KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, April 8, 2016

dinturtle

Laporan Pac Telah Buktikn Segalanya BENAR !

Sinar
Semalam PAC telah bentangkan laporan 1MDB di hari terakhir sesi Parlimen. Kalau nak berdebat tentang laporan itu boleh saja, tapi di sessi lain.

Yang paling awal memberi komen adalah Najib dan cai2nya ...... kesemua mereka mempunyai satu misi saja iaitu - Bersihkan Najib !

Malah komen Najib sendiri agak kelakar bagi seorang PM - Pac buktikan Tun Mahathir salah. 

Dan bergeraklah cai2 Najib menjelajah ke serata alam maya mendendangkan lagu Pac Kata Najib Tak Salah ! Tidak ada penyelewengan ! Tidak ada duit hilang ! Nah, amek ko .... hahaha...

Saya percaya ramai yang masih belum baca keseluruhan 106 mukasurat laporan Pac itu. Nasihat saya bacalah. Percayalah, anda akan punya konfiden level yang lebih tinggi selepas baca laporan itu. Kepada pembaca tetap blog ini, anda akan mudah faham dan mampu menghabiskan pembacaan dengan cepat kerana -

Laporan PAC telah MEMBUKTIKAN segalanya BENAR ! 

Pac telah mengesahkan setiap laporan dan dakwaan yang kita buat berkaitan 1MDB selama ini. Baik berkenaan cerita disebalik permeteraian kerjasama 1MDB-Pertrosaudi seperti yang didedahkan sebelum ini maupun minit2 mesyuarat yang menguatkan hujah2 kita.... dan Pac kasi cap jari.

Semuanya BENAR belaka .... kata Pac.

Anda boleh baca ringkasan isu2 yang selama ini kita ungkitkan dan kini telah disahkan oleh Pac di SINI dan SINI. ( kita akan sentuh dengan lebih terperinci di artikel lain )

Jadi kita akan merasa teramat hairan kenapa Najib dan cai2nya mengaku laporan Pac telah membersihkan nama Najib ?

Cuba minta mereka tunjukkan di mana dari banyak2 masalah 1MDB yang Pac kata semuanya OK ?

Di mana yang Pac ada kata tidak wujud sebarang isu penyalahgunaan kuasa atau tidak ada kes songlap wang 1MDB ?

Pac hanya menyiasat setakat ruang lingkup 1MDB saja, setakat menyatakan ADA masalah dengan sekian2 transaksi tanpa melangkah lebih jauh untuk merungkai permasalahan itu.

Contohnya dalam isu pembayaran US$700 juta kepada Goodstar dalam isu 1MDB-Petrosaudi. Pac berhenti setakat menyatakan transaksi itu wujud dan ia pelik. Selepas wang itu dibayar ke Goodstar, apa jadi ? Tidak ada jawapan ....

Begitu juga pembayaran deposit dalam isu Aabar Investment PJS Ltd - Transaksi itu wujud dan ia pelik. Benarkah IPIC yang terima ? Tidak ada jawapan .....

Pac tidak ada sekali pun nyatakan segala transaksi2 pelik yang selama ini kita duk bisingkan, adalah OK.  Jadi macamana cai2 Najib boleh kata wang itu semua tidak hilang ? Tidak di songlap oleh sesiapa pun ?  Sebab Pac tidak ada kata apapun dengan nasib wang itu ! Siasatan mereka terhenti setakat 'rumah' 1MDB. Mereka tidak melangkah keluar dari situ. Apa yang berlaku kepada wang sebaik keluar dari akaun 1MDB, mereka tidak siasat dan mereka tidak tahu.

Pendek kata, Pac telah mengesahkan segala isu2 1MDB yang kita bangkitkan selama ini adalah BENAR !

