KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, April 5, 2016

dinturtle

Najib Guna Jakel Untuk Tujuan Derma ya ........



Semalam ramai yang memetik artikel dari Mykmu mengenai 'pencerahan' US$14 juta atau RM55 juta yang didakwa oleh WSJ sebagai telah dibelanjakan oleh pasangan Najib Rosmah antara 2011-2014. Suka sangat pro Najib bila akhirnya ada juga satu pihak yang berani tampil untuk menjawab bagi pihak tertuduh.

Antara lain yang ditulis Mykmu adalah -

Pembayaran bernilai berpuluh juta ringgit di Jakel antara tahun 2011-2014 oleh Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak adalah untuk sumbangan pakaian dan barangan kepada pelbagai pihak dari Pertubuhan Bukan Kerajaan, mangsa bencana alam, pakaian hari raya anak yatim dan sayap-sayap politik.

Menurut sumber, Perdana Menteri akan meminta Jakel membekalkan pakaian, selimut dan lain-lain barangan untuk mangsa bencana alam dan membayar kepada syarikat terbabit. Selain itu, acara-acara membeli pakaian untuk anak yatim sempena hari raya yang dibiayai oleh Perdana Menteri juga dilakukan di gedung membeli belah Jakel.

Malah difahamkan sumbangan permaidani Masjid oleh Perdana Menteri juga dibayar kepada Jakel trading sebagai pembekal.


Saya mulanya malas nak layan jawapan bersifat TIDAK RESMI sebegini, Bila2 masa2 saja boleh ditarik balik kalau kantoi sebab ianya TIDAK RESMI. 

Kenapa pihak Najib Rosmah sendiri tidak mahu jawab ? Pembantu Rosmah yang sebelum ini aktif melayan media pun tidak nampak bayang dalam isu ini.

Satu lagi pihak yang lebih layak untuk menjawab adalah JAKEL sendiri ..... kenapa mereka juga senyap ?

OKlah, jika benar pembayaran sebanyak RM55 juta melalui Jakel itu bertujuan murni contohnya untuk amal maka baguslah. Tapi bile berdepan dengan satu pertuduhan spesifik sebegitu, kita mengharapkan jawapan yang juga spesifik, bukan secara UMUM sepertimana yang diberikan oleh Mykmu. Kita juga mahukan jawapan RESMI yang berbaloi kalau kita layan.

Makanya selain dari Najib Rosmah, PMO dan Pembantu Rosmah, pihak yang paling layak menjawab adalah JAKEL.  

Hanya kerana perniagaan Jakel berkait dengan kain dan pakaian, tidak semestinya kesemua RM55 juta itu juga dikaitkan dengan kain dan pakaian .... kan ? Makanya biarlah pihak yang relevan saja yang jawab....

                                                ***********************************

Actually yang buat saya tertarik untuk komen artikel Mykmu itu adalah Nota Kakinya yang menyebut tentang satu artikel dimana dilaporkan Najib memberi sumbangan peribadi bernilai Rp1 bilion ( atau RM347,000 ) kepada mangsa Gunung Merapi pada tahun 2010.



Saya tersenyum bila diingatkan kembali artikel itu ...... kerana saya masih teringat waktu berita itu disiarkan, rakyat sudah mula pertikaikan akan kekayaan Najib !

Derma peribadi RM374,000 ! Wow ! Berapa banyak harta yang Najib ada kalau boleh derma sebanyak itu ?

Saya juga ingat pada hari yang sama artikel itu keluar, pada sebelah petangnya Utusan @ Bernama segera keluarkan satu lagi artikel bagi membetulkan kesilapan artikel awal itu -

Utusan 12/11/2010

Derma itu sebenarnya bukan dari Najib tapi dari Umno.

Mungkin Mykmu cuma jadikan artikel itu sebagai CONTOH bagaimana Najib menderma melalui orang tengah seperti Jakel cuma contoh itu tak kena jer.

