KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, April 12, 2016

dinturtle

PANASSS .... Bahagian Kedua Wawancara Bersama Tony Pua Berkaitan Siasatan PAC Ke Atas 1MDB



Semalam meletup isu 1MDB bila IPIC beri kenyataan resmi di London Stock Exchange bahawa Aabar Investments PJS Ltd ( Aabar BVI ) TIDAK ADA KENA MENGENA dengan IPIC atau Aabar. ( KLiK )

Menariknya ... TIDAK ADA SATU PUN blog cai Najib yang mahu komen atau sebut perkara ini. Kenapa ek ?

Kita tengok hari ni pula ..... pemimpin2 kerajaan pula bagaimana ? Apakah mereka langsung tidak risau akan nasib duit rakyat sebanyak USD3.5 bilion atau lebihkurang RM14 bilion yang sudah dibayar kepada sebuah syarikat palsu ?

Jika benar duit sebanyak itu sudah dibayar kepada IPIC dan kini IPIC kata mereka tidak terima, apakah 1MDB masih perlu bayar amaun yang sama kepada IPIC ?

Tapi kenapa IPIC buat tak kisah jer dengan duit yang sepatutnya mereka terima itu ? Betul ke IPIC sepatutnya terima RM14 bilion dari 1MDB ? ? ?

Cerita banyak tak nak .... paling cikai pun kita sebagai rakyat Malaysia harus tanya - Apa jadi dengan RM14 bilion itu ?

Takkan bertanya itu pun salah ? Kita cuma nak 1MDB buktikan yang wang RM14 bilion ( USD3.5 bil ) itu accountable dan 1MDB tidak kehilangan duit itu akibat sebarang skandal penipuan.

TUNJUKKAN BUKTI !

Malangnya ..... sepanjang siasatan Ketua Audit Negara hampir satu tahun lamanya dan sepanjang siasatan PAC dalam isu 1MDB ini, langsung tidak dikemukakan sebarang bukti apapun berkaitan pembayaran duit itu ataupun sebarang bukti berkaitan Aabar BVI. KENAPA ?

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih....

Apapun kita sambung dengan Bahagian Kedua wawancara bersama Tony Pua selaku salah seorang ahli PAC yang paling aktif sepanjang prosiding siasatan PAC ke atas 1MDB. ( Bahagian 1 semalam - KLiK )

Beliau banyak menyebut tentang isu BUKTI yang gagal diberikan oleh 1MDB. Selepas mendengar kenyataan IPIC semalam, nak tak nak kita terasa semakin jelas kenapa 1MDB sering berdolak dalih. Di khuatiri jika 1MDB berterusan mengelak dari memberikan bukti yang dipinta, rakyat akan mula menuduh penipuan berlaku dalam 1MDB !


Video 4 - Tidak Ada Satu Pun Bukti Berkaitan Aabar BVI




KLiK untuk ke Youtube


- Bukan saja PAC tapi Ketua Audit Negara juga menyatakan tidak ada sebarang bukti dikemukakan berkaitan pembayaran 1MDB kepada Aabar BVI dan siapa pemilik Aabar BVI

- Bon yang dijamin IPIC bernilai USD3.5 bil dan 1MDB juga bayar USD3.5 bil kepada Aabar, kenapa perlu jaminan dari IPIC/Aabar ?

- Setakat nak buktikan melalui penyata bank bukannya susah, 1MDB hanya perlu minta jer dari bank tapi itu pun tak boleh buat

-  Pembayaran dari akaun 1MDB di luar negeri

- Pihak Kementerian Kewangan selaku pemilik tunggal 1MDB pun tidak tahu apa2

- Hanya disebut saja dalam minit mesyuarat 1MDB tapi bukti tidak ada


Video 5 - 1MDB - Confirm Arul TIPU !





KLiK untuk ke Youtube


- Kita ( PAC ) mengesahkan Arul telah menipu bila mengatakan baki wang cayman telah ditebus

- Tebusan pertama wang Cayman dikatakan sudah dibayar kepada Aabar tapi pihak Ketua Audit tidak dapat sahkan. Ada kemungkinan pembayaran kepada Aabar itu PALSU.

- Tebusan kedua pula dikatakan sudah ditebus secara tunai dan ada di BSI Singapura, juga diulang oleh Najib. Kemudian ditarik balik dan disebut sebagai aset kemudian jadi Unit tanpa penjelasan lanjut.

- Jika dana itu dalam bentuk Unit Pelaburan, itu bermakna ia masih BELUM ditebus ! Penebusan tidak harus dalam bentuk unit.

- Jawapan paling akhir dari Kementerian Kewangan pula kata ia masih belum ditebus dari Cayman

- Jika di sorot kembali money trail dana itu kepada usahasama 1MDB-Petrosaudi, boleh dipertikaikan apakah keseluruhan USD2.318 bil itu benar2 wujud atau tidak !

- Deloitte pun kena tipu.


Video 6 - Kenapa Lapuran Ketua Audit Negara Masih di OSA kan ?




KLiK untuk ke Youtube

- kita ( PAC ) terkejut bila laporan ketua audit tidak dibentangkan bersama lapuran Pac

- Hasan ada sebut lapuran audit itu akan hilang OSA bila lapuran Pac dibentangkan.

- Apa yang nak disembunyikan ?

