KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Saturday, April 9, 2016

dinturtle

Shafie Apdal - BN Sarawak Akan Menang Atas Isu Kenegerian .... Bukan Kerana Faktor Najib !





Di bawah beberapa segmen video pendek yang saya potong dari ucapan penuh DS Shafie Apdal di Gurun Kedah ( KLiK ) supaya senang untuk disebarkan sesama rakan.


Kesetiaan Kepada Parti Bukan Hanya Kesetiaan kepada Presiden dan Pemimpin Lain




KLiK untuk ke Youtube

Masalah utama Umno adalah berdepan dengan KEYAKINAN RAKYAT terhadap parti yang semakin terhakis. Umno tidak boleh terus berpegang kepada sejarah untuk kekal berkuasa.

Kesetiaan kepada parti bukan semata2 hanya terletak kepada memberi sokongan kepada Presiden Parti atau mana2 pemimpin. Tapi ia terletak dengan AMALAN ahli parti bagaimana kita menguatkan parti. Melakukan yang terbaik agar parti ini pilihan rakyat, agar parti ini berbakti kepada rakyat.

Kerana yang menentukan siapa yang berkuasa di negara ini bila menjelang Pilihanraya bukan seorang Presiden. Kita boleh taat tapi apa jaminan dia ketaatan kita itu boleh mengekalkan kita kekal berkuasa ?

Kerana 12 juta ahli bukannya ahli Umno ! Bukan semuanya 12 juta pengundi itu ahli Umno.

Jadi perlu pastikan setiap tindak tanduk kita akan beri keyakinan kepada rakyat bahawa Umno masih menjadi pilihan utama.

Saya dah maklum banyak kali dengan Ahmad Maslan, masa dulu dia pegang, nak jelaskan tentang GST - Maaaaat, jangan sebut tentang harga barang tak naik....... Naik Mat !

Kita kena jelaskan kebenarannya, tentang akan berlaku sesuatu yang menyebabkan harga barang akan naik.


Isu 1MDB 




KLiK untuk ke Youtube


- Banyak isu saya tegur dengan baik. Bukan saya kata letak jawatan ...

- Keadaan ini perlu diatasi, perlu penjelasan tentang perkara2 yang ada keraguan

- Selesaikan secepat mungkin jika tidak akan merebak

- Asalnya yang tak yakin sedikit saja tapi kini pelabur luar pun sudah turut bimbang

- Hal 1MDB - .... bila kita tegur, bila kita bagi pandangan ... tindakan diambil ( terhadap yang menegur ). Yang melakukan kesalahan tak pernah ditanya pun, yang belanja duit ni kenapa tak ditanya .... MANA DIA ? SIAPA DIA ?


- Orang kata Tun Mahathir pun buat, dia bela MAS, belanja duit dalam bursa saham berapa bilion duit .... tapi Tun Mahathir bila dia bela MAS .... 20 ribu anak2 kita yang bekerja di bawah MAS, kapalterbang ada, lapangan terbang ada ....

- Proton ... la ni kereta Proton banyak, 30 ribu anak2 kita yang kerja dengan Proton, vendor dia ..... tak boleh nak disamakan dengan 1MDB ! Belanja 42 bilion, mana dia bangunan ? Kereta mana ? Tak nampak .....

- Tun Mahathir belanja ... bukan masuk poket dia. .... nak stabilise kan matawang. Itu kebenaran.

- Jasa Tun sampai ke Sabah. Tun yang panjangkan sayap Umno ke Sabah.



Isu Penggantungan Muhyiddin




KLiK untuk ke Youtube

- Jawatan Timbalan PM itu hak dia... tapi ini jawatan Timbalan Presiden Parti, perlu ada lunas2 dan cara2nya. Tak ikut disiplin parti.

- Laporan kena ada, siasatan, laporan jawatankuasa disiplin, pengurusan .... bela diri ... TAPI ini tak, gantung terus !

- Budaya Umno yang nak kita suburkan dengan amalan ...

- Umno perlu perubahan dari segi budaya. .. supaya penerimaan masyarakat terhadap Umno dapat diteruskan. Amalan seumpama ini yang tak ikut peraturan perlu diubah.


BN Sarawak Akan Menang Kerana Main Isu Kenegerian





KLiK untuk ke Youtube


BN Sarawak akan menang Pilihanraya Negeri akan datang ini bukan pasal pembangunan, dia menang bukan pasal Datok Najib, dia menang pasal Ketua Menteri Sarawak ni dendangkan lagu2 Sarawak Untuk Orang Sarawak !

Dia nak autonomi, dia nak 40% minyak royalti. Dia macam Kelantan lah..... kenegerian dia menebal, semangat negeri dia tebal.

- ... pasal tu dia akan menang. Bukan pasal lain.



PS -Secara jujur lah, kalau kita ditempat KM Sarawak pun, berdepan dengan Pilihanraya Negeri .... takkan nak main isu Pilih Najib = Pilih BN ? Hancur lah .....

Tapi cai2 Najib patut teruskan kempen menggunakan modal Najib sebagai membuktikan rakyat Sarawak memilih BN kerana mereka mahukan Najib ! 

Bukankah itu yang sering kita dengar ketika ini - jika mahukan perubahan PM, maka tunggulah PRU ! Makanya, buktikanlah di Sarawak dulu.

Jangan nanti SELEPAS MENANG baru nak heboh kononnya rakyat Sarawak sokong Najib sebab itulah BN menang. Padahal masa kempen langsung tidak disebut nama Najib pun....

KM Sarawak terdesak ...... terpaksa main isu kenegerian jika mahu terus menang. 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :