KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, April 12, 2016

dinturtle

Muhyiddin - Jika Najib Ada Maruah ..... Hmmmm ....



Tak ramai pemimpin Melayu yang dapat bercerita dengan tepat tentang hal 1MDB ni,  baik di sebelah pro Tun apatah lagi yang pro Najib. Ramai yang lebih kepada retorik dan bercakap secara umum.

Membaca status FB Muhyiddin, saya angkat topi, sememangnya beliau uptodate dengan fakta2 tepat dan mampu menyampaikan mesej bersandarkan perkembangan semasa.

Bacalah luahan terbaru Muhyiddin yang saya copy dari FB beliau... semua ada - pembentangan PAC, kenyataan IPIC dan pemahaman beliau tentang apa yang sedang berlaku dalam bahasa yang mudah faham.

Yang paling mudah faham adalah baris terakhir -


17. Penyelewengan 1MDB amat jelas. Jika Najib seorang yang bermaruah, dia sepatutnya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Tapi .... ayat itu ada syaratnya iaitu KALAU NAJIB ADA MARUAH .....



KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN BERHUBUNG LAPORAN PAC MENGENAI 1MDB

1. Saya telah tegaskan dari awal lagi bahawa penubuhan 1MDB adalah tidak perlu. Dengan struktur modal hanya RM1 juta dan hutang RM42 bilion, model perniagaan 1MDB tidak mapan dan akhirnya menjadi beban kepada negara. Saya juga telah menasihati Dato’ Seri Najib supaya beliau tidak menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB kerana ia tidak wajar. Saya menyatakan agak luar biasa sebuah syarikat mempunyai Lembaga Penasihat.

2. Saya juga pernah menzahirkan kebimbangan saya mengenai masalah aliran tunai syarikat yang amat teruk sehinggakan tidak mampu membayar hutang. Juga mengenai pelaburan yang mencurigakan tanpa dibuat due diligence sebelum perjanjian dimaterai.

3. Saya juga mempersoalkan pelan rasionalisasi 1MDB yang belum tentu dapat ditunaikan. Malah penjualan aset-aset 1MDB tidak menjamin boleh menyelesaikan hutang-piutangnya yang bukan semakin berkurang tetapi meningkat kepada RM50 bilion. Saya juga telah meminta seluruh ahli Lembaga Pengarah dipecat dan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka. Baru kini mereka meletak jawatan.

4. Laporan PAC mengesahkan segala pandangan dan kebimbangan saya mengenai 1MDB. Najib nampaknya bersedia menerima laporan PAC, tetapi malangnya dia telah menghukum saya apabila saya menyuarakan hal yang sama di dalam kabinet. Hari ini penyokong-penyokong Najib mencanang bahawa nama Najib telah dibersihkan oleh PAC dan meminta rakyat terus bergerak ke hadapan dengan melupakan episod hitam penyelewengan 1MDB. Mana mungkin? Berapa kali dalam laporan PAC disebut Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, iaitu Najib.

5. Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB tidak membebaskan Najib daripada dakwaan penyelewangan. Sebaliknya laporan PAC mendedahkan mengikut Artikel 117 Memorandum dan Artikel Penubuhan 1MDB, sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Najib terbabit secara langsung membuat keputusan-keputusan penting berkaitan komitmen kewangan syarikat, termasuk pelaburan. Justeru, tidak hairanlah sepertimana yang dilaporkan oleh PAC, pihak pengurusan 1MDB banyak membelakangkan arahan Lembaga Pengarah syarikat dalam melaksanakan usahasama dan pelaburan kerana kuasa tersebut terletak di tangan Perdana Menteri. 

6. Antaranya ialah keputusan Lembaga Pengarah meluluskan pemindahan sebanyak USD1 billion ke dalam akaun bank syarikat usahasama 1MDB Petrosaudi Ltd. Pihak pengurusan hanya memindahkan sebanyak USD300 juta ke dalam akaun bank 1MDB Petrosaudi Ltd, manakala baki sebanyak USD700 juta dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star Limited milik Taek Jho Low, iaitu kenalan rapat Najib.

7. Sepertimana yang dilapor dalam hansard prosiding PAC, mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral mengesahkan pemindahan wang berjumlah USD1 bilion untuk usahasama dengan PetroSaudi Ltd telah mendapat kelulusan bertulis daripada Perdana Menteri. Saya percaya pihak pengurusan 1MDB juga menerima arahan daripada Perdana Menteri dalam membuat keputusan-keputusan pelaburan berisiko tinggi yang tidak masuk akal. Antaranya ialah keputusan untuk melabur sejumlah USD2.318 bilion dalam Segregated Portfolio Company (SPC) melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC, iaitu sebuah syarikat yang baru sebulan ditubuhkan, tiada lesen sebagai pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar. Begitu juga dengan dana berjumlah USD3 bilion yang sepatutnya digunakan untuk projek pembangunan TRX tetapi telah dipindahkan kepada 1MDB sebanyak USD 1 bilion, kepada 1MDB Energy Ltd sebanyak USD 28.85 juta, kepada Brazen Sky Ltd sebanyak USD 1.5 juta dan pelaburan di luar negara sebanyak USD1.58 billion.

