KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, April 6, 2016

dinturtle

Kalau Sendiri Sudah Tidak Punya Maruah Untuk DiPertahankan, Fikirkan Maruah Rakyat Pula ! Boleh tak ?

FMT
Tu dia .... abam kita dah marah ....

Bukan saja WSJ, tapi sesiapa saja yang ada menggunakan / menyebarkan laporan WSJ dalam isu RM2.6 bilion untuk mengkritik Najib, Azalina tuntut supaya memohon maaf !

“Those responsible for launching this investigation on the basis of false documents and reporting must set the record straight. They must apologise for damaging the reputation of the Prime Minister and Malaysia,”

Sebab kata Azalina, WSJ  sudah memperbetulkan/menukar kenyataan mereka yang asal mengenai RM2.6 bilion iaitu dari mendakwa ianya datang dari 1MDB kini menjadi derma dari Arab, yang mana menurut Azalina membuktikan WSJ melaporkan dokumen palsu sebelum ini.

She said that WSJ had corrected its initial version of saying the money found in Najib’s personal accounts had come from the nation’s sovereign fund 1Malaysia Development Berhad (1MDB), to later saying it was donated by Saudi Arabian donors, which allegedly proved that it had published false documents.

Beberapa pemimpin lain turut berkata yang sama. 

Kalau rakyat berbohong atau membuat tuduhan yang kemudiannya didapati palsu, pastinya akan didakwa mengikut undang2. OK lah tu.

Bagaimana kalau pemimpin pula yang sengaja membuat dakwaan palsu dengan niat untuk mengaburi fikiran rakyat akan sesuatu situasi supaya memihak kepada Najib ?

Sebab kenyataan Azalina di atas jelas merupakan satu penipuan ! 

Bolehkah Azalina dan pemimpin2 yang senada dengannya buktikan di mana yang ada menunjukkan WSJ mengesahkan dana 2.6 bilion itu adalah derma dari Arab Saudi ?

Bolehkah Azalina dan pemimpin2 yang senada dengannya buktikan dokumen mana yang dikatakan sebagai palsu itu ?

Bang, kalau betul ada bukti yang menunjukkan dokumen yang digunakan oleh WSJ itu palsu, tolonglah kemukakan dan kita boleh dengan senang hati settlekan isu ini serta bersihkan nama Najib !

Yang buat isu ini panas dan berlanjutan sekian lama dan langsung tidak menunjukkan ia akan selesai malahan petunjuk yang ada mengatakan isu ini akan semakin hangat adalah cara Najib dan kerajaan menanganinya. Langsung tidak aktif apatah lagi proaktif.
 Dari hanya WSJ dan beberapa media lain yang memainkan isu ini tahun lepas, kini sekurang2nya 53 media antarabangsa sudah mula melaporkannya ! 

Kalau dibiarkan, tidak mustahil isu 2.6 bilion ini bakal memecah rekod dunia sebagai SATU-SATUNYA isu skandal penyalahgunaan kuasa yang diikuti perkembangannya dari awal hingga akhir oleh seluruh masyarakat dunia ! Macam drama sinetron dunia gitu .... yang disaksikan secara LIVE.

Kes2 lain hanya dilaporkan selepas tertuduh ditangkap atau selepas mahkamah menjatuhkan hukuman. Tapi kes 2.6 ini, setiap perkembangannya dilapor dan dikuti oleh dunia !

Malulah wei .....

Cerita bagaimana Peguam Negara kita membebaskan Najib dari segala dakwaan turut diketahui semua dan semua orang di dunia yang mengikuti kes ini akan mempersoalkan, kalau dah bersih kenapa isu ini masih lagi dan semakin panas ?

Bukan saja Najib malahan sistem perundangan dan penguatkuasaan negara kita juga turut menjadi perhatian dunia ketika ini.

Yang pasti, apajua pendedahan selepas ini akan diberi liputan meluas oleh media2 antarabangsa.

So..... kalau benar Azalina boleh buktikan dokumen yang digunakan oleh WSJ itu palsu, tolonglah keluarkan segera ! 

