KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Saturday, April 9, 2016

dinturtle

Setelah Pelbagai Masalah Didedahkan, Rugi Bilion2, BerRahsia Bagai ... Masih Percaya 1MDB Suci Bersih ?

Saya rasa ramai yang dah mula serabut dengan pebagai prinskrin dari laporan Pac bila melayan ulasan rakan2 FB. Masing2 dengan ulasan tersendiri maka kita pun terdedah kepada prinskrin yang sama berulangkali.

Sekurang2nya semakin ramai yang tahu dan faham apa sebenarnya yang berlaku dalam 1MDB sampai kita semua kecoh.

Sebelum ini cai2 Najib akan melenting tiap kali kita bercakap tentang isu2 1MDB. Nah.... ternyata apa yang kita duk cakap selama ini di iktiraf sebagai benar2 berlaku dalam 1MDB dan penceritaannya juga sama.

Kepada yang duk menuduh FITNAH! FITNAH!  selama ini tak nak minta maaf ke ?

Lepas satu-satu cai2 Najib kantoi, masih perasan mereka mempertahankan Kebenaran Najib. Lepas kena kencing ngan Najib isu RM2.6 bilion yang mana akhirnya Najib mengaku padahal cai2 bermatian menafikan dengan pelbagai hujah, siap tuduh FITNAH! kepada pengkritik yang bertanya ... kemudian kena kencing lagi isu Cash bertukar Unit .... kemudian yang terbaru bila Pac mengesahkan semua cerita itu benar ....  cai2 Najib sedar atau tidak yang mereka sudah berulangkali TERBUKTI BERADA DI PIHAK YANG SALAH ?

Dah minta maaf belum ?

Saya tabik kepada rakan2 FB yang berjaya mengulas dengan baik isu 1MDB @ Pac ini. Saya sering merujuk kepada dua brader ni - FB Yaakob Osman ( KLiK ) dan satD ( KLiK ) . Ramai lagi yang berjaya mengulas dengan baik.

Buat masa ini saya lebih menumpukan komen secara ringan supaya anda tidak tension baca dan mudah ikut serta faham. 

Kali ini saya komen dakwaan beberapa pemimpin termasuk Najib sendiri yang bersungguh kata tidak ada kes songlap atau duit hilang atau yang kata semuanya mengenai 1MDB suci bersih. ( Kepala hotak depa ! )

Cuba baca bagaimana pihak pengurusan BERULANG KALI dengan SENGAJA tidak mematuhi arahan Lembaga Pengarah dalam isu kerjasama 1MDB-Petrosaudi .



Korang tak rasa pelik ke ? Sepertinya ada tangan / kuasa lain yang lebih besar dari pihak pengurusan dan lembaga pengarah yang berkeras mahukan projek itu diteruskan .... walau apapun berlaku.

Tidak ada siapa boleh halang !

Samada Lembaga Pengarah setuju atau tidak - itu tidak penting ! Projek kena jalan juga.






Pelaburan US$1 bilion tuh ...... main redah semacam. Tangan ghaib itu buat macam duit mak bapak dia. 

Pelbagai peraturan atau langkah2 yang perlu diikut - semuanya dilanggar.  KENAPA ? 

MUSTAHIL ceo buat semua pelanggaran itu atas budi bicara sendiri. Kenapa dia begitu berani dan besar kepala ? Sebab di belakangnya ada tangan ghaib yang LEBIH BERKUASA dari lembaga Pengarah !

Kenapa Pac tidak siasat MOTIF kenapa perjanjian 1MDB-Petrosaudi itu DI PAKSA JADI juga walaupun dalam keadaan biasa, perjanjian seumpama itu yang begitu merepek akan terus ditongsampahkan ?

JELAS sekali sudah ada DEAL sebelumnya antara pihak Petrosaudi Cayman dengan tangan ghaib itu di mana transaksi itu SUDAH DIJAMIN AKAN BERLAKU !

Saja-saja ?


Pembayaran US$700 juta kepada akaun milik sebuah syarikat lain yang TIDAK TERLIBAT dengan projek usahasama ini - ayat ini bukan ayat songlap ke ? Bukan hilang ke duit itu ?


Cai2 Najib akan kata akhirnya segala pelaburan berkaitan Petrosaudi dapat kembali siap dengan untung lagi ...... 

Well, jika anda rajin baca laporan Pac itu, anda akan dapati pelbagai masalah timbul berkaitan dana + untung itu. Macam2 alasan diberikan .....

Yang kita tahu, keseluruhan dana itu tidak kembali. 

Akaun bank 1MDB diluarnegara tidak diserahkan kepada Ketua Audit dan Pac untuk disemak. Ada saja .......

Earlier in a statement, the Petaling Jaya Utara MP demanded 1MDB explain why it refused to hand over its foreign bank account statements and that of its subsidiaries to the Auditor-General and the PAC. ( FMT

Kalau seorang itu songlap duit yang diamanahkan orang lain kepadanya tapi beliau tidak mengaku, dan bila ditanya atau diminta tunjuk bukti ..... agak2lah, bagaimana reaksi atau jawapan orang itu ?

Sama tak dengan cara 1MDB ?

Di bawah pula mengenai deposit dan bayaran tebus Option kepada IPIC.









Ini pun satu lagi yang pelik ..... Kenapa isu2 yang kita tanya dan minta kesahihan atau penjelasan dari 1MDB, KEBETULAN semuanya banyak masalah ? Semuanya jenis main redah samada sengaja langgar arahan lembaga pengarah atau dengan cara yang jelas berniat jahat iaitu, tidak beritahu langsung lembaga pengarah !


Ni syarikat jenis apa ni yang gila2 dipertahankan oleh cai2 Najib ni ? 

Syarikat jika diuruskan secara jujur dan amanah serta tulus TIDAK AKAN berperangai macam 1MDB ! Serius cakap ni ..... 


“We have already established that at least USD5.5 billion of 1MDB’s cash and assets could not be verified by the Auditor-General after a year of investigations,” said Pua in a press conference at the DAP headquarters here, today.

Tu dia .... US$5.5 bilion duit dan aset 1MDB tidak dapat disahkan oleh Ketua Audit walaupun setahun menyiasat. 

Bukannya banyak pun aktiviti niaga 1MDB ni. Tapi dalam tak banyak tu pun pelbagai masalah boleh timbul. 

Oya, kenapa laporan Ketua Audit itu masih dikategorikan sebagai RAHSIA di bawah OSA ? Katanya selepas pembentangan Pac, benda itu tidak lagi rahsia ? Bila nak dilepaskan supaya rakyat boleh lihat dan kaji sendiri ?

Dah lah banyak masalah, pelanggaran prosedur, main redah jer, rugi bilion2, hutang keliling pinggang, jual aset negara sebab nak bayar hutang, berRAHSIA bagai ..... secara jujurlah saya nak tanya, anda masih percaya ke 1MDB itu suci bersih ? 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

7 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 9, 2016 at 7:24 AM delete

Horea!..Horea!....Horea!...gembira sekali semua tuduhan sudah clear dari diri saya.Mungkin lepas ini sesiapa yang bangkitkan pekara yang telah selesai akan ditahan dibawah akta hasutan.Tunggu dan lihat,cai2 akan menjalankan tugas yang diamanahkan pada mereka.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 9, 2016 at 8:03 AM delete

Memang tak lahh

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 9, 2016 at 9:26 AM delete

Mastermind yang menggelapkan duit 1MDB tak lain tak bukan adalah PM Malaysia Mohd Najib Abd Razak. Inilah penyamun sebenar dan orang yang menyalurkan idea gila ini kpd Najib Razak adalah diyakini Tok Arab kelahiran Penang iaitu Syeikh Jho Lho. Inilah satu2nya manusia yang paling rapat dgn Najib Razak sejak 1MDB bernama TIA. Najib Razak melalui peranan Jho Lho yang jelas begitu rapat dgn Rosmah telah berhadil mempergunakan Najib Razak utk kepentingan bersama mereka. Yakinlah bahawa hubungan2 1MDB dengan sykt2 pesisir atau offshore di luar sana banyak dimainkan oleh Tok Arab mata sepet Jho Lho ini. Disebabkan Jhi Lho tidak dlm pengurusan 1MDB tetapi peranan dan perancangannya dlm 1MDB byk dimainkan oleh Najib Rosmah melalui penggunaan"tangan hitam" yang menggerakkan "kambing2 hitam" utama dlm 1MDB utk melaksanakan pelan mereka bersama. Trio RMJ ini memanipulasi jawatan Najib sbg PM, Menteri Kewangan dan Pengerusi 1MDB/penasihat untuk faedah bersama dan siap menternak "kambing hitam" utk tujuan jamuan korban andai kerja iblis dan puaka mereka dapat dikesan. Apa yg terdedah hari ini adalah apa yg telah mereka rancang dari awal. Keengganan PM Najib membenarkan keseluruhan dokumen dan transaksi 1MDB diserah kpd PAC adalah bukti kuat utk terus menutup kerja petualang mrk mentekedarah duit negara dan rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 9, 2016 at 11:19 AM delete

Cai2 najib rosmah akan sentiasa fight benang yang dah berlumpur sebab dedak itu sedap...tapi harooom

Tu yg dorang tak sedar tu..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 9, 2016 at 12:26 PM delete

Memang jelas 1MDB satu kes yg telah menjangkau jenayah & integriti. Saya menyokong en dt.

Pentas kini saya umpamakan spt permainan chess. King & Queen adalah pasangan popular dunia! King mmg dah checkmate, tetapi yg bebas memusnah adalah Queen nya, langkah panjang kesemua arah! King nya bergerak setapak2 aje! Tetapi undang2 permainan telah diubah & pasangan popular masih bermaharaja.

Hapuskan Queen nya!!! Bertaburan lah yg lain2, yg nak cari makan, talibarut2 semua akan menukar arah demi nak 'hidup'! Kononnya! Hari nya insyaa Allah akan sampai!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 9, 2016 at 3:28 PM delete

Eh berapa besar punya haram jadah menipu duit rakyat. Lihat2 seperti perangai orang yang berbapak sepuluh orang.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 14, 2016 at 2:46 PM delete

Ooohh di manakah cow wahai tuan punahsehattt? Adakah punat mu dok braper nok sehat sehinggkan diam membisu tanpa bahasa? Atau apakah tuan telah benar2 bisu kira gerangannya? Hamba serta pacal2 yang hina memerlukan ehsan tuan untuk menyelamatkan bahtera dari terus ditebuk tupai....Oooohh dedak..ohhh dedak...oohhh dedak..

Reply
avatar