KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Saturday, April 2, 2016

dinturtle

Mematah Hujah Artikel Salleh Keruak - Finally The Truth Emerges

Sehari dua ini banyak kita dengar cai2 Najib tampil menyokong surat sokongan pak Arab yang didedahkan oleh ABC Australia sebagai bukti kononnya dana itu datang dari Arab dan secara otomatis, mahu kita terima ia juga bukti dana itu bukan dari 1MDB.

Hujah ini senang di balas iaitu hanya kerana dana itu datang dari tanah Arab tidak membuktikan ia tidak ada kaitan dengan 1MDB. Bukankah kerjasama 1MDB-Petrosaudi turut melibatkan seorang putera Arab, orang yang sama bercuti dikapal mewah bersama Najib sebelum semua kemelut ini bermula ?

Malahan isi surat itu sendiri menimbulkan keraguan apakah ia benar2 ditulis oleh seorang putera raja Arab. Ramai yang syak surat itu walaupun asli ( dalam konteks surat yang sama yang dikatakan diserahkan kepada badan penyiasat ) tapi palsu ( sengaja ditulis oleh pihak Najib kononnya bagi menunjukkan penderma atau putera raja Arab itu wujud padahal semuanya hanya rekaan semata2 )

Menariknya, hanya bahagian itu saja yang disebut oleh cai2 Najib. Bab2 lain seperti tarikh surat itu 1/11/2011, amaun US$375 juta, siapa penulisnya dan berapakah jumlah sumbangan yang telah diterima Najib, tidak pula mereka mahu komen.

Dan kenapa baru sekarang mereka pula yang beria2 sokong setelah sekian lama disimpan ? Adalah tu .... nak cover line !

Menteri multimedia, Salleh Keruak ada mengulas pendedahan terbaru WSJ di artikel terbaru ( KLiK ) beliau. Biasanya selepas Salleh tulis, akan adalah beberapa blogger yang copy paste. So adalah lebih baik kita komen terus dari sumbernya.

Pertamanya, Salleh kata Najib telah diserang hebat oleh media, dibicara dan didapati bersalah oleh media.... dan Najib pula yang terpaksa buktikan dirinya tidak bersalah

Sejarah membuktikan yang Najib segera menyalahkan Tun Mahathir sebagai dalang disebalik pendedahan WSJ tahun lepas, kemudian hanya sebut yang beliau tidak menggunakan duit awam untuk kepentingan peribadi. Seterusnya Najib DIAM MEMBISU  ..... tidak mengiyakan atau menafikan dakwaan WSJ itu.

Rakyat pula seperti ditipu kononnya Najib mahu saman WSJ sebagai bukti beliau berani kerana benar tapi setelah berpuluh Selasa berlalu, habuk pun tadak !

Dalam Najib diam itu, cai2 beliau berusaha menafikan tuduhan WSJ itu dengan pelbagai alasan yang mereka sendiri fikirkan. Muhyiddin dilucutkan jawatan Timbalan PM sebab banyak bertanya tentang RM2.6 bilion. AG di lucutkan jawatan kerana dikatakan dalam proses membuat pendakwaan terhadap Najib dan digantikan dengan AG baru yang kemudiannya menetapkan tidak ada kes terhadap Najib.

Badan penyiasat dan PAC diganggu tugas mereka .... SEMUANYA kerana isu RM2.6 bilion !

Alih2 Najib mengaku ADA terima duit itu ...  mereka yang duk pertikaikan kesahihan dakwaan WSJ dulu tu dan bermatian mempertahankan kesucian Najib, tak terasa hancing ke ?

Standardlah mereka mana ada malu punya .... kalau musuh buat silap sikit, bersungguh2 mereka akan serang tapi kalau mereka dan Najib berulangkali buat silap .......?

Contoh kekantoian besar Najib :

- tidak mengaku akan dakwaan WSJ tapi kemudian akhirnya mengaku pula

- Menipu dalam Parlimen konon wang tunai ada di Singapura. 

