KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, April 18, 2016

dinturtle

Mukhriz - Kenyataan Menteri Luar Arab - Takkanlah Kita Sebodoh Itu ! ?


Berikut adalah temuramah khas dengan DS Mukhriz yang diadakan di Alor Star, Kedah pagi tadi.

1MDB - Kerajaan Diharap Ambil Serius Titah Majlis Raja2



KLiK untuk ke Youtube

Kita sebenarnya ingin tahu apa yang telah jadi dengan respon daripada kerajaan persekutuan mengenai Titah Majlis Raja2 yang telah dikeluarkan bulan Oktober 2015 menyentuh soal 1MDB  di mana titah tersebut menyatakan bahawa ada sembah aduan daripada rakyat.

- ... banyak keraguan mengenai maklumat2 yang disebarkan dalam pelbagai media termasuk kenyataan resmi dari pihak 1MDB sendiri dan daripada YAB Perdana Menteri.

Dan titah tersebut juga menyentuh soal ketelusan, soal peri pentingnya penjelasan diberikan sebaik mungkin kepada rakyat .. pada kadar yang segera, supaya kenyakinan rakyat terhadap kerajaan itu dapat dipulihkan.

.... tapi sehingga kini saya tidak nampak kerajaan serius di dalam mematuhi titah arahan daripada Majlis Raja2 itu. Dan ini satu yang sangat mengecewakan seolah2 kerajaan tidak ambil serius  dan tidak mengendahkan titah tersebut.

Sehingga kini sepertimana yang kita lihat,  laporan PAC dah didedahkan dan banyak perkara dibangkitkan. Tetapi laporan daripada Ketua Audit Negara masih di bawah OSA. Ini saya anggap sebagai suatu yang luarbiasa. Tak pernah lagi saya tahu bahawa laporan Ketua Audit Negara ini rahsia.

Biasanya setelah ianya dibentangkan di Parlimen, ianya boleh diperolehi oleh mana2 pihak yang lain. Jadi 1MDB ini seolah2 mendapat satu keistimewaan pulak.

Khazanah pun tak seperti itu. Pelaburan2 dari Khazanah Nasional tidak memberi kemudaratan kepada rakyat ataupun negara tetapi daripada laporan PAC jelas sekali ada sejumlah wang yang sebegitu besar mececah berbilion ringgit yang lesap, yang sekarang ini Arul Kanda kata mungkin mereka tertipu.

 Jadi inilah perkara2 yang telah dibangkitkan oleh Tansri Muhyiddin, saya sendiri, Tun Mahathir .. tetapi kami pula yang disuruh untuk memohon maaf.

Jadi saya harap titah majlis Raja2 ini diambil serius oleh kerajaan persekutuan dan diberi jawapan yang setulusnya.


Kenyataan Menteri Luar Arab - Takkanlah Kita Sebodoh itu  ?




KLiK untuk ke Youtube.


Kita di sini tidak boleh terima keputusan AG jadi apa kena mengenanya seorang Menteri dari negara asing menyatakan dia pun anggap kes ini tutup kerana AG di Malaysia buat keputusan tersebut.

Keduanya, kenyataan oleh Menteri Luar Arab Saudi itu tidak langsung menyentuh soal berapa angka yang dimaksudkan, siapa sebenarnya yang menderma ... dia tak sebut ini dari putera raja Arab Saudi, dan apa tujuannya. Dia juga tidak sebut mengenai apa yang telah disebut oleh AG Malaysia yang katakan bahawa 2.03 bilion ringgit telah dipulangkan.

Jadi ini semua sebenarnya menimbulkan banyak soalan lagi.

... kalau kita nak siasat, ia ada proses dan prosedur tertentu. Kita kena interview pihak yang terlibat, mendapatkan kenyataan bersumpah, kena tunjuk bukti2 contohnya akaun bagaimana wang ini bergerak daripada satu akaun di luarnegara masuk ke akaun PM sendiri ...

Kita tidak boleh terima hanya satu kenyataan secara spontan oleh seorang menteri di luar negara dan anggap kes ini tutup maka tak perlu lagi kita bangkitkan perkara ini.


I am aware sangat berbeza dengan I can Confirm ... kalau nak tengok syntax bahasanya, memang banyak lagi yang kita boleh pertikaikanlah,

Saya dulu di MITI, kalau saya ada sebarang urusan dengan counterpart saya di luar negara, saya boleh drafkan sedikit intipati surat yang saya nak hantar itu, tapi dia akan melalui satu proses di Kementerian, mungkin dapat pandangan dari Kementerian Luar, Wisma Putra .. kerana ada bahasa2 tertentu yang digunakan di dalam corespondence secara diplomatik. Ada istilah2 yang digunakan itu yang agak standard.

