KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, April 25, 2016

dinturtle

Sebagai Rakyat Terengganu Saya Harap DUN Di Bubarkan Dan PRN Di Adakan !

Mkini

Dalam Sarawak berdepan dengan PRN tetiba politik Terengganu pula mencuri tumpuan bila tersebar berita MB Razif berdepan masalah dengan pihak istana sehingga dikatakan semua gelaran yang dikurniakan Sultan sudah ditarik balik.

Terbaru, Najib akan turun mengadap Sultan Terengganu dalam masa terdekat untuk menyelesaikan isu tersebut.

Saya malas nak komen isu ini sebab terlalu banyak spekulasi tersebar dan pihak yang terlibat pula memilih untuk mendiamkan diri.  Tindakan mendiamkan diri itu sendiri merupakan satu pengakuan bahawa ada yang tak kena.

Dan bila Najib pula kena turun mengadap, maknanya .... 

Bila dah diberi nasihat supaya jangan buat spekulasi, maka kita pun kena akurlah .... setakat yang kita mampu. Tapi kali ini saya bukan nak buat spekulasi cuma sekadar mahu meluahkan harapan saya selaku anak Terengganu.

Dan harapan saya adalah supaya DUN Terengganu dibubarkan untuk membuka jalan diadakan satu PRN untuk Terengganu ! YES  ! !

Serius beb ... rakyat Terengganu akan beroleh banyak manafaat sekiranya diadakan Pilihanraya Negeri .... macam Sarawak. Macam2 hadiah turun .... Korang tak nak ?

Rakyat Negeri untung woh kalau PRU dan PRN diadakan pada waktu yang berbeza, terutamanya bila kita punya PM yang kaya raya dan terkenal dengan sifat suka memberi !

Bagi saya kalau tukar MB sekalipun, dengan kedudukan 17-15 kerusi DUN, dan wujud ketidakpuasanhati dikalangan wakil rakyat BN terhadap pimpinan negeri, masalah mungkin saja bakal berulang lagi.

Boringlah ....sekejap meletup , lepas tu senyap. Kemudian meletup lagi, senyap balik ... meletup lagi ... paling senang bubar jer DUN dan seluruh rakyat Terengganu akan tersenyum lebar menyambut kedatangan pemimpin2 yang bakal datang dengan pelbagai hadiah dan janji.... tak gitu ?

Kalau di PRN Sarawak dikatakan poster pemimpin bukan Sarawak termasuk poster Najib tidak dibenarkan pamer, jangan risau, di Terengganu poster Najib akan dialu2kan. Malah muka Najib saja bakal menghiasi seluruh pelusuk negeri Terengganu kalau diadakan PRN. Mesti teruja rakyat Terengganu kan .... sukanya !

BN boleh perkenalkan kempen - Pilih Najib = Undi BN !  Barulah sesuai dengan hujah cai2 Najib selama ini supaya kedudukan Najib selaku PM ditentukan oleh rakyat melalui Pilihanraya.

Yalah, walaupun peringkat negeri dan bukan Parlimen tapi apa bezanya ? Najib juga yang berkuasa penuh dalam pemilihan calon MB, kan ?

Makanya saya ingin merayu ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu supaya dapat mempertimbangkan usul supaya DUN Terengganu dibubarkan dan diadakan Pilihanraya Negeri bagi memberi peluang kepada rakyat Terengganu memilih kerajaan yang baru. 

Ia bakal menjadi satu hadiah paling bermakna kepada rakyat Terengganu dalam berdepan keadaan ekonomi yang menyesakkan ketika ini !


PS - Diharap sangat agar MatSaid dapat memainkan peranannya dalam soal ini..... demi rakyat Terengganu.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

5 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 25, 2016 at 5:33 PM delete

Mat Said hanya menanti saat yg tepat untuk melakukannya. Bersabar dan berstrategi dlm bertindak boleh merunsingkan Najib dan macainya.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 25, 2016 at 7:30 PM delete

cer cite sikit
apa yg diucapkan mb smpai sultan mizan murka

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 25, 2016 at 7:39 PM delete

Satu unfi kepada barisan nasional adalah satu undi kepada Najib. Biar apa pun alasannya.

Satu undi kepada Najib adalah satu undi kepada keyakinan dan kepercayaan bahawa 1MDB adalah suci murni sesuci kapas di kertas putih bersih.

Juga kepada keyakinan bahawa 42 juta duit SRC yang disalahmasuk ke dalam akaun Najib bukanlah pecah amanah oleh CEO SRC yang kemudiannya bercuti dengan bergaji penuh. Percutian tanpa had masa dan tanpa diketahui lokasi percutiannya.

Bahawa segala perbelanjaan yang digunakan untuk membeli pelbagai kenewahan diri dengan termenggunakan duit SRC adalah satu kepercayaan bahawa perbelanjaan itu bukanlah untuk kepentingan peribadi tetapi sebagai perbelanjaan untuk melawan DAP, menentang ISIS, menentang exstrimist agama.

Bahawa perbelanjaan 42 juta RM dalam masa 3 hari untuk kegunaan bernewah diri itu adalah suatu doktrin wasatiyah yang dianjurkan oleh fahaman Najibisme.

Itulah antara keyakinan yang terpahat melalui undi barisab nasional untuk prn ataupun pru pada dejad ini.

Reply
avatar
Abu Shauqi
AUTHOR
April 26, 2016 at 1:33 AM delete

Far sighted Abg Din. BRAVO

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 26, 2016 at 9:51 AM delete

Din kalau kau blk Tranung singgahlah kat Dungun kawan belanja deme telur power. Politik Tranung dah mambaa dah dan kkolee!.

Reply
avatar