KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Saturday, April 16, 2016

dinturtle

Kenyataan Menteri Luar Arab Tidak Beri Impak Pun ....

FMT

Hari ini cai2 Najib suka sangat sebab Menteri Luar Arab Adel Al-Jubeir kononnya telah mengesahkan RM2.6 bilion itu adalah derma yang tidak mengharapkan apa2 balasan.

Ini yang Adel cakap -

"We are aware of the donation and it is genuine with nothing expected in return. We are also fully aware that the Attorney-General of Malaysia has thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing.

"So, as far as we are concerned, the matter is closed," he told Malaysian reporters here on Thursday.- Thestar.

Dan ini terjemahannya -

"Kami sedar tentang derma itu dan ia maemang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa peguam negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia di Istanbul semalam.- mkini.


Orang yang sama telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini yang dana itu merupakan satu bentuk pelaburan dan bukannya satu derma.

“It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia,”

Maknanya, Adel sudah tukar kenyataannya dari pelaburan kepada derma. Dan ditambah dengan ayat we are aware atau kami sedia maklum / kami tahu / kami sedar .

Siapa identiti penderma itu ? Tidak disebut....

Adakah penderma itu orang perseorangan atau kerajaan ? Tidak disebut .....

Apakah ada kaitan dengan 1MDB ? Tidak di sebut ...

Apakah kenyataan Adel itu bersifat pendirian resmi kerajaan Arab atau sekadar pandangan peribadi ? Tidak dapat dipastikan ....



Bukan apa, kita tak nak buang masa berdebat tapi kemudiannya jawapan bertukar lagi. So ... adakah ini jawapan yang akhir ? Anda yakin dengan jawapan ini ? 

Kenyataan yang awal oleh Adel kita padamkan dan terima yang ini saja ? Betul ? Tak nak ubah dah ?

Bagaimana dengan cai2 Najib pula ? Yang sebenar2nya yang muktamad adalah jawapan yang mana ? Derma peribadi atau derma politik ? Nak buat perang ISIS atau nak perang pengaruh Ikhwanul Muslimin  atau hanya nak pastikan Umno terus menang PRU13 ?

Dan Najib tidak guna pun duit derma itu untuk kegunaan peribadi ? Betul ?

Kita pun dah naik bosan dengan pindah2 goalpost ni !  Jadi buat sementara ini kita hold dulu komen sehingga pihak Najib tekan butang pilihan jawapannya. Yalah, yang bercakap semua orang lain, padahal Najib yang terima duit itu buat bodoh jer ...

Kemudian kita perhatikan reaksi dua brader ni -

Setiausaha akhbar Najib,  Sharifuddin Tg Ahmad berkata Tun Mahathir harus bertanggungjawab berhubung kerosakan reputasi Malaysia. Begitu dengan media2 asing ....

Tengku Sharifuddin berkata, kenyataan menteri Arab Saudi itu mengesahkan apa yang dipertahankan oleh Najib mengenai derma RM2.6 bilion dan penemuan pelbagai agensi sah yang menyiasatnya. - Mkini

Boleh namakan pelbagai agensi sah yang menyiasat yang telah membersihkan Najib itu ? Yang kita tahu cuma AG saja ....

Azalina pula kata kenyataan Adel itu membuktikan dana itu bukan datang dari 1MDB.

Beliau berkata sebelum ini, ramai yang mempertikaikan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa wang derma itu datang daripada Arab Saudi, bukannya daripada 1MDB.

Namun, katanya, kumpulan Deklarasi Rakyat terus mengelirukan rakyat dengan menuduh perdana menteri terlibat menyeleweng dana 1MDB.

"Terbaru, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut membuktikan yang perdana menteri tidak terlibat dalam apa-apa salah laku dalam urusan syarikat 1MDB. Jadi siapa yang berbohong selama ini?" - Mkini.

Sekali lagi kita nak tanya Azalina - Tang mana ayat Menteri Luar Arab itu kata dana itu bukan dari 1MDB ?

Kita tidak diberitahu SIAPA penderma itu,  Jadi bagaimana kita tahu yang dana itu tidak punya kaitan dengan 1MDB ? Bagaimana kalau penderma itu adalah salah seorang putera Arab yang pernah terlibat dengan 1MDB ? Tidakkah itu nanti bakal menimbulkan spekulasi wujudnya kaitan dana itu dengan dana 1MDB ? ( Perenggan ini kalau anda nak layan konon wujudnya penderma Arab itu )

Juga pertanyaan kepada Azalina - tang mana ayat dari laporan yang dibentangkan PAC ada membersihkan Najib dari salahlaku 1MDB ?

