KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, April 27, 2016

dinturtle

Jika Deklarasi Rakyat Melanggar Undang2, Cuba Najib Nyatakan Apakah Cara Lain Untuk Rakyat Meminta Najib Lepaskan Jawatan PM ?

Mkini

Saya tidak menonton ucapan Najib di TV tadi dan sekadar membaca sepintas lalu apa yang dilaporkan oleh media internet. Biasa jer .... Tapi saya agak terkejut baca lapuran Mkini di atas kerana apa yang dilapurkan itu tidak ada dalam mana2 lapuran media lain termasuk Bernama.

Kebetulan transkrip penuh ucapan Najib tadi ada di blog Najibrazak.com dan saya prinskrinkan di bawah -

149. Di persimpangan ini,… kita harus beringat-ingat bahawa, negara kita ini,… negara yang berdaulat, merdeka lagi berundang-undang. 

150. Maksudnya,… kita tidak boleh berbuat sesuka hati, dengan mengajak rakyat bertindak di luar batas-batas undang-undang, rule of law dan apa yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan. 

Termasuklah,… mengadakan deklarasi-deklarasi dan membuat referendum, dengan mengutip tandatangan orang ramai untuk tujuan-tujuan tidak baik yang tertentu. Ketahuilah, saudara dan saudari, semua ini adalah salah dan tidak betul di sisi undang-undang.


Najib tidak sebut secara spesifik Deklarasi Rakyat tapi Najib sepertinya merujuk kepada Deklarasi Rakyat yang kini sedang giat diusahakan oleh Tun Mahathir dan gang Selamatkan Malaysia.

Sebagai seorang Perdana Menteri, Najib harus menjelaskan dengan tepat apakah yang beliau maksudkan dalam ucapan di atas merujuk kepada Deklarasi Rakyat. Kerana kenyataan itu merujuk kepada satu tindakan yang melanggar undang2.

Mengikut pemahaman saya, ia TIDAK merujuk kepada Deklarasi Rakyat sebab Najib hanya merujuk kepada mengutip tandatangan orang ramai untuk tujuan-tujuan tidak baik yang tertentu. Sedangkan apa yang kita buat ini - Deklarasi Rakyat, tujuannya saya yakin sepenuh hati adalah BAIK, YANG TERTENTU.

Cai2 Najib pastinya akan kata Najib merujuk kepada Deklarasi Rakyat.  

Jadi Najib tidak seharusnya membiarkan kenyataannya dalam keadaan tergantung. Kena JELAS, TEPAT DAN SPESIFIK.

Bila ia berkaitan dengan undang2, ia pastinya akan melibatkan pihak berkuasa. Kita tidak mahu berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

Kita juga tidak mahu mewujudkan satu polemik baru dari segi terjemahan apa yang Najib ucap.  Cakap biar jelas !

Kita tidak mahu dengar pandangan atau tafsiran dari cai2 Najib, ia mesti datang dari Najib sendiri sebab dia yang tahu apa maksud ucapannya dan kepada siapa ditujukan ayat itu.

Jika benar Najib maksudkan Deklarasi Rakyat ini melanggar undang2, maka kemukakan undang2 mana dan Perlembagaan mana yang telah dilanggar ?

Saya percaya semua kita tidak akan melakukan sesuatu yang jelas melanggar undang2. Apa yang ratusan ribu rakyat sudah lakukan setakat ini dengan menandatangani Deklarasi Rakyat adalah dengan penuh kenyakinan ianya dibenarkan oleh Perlembagaan dan oleh sistem demokrasi yang negara kita amalkan.

Jangan dibiarkan rakyat dengan tafsiran masing2. Itu tidak bertanggungjawab namanya sebagai seorang PM.

Kenapa tidak Najib cakap saja berterus terang bahawa - Kedudukan saya sebagai Perdana Menteri tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun. Tidak ada ruang langsung dalam Perlembagaan untuk rakyat mencabar kuasa saya sebagai Perdana Menteri.

Saya hanya boleh lepaskan jawatan Perdana Menteri sekiranya parti BN tewas dalam PRU atau sekiranya saya tewas jawatan Presiden dalam Pemilihan Umno.

Kan senang kalau begitu ... sebab kalau melalui usaha Deklarasi Rakyat ini dianggap sebagai melanggar undang2, cuba beritahu apa lagi cara yang ada yang dibenarkan undang2 untuk meminta seorang Perdana Menteri meletakkan jawatannya ?