- LARI dari berdepan dengan Tun Mahathir semasa Nothing To Hide dan LARI dari berucap di forum antarabangsa mengenai rasuah ( IACC ) di mana kita adalah tuanrumah

- Masih tidak mengaku 1MDB itu RUGI dan tak mendatangkan untung satu sen pun kepada negara hingga terpaksa jual aset negara kepada pihak luar untuk bayar hutang

- Masih tidak jawab isu RM42 juta SRC yang dibuktikan oleh AG masuk ke dalam akaun peribadi Najib

- Dan yang terbaru adalah pendedahan WSJ tentang perbelanjaan super mewah oleh Najib Rosmah semasa bercuti di luar negara .... MANA DAPAT DUIT JUTA2 ITU ? 

- Bercuti shopping sakan dalam rakyat negara ini berdepan malapetaka banjir besar !

Bersandarkan semua di atas itu, Salleh Keruak masih boleh hairan kenapa rakyat tidak mempercayai Najib ? ? ?

Yang paling kuat hujah adalah bersandarkan undang2 sendiri -


“Suapan” ertinya –

wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain

Seksyen 23: Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan

23 (1) Mana mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan

Dan mereka yang melakukan perkara2 di atas adalah dianggap bersalah dan terpaksa membuktikan diri masing2 tidak bersalah !

 Seksyen 50 pula menyatakan -

Seksyen 50: Anggapan dalam kesalahan tertentu

50 (1) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18, 20, 21, 22 atau 23 adalah dibuktikan bahawa apa-apa suapan telah diterima…., suapan itu hendaklah dianggap telah diterima…. secara rasuah melainkan jika akasnya dibuktikan

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Datuk Mustafar Ali ada berkata tahun lepas -

"Kita kena lihat konteks secara keseluruhannya, siapa yang memberi, kepada siapa diberikan, apa kegunaannya, apa pengaruh digunakan dan sebagainya. Ia mempunyai favour dan disfavour.

"Jadi, semua ini bukan sahaja diperjelaskan dalam akta, tetapi juga diperjelaskan dalam lunas undang-undang sebab undang-undang itu kita perbincangkan di mahkamah termasuk apa bentuknya, niat dan perbuatannya,"
( KLiK )



Nak bincang di mahkamah ? Hahahaha ..... tanya AG kenapa dia tak mahu 'bincang' di mahkamah. 

OK Salleh Keruak ? Anda faham kenapa Najib diadili oleh rakyat di mahkamah rakyat ? Sebab utama, Najib sendiri yang tidak berusaha mahu membuktikan dirinya tidak bersalah !

                                ****************************************

Keduanya Salleh mempertikaikan dakwaan WSJ yang memperolehi maklumat dari badan penyiasat padahal badan penyiasat itu hanya ditubuhkan selepas pendedahan WSJ ..... so mana mungkin WSJ terima maklumat dari badan penyiasat ?


Salleh merujuk kenyataan WSJ yang ini -

“Malaysian investigators scrutinising a controversial government investment fund have traced nearly $700 million of deposits into what they believe are the personal bank accounts of Malaysia’s prime minister, Najib Razak, according to documents from a government probe.”

Well, dari apa yang saya fahami dari ayat di atas, WSJ merujuk kepada badan penyiasat 1MDB, yang telah mengesan duit itu masuk ke akaun Najib.

Lagipun kenapa Salleh cuba alih tumpuan kepada kesahihan dakwaan WSJ sedangkan Najib sendiri dah mengaku memang ada duit itu dalam akaun peribadinya !

Kalau WSJ bersalah dalam mendapatkan maklumat itu, maka saman jer lah WSJ ....... tapi jangan lupa membincangkan 'maklumat' yang dibocorkan itu jika ianya benar dan melibatkan salahlaku jenayah PM.

Salleh tulis lagi -

Now The Wall Street Journal says the money was not from 1MDB after all but was a donation from Middle Eastern sources. And that appears to also be the basis of the recent ABC special report. Even Dr Mahathir no longer talks about stolen money but a donation and he is shifting the issue from where the money came from to how the money was spent.