Bagaimana dengan cerita Xavier Justo yang kononnya dapat membantu membuktikan asas cerita WSJ dan SR adalah palsu ? Keluarkanlah ...... 

Kita cuma nak tahu kebenaran saja. Kita juga mahu kes ini diselesaikan dengan kadar segera. Kita tidak mahu nama negara terus menjadi bahan ketawa masyarakat dunia. Kita malu .......

Kalau Najib tidak mahu saman WSJ pun, apa yang menghalang beliau dari berterus terang dan jelaskan pada semua apa yang sebenarnya berlaku ? 


Tunjukkan bukti yang 2.03 bilion itu sudah dipulangkan. Tampilkan siapa penderma itu. Buktikan yang baki yang telah dibelanjakan itu sebenarnya adala dana politik dan tidak disalahgunakan untuk tujuan peribadi.

Setakat cakap saja tak cukup ........ apalagi bila WSJ sudah mula menyenaraikan perbelanjaan2 mewah yang bersifat peribadi sambil mendakwa punya cukup bukti bagi menyokong dakwaan itu.

Nah.... kenapa Najib tidak cabar saja WSJ supaya keluarkan bukti2 itu kalau beliau sendiri tidak sanggup untuk berbuat demikian ?

Rakyat tak kisah siapapun yang keluarkan bukti. Rakyat cuma mahu isu ini diselesaikan secepat mungkin !

Kalau benar Najib bersalah dan akhirnya berundur ..... rakyat tak kisah pun, asalkan isu selesai.

Kalau benar Najib tidak bersalah dan terus memerintah ..... rakyat tak kisah pun, asalkan nama negara bersih dan kita tidak lagi ditertawakan.

Kenapa masih nak bermain tarik tali ? Pihak media memanglah tarik tali ini permainan mereka. Mereka tidak rugi apapun jika kes berlanjutan lama kerana mereka mengaut untung dari laporan2 mereka TAPI kerajaan yang ikut sama main tarik tali ni APA UNTUNGNYA ?


Bercakap tentang pendedahan terbaru oleh ABC mengenai deposit BARU ke dalam akaun Najib dan pendedahan baru oleh WSJ tentang perbelanjaan mewah Najib Rosmah, kenapa kerajaan masih DIAM ?

Pemimpin2 kerajaan ni faham atau tidak yang RAKYAT SUDAH MULA FED UP ! ? Fed up dengan cara Najib dan kerajaan Najib menangani isu2 ini.

Saya bagi satu contoh betapa bangangnya cai2 Najib ni  ..... Bila saya minta supaya Najib segera tampil jawab segala dakwaan itu, seorang cai Najib boleh kata - Mana buktinya ?

Adoyai ...... Adakah itu bermakna Najib dan kerajaan akan buat bodoh jer dan biarkan saja media antarabangsa berterusan memainkan isu ini dan jadikan negara kita sebagai bahan ketawa dunia ?

Mana buktinya ?  TUNTUTLAH  MEDIA2  ITU  TUNJUKKAN  BUKTI  MEREKA ! Tak payah saman kalau rasa malu. Tapi takkan nak minta mereka kemukakan bukti pun malu ?

Ini bukan permainan politik dalaman negara seperti contohnya pemimpin Dap tuduh pemimpin Umno rasuah, atau pemimpin Pkr tuduh pemimpin Umno songlap duit atau pemimpin Umno tuduh pemimpin Pas jual balak dan sebagainya. Yang dituduh boleh buat tak tahu jer, buat bodoh jer dan jawab - mana buktinya ?

Ini sudah peringkat WORLD ! 

Kalau cai2 Najib sudah tidak punya maruah lagi yang perlu dipertahankan, tapi ramai lagi rakyat Malaysia yang masih punya perasaan malu dan rasa tercabar dengan segala penghinaan ini. So tolonglah fikirkan maruah orang lain kalau sendiri sudah tidak punya maruah !

Hentikan permainan tarik tali dengan WSJ atau dengan ABC atau dengan SR atau dengan Tun Mahathir .... Juga hentikan usaha mengalih tumpuan rakyat dengan isu2 lain.  Kalau nak main isu2 lain pun.... teruskanlah TAPI tangani isu Najib ini SEGERA.

