan bugis tak mcm kerajaan kat tanah melayu yg tunduk pada siam mahupun cina minta perlindungan..kerajaan bugis tak..sbb itu lah najib bgga dgn moyangnya yg tak prnh bgi ufti kat mna mna kerajaan..mmg najib pahlawan dan siap perang dgn penceroboh cthnya pgganas sulu..nak tahu sgt najib pahlawan ke tak,haa ini cadangan aku pd semua yg rasa berani sgt..cdgn aku korang buatlah mcm pgganas kat lahad datu tu,pasti korang konyol atas command najib yg berani..satu lg falsafah bugis yg korng tak tahu adlh mngelak persengketaan..jalan ikut depan dihalang ikut belakng tp kalau dihalang jugk guna lah falsafah biar mati demi menegakkan siri iaitu martabat dan maruah..

Reply
avatar