- Kenapa nak di rahsiakan lapuran mengenai sebuah syarikat milik kerajaan ? Adakah kerana melibatkan Najib ?


Video 7 - Rumusan / Jumlah Yang Hilang Adalah USD7 bil ( RM28 bil )




KLiK untuk ke Youtube


- Tun Mahathir mungkin silap bila sebut RM42 bil hilang tapi memang berbilion2 ringgit tidak tahu ada di mana ... maknanya hilang lah !

- Jumlah yang hilang - 1 bil yang diberi kepada Goodstar + 3.5 bil kepada Aabar BVI + 1 bil yang ada di BSI + 1.56 bil GIL  =  USD7 bilion ( 28 bilion ringgit ! ) yang tidak dapat dikesan atau dibuat pengesahan oleh Ketua Audit Negara
         

PS - Perlu disebut di sini, wawancara bersama Tony Pua dibuat atas dasar beliau sebagai salah seorang ahli PAC yang terlibat secara aktif ( boleh baca hansard untuk buktikan ). Tony berkata setiap kenyataan beliau dalam wawancara adalah bersandarkan apa yang dibincangkan dalam prosiding PAC.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

8 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 12, 2016 at 3:28 PM delete

Memang Najib Razak layak dan wajar dihumban ke lokap, diadili dan disimpan di tembok berjerjak besi samada di Kajang atau di Sg Buluh. Dengan apa yang telah dibentangkan setakat ini, amat sukar untuk menolak bahawa Najib Razak tidak terlibat dalam skandal 1MDB ini. Keengganan Najib Razak memberi sepenuhnya kerjasama sepanjang sisatan Audit Negara dan PAC dijalankan serta kecepatan regim Najib Razak mengkelasifikasikan Laporan Audit Negara sebagai OSA menunjukkan penyamun besar ini sudah desperate dan sedaya upaya telah dan masih berusaha keras untuk menyembunyikan fakta dan belang sebenar beliau. Maka adalah HALAL malah SUNAT PM Malaysia ini digulingkan kerana dia adalah penghalang utama kepada keadilan dan kedaulatan undang2 ditegakkan dinegara ini Malah Najib Razak secara aautomatik telah menjadi musuh negara kerana telah melanggar berbagai peraturan institusi itu sendiri selain dia telah juga menginjak Kedaulatan Undang2 yang merupakan salah satu prinsip Rukun Negara. Let us work together and kick him out asap!

Reply
avatar
Hussin S
AUTHOR
April 12, 2016 at 5:50 PM delete

Janganlah dikutuk Najib. Najib sebagai Panglima Perang Islam telah membahagikan harta rampasan perang dengan begitu adil.
Pertamanya untuk Goldman and Sachs banker yahudi tu dberi US500 juta.
Untuk panglima perang bawahnya iaitu Jho Low dan geng arabnya entah perabis berapa ribu juta.
Untuk keluarganya yg sentiasa beri sokongan utk Najib pergi berperang diperuntukkan US150 juta buat anak tirinya. Untuk bininya tiada had.
Untuk macai...Mat Maslan RM 2juta. Shahrir RM1 juta dan ketua puteri RM50 000. Untuk yg lain yg hadir majlis perlancaran perangnya cukup diberi naik bas percuma, nasi sebungkus, t shirt dan duit kopi RM50.
Memang Najib pandai membahagi harta ghanimah perang.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 12, 2016 at 7:09 PM delete

Sangat malang....kes 1MDB yang penuh penyelewengan ini menjadi peluru untuk DAP dan geng Liberal membunuh masa depan melayu. Aku berdoa agar ada kumpulan dalam UMNO yang berani merempuh benteng kekuatan Najib supaya menyelamatkan nasib UMNO yang masih berbaki sedikit ini. Selamatkan UMNO turunkan Najib!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 12, 2016 at 7:11 PM delete

Adakah Najib sudah biasa melakukan perbuatan lesapkan duit atau seleweng duit sebelum menjadi PM? sehingga dia berani dan bijak memutar belit aliran duit keluar dari MOF? Namun kita sebagai rakyat mesti gali dan korek sampai ke lubang hidung Najib kemana perginya duit kita rakyat Malaysia!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 12, 2016 at 8:38 PM delete

Pemakan dedak akan sentiasa menjunjung dan menjinjing pemimpin mereka kerana itu lah sumber kewangan mereka. Kaut apa saja sebelum kalah dalam PRU 14 ,sekurang-kurangnya adalah bekalan dihari tua dan boleh mewariskan kekayaan kepada anak cucu mereka.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 13, 2016 at 5:58 AM delete

Ada satu Najib razak, merata tempat dia berak, menteri umno kasi dedak, suruh cover julang sorak..

Ada satu Najib razak,masih berdalih bagai nak rak,satu dunia siasat banyak,perut dia bertambah senak..

Reply
avatar
tatang ka
AUTHOR
April 14, 2016 at 1:35 AM delete

Kau inilah satu satunya melayu yang bodoh yang harus hilang masa depan. Apa kena mengena dengan DAP. Ini kes korup. Duit rakyat yg lesap.ia berkait dengan rakyat. Semua orang mau tau.Bahalol.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 22, 2016 at 4:07 PM delete

Kesian generasi anak-anak Malaysia. Hanya mampu mengeluh.. Susah untuk hidup aman dengan harga barangan yang mahal.

Reply
avatar