KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, April 20, 2016

dinturtle

Khas Buat Annuar Musa Yang Bercakap Soal Pemimpin Tidak Bermoral .... Mohon Sumbangan Idea Anda !

Ini satu lagi lapuran yang saya tak sempat nak komen sebelum ini tapi rasa macam kena juga komen sebab kenyataan dari Ketua Penerangan Umno, Annuar Musa ini memang world !

Mkini
“Dia sebagai seorang penjawat awam, dunia tahu dia membeli satu aset pada harga yang tidak munasabah dan dia tidak mungkin mendapat harga itu jika tidak kerana jawatannya sebagai seorang ketua menteri, “

SETUJU SANGAT2 dengan kenyataan Annuar itu.... pemimpin yang menyalahgunakan kedudukannya sememangnya TIDAK BERMORAL !

Tahniah kepada Annuar kerana masih mampu berfikir soal moral seorang pemimpin. Hmmmmm ....

Pemimpin yang tidak bermoral harus diambil tindakan mengikut undang2, dan hukuman maksimum mesti dikenakan jika sabit kesalahan kerana sebagai pemimpin, seseorang harus menunjukkan contoh yang terbaik. 

Pemimpin bukan saja harus bermoral tapi juga kelihatan bermoral. Pemimpin yang tidak bermoral dalam melaksanakan tugasnya harus dipecat ! Dia tidak layak jadi pemimpin jika tidak bermoral @ tidak mampu memikul tanggungjawab sebagai pemimpin.

Hmmmmm ...... Soal moral seorang pemimpin ini pula adalah universal .... tak kira kaum apa, ugama apa, rakyat negara mana  ..... dan parti apa. Juga tidak terhad kepada soal beli banglo murah dari harga pasaran semata2.

Hmmmm ...... lupa la pulak nak tulis apa lagi .... mohon anda sambungkan, ya... harap2 Annuar baca.


PS - Kalau nak ungkit cerita bekas pemimpin yang berkuasa, tak payah lah buang masa ya, sebab namanya pun bekas ... takde kuasa dah. Takut ada yang nak ungkit cerita pemimpin2 lama hingga zaman Kesultanan Melaka ... yalah, mereka semua pun bekas pemimpin juga. No point kan ... So hadkan kepada pemimpin yang sedang memegang kuasa ! 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

14 comments

Write comments
Raja Kumbang
AUTHOR
April 20, 2016 at 7:39 AM delete

Bro Din, kalau kita nak cakap pasal moral bekas pemimpin yang di recycle jadi pemimpin balik kira macam mana?

Reply
avatar
tebing tinggi
AUTHOR
April 20, 2016 at 8:02 AM delete


Pemimpin-pemimpin UMNO pahamke tentang moral ni ?.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 20, 2016 at 8:51 AM delete

Annuar Musa....ha Ha Ha...MARA apa cerita? Lidah memang tak bertulang, sedap bercakap annuar musa. Tak perlu nak ulas konteks moral org lain atau rakan2 setalibarut annuar musa dan yg utama Najib, ketua annuar musa. Moral & annuar musa ada ke seperti isi dgn kuku atau 'isi perut aku dulu!!!'

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 20, 2016 at 10:50 AM delete

Anuar Musa....Tiada selera nak komen

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 20, 2016 at 11:46 AM delete

Hanya di Malaysia..
Kalau beli hartanah dibawah harga pasaran, maka teruklah kena bedal.. TV3 tiap malam setengah jam dok bantai... sebulan berturut2 tak pernah miss...
Tapi kalau beli aset berharga 60 juta, tapi dibeli dgn harga 2 kali ganda mahal, tak mengapa pulak.... termasuklah scopene dan hartanah di Australia oleh pemgerusi mara (siapa ye? anda kenal ke?)... tak pernah disebut sekali pun dalam TV3, dan akhbar tisu jamban...
(Dulunya saya adalah pembenci tegar pada LGE dan LKS serta parti perkauman DAP... tapi sekarang, ada yang lebih patut dibenci dari mereka ini... termasuklah pengerusi mara serta penasihat 1MDB tu)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 20, 2016 at 12:21 PM delete

Apa Pandangan Dato Seri tentang MORAL bilamana seorang pemimpin MENGAKU MENERIMA RM42 JUTA DIAKAUN PERIBADI TETAPI TIDAK TAHU SIAPA YANG MEMASUKAN TERSEBUT? APAKAH BELIAU MEMPUNYAI MORAL DAN AMANAH BILAMANA BELIAU TIDAK MELAPORKAN KEPADA PIHAK BERWAJIB TENTANG KEMASUKKAN WANG TERSEBUT?

Reply
avatar
JoeJB
AUTHOR
April 20, 2016 at 2:36 PM delete

Menteri2 yang makan dedak ni semua binatang yang bertopengkan manusia. Jangan dilayan, kita tunggu aje boss dia si pondan tua tu hilang kuasa... dah tak lama lagi..... Lepas tu sekor2 binatang ni kita sumbatkan dalam jel sebab bersubahat dengan si pondan tua tu rompak duit rakyat .

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 20, 2016 at 2:44 PM delete

annuar musa ? buang masa aku aja din...raup muka pun dah tau, pemakan dedak and pencacai najib...org kelantan sendiri dah reject dia...just wait for next election aje....
apa apa yg sangkut dng najib, mt, umno, bn and kabinet 1mdb, aku, keluarga, kawan kawan and ramai rakyat malaysia akan pangkah buang depa nie ...Dulu aku memamng pangkah Umno but not this time Din....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 20, 2016 at 2:54 PM delete

...teringat pula al kesah seorang KSU yg didakwa kes rasuah suatu masa dulu...orang lain makan nangka orang lain yg kena getahnya....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 20, 2016 at 3:25 PM delete

Najib pernah beli ayam harga seringgit sblm PRU. siap bangga, minta rakyat pandai tawar menawar mcm dia.... ayooonnnn betoi


- terjun tiruk

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 20, 2016 at 7:04 PM delete

Pak Din hang ludah sebiji pepat pada muka.Ada akai fikirlah jangan jadi ular berbelit-belit.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 21, 2016 at 1:33 AM delete

Najib bukan penjawat awam ke? Kalau penjawat awam boleh terima derma secara peribadi ke?

Reply
avatar
tatang ka
AUTHOR
April 21, 2016 at 10:18 PM delete

Komen tentang moral. Mana mana menteri yang berdiam diri atau menyokong skandal 1mdb dan 2.6b tdk layak bercakap pasal moral kerana mereka tidak lansung bermoral dan bermaruah.

Reply
avatar
ABU IMAN
AUTHOR
April 22, 2016 at 7:31 AM delete

Dalam perundangan di kata, I rest my CASE

Reply
avatar