KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, April 21, 2016

dinturtle

Minta Pihak Luar Siasat Dan Dedah Isu 1MDB dan Isu Peribadi Najib DiUmpama Gadai Kedaulatan Negara ?


Campurtangan asing ? Gadai kedaulatan negara ? Fuuuuh.... berat tuduhan Najib ni. Mengikut lapuran media, Najib tujukan status FB itu kepada Tun Mahathir yang ketika ini berada di Dubai menghadiri satu Persidangan kerana telah meminta penyiasat antarabangsa mendedahkan penemuan mereka dalam siasatan ke atas 1MDB.

"Semua siasatan hendaklah akhirnya didedahkan kepada umum kerana soalan yang dirahsiakan adalah tidak berguna kepada sesiapa. Akhirnya kebenaran perlu didedahkan

"Menjaga diplomasi tidak akan membantu Malaysia atau sesiapa. Mereka perlu mengenal pasti tindakan yang perlu diambil dan apa yang mesti dilakukan,"


Mkini

Laaa..... itu yang Najib kata sebagai campurtangan asing dan gadai kedaulatan negara ? ! Pasal 1MDB dan isu akaun peribadinya ?

Bunyi macam Najib panik jer ....  yalah, baru keluar lapuran mengenai kenyataan Tun begitu dah balas dengan begitu keras sekali.

Kepada mereka yang tak berapa faham dengan apa yang disebut sebagai siasatan pihak berkuasa luar dalam isu 1MDB ini, apa yang mereka siasat adalah urusniaga 1MDB yang berlaku atau yang berkaitan dengan negara mereka saja.

Pada masa ini, siasatan sedang dijalankan oleh sekurang-kurangnya lima buah negara termasuk Amerika Syarikat, Switzerland, Luxembourg, Singapura dan UAE.

Contohnya Switzerland yang baru ni mengeluarkan kenyataan hasil siasatan mereka yang mendapati USD4 bilion wang 1MDB telah disonglap dan dimasukkan ke akaun dua bekas pegawai kerajaan Malaysia di SWITZERLAND ( KLiK ) ... nampak ? AG Swiss bukan siasat akaun bank di Malaysia atau di mana2 negara lain tapi mereka hanya siasat akaun yang ada dalam akaun di negara Swiss saja.

Dari pendedahan siasatan mereka melalui money trail di negara mereka sendiri, dapatlah kita tahu rupa2nya pembayaran kepada IPIC telah dibayar kepada syarikat palsu.

“The Swiss authorities have elements in hand allowing them to suspect that the amounts paid in connection with this guarantee were not (paid) to the Abu Dhabi sovereign fund that supported the commercial risk,”

Begitu juga dakwaan sebahagian wang itu telah disalurkan dalam industri filem ....

Pihak berkuasa negara lain juga sama, siasatan mereka terhad kepada transaksi yang berlaku dalam negara mereka saja. Dan jika perlu, mereka akan hubungi pihak berkuasa kita untuk dapatkan maklumat lanjut.

Pendedahan oleh media asing pula ..... well, mungkin ada elemen campurtangan tapi apa susah, kalau lapuran mereka salah - SAMAN jerlah ! Takpun hentam mereka balik di pentas dunia biar mereka malu.

TerimaKasih kepada Rahman Dahlan yang baru ni bersusah payah carikan satu artikel lama yang menunjukkan bagaimana Tun Mahathir satu ketika dulu dengan beraninya telah menempelak WSJ di New York ekoran pemberitaan yang tidak benar ( KLiK ). 

Itu baru betul ! Pemimpin kita jangan hanya jadi jaguh kampung saja tapi menikus di persada antarabangsa.

Satu soalan berangkai untuk rakyat Malaysia - 

- Kalau WSJ tidak dedahkan isu 2.6 bilion tahun lepas, agak2 bila Najib nak cerita ?

- Kalau WSJ dan SR tidak dedahkan isu2 1MDB yang akhirnya kita tahu semua transaksi harus mendapat kelulusan dari Najib sendiri, agak2 bila kita nak tahu yang 1MDB ini merupakan satu bala buat negara kita ?

- Kalau ABC tidak dedahkan perbelanjaan mewah Najib Rosmah, agak2 bila kita nak tahu yang Najib rupanya ada terima lebih banyak dari 2.6 bilion ?

- Kalau Washington Post dan WSJ tak dedahkan Najib sedang bergolof dengan Obama di Hawaii, agak2 bila rakyat yang sedang merana sengsara berdepan banjir besar nak tahu yang ketika sama Najib Rosmah sedang berholiday belanja shopping sakan di Hawaii ?

Adakah semua pendedahan itu palsu ? Kalau tidak dilapurkan media asing, rakyat Malaysia tidak akan tahu semua itu !

