KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, April 25, 2016

dinturtle

Kalau 1MDB Tak Boleh DiPercayai, Kenapa IPIC Sain Juga Aset Swap Tahun Lepas ? Mungkin Ini Jawapannya ....

Ada perkembangan mengenai 1MDB@IPIC yang memerlukan sedikit penjelasan. Ada yang bertanya saya kenapa selepas baru ni IPIC gertak kata tak nak bayar dah hutang 1MDB kerana 1MDB gagal menunaikan bahagiannya dalam perjanjian Aset Swap, tetiba keluar pula kenyataan IPIC akan tetap bayar hutang 1MDB itu ? Adakah IPIC buat Uturn ? Adakah ini bermakna 1MDB tidak bersalah ?

Mkini

Hutang yang dimaksudkan adalah bayaran faedah USD50.3 juta dari bon pinjaman USD1.75 bil yang diuruskan oleh Goldman Sachs yang mana IPIC menjadi penjaminnya.

Nampak ? Kalau 1MDB tak mampu bayar, IPIC selaku penjamin harus bertanggungjawab jika tidak nama IPIC juga akan turut malu.

Perjanjian Aset Swap pula adalah antara IPIC dengan 1MDB dan MOF (kerajaan kita) jadi penjamin. Jadi di sini IPIC mungkin juga mahu menunjukkan satu contoh kepada kerajaan kita apakah tanggungjawab sebagai penjamin jika 1MDB kantoi tak mampu bayar hutang.

Jadi USD50.3 juta itu akan dituntut juga oleh IPIC daripada 1MDB dan kerajaan sebagai penjamin. 

Saya bagi contoh ya -

A beli kereta dengan pinjaman dari bank tapi bank tak percaya.kepada kemampuan A untuk bayar balik. So A buat perjanjian lain dengan B supaya B jadi penjamin pinjaman bank itu.  Standardlah kalau A kantoi, sebelum bank pi cari B dan memalukan B di mata jiran, lebih baik B tolong jelaskan hutang A pada bank.

A dah nak bangkrap, so A buat satu lagi perjanjian dengan B. A mengaku dah tak mampu nak bayar hutang bank. B kenalah bayar semua baki hutang2 A itu dan A janji akan berikan hartanya yang sama nilai kepada B. Kalau tak cukup juga, B boleh ambil bini A sekali buat jadi hamba abdi.

Jadi sekarang, jika anda jadi adik beradik A, apakah anda akan setuju A serahkan bininya kepada B sebagai sebahagian tukarganti hutang A kepada B setelah anda tahu bini A kaki boros, kuat kontrol laki ?

Ish, melalut la pulak ......  contoh last itu tidak ada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau yang sudah mati, ok.

Pendek kata - 1MDB telah memalukan nama negara Malaysia BIG TIME !

Memanglah sudah ada perjanjian Aset Swap dimana IPIC yang akan tolong bayarkan hutang USD50.3 juta itu tapi IPIC telah menghebahkan kepada satu dunia bahawa 1MDB telah kantoi bayar hutang kepada IPIC. 

Sudahlah menjadi mangsa kepada janji manis 1MDB, tapi IPIC juga terpaksa menanggung hutang 1MDB kerana mahu menjaga namanya. 


                                                    *****************************

Sebelum ini kerajaan melalui jurucakap MOF, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari ada berkata yang isu hutang USD50.3 juta itu hanyalah pertikaian perniagaan antara 1MDB - IPIC dan kerajaan tidak perlu campurtangan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berpendapat ia adalah hanya pertikaian perniagaan di antara dua syarikat berkenaan.

"Jadi, ia tidak akan melibatkan kerajaan, tetapi kerajaan mengambil perhatian terhadap isu itu. Pada tahap ini, saya fikir, kita tidak mahu campur tangan.

"Kami membenarkan 1MDB dan IPIC untuk menyelesaikannya di antara mereka," - Mkini.


Saya tidak pasti apakah pihak MOF atau kerajaan ada bersuara sebelum kenyataan di atas itu ? Maksud saya, apakah MOF ada komen apa2 mengenai pendedahan ekoran bentangan laporan PAC di parlimen ? 

MOF ada komen apa2 mengenai kes penipuan besar bilamana duit 1MDB sebanyak RM14 bilion telah lesap ? 

MOF ada komen apa2 tak bila IPIC umumkan perjanjian Aset Swap dibatalkan ? Bukankah MOF juga salah satu pihak yang terlibat dalam perjanjian itu ?

OK, yang ini PENTING untuk kita sama2 fikirkan -

Semasa 1MDB buat pinjaman USD1.75 x 2 dengan Goldman Sachs yang dijamin oleh IPIC dulu tu, apakah kerajaan terlibat sama ? Maksud saya sebagai penjamin ? Tidak dapat dipastikan, kan .... sebab dokumen perjanjian itu tidak diserahkan semasa siasatan.

Tapi dek sebab kepandaian Arul, sudah tidak timbul keraguan bahawasanya kesemua hutang2 itu bersama interestnya kini sudah dijamin oleh kerajaan !

Baca apa yang jelas ditulis dalam perjanjian Aset Swap 1MDB-IPIC :

1MDB and MOF have agreed to perform the obligations contemplated in the binding term sheet and to indemnify IPIC and Aabar for any non-performance, and vice versa. ( KLiK )


Bijak kan Arul Kanda ..... kepentingan IPIC sudah dijamin oleh kerajaan kita.

Mungkin itu sebabnya kenapa IPIC tetap juga mahu menolong 1MDB tahun lepas, bukan sebab Just Unit itu punya nilai atau sebab IPIC masih percaya kepada 1MDB, tapi kerana perjanjian Aset Swap itu sebenarnya adalah satu jaminan dari kerajaan kepada semua hutang2 1MDB.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 25, 2016 at 11:18 PM delete

Ada banyak faktor yang mungkin kita tak dapat jangka.

50m yg interest payment yg due kalau ikut nilai ciput sangat bagi IPIC . Rasanya IPiC sengaja nak buat supaya ada act of default Ini penting untuk IPIC buat tuntutan terhadap 1mdb lepas ini.

kita sebenarnya tak tahu apa kandungan binding sheet , maklumat yang kita ada cuma declaration IPIC kepada LSE.

1MDB dah tunjukkan inability to serve borrowing commitment, jadi kalau IPIC buat tuntutan , basis tuntutan lebih kuat sebab 1mdb dah bukti ketidkupayaan membayar hutang.

Orang tak akan bagi duit free kat kita so tunggu tuntutan dari IPIC

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 26, 2016 at 9:20 AM delete

Din, boleh lah saudara cerita kan mengenai satu mdb no dlm bahasa mudah, org biasa macam saya ni boleh faham, so that I can explain to others too.
Nampak sungguh complex isu INI, susah nak explain Kat kakak dan abang, sebab banyak sangat technical terms ,

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 26, 2016 at 12:50 PM delete

"Orang tak akan bagi duit free kat kita so tunggu tuntutan dari IPIC"

Macam mana pula yang dikatakan "derma"?

Reply
avatar