Apa yang kita tahu laporan PAC langsung tidak sebut apa2pun tentang salahlaku Najib, baik ada atau tidak ada. Sebab PAC itu sendiri masih kekurangan banyak bukti yang tidak dikemukakan oleh 1MDB. Ini bermakna laporan itu masih tergantung. 

Pendek kata - Laporan Pac tidak bersihkan nama Najib dan ia juga tidak sabitkan kesalahan Najib secara muktamad.

Lagi menarik, laporan PAC langsung tidak menolak sebarang dakwaan oleh Sarawak Report selama ini malahan ia mengesahkan apa yang SR laporkan !


Dan yang terbaru sekali, kenyataan IPIC membuktikan bahawa berbilion ringgit duit 1MDB telah hilang .... di Tanah Arab. SIAPA yang songlap ?

Point artikel ini, kita boleh nak berdebat tentang kenyataan Menteri Luar Arab itu. Takkan ke mana juga. Sebab kenyataan itu terlalu umum dan tidak ada fakta langsung. Oya kenapa perlu Adel sebut Peguam Negara kita ?

Kalau dulu .... masa isu 2.6 itu baru timbul dan sebelum pendedahan oleh AG tentang dana2 lain yang masuk akaun Najib dan sebelum pendedahan oleh ABC dan WSJ tentang perbelanjaan peribadi mega mewah oleh Najib Rosmah, kalau dulu Menteri Luar Arab itu sebut mungkin ada juga impaknya. Tapi kini .....KALAUPUN kita tolak ketepi isu derma itu, masih banyak lagi isu yang Najib perlu jawab.

Dan kita juga masih menanti pendedahan lanjut dari penyiasat2 luarnegara berkenaan dana 1MDB yang didakwa haram. 

Jangan nanti timbul pula pendedahan baru tentang money trail dari syarikat palsu Aabar BVI ke mana2 akaun lain yang boleh dikaitkan dengan Najib yang mana jumlah amaunnya sebesar 2.6 bilion atau lebih !

Sebab itu malas nak debat kenyataan Menteri Luar Arab itu .... Isu2 Najib ni dah jadi semakin kompleks dan tidak semudah itu ( jawapan umum seperti yang disebut oleh Adel ) untuk bersihkan dana 2.6 bil itu. 

Tunggulah ... tak lama lagi akan ada pihak yang jawab kenyataan Adel itu ... tak perlu kita cepat melatah.

Oya, terfikir satu perkara .... Kenapa brader kita dua orang ni terpaksa menunggu 'bantuan' dari luar sedangkan Najib yang seharusnya punya LEBIH BANYAK BUKTI untuk bersihkan namanya, tidak pula bersuara ?

Penyata Bank kan ada ?

Bab belanja mewah itu pun Najib Rosmah, PMO dan cai2 semua langsung tak jawab ? Dari mana datangnya duit ?  Deposit2 selain dari 2.6 bil pula datang dari mana ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

10 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 16, 2016 at 12:11 PM delete

Tiba2 adel si menteri luar tu sebut hingga ke peguam negara... tau pulak yg si AG ni dah hilang reputasi dan perlu backup dari luar yek?. Gamaknya siapa yg suruh si Adel ni sebut hingga ke AG yek?
Lepas tu akhir sekali, pandai pulak si Adel ni confirmkan bahawa kes ditutup... macam tutup buku lah ye.... inilah satu tanda bahawa si adel ni dah dapat signal dari pihak pmo supaya mengeluarkan kenyataan umpama senjata terakhir najib... lepas ni gamaknya boleh la tidur lena sekejap sebelum dtg bom baru dari wsj atau pihak lain... kesian sungguh pm kita ni...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 16, 2016 at 12:32 PM delete