PS - Mungkin Najib juga boleh jelaskan kenapa sebagai penjawat awam, beliau harus dilayan secara intimewa berbanding yang lain bila bab menerima wang ke dalam akaun peribadi dan senyap mengenainya selama lebih 2 tahun ? Atau menerima wang dari syarikat GLC ke dalam akaun peribadi tanpa penjelasan secara senyap kemudian belanja sakan bersama keluarga  juga secara senyap ... undang2 mana yang kata itu tidak bersalah ?

Itu belum cerita bab 1MDB lagi ... 




dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

12 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 27, 2016 at 7:07 AM delete

Suruh dia dan kuncu2 dia cermin diri betul, siapakah sebenarnya yang melanggar dan men abut undang2

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 27, 2016 at 9:55 AM delete

Din, biasalah ... membuat kenyataan separuh masak adalah kerja nya sejak mula memerintah.. sikap ini sangat tidak bertanggungjawab. Sejak dulu, kenyataan si konon pahlawan ini sengaja dibuat untuk memberi peluang kepada penjilat2 beliau menembak musuh... dia tak sedar tindakannya hanya menimbulkan kekeruhan dikalangan rakyat, menimbulkan spekulasi, sangkaan dan fitnah... tapi pandai pulak dia marah bila orang buat spekulasi dan tuduhan disebabkan kenyataan separuh masak (baca sebagai usaha untuk berbohong)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 27, 2016 at 10:37 AM delete

Saudara Din,
Sepatutnya najib pun kna bringat2..sepandai2 tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 27, 2016 at 11:23 AM delete

Sgt tepat statement en Din! Tak perlu nak kata sbg PM Najib mesti bertanggungjawab sbb dia mmg tidak.
Saya sbg rakyat mmg tidak mengiktiraf Najib sbg PM pun!
Melanggar undang2 huh...buang la pangkat & pengaruh tu, mari turun padang mengenai undang2.(tak kan lah berani si bangsat ni!)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 27, 2016 at 11:37 AM delete

Q memang jenis buat benda tak jelas. JWab kerugian 1mdb tak jelas, kes berbilion duit masuk akaun peribadi tak jelas dari siapa, untuk apa. Duit atau unit tak jelas.Isu syarikat tak wujud dapat duit berbilion tak jelas, siapa yg arah bodyguard bom minah Mongol tak jelas.....byk weii .... boleh gelar Bapa tak jelas ni....

Reply
avatar
ramlan aziz
AUTHOR
April 27, 2016 at 11:51 AM delete

Hoho....mcm que sera sera pulak dah...negaraku....

Reply
avatar
sirimuda
AUTHOR
April 27, 2016 at 1:25 PM delete

Unparalleled state of affairs concerning Najib he got so many reason the only reason is through penglibatan rakyat men jadi dia naik cuak because the burden of proof he is the only one got escape dono which law school he is from which say he himself said can be broken

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 27, 2016 at 5:37 PM delete

Pahlawan yg KUAT BOHONG.. dia ingat rakyat ni BODOH.. mcm Si Pemakan Dedak yg dia kasi MAKAN.

Sejak dari Hari Pertama jadi PM, ASYIK BOHONG-BOHONG, DAN TIPU, MEMBERI JANJI2 PALSU...

Teringat kisah Dajjal, dia janji syurga, padahal neraka..

Adakah salah seorg pengikut mereka? Ahli Kehormat Freemason ?

Reply
avatar
abdul majid
AUTHOR
April 27, 2016 at 8:43 PM delete

Salam brother Din...

Dulu, kini dan selamanya... Selama mana? 2018 or 2023? Dulu = 2009. Kini = 2015 ➕ 2016. Selamanya = 2018 cukup la kot.

'Setengah masak' ini bila la nak masak/matang yea...!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 27, 2016 at 9:55 PM delete

1. Jika deklarasi rakyat itu diluar batas perundangan, dah lama AG buat pendakwaan.
2. Mungkin deklarasi rakyat boleh saman piyem for insinuating they're performing illegal activity. It's slanderous!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 27, 2016 at 11:00 PM delete

Selama ni pun dah berapa kali dah Najib ni buat sidang akhbar?...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 30, 2016 at 6:21 PM delete

Orang yg Memujanya akan diberi ganjaran Syurga Dunia dan org yg Melawan/Mengikutnya akan diberi Neraka Dunia..Itu lah sifat DAJJAL yg sebenar..

Reply
avatar