Oya, kalau tidak didedahkan New York Times, bagaimana rakyat Malaysia mahu berbangga dengan pencapaian anak tiri Rosmah yang berjaya menerbitkan sebuah filem semi lucah di Hollywood ? ( sebab filem itu diharamkan tayangannya di pawagam Malaysia ) Juga kejayaan Reza membeli hartanah beratus juta ringgit di Amerika .... wow ! Satu pencapaian membanggakan dari anak Malaysia.

Point yang paling penting di sini adalah - Apakah yang didedahkan itu semua PALSU ?

Jika tidak didedahkan pihak luar, apakah pihak berkenaan sendiri ( 1MDb dan Najib ) akan dedahkan kepada rakyat Malaysia ?

Satu perkara menarik yang mungkin anda tidak sedar, KESEMUA pendedahan itu ada kaitan dengan Najib !

Sebagai rakyat Malaysia saya tidak terasa walau sedikitpun yang 1MDB itu mewakili Malaysia. Memalukan saja !

Jadi kalau nak kaitkan 1MDB dan isu peribadi Najib dengan kedaulatan negara ..... piiiiiiiraaaahhhhh  !

Malahan berani saya katakan, tindakan merungkai permasalahan dan seterusnya menyelesaikan isu2 1MDB dan isu2 peribadi Najib adalah sebenarnya usaha mengekalkan kedaulatan negara !

Kerana kedua isu ini mendedahkan kedaulatan negara kepada kemungkinan diceroboh oleh kuasa asing. Maka mereka yang bersyubahat melindungi kebenaran kedua isu ini dari didedahkan kepada rakyat adalah pengkhianat negara.


                                  *******************

Kepada rakyat Kelantan, jangan lupa untuk sama2 meraikan kehadiran TS Muhyiddin dan DS Mukhriz pada esok hari... 

-Jumaat 22 April jam 4:30 petang di rumah Ketua Pemuda Cawangan Umno di Biah

- Jumaat 22 April jam 9 malam di Satay Kajang Tanah Merah

Dengar sendiri apa yang mereka berdua mahu katakan dan tanya mereka sendiri apa2 yang menjadi keraguan. Dapatkan kepastian dari empunya badan sendiri.





dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

10 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 21, 2016 at 10:17 PM delete

Najib oh Najib...gadai negara, campur tangan asing...huh Point en Din memang tepat, semua berkaitan Najib. Mmg positioning Najib seolah2 semua ini berkenaan negara! Kami nampak, jgn khuatir ia adalah pendedahan terhadap Najib & talibarut2 nya.
Kami jelas....pirahhh Najib.
Rahman dahlan? Tin kosong aje menadah simpati Najib.

Reply
avatar
April 21, 2016 at 10:26 PM delete

Terbaik Din. Dia orang yang lupa..siapa gadai siapa sekarang ni. Najib dah lupa kot..sebab dah terlalu banyak dia gadaikan..rm14billion ..mana pegi???

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 21, 2016 at 10:58 PM delete

A'ah Najib supaya kau boleh buat sesuka hati makan harta negara makan duit rakyat. Kalau dah teruk sangat keadaan negara pun orang luar hanya dok tengok je kau makan segala yang ada di bumi Malaysia ni alamat jahanam negara ni kau kerjakan. Nasib baik ada orang luar yang masuk campur; juga Tun Mahathir dan pembangkang. Kalau tidak seronok kau dan panglima-panglima taik kucing kau bermaharajalela.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 21, 2016 at 11:33 PM delete

Siasatan negara luar ke atas 1MDB dan pendedahan kebobrokan syarikat berkenaan yang berpunca dari peranagi buruk dan haloba Najib Razak tidak boleh dianggap sebagai campur tangan negara asing. Malah 1MDB yang diasaskan dan dikemudikan Najib Razak secara putar belit dan kong ka likong inilah yang telah menyebabkan kecelaruan dan penipuan para taikun tidak saja di Malaysia malah membabitkan sistem kewangan negara luar. Najib Razak lah melalui perbuatan buruk dan salah lakunya telah mengundang siasatan dan campur tangan dari luar. Jadi elok Najib Razak dan regim korupnya jenguk dan suluh muka sendiri di cermin. Perbuatan siapa yang mengundang siasatan dan berita buruk di lebih 50 media massa utama diseluruh negara?. Tidak kah ini semua angkaran Najin Razak.