PS - Dengan cara Najib dan kerajaan Najib menangani isu 2.6 bilion setakat ini, terusterang saya katakan, rakyat dah mula syak ada sesuatu yang mahu disorokkan. Lagak mereka seperti lagak orang yang bersalah.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

6 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 6, 2016 at 5:04 AM delete

Nampak gah sangat, apa lagi samanlah wsj. Kenapa tak berani Dan takut. Kita tengok siapa yang sebenarnya penipu Dan pengkhianat.

Reply
avatar
FZL Resources
AUTHOR
April 6, 2016 at 8:02 AM delete

Memg tak bleh nak jawap......Klu bleh dah lama dah.......Serawak report dah keluarkan bukti bank statment.....dulu tunjuk AG punya screenshot jer....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 6, 2016 at 9:30 AM delete

Terima kasih kerana menyenaraikan isi hati dan fikiran kami Mr Din. Tak semua orang pandai menulis seperti anda. Ini adalah perkara2 yg sentiasa dlm fikiran tiap hari dan memikirkan juga apa akan jadi dengan generasi kita akan datang yg terhimpit dengan keadaan ekonomi dan politik skrg ni. Moga Allah juga berkati usaha anda Mr Din.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 6, 2016 at 11:30 AM delete

Burulah kebenaran hingga terungkai segala kemelut.

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
April 6, 2016 at 12:34 PM delete

Din,

Memang aku hairan sehairan hairannya... Kenapa Mohd Najib tak upaya nak tunjuk bukti yg katakan dia tak bersalah. Walhal bukti tu ada ditangan dema. Kalau Mohd Najib dah buang buku bank dia dalam jamban pun, dia boleh mintak salinan penyata dari AmBank. Boleh mintak Bank Negara sahkan.

Pastu buatlah sidang media, tunjukkan penyata tu (macam Apandi Ali tunjuk money-flow dulu). Terangkan pada tarikh sekian2 terima sebanyak sekian2 dari si polan bin si polan, melalui akaun nombor sekian2. Tunjukkan sijil 'tanggung halal' jika ada.

Kalau dalam sijil tu ada cakap Mohd Najib boleh belanja sesuka hati dia, maka seelok2nya terang le sikit kat mana dia suka belanja, berapa banyak. Tak kisahlah kat Jakel atau warong Chanel pun, itu hak dia. Cuma nak tau saja kemana jumlah wang itu pergi.

Kemudian bila dah kata wang sekian2 banyak dikembalikan kepada Tok Arab yang beri derma peribadi secara ikhlas tadi, maka tunjuklah bukti bila hantar, ke akaun sekian2. Dan berapa bakinya yg tinggal.

Semua maklumat tu Mohd Najib boleh beri. Segala bukti dia yg pegang. Dan seluruh rakyat Malaysia tentu akan tertunggu2 sidang media sebegini.

Dan tutuplah sudah isu 2.6b. Kita dah tak boleh nak pertikai lagi.

KECUALIlah jika sidang media tu ambil masa kurang 1 minit saja utk baca kenyataan. "MACC sudah jalankan siasatan dan dapati tiada apa2 keraguan atau kesalahan dalam isu 2.6b ini. Selesai!"

Statement macam tu hanya layak untuk pak menteri dan umat UMNO penjunjung Mohd Najib saja. Bukan utk rakyat jelata yg hari demi hari semakin bijak sebagai penganalisis politik.

Saudarai Azalina boleh ke buat macam tu? Kalau tak pandai, kalau takut, ajak Apandi Ali duduk di sebelah. Panggil dua tiga Tan Sri lagi tolong temankan, tolong angguk jika perlu.

Ada MARUAH atau ada BARUA?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 6, 2016 at 1:54 PM delete

Alah...azlina & talibarut2 yg lain, cakap, komen pakai air liur tak gunalah.
Nak bombastik guna terma2 canggih buat apa.....bagi tunjuk bukti lah. Pusing balik buat deduksi matematik sekolah rendah buat apa!
Sitcom pi mai pi mai tang tu pun lg seronok nak tengok lah!

Reply
avatar