Tambah memedihkan jika dibaca sebagai - Pac juga sebenarnya telah mengesahkan segala dakwaan Sarawak Report ! ( dalam ruang lingkup 1MDB )

Kita menantikan laporan Pac untuk mengesahkan apakah cerita dan dakwaan oleh SR benar atau palsu dan kita juga mahu tahu maklumat mana yang telah diubahsuai sebagaimana didakwa cai2 najib ..... tapi Pac pula mengesahkannya sebagai BENAR/

Makanya saya lihat keterujaan Najib dan cai2nya mengeluarkan kenyataan semalam adalah untuk mempengaruhi pemikiran rakyat bahawa Pac telah menyucikan Najib dan 1MDB dari sebarang dakwaan salahlaku.  Mereka sebenarnya panik !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

6 comments

Write comments
FZL Resources
AUTHOR
April 8, 2016 at 1:13 PM delete

Ya..tiada yg tidak benar melainkan semuanya benar belaka........Utk memastikan penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan lain2 jenayah kewangan ..ia bukan tugas PAC...tepai tugas agensi penguatkuasa....PDRM, SPRM ..dlam kes ini PDRM diberi tugas oleh bekas AG Gani Patail....Jd...Serawak Report tidak menipu....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 8, 2016 at 1:25 PM delete

Din,

Ha ha ha. Satu regim dah termakan "dedak kangkang" Najib Rosmah. Semua pemuja Najib Rosmah dah diperbodohkan dek "dedak kangkang". Semua dah "hilang nafsu" dek "dedak kangkang" laki bini itu. Abis satu regim pemakan "dedak kangkang" dah "erectile dysfunction" Din. Kalau dan ED Din, hidup pun tak guna, bini sendiri pun benci dan meluat Din apa lagi orang lain. Depa tu Din dah jadi zombi Din, semuanya dengan "dedak kangkang" laki bini tu. Biasanya zombi ni layak ditembak mampus saja Din oii. Hidup pun menyusahkan orang awam. Dah jadi bodoh dan lemah, depa tengok babi pun nampak macam kambing. Sebab tu laporan PAC sebut lain, depa faham lain. Zombi ni kira dah jenis manusia dah mampos Din tapi masih ketagih nak hidup lagi

Reply
avatar
PakKaduk
AUTHOR
April 8, 2016 at 2:30 PM delete

Kalau baca laporan PAC tu semua yang Dr Mahathir cakap benar belaka kecuali bahagian hutang yang melebihi RM42bil tu.

Walaupun laporan PAC itu tidak lengkap sepenuhnya (kerana mereka tidak memanggil Najib selaku pengasas & pengerusi 1MDB merangkap menteri kewangan dan juga PM yang terlibat secara langsung dengan segala keputusan mengenai 1MDB perlu dirujuk kepada beliau), kebanyakkan cadangan2 PAC itu antaranya supaya siasatan menyeluruh (atau siasatan forensik) terhadap 1MDB dilakukan oleh pihak berkuasa iaitu polis dan SPRM adalah baik pada pandangan saya.

Maka, adalah pelik bagaimana dengan laporan PAC itu nama busuk hanyir PM Najib boleh dibersihkan ? Tidak syak lagi ini merupakan kes rasuah yang jelas dan nyata!

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
April 8, 2016 at 2:39 PM delete

Aku nak tunggu ulasan di tv3 saja. Takde masa nak baca laporan 100+ muka tu.

Jom pakcik makcik felda, kita tonton tv3.

Apa tajuknya?

'PAC buktikan Tun Mahathir salah.'

Isy isy isy... Mahathir, Mahathir. Hang buat fitnah rupanya!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 8, 2016 at 3:03 PM delete

Cai Najb ni dah macam termakan dedak haram, darah dah penuh kuman penyakit buatan najib, sampai semua benda busuk pun baunya wangi.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 9, 2016 at 1:41 PM delete

salam bro din.

macam TPPA ada 6550 mukasurat
Hak ni ada 106 mukasurat

hanya segelintir iaitu 2-5% rakyat akan khatam semua tu.

dan bangkitkan soalan macam macam...

Rakyat haklain...terima ajer...NAJIB is CLEAN AS PAK LAH...

patut depa buat laopran lima ribu mukasurat..

Reply
avatar