Apa yang cuba dilakukan Tun M ialah untuk menyelamatkan Malaysia. Tun tidak mengundang campurtangan ketenteraan atau politikal tetapi beliau mahu siasatan secara adil dibuat keatas 1MDB dan hasilnya didedahkan kepada umum. Ini kerana institusi yang dipertanggungjawabkan untuk mengeakkan keadilan di Malaysia telah diperkosa sesuka hati dan sama sekali tidak layak dipercayai lagi. Majoriti rakyat Malaysia tidak lagi mempercayai sistem perundangan dan penguatkuasaan undang2 di bawah regim Najib Razak. Maka tiada apa yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia melainkan mengharapkan sokongan dan bantuan tanpa syarat dari pihak luar untuk menyiasat dan mendedah kedudukan sebenar isu 1MDB. Kalau Najib Razak dan regim korup yakin tidak bersalah, apa yang mahu dirisaukan. Untuk apa melalak bagai anjing gila menuduh Tun M sebagai petualang sedangkan petualang sebenar adalah Najib Razak, orang yang bertanggungjawab melesapkan berbilion bilion wang awam kerana sikap tamak halobanya suami isteri. Aku sokong tindakan Tun M dan aku mahu sangat melihat Najib Razak diadili dan dihumban ke penjara kerana itulah tempat paling layak buat anak bangsawan jenis keparat tamak haloba ini.

Reply
avatar
PakKaduk
AUTHOR
April 22, 2016 at 1:28 AM delete

Eh? Macam tak percaya itu dari Najib! Macam tak biasa pula dia dengan orang2 dari timur tengah satu pelayaran dulu tu ? Macam lupa pula dia dengan penasihat britishnya...eh? biar betul ini dari Najib ?

Contoh yang pelik tapi benar ialah apabila kes2 kapal terbang hilang dan ditembak, Malaysia tidak ambil hak (ownership) dan tidak menjadi KETUA walaupun yang hilang/ditembak itu adalah MILIK KITA. Pemisah bagi kotak hitam pada kita, kemudian kita serah pada negara lain untuk siasat dan kita bukan ketua kepada siasatan tersebut. Kita biarkan negara2 lain buat keputusan untuk kita. Begitu lemahnya pemimpin kita!

Begitu juga apabila ada skandal wang negara hilang berbillion jumlahnya. Pemimpin kita tak ada telur! Tak berani nak letak jawatan untuk menunjukkan bahawa dia mempunyai integriti dan berani untuk disiasat!

Kalau tak salah, hadapi sebagai anak jantan. Kalau tidak berani menjawab secara terus atau bersoaljawab dengan semua media tersebut maka jawablah secara bertulis/rasmi atau jika tak berani juga saman semua media yang melaporkan mengenai skandal beliau.

Malangnya, satu pun Najib tak berani buat! Dia hanya pandai tabur dedak dan mengharapkan pemakan2 dedaknya menjawab bagi pihaknya!

Pemimpin dayus macam inikah kita mahu simpan ?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 22, 2016 at 4:05 AM delete

Assalam,

Yang duk kejar ML Arab Saudi tu buat apa? Setel lah dalam negara. TUN minta negara luar siasat sahaja. Yang dakwanya kita.

Rilek ar Najib, dengan TV3 boleh la cakap tak tahu, tak sedat, saya dipukau pak Arab untuk sign dokumen. Dengan Panel penyiasat luar, sorry lah nak bagi alasan dangkal macam tu.

Laporan akhirnya mesti berbunyi "it is proven that the Prime Minister of Malaysia has done serious financial fraud and crime with or without his concience, well in fact, for the citizen of Malaysia and their monarch ruler never taken any action for questioning such crime is to be very absurd to the International view about Malaysia as a nation"

Prrgghh. Lagi malu pasal sekor KERA - jaan semua kena cop jadi kera.

TQ

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 22, 2016 at 10:11 AM delete

aku guna Maxis tak dapat masuk blog yang asal.
Aku suka masuk dalam blog yang asal. Hem nampak nya blog yang asal masih disekat la. So aku janji aku tidak akan guna maxis lagi.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 22, 2016 at 10:36 AM delete

Bro DT,

Maunya dia x panik,biasanya org yg panik lebih ni maknanya dia ada buat salah.macam org dolu2,diam maknanya stuju.Alahai jib,dunia ni mcam roda je jib.hari ni mike kat atas,esok lusa....

-kayugolf-

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 22, 2016 at 6:06 PM delete

Dalam Malaysia buat polis repot tentang 1mdb,Najib dan lain2 hal bersangkutan tidak dilayan dan minta senang cakap buang dalam tong sampah.Mana ada keadilan,Inilah yang dikatakan kecelaruan fikiran akibat pekong dibuka.

Reply
avatar
uwais qurny
AUTHOR
October 21, 2016 at 1:53 AM delete

Kalau betoi kantoi najib ni.. Jgn biaq dia lari ke luar negara.. Suruh dia bayaq balik semua kalau x mampu suruh dia jadi org gaji di rumah anak yatim sampai mati..

Reply
avatar