8. Penyelewengan dalam 1MDB telah menyebabkan syarikat ini gagal menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar hutang. Malah 1MDB terpaksa meminjam wang untuk membayar hutang yang telah meningkat secara mendadak daripada RM5 bilion pada tahun 2009 kepada RM50 bilion pada tahun 2016. 1MDB memerlukan RM3 bilion setahun untuk membayar faedah ke atas hutang sahaja. Dengan kebanyakan aset 1MDB telah dijual dan pelaburan yang mencurigakan, berkemungkinan besar kerajaan terpaksa menanggung segala hutang syarikat. Saya amat bimbang beban onar 1MDB akhirnya akan terpaksa ditanggung oleh rakyat.

9. Antara skop laporan PAC ialah untuk menentukan samada wang hasil pelaburan 1MDB di Cayman Islands berjumlah USD2.318 bilion sudah dibawa balik ke Malaysia. Malangnya, PAC gagal menyatakan perkara ini dengan jelas. Tidak dapat juga dipastikan ke mana perginya wang USD700 juta dan USD330 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Good Star Limited milik Jho Low; USD3.51 bilion yang dibayar kepada Aabar Investment PJS Limited; USD940 juta dalam bentuk 'unit' yang dikatakan disimpan dalam Bank BSI di Singapura; dan USD1.56 bilion yang dilabur dalam 1MDB Global Investments Ltd. Kesemuanya berjumlah USD7 billion (RM28 billion).

10. Terbaharu, International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi menafikan syarikat tersebut atau unitnya Aabar Investment PJS telah menerima USD3.5 bilion daripada 1MDB menerusi Aabar BVI sepertimana yang dilapor kepada PAC. IPIC juga menafikan mereka ada sebarang kaitan dengan 1MDB. Ini suatu pendedahan yang amat memalukan. Ia suatu penipuan. Jika IPIC tidak menerima sebarang bayaran daripada 1MDB, ke mana perginya wang ini? Kegagalan untuk memastikan ke mana perginya wang ini mengukuhkan lagi pandangan saya sebelum ini bahawa 1MDB sejak dari awal lagi adalah satu skim untuk menipu. 

11. Jadi kepada menteri-menteri kabinet dan Najib sendiri yang menganggap penyelewengan 1MDB telah selesai dan namanya telah dibersihkan, seraya mengajak rakyat supaya bergerak ke hadapan, janganlah anda cuba bersandiwara atau mengalihkan isu. Rakyat tidak akan lupa puluhan bilion wang negara telah diseleweng. Orang yang mencuri ayam pun ditangkap dan didakwa. Masakan individu yang mencuri puluhan bilion wang negara terlepas begitu sahaja?

12. PAC telah memperakukan supaya bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral, disiasat oleh pihak berkuasa. Saya menggesa supaya pihak berkuasa segera membuat siasatan dan Datuk Shahrol mestilah menyatakan perkara yang sebenar. Siasatan mengenai aliran keluar wang 1MDB yang masih belum terjawab juga perlu diteruskan.

13. Tanpa memperkecilkan laporan PAC, penyiasatan yang dijalankan ke atas 1MDB tidak konklusif. T maklumat-maklumat penting berkaitan pelaburan luar negara yang tidak dapat ditentukan kesahihannya. Apa lagi ia telah menyebabkan kerugian bernilai berbilion ringgit kepada IMDB seperti usahasama dengan Petrosaudi. Sebenarnya Najib bertanggungjawab sepenuhnya di atas penyelewengan 1MDB. Sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang berkuasa membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan syarikat, dia tidak boleh mencuci tangan dengan meletakkan semua kesalahan ke atas Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan syarikat.

14. Gesaan saya selama ini supaya Najib meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ternyata berasas. Mana pernah berlaku dalam sejarah negara kita seorang Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi sebuah syarikat awam. Hal ini telah diakui oleh PAC dalam laporannya yang membuat perakuan supaya Lembaga Penasihat bersama Artikel 117 M&A syarikat dimansuhkan.

15. Namun, pemansuhan Lembaga Penasihat 1MDB sahaja tidak memadai. Najib ialah orang yang terlibat secara langsung dalam penyelewengan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat ini menanggung beban hutang yang besar dan kerajaan terdedah kepada risiko hutang RM20 bilion. Jangan pula nanti ada tindakan bail out oleh kerajaan. 