Apa pun jawaban yg diberi Najib serta regim beliau tentang 1MDB sekarang ini, aku sama sekali tidak mungkin mempercayainya. Logik akal semua orang tahu isu ini bukan sedikit telah menjejaskan maruah Najib malah maruah negara Malaysia. Isu ini juga mengakibatkan kepercayaan rakyat serta dunia kepada sistem kewangan, perundangan dan kehakiman negara merudum teruk. Kenapa Najib perlu membiarkan perkara ini menjadi kerosakan besar selama ini jika sejak awal dulu dia mempunyai bukti, fakta dan jawapan yang kukuh untuk menjelaskan kebenarannya. Kenapa sampai perlu memecat kawan2 sendiri dalam parti sedangkan dia mempunyai bukti dan fakta utk mempertahankan diri bahawa dia dipihak benar?. Amat anih kerana sejak awal Najib berkali kali berbohong dan memilih menipu dan menunggu sekarang untuk menjelaskan dan terkial kial cuba menunjukkan bukti (tak ada satu pun fakta/dokumen bertulis) yg cuma berdasarkan cakap mulut/lisan. Kenapa perlu tunggu sehingga kerosakan dan perpecahan berlaku utk memveri penjelasan dan tidak diawal dulu?. Logik mudahnya ialah memang Najib dipihak bersalah dan kengganannya menunjukkan keseluruhan dokumen2 bertulis berkaitan 1MDB serta bukti transaksi pemindahan wang interbank sepanjang siasatan SPRM, PAC mahu pun Audit Negara adalah satu indikasi, sign atau prabukti yang menunjukkan beliau serta regim korupnya sedang berusaha menutup kebenaran daripada ditegakkan. Ketakutan dan keengganan beliau memberi kerjasama sepenuhnya terhadap semua siasatan berkenaan menjelaskan kepada kita bahawa Najib Razak selaku PM Malaysia ketika ini tidak syak lagi adalah petualang negara sebennarnya. Kita selaku rakyat berhak menjatuhkan kepimpinan jenis korup dan pembelit besar ini demi menyelamatkan negara dari kepimpinan rakus dan tamak haloba begini.

Reply
avatar
PakKaduk
AUTHOR
April 16, 2016 at 2:50 PM delete

Memang lawak sungguh tengok tok sheikh tu jawab. Tak ada pun dia sahkan duit derma tu daripada kerajaan arab saudi. Pelik sungguh cara berita tersebut dilaporkan.

Mengikut tafsiran rasuah SPRM, derma atau pemberian yang diterima oleh penjawat awam (termasuk PM) dikira sebagai RASUAH.

Kalau Najib boleh lepas bebas apabila dia terima derma (baca: RASUAH) sudah tentu semua penjawat awam yang lain boleh terima rasuah juga.

Kenapa pihak berkuasa kita menjadi buta dalam hal ini agak membingungkan kita semua.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 16, 2016 at 3:49 PM delete

Adakah najib sggup menggadaikan negara dan keselamatan kita kpd negara luar demi nak selamatkan airmukanya? Apa agaknya tawaran najib kpd Arab saudi. Jgn sama sekali mngiakan rancangan Saudi berperang dg negara lain kita angguk demi mendapat favor kecil dr Saudi.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 16, 2016 at 5:10 PM delete

Makin ramai pemimpin umno dah jadi orang bangang bila bersuara cuba pertahan pembohongan Najib.Ini la bala agaknya kalau amanah yg diberi untuk berkhidmat pada rakyat dikhianati.This shall be their last in govt and hopefully off to bamboo river.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 16, 2016 at 5:26 PM delete

Adel balas budi sebab Najib hantar anak buah Malaysia gi perang kat situ bersama Arab Saudi kut...dan lain2 mungkin

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 16, 2016 at 7:55 PM delete

1MDB dan derma dah jadi taik! Busuknya dah merebak seluruh dunia.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 16, 2016 at 9:13 PM delete

Org Arab pun boleh terima derma juga. Ini satu formaliti aje, tak semestinya menteri luar tau. PM Malaysia, tandatangan dia pun dia tak tahu!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 16, 2016 at 10:44 PM delete

Alaaaa baru2 ni pm ke arab saudi pergi kawtim la tuh... dan tinggal pesan kat si mangkok tu... "sampai masa saya bagi signal (bila dah nk putus nyawa) awak keluarkan kenyataan bla bla bla... yang bertahun dulu kenapa dok senyap?.. mmg malaun lah puak2 ni...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 17, 2016 at 3:39 AM delete

nak menipu biar lah cerdik sikit..
mana punya ceruk punahsehat najib pakai..
menyusahkan rakyat siang malam..

Reply
avatar