KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, April 11, 2016

dinturtle

Kreativiti Najib Terserlah Dalam Kes Ini

Artikel kali ni bersifat ringan jer ... saja nak buat bahan senyum malam2 ni. Masih ingatkah anda insiden Najib kantoi sebagai Menteri Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen mengenai kewujudan wang tunai USD1.103 bilion di BSI Singapura yang mana akhirnya ditukar kenyataan itu kepada Unit pada bulan Mei ....

Dalam hansard Pac, Arul cuba menjelaskan kekeliruan itu -


Tak perlu nak serius sangat ... kita bukan nak pertikaikan penjelasan Arul di atas maupun cara Kementerian Kewangan yang hanya merujuk kepada laporan media untuk menjawab soalan bertulis di Parlimen ....



... tapi misteri yang kita sering tertanya2 selama hampir satu tahun ini adalah bahagian ini -

" Keputusan untuk menggunakan bank di Singapura bertujuan untuk memudahkan urusan pengeluaran wang memandangkan peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan kelulusan BNM diperoleh bagi setiap transaksi wang melebihi RM50 juta "

Dari mana Najib dapat idea untuk jawapan di atas tu ? Arul tidak sebut langsung alasan sebegitu apatahlagi disebut dalam hansard atau laporan Pac. So .... dari mana datangnya kreativiti Najib dengan jawapan seperti di atas itu ?

"Keputusan" siapa yang Najib rujuk ? 1MDB takde sebut pun ... Kalaupun jika dirujuk kepada kesilapan Arul sebagaimana yang dijawab dalam Hansard di atas, setakat jawap jer wang USD1.103 bilion itu ada dalam BSI dalam bentuk wang tunai sudah cukup. Ni yang pi tambah2 dengan mengutuk peraturan BNM tu apakehal ?

Adakah melalui pengalaman peribadi kerana dah biasa sangat berdepan dengan karenah BNM setiap kali bertransaksi melebihi RM50 juta ?

Tapi memang kelas otak Najib ni dalam menokok tambah alasan kepada jawapan yang diberikan !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

4 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 11, 2016 at 6:55 AM delete

Kementerian kewangan Malaysia main kongkalikong dengan bank negara negara Malaysia sendiri untuk menipu bank negara Malaysia sendiri. Kalau bank negara Malaysia sendiri nak diperdaya oleh kementerian kewangan sendiri, ini menunjukkan menteri kewangan itu jenis manusia apa?

Reply
avatar
adieu1999
AUTHOR
April 11, 2016 at 1:18 PM delete

Menteri kewangan yg bg idea tu untuk pm jwb

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 11, 2016 at 4:09 PM delete

Pendek kata BNM menyusahkan Najib sbb tak boleh makan. Jadi kena melalui jalan tikus.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 11, 2016 at 6:45 PM delete

Menteri kewangan malaya je yg nak elak kerenah bank negaranya sendiri. Tidak pernah terjadi di mana2 sebelum ni

Reply
avatar