Lagipun dakwaan WSJ adalah bagi tempoh antara 2011-2014, apakah Mykmu cuba perbetulkan dakwaan WSJ itu yang Najib sebenarnya memiliki kekayaan melampau sebelum 2011 lagi ?


Dah alang2 terdapat usaha bagi menjelaskan segala perbelanjaan mewah Najib Rosmah, apakah itu menunjukkan yang dakwaan WSJ itu ternyata BENAR ?

Menarik ni ...... kita amat menantikan penjelasan mengenai perbelanjaan2 mewah lain terutama yang satu tu dimana Rosmah menghabiskan lebih setengah juta ringgit di kedai Chanel, Hawaii ketika rakyat begitu resah dan risau dengan malapetaka banjir yang melanda tanahair.

Mungkin Rosmah tengah beli barangan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa2 banjir ketika itu ..... di kedai Chanel, Hawaii. Cuba cek waktu Najib balik seorang diri selepas itu, ada tak Najib bawa balik barangan Chanel untuk mangsa banjir ?


Sekali lagi saya ulang - Kenapa tidak ada siapapun baik Najib atau Rosmah atau Pejabat Perdana Menteri atau Pembantu Rosmah atau pihak yang terlibat seperti Jakel yang mahu tampil menjelaskan dakwaan perbelanjaan mewah pasangan Najib Rosmah seperti yang didakwa WSJ itu ?   

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

7 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 5, 2016 at 7:37 PM delete

Slumber je ko patahkan hujah2 mykmu ye din.. Memang depa ni main hentam je asal dapat dedak.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 5, 2016 at 8:34 PM delete

Pemimpin patut taksub kepada rakyat bukannya membawa rakyat taksub kepada pemimpin.

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
April 5, 2016 at 9:31 PM delete

Ini dua rangkap dari lagu ‘Madu dan Racun’

Di rembang rambutmu
Di tabir mega bodymu
Ku terlihat
Dua tangan di balik lebar punggung mu

Madu di tangan kanan mu
Racun di tangan kiri mu
Aku tak tahu mana yang
Akan kau berikan padaku

Din,

Dia serba salah, mana nak bagi mana nak simpan utk dirinya… Takkan lah nak bagi beg hanel dekat mangsa banjir Kelantan pulak. DAP pun setakat sanggup derma tuala wanita saja weiii...

Heh heh heh…

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 5, 2016 at 9:33 PM delete

Keadaan semakin hari semakin tenat. Kalau main & baju sahaja dah menjangkau 55juta, apalah sahaja Najib razak Ni. Buatlah tugu, gunakan syiling Malaysia yg kini dah umpama token kedai2 permainan.
Paling kurang Mykmu syorkan lah Najib sbg ikon Jakel! Bukan calang2 ...hensem orgnya bak kata haji bakhil...

Reply
avatar
eisya putra
AUTHOR
April 5, 2016 at 10:20 PM delete

DIN kau tanya jibby n spesis mkn dedak 1mdb ni dok hantar org pi hj dan bg lembu korban setiap thn guna duit jibby ka imdb ka tok arab ka..yg aku faham rkyt yg kena tanggung utang 1mdb ni..konon dia heboh dia yg dok sedekah..puuiii

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 6, 2016 at 9:39 AM delete

Sebenarnya mmg betul, 2.6B tu sumbangan putera Arab (Gila?) yang menyumbang kpd Najib untuk melawan isis... jadi mereka membeli kelengkapan di jakel, chanel dan kenderaan mewah semua tu untuk melawan ISIS la tu...

Reply
avatar
rina idzhar
AUTHOR
April 6, 2016 at 11:22 AM delete

Depa yg dok bela jibby ni sebenaqnya xdak idea dh. Jd hujah bodoh pn depa sapu janji bela jibby. Dari 100 org, 2 3 org percaya pn jadi lah bg malaun2 yg terdesak ni..

Reply
avatar