Bayangkan satu surat daripada seorang putera raja Arab Saudi ... tentunya dari segi diplomasinya, dari segi bahasanya tinggi, penuh dengan diplomasi tetapi surat yang saya nampak itu macam di deraf oleh peguam dari Malaysia !

Ia menyatakan sumbangan ini bukan berunsur rasuah ... saya tak mengharapkan apa2 pulangan .... jadi macam agak pelik pulak.

Kalau di Amerika, dia dah siasat dan diambil tindakan.Ini pernah berlaku sebelum ini dalam Presidential Campaign, ada sumbangan daripada seorang jutawan daripada Indonesia ... disiasat dan didakwa terus.... apabila dia buat satu "derma" yang dianggap keterlaluan.

Angka itu US10 juta ... yang ini US681 juta setakat yang kita tahulah, tak tahulah kalau lebih daripada itu.

Selamba jer kita ni ... macam takde apa2...

Terima duit daripada Arab Saudi .... OK
Untuk Pilihanraya ..... OK no problem
Ditulis kat situ kita tidak mengharapkan sebarang pulangan ..... OK kita terima.. on face value

Takkanlah kita sebodoh itu !


Beli jam .....Grisogono 435 ribu euro, yang dicharge dalam kredit kad yang disediakan oleh SRC International... jadi ini sangat mengejutkanlah, kerana ni duit rakyat, dan rakyat sekarang ini dibebani dengan kos sara hidup yang meningkat akibat daripada GST dan lain2.. inilah antara sebabnya kita tidak boleh terima keadaan sekarang ni dan mengharapkan bahawa Najib lekaslah undur diri sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

10 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 18, 2016 at 8:34 PM delete

Amaun beli belah Najib & isteri malah menteri2 & org politik Malaysia ni menjangkau simpanan kwsp ramai rakyat Malaysia! Bayangkan sepanjang hayat bekerja hanya dibelanja utk beli jam, beg tangan dsb.
Tak perlu Najib nak beretorik atau cuba memusing2 cakap, menteri Arab pun boleh makan rasuah jugak!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 18, 2016 at 8:36 PM delete

Menteri Arab pun boleh makan rasuah jugak...telah dikatakan negara islam banyak muslimnya tapi sedikit islamnya & begitulah sebaliknya!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 19, 2016 at 12:07 AM delete

Din, ipic dah cancel agreement utk option 1mdb. Esok 1mdb kena serve faedah 50juta. Duit rakyat lagi yg jadi mangsa...

Reply
avatar
qwan
AUTHOR
April 19, 2016 at 12:39 AM delete

Tak lah hebat mana PM dan pak menteri pemakan dedak menipu rakyat. Jgn ingat rakyat bodoh semacam hangpa... Kita bertemu buku dgn ruas pd PRU14. No place for umno after pru14

Reply
avatar
PakKaduk
AUTHOR
April 19, 2016 at 12:51 AM delete

Macam komen2 saya yang lepas, saya nak ulang sekali lagi. Macam mana Najib boleh terima derma/pemberian yang diklasifikasikan oleh SPRM sebagai RASUAH tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan ?

Sebagaimana saya tidak setuju Guan Eng yang kesnya sama dengan Khir Toyo tetapi diberi layanan istimewa sehingga sekarang, begitu jugalah saya tidak setuju dengan Najib yang diberikan keistimewaan yang melebihi segala2nya walaupun terbukti wang pemberian (rasuah) berada di dalam bank akaun peribadinya.

Banyak atau sikit nilai rasuah itu tidak penting. Apa yang penting ialah perbuatan rasuah itulah yang perlu diadili dan penerima rasuah perlu dihukum.

Apa sudah jadi dengan pihak2 berkuasa kita yang beragama Islam ini ? Kenapa kesalahan berat seperti rasuah yang berlaku dikalangan pemimpin2 tertinggi tidak diambil tindakan ?

Apa sudah jadi dengan pemimpin2 politik kita terutamanya yang beragama Islam ? Apakah apabila kita sudah tahu ada kemungkaran (skandal/rasuah) berlaku maka kita perlu diam dan tunggu sehingga PRU untuk bertindak ?

Apakah kita semua perlu merasa kemurkaan Allah baru kita hendak sedar ?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 19, 2016 at 7:18 AM delete

Salam,

Bila tengok surat tu di "ATTN" kan kepada Yang Berhormat Dato Seri Najib bin Haji Tun Abdul Razak. Dah kantoi yang tulis itu orang Malaysia juga....

Dalil 1 :
Orang arab tak letak "Haji" la pada pangkal nama.
Dalil 2 :
Hanya di Malaysia sahaja yang recognise gelaran gelaran seperti Dato Seri dan Tun. Obama tak panggil pun Najib Dato Seri Najib, panggil najib sahaja. Sebab sistem international tak iktiraf pun ini semua.
Kalau dapat Knight of Order dari Queen Elizabeth yang dapat gelaran "SIR" mungkinlah.
Dalil 3 :
Ya, aku setuju din yang english yang digunakan memang cap ayam yang direct translation dari bahasa malaysia. Terlampau ringkas dan terlampau straight to the point.
Dalil 4 :
Ini transaksi USD681 juta la, takkan surat 1 page sahaja tanpa detail, tanpa refference number yang berbelit-belit. Common la. Saudi dah merdeka lama la. Takkan selama lama Raja Saud memerintah baru 83 surat je dia tulis.
Dalil 5 :
Semuanya warna hitam putih, macam kena photoshop, scan dan print out balik.
Dalil 6 :
Macamana surat ni ada softcopy pulak bukan dalam bentuk hardcopy.
Dalil 7 :
Teknik tulisan yang memang macam orang yang belajar tinggi tulis. Ini official letter la. Format sahaja dah out. Mcm ambil dari surat penolakan tambah quota haji sahaja.
Dalil 8 :
Tiada royal stamping pun, jika surat benar - benar dari raja saudi, mesti ada royal stamping.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 20, 2016 at 1:10 AM delete

Pemimpin pemimpin lain tu diam saja dan sokong saja kemungkinan besar telah di janji untuk kongsi wang "derma" 2.6 bil tu ...atau telah di sogok pun untuk sokong Ajib sampai akhir hayat tujuh keturunan makan tak abis...Menteri Arab tu pun kemungkinan besar telah di lobi gila-gila beberapa bulan lepas dan di sogok dan di janji entah apa pulak untuk pak Arab tu buat kenyataan paling bodoooh....kerana cuba bersengkokol dengan Ajib untuk menipu dan perbodohkan rakyat Malaysia....kalau betul derma takkanlah Muh..Din pun tak tahu...Nasib baik Wall Street Journal dedahkan kepada kita....kalau tidak entah berapa billion $$$ lagi akan di songlap...Ya Allah sedarkanlah mereka-mereka yang masih mahu perbodohkan kami ...dan jika mereka tak mahu sedar dan tak mahu mengaku kesilapan maka berilah balasan yang setimpal kepada mereka di dunia ini lagi Ya Allah agar dapat memberi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin generasi depan....ameeeen.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 20, 2016 at 1:20 AM delete

Pemimpin Arab saudi adalah TALIAN HAYAT PM MALAYSIA....seperti pemimpin pemimpin diktaktor, jahat, kejam dan rasuah dari negara Arab dan afrika...Arab Saudi lah tempat mereka berlindung...tak terkecuali pemimpin Mafia dari malaysia yang telah hilang kepercayaan rakyat...menteri Arab saudi lah tempat mereka mengadu nasib dan menjadi jurucakap terkini..Dia harap-harap rakyat Malaysia boleh termakan dan di perbodohkan lagi...minta maaflah...hanya zahidi komidi & geng boleh termakan kot???

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 21, 2016 at 11:39 PM delete

Najib Rosmah anak beranak adik beradik rakan taulan berbelanja sakan dengan duit rakyat, dari KWAP, KWSP, TH, LTAT dan entah apa lagi tabungan rakyat. Kau ambik kau letak dalam SRC dalam 1MDB lepas tu kau jalan-jalankan sana sini akhirnya masuk dalam akaun peribadi kau dan keluarga/koncu2. Yang kami rakyat dok membayar GST 6% demi meneruskan kelangsungan nafsu kau dan keluarga/koncu2 kau. Apa kau ingat kami ni bangang sangat ke boleh kau perlaku sesuka hati? Haiwan dijadikan Tuhan lagi baik sebab tak menganiaya haiwan lain.

Reply
avatar