17. Penyelewengan 1MDB amat jelas. Jika Najib seorang yang bermaruah, dia sepatutnya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

FB MUHYIDDIN YASSIN
12 APRIL 2016


Kepada mereka yang berada sekitar Puchong, jangan lupa untuk hadir di Dewan Orang Ramai Taman Putra Perdana, Puchong jam 9:00 malam esok ( Rabu ). 

Dengar dari mulut Muhyiddin sendiri ! Turut sama adalah Shafie Apdal dan Cikgu Kamarulzaman ( GKCM )

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

8 comments

Write comments
FZL Resources
AUTHOR
April 12, 2016 at 9:22 PM delete

Ini lah akibatnya apabila abaikna lembaga pengarah yg buat keputusan......Ada satu peringkat yg boleh abaikan kelulusan lembaga pengarah dan mengikut penasihat luar....Walhal ko tu bodoh tak tau apa2.........Cth bayr ke Good star....syarikat kawannya.....Najib bastard.....harap dia jatuh dlm keadaan hina....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 12, 2016 at 11:00 PM delete

Kesimpulan: 1MDB satu model perniagaan mencuri wang negara. Saya setuju betul, IPIC sendiri sahkan tidak terima duit. Jahanam punya Najib.

Reply
avatar
PakKaduk
AUTHOR
April 12, 2016 at 11:34 PM delete

Ramai kata Najib terpedaya dengan Jho Low. Tapi pada saya, Najib adalah rakan jenayah Jho Low mencuri wang negara. Kedua2 patut dihukum.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 13, 2016 at 3:09 AM delete

1MDB adalah alat Najib mencuri segala resources negara untuk kegunaan peribadi beliau, melalui money laundering di luarnegara beliau menjana pendapatan seperti jualbeli hartanah di New York, Beverly Hills di Amerika Syarikat, dan seumpamanya lagi.Modal beliau adalah dana rakyat dan negara Malaysia. Najib dan kumpulan beliau adalah 'kleptokrat' yakni pemimpin atau pentadbir sesebuah kerajaan yang mencuri resources negara (dana awam, asset negara, duit kerajaan) untuk tujuan mengumpul harta dan kekayaan buat dirinya serta keluarga/yang bersubahat dengan beliau. Orang ini pencuri. Beliau mesti mendapat hukuman yang setimpal dengan jenayah yang telah dilakukannya. Shahrol Halmi hanya kambing-hitam Najib. Shahrol Halmi akan dilepaskan oleh Najib selagi Najib pegang kuasa.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 13, 2016 at 8:59 AM delete

Salam,

Masih tiada kes ke AG? 1 orang dalam 1MDB belum kena dakwa. Kalau nak selamatkan Jibby sangat terpulanglah, tapi ini kes "ter"- salah bayar ni apa hal. IPIC pun lambat beri statement.

Patutlah, sorok - sorok statement bank off-shore, rupanya menipu. Macamanalah Penasihat, Menteri Kewangan dan PM boleh kena tipu hidup - hidup. Tapi, nampak mcm rela je kena tipu.

Jho Low punya statement mana?
Justo punya statement mana?
Zeti punya statement mana?

Tq

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 13, 2016 at 10:08 AM delete

Jelas 1MDB adalah satu perancangan strategik najib Razak untuk songlap wang negara. Wang USD3.51 itu dibayar kepada siapa pula jika IPIC menafikan ada menerimanya. PAC tiada laporan untuk ini. Sebab itu, laporan PAC setaraf TISU TANDAS yang telah digunakan. Hassan kroni Najib eloklah letak jawatan Pengerusi PAC, memalukan, buat kerja macam tahi.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 14, 2016 at 12:39 PM delete

Beranikah najib?

adakah benar ia berdarah pahlawan bugis seperti dinyatakan beliau?
adakah najib tidak malu kepada nama besar TUN RAZAK?
adakah najib tidak tahu apa itu MALU?
adakah najib berhati kering?

Sejarah membuktikan najib terlepas banyak benda yang melibatkan beliau.

Kes bocor stor senjata SAUK. Lepas.
Kes Altantuya. Lepas.
Tapi Kes alyantuya...sy respek najib sbb beliau berani bersumpah dengan nama ALLAH di parlimen.

NAh...najib...apakata BERSUMPAH dengan Nama ALLAH lagi sekali. Nafikan segalanya.

Ini baru betul.

Ada berani...
Ada maruah..???

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 14, 2016 at 1:30 PM delete

salam tuan din.

CELAKA CELAKA CELAKA

April 13 Malay Mail Online : ” Lawyer : PM’s signature on 1 MDB documents a formality, doesn’t mean he decides or knows all.”

YANG NAJIB PI SIGN TPPA TU......TAHU KA TAK TAHU APA MENATANG TPP TU...

Reply
avatar