Boleh Salleh Keruak tunjukkan di mana yang WSJ ada berkata duit itu BUKAN dari 1MDB ? Begitu juga dengan laporan ABC, di mana yang mereka kata duit itu BUKAN dari 1MDB ?  Seperti yang saya tulis di awal tadi, hanya kerana duit itu dari Arab, tidak membuktikan ia tidak datang dari 1MDB !

Kuat spin betullah Salleh Keruak ni ..... 

Salleh berkata Tun Mahathir kini tidak lagi bercakap mengenai kecurian wang tapi sudah bertukar kepada tuduhan bagaimana cara wang itu dibelanjakan ....... 

Untuk pengetahuan Salleh, saya ada rakam kenyataan Tun Mahathir dari tahun lepas lagi yang membuktikan Tun Mahathir konsisten mempertikaikan gaya hidup mewah keluarga Najib yang tidak mungkin ditampung oleh gaji Najib sebagai PM. Yang timbul sekarang adalah pendedahan secara detail/terperinci tentang perbelanjaan mewah itu. 

Pendedahan itu mengejutkan semua orang di dunia, maka logiklah kita pun bercakap mengenainya. 

Tapi apa jawapan Salleh tentang cara pembelanjaan mewah najib Rosmah itu ? Tak dijawabnya pulak ...... Betul ke ? Kalau betul, mana Najib dapat duit sebanyak itu ? Betul ke cerita tentang kredit kad Najib itu ? Siapa yang masukkan duit puluh2 juta supaya mereka berdua boleh berbelanja mewah sebegitu ?

Kenapa tak di jawab persoalan2 itu ? 

Salah pulak di mata Salleh kalau kita bertukar topik dari bertanyakan tentang punca duit kepada cara duit itu dibelanjakan .... dua-dua pun kita tetap tanya selagi tidak mendapat penjelasan yang boleh diterima akal dari Najib.


Akhir sekali Salleh kata pihak yang menfitnah Najib harus memohon maaf ....... 

SIAPA yang FITNAH Najib ? Tunjukkan yang mana fitnah ? Untuk buktikan dakwaan itu sebagai fitnah, kenalah tunjukkan yang sebenarnya bagaimana. Malangnya Najib PENAKUT untuk tampil beri penjelasan.

Rakyat berpeluang untuk dapatkan kepastian yang mana benar dan yang mana salah jika kes dibawa ke mahkamah tapi AG sudah menafikan peluang itu. 

AG dan kerajaan Najib hanya tahu MEMAKSA rakyat supaya terima keputusan Najib tidak bersalah tanpa memberi sebarang bukti atau penjelasan. 


Siapa yang TIDAK ADIL di sini ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

8 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 2, 2016 at 2:29 AM delete

bro din, dgn tersebarnya maklumat terbaru ni, tak ke pelik yang ag apandi tak umumkan untuk buka semula kes derma 2.6b najib ni. silap. sekarang dah 4b lebih, dan akan bertambah.

ag arahkan sprm untuk tutup kes 2.6b je. sprm tgh buat rayuan melalui panel (yg sekarang pun dah diam) untuk teruskan siasatan dan minta mla. tapi untuk maklumat derma yg baru ni sprm boleh terus siasat je sebagai kes yg berasingan daripada kes yg ag tutup tu. tapi sampai sekarang tak ada pengumuman dari sprm.

jgn harap sgt kat pdrm sebab sampai sekarang pun langsung tak buat siasatan. alasan tunggu laporan ketua audit. sekarang laporan audit dah kena osa, jadi mungkin pdrm tunggu laporan pac. kenapa pdrm tak buat siasatan kat najib dgn 1mdb yg dah berapa kali keluar kenyataan umum yg berbelit.

tak malu ke pihak berkuasa malaysia kalau negara luar yg selesaikan masalah korupsi kat negara kita sedangkan kita ada akses terus terhadap pihak2 yg utama terlibat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 2, 2016 at 7:15 AM delete

sapa kata najib tak brani bagi penjelasan psl isu ni??dia berani tau...dia bagitau org amno..(yang terpilih je la), makcik dan pakcik di felda...yang lain tu dia mungkin akan tunggu masa yang sesuai..bila?? kena tanya salleh dedak & the gang

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 2, 2016 at 11:30 AM delete

Saudara Din, hakikatnya isu ini is moving forward..mkin terang lagi brsuluh. Namun ada usaha di pihak pro najib dlm mjadikan ia berbelit-belit seolah2 nak merumitkan lg keadaan seterusnya mbuatkan rakyat muak dan putus asa untuk ambil tahu. Sy fikir,tidak ada isu sesensasi isu najib rosmah yg diperkatakan ketika ini di peringkat global. Dlm masa yg sama sy merasakan ada kewajaran utk menuntut keluarga najib termasuk adiknya nazir membayar balik wang rakyat yg telah mereka perlakukan seperti wang sendiri.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 2, 2016 at 12:20 PM delete

PIRATE OF CARRIBEAN VS PIRATE OF MALAYSIA (New Release)
Watch out Jack Sparrow Malaysia, Najib Razak (Jib Straw)
Now BOX OFFICE any where.
Everyone in the world are talking about a Coward of Pirate of Malaysia, Mr Najib Razak.
PM Malaysia Najib Razak sudah menjatuhkan maruah kita selaku rakyat Malaysia ke tahap paling hina sejak pembentukan Malaysia.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 2, 2016 at 6:22 PM delete

Ulasan dan persoalan terbaik bro din.

Sallleh oh salleh....kalu tak pandai jwb...
boss kau hantaq kau balik kampung la lps ni..

alahai..




Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
April 2, 2016 at 7:22 PM delete

Heh heh heh... Nama Mohd Najib ada nilai komersil sekarang ni. Sato dunia nak tao...

Saja aku nak peringatkan dekat lembu dan anjing pemakan dedak Mohd Najib yg mungkin tersesat kat sini... Kami bukan nak alih dunia, bukan juga nak junjung TDM, tak ada busuk hati dgn Mohd Najib sebagai manusia pun. Tapi sesiapa yg dituduh rasuah dan pecah amanah, dia yg perlu buktikan tuduhan tu tak benar. Itu yang tercatat dalam undang2 SPRM. Mohd Najib tahu segala2nya, lebih tahu dari SWJ + Sarawak Report + ABC + segala manusia di dalam dunia ni. Ini kisah diri dia sendiri. Lantaklah nak bagitau dekat mana2 mahkamah di dunia ni. Nak buat dokumentari di TV1,2,3,4,5,6 pun boleh, asalkan jujur dan ikhlas, tulus dan benar. Tapi dia gagal. Dan telur kemuruknya semakin banyak dijumpai hari demi hari. Bukan TDM atau media barat yg buat, tetapi dia sendiri yg gagal mempertahankan maruahnya sendiri. Hilang sudah hak Mohd Najib utk jadi pemimpin, apalagi jadi pemerintah Malaysia ini.

Mohd Najib hanya mencemar maruah parti UMNO, bangsa Melayu dan negara Malaysia setiap saat dia bergayut di pucuk pimpinan UMNO, menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dia tak kisah semua tu, tetapi rakyat kisah!!!

p/s Din, dah baca nota aku hotmail mu?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 3, 2016 at 2:50 PM delete

The allegations have been made against DSNR. It is encumbent upon him to come out with the defence of his innocence. Why didn't he disclose the lawful sources of the funds that went into his personal accounts? Why did ABC Four Corners make the disclosures?

Has DSNR acknowledged the veracity of these sources? So far only his Cabinet Ministers have come out in his defence.

Let the rakyat have the reactions of DSNR himself.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 3, 2016 at 4:43 PM delete

Rakyat tidak perlu cakap banyak lagi, umpama mencurah air di daun keladi. Bersabarlah..., kita tunggu PRU untuk bertindak secara mutlak menolak mereka ke lembah sehina-hinanya.

Reply
avatar