KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, April 3, 2016

dinturtle

Skandal Wolf of Wall Street - Orang Hollywood Pun Ketawakan Alasan Derma Najib !


Tu dia ..... Glamer lagi keluarga Najib Rosmah. Terkini, tengah trending artikel terbaru dari majalah Hollywood Vanity Fair cerita mengenai siasatan FBI ke atas dana filem The Wolf of Wall Street. 

Kat situ keluarlah nama2 1MDB, Malaysian Prime Minister Najib Razak, anak tirinya Reza Aziz ... Jho Low ...

Jadi bukan saja masyarakat dunia yang mengikuti cerita2 politik atau perkembangan semasa saja tahu tentang skandal Najib, malah mereka yang hanya layan berita hiburan dan gossip Hollywood pun tahu juga !


VanityFair

Tak lama lagi pasti keluar Filem Hollywood tentang 1MDB ini ... bab sebagai case study di Universiti dan akademi2 badan penyiasat dunia sudah tentunya. Maksud saya, dunia akan kaji bagaimana skandal sebegitu besar boleh lolos dan sudah pasti badan2 penyiasat dunia akan keluarkan satu garis panduan bagaimana perkara sama dapat dielakkan dari berulang. 

Pendek kata - Tidak ada negara di dunia mahu kes 1MDB berlaku di negara mereka !

1MDB, Najib dan nama Malaysia akan kekal termaktub dalam sejarah dunia !


Oya ni satu lagi keratan dari paper Turki yang rakan FB saya terjemahkan sebagai Pasangan Gorjes Malaysia ! Peeeeerrgh ........

Mungkin anda boleh terjemahkan ikut suka anda, apapun boleh. Yang pasti - Najib Rosmah GLAMER satu dunia !




                                              *********************************

Ada satu perenggan dari artikel Vanity Fair di atas yang menarik perhatian saya -

When pressed for comment, Razak offered the explanation that the gargantuan sum had come in the form of a private donation from a Middle Eastern country he did not care to name, which is like the macroeconomics equivalent of claiming your dog ate it. Malaysia’s former attorney general (who, it’s worth mentioning, had been aligned with the UNMO since his appointment in 2002) cleared Razak with the explanation that the $681 million had been a gift from former Saudi Arabian King Abdullah bin Abdulaziz. But then, a week later, Razak himself attributed the sum to an unnamed Saudi businessman.


Riza anak Rosmah pun turut beri alasan DERMA kepada dana filem Wolf of Wall Street ! ? Taaaak ... sebenarnya Vanity Fair merujuk kepada alasan Derma yang diberikan oleh bapa tiri Reza iaitu Najib.

Dan apa komen Vanity Fair kepada alasan DERMA itu ?  Ia disamakan dengan alasan yang sering diberikan oleh anak2 kecil bila ditanya oleh guru sekolah mereka, dimana kerja rumah yang diberikan semalam ? Anjing saya makan, jawab kanak2 itu .

Orang Hollywood pun ketawa dengan alasan DERMA yang disifatkan sebagai keanak2an ! 

Tapi di Malaysia ...... alasan DERMA itu dipertahankan oleh KERAJAAN dan UMNO .... adeh ..... anda boleh bayangkan bagaimana reaksi masyarakat dunia terhadap rakyat Malaysia bila Najib dibersihkan oleh AG dengan alasan DERMA.

MACAM ALASAN BUDAK2 KECIL ! 

                                                ******************************

Skandal Red Granite, syarikat milik bersama Reza anak Rosmah yang menerbitkan Wolf of Wall Street heboh diperkatakan semalam bila WSJ menerbitkan artikel yang mendakwa dana filem itu juga berASAL dari skandal 1MDB.

"Biro Siasatan Persekutuan (FBI) telah mengeluarkan sepina kepada beberapa pekerja dan bekas kakitangan Red Granite dan kepada sebuah bank serta sebuah firma perakaunan yang digunakan oleh syarikat itu," kata laporan WSJ itu. ( Mkini )

"Para penyiasat percaya wang AS$155 juta itu kemudian mengalir ke Red Granite Capital, sebuah firma yang ditubuhkan oleh (Riza) Aziz untuk membiayai syarikat filem itu."

Nama Al-Husseiny dan Aabar Investments PJS Ltd timbul lagi.


Seperti yang saya katakan di artikel2 sebelum ini, kunci kepada mematahkan segala dakwaan oleh WSJ ini MUDAH saja iaitu 1MDB tampil dengan bukti2 yang menunjukkan pembayaran kepada Aabar Investments PJS Ltd itu adalah SAH dan ia turut diterima/disahkan oleh IPIC.

Keseluruhan dakwaan WSJ adalah bersandarkan pembayaran yang kononnya dibuat oleh 1MDB sebagai deposit dan bayaran bagi melupuskan Option IPIC sebenarnya tidak diterima oleh IPIC sebaliknya telah dibayar kepada sebuah syarikat Aabar Investments PJS Ltd iaitu sebuah syarikat yang namanya MIRIP syarikat yang dimiliki oleh IPIC iaitu Aabar Investments PJS ( tanpa perkataan Ltd )

Acu baca balik - KLiK.

Apa yang payah sangat untuk Arul Kanda dan Najib keluarkan bukti itu ? Begitu besar kesan negatifnya kepada rakyat dan negara dan begitu besar belanja Najib keluarkan untuk menyerang Tun Mahathir untuk mengalih tumpuan rakyat ... padahal untuk membuktikan kesahihan transaksi 1MDB-IPIC itu langsung tidak melibatkan satu sen pun kos !

Bahagian akaun 1MDB mungkin boleh kaotim la tapi mungkin masalah di bahagian IPIC kerana IPIC adalah syarikat global yang berdaftar di London Stock Exchange. Bukan boleh sebarang adjust2 .....

Boleh cai2 Najib jawab ? Bukankah mudah sebenarnya nak patahkan segala serangan terhadap 1MDB, Najib dan isu deposit RM2.6 bilion ?

Bila dah settle yang bilion2, baru senang kita nak tumpukan pada yang million2 pulak ...... isu SRC dan yang terbaru isu deposit US$375 juta yang didedahkan oleh ABC Australia.

Huh ?  Yalah .... pembayaran kepada IPIC itu adalah pada tahun 2013 ( untuk kes RM2.6 bilion ) sementara surat pak Arab yang didedahkan itu adalah untuk deposit tahun 2011 ! Adoyai ........

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

6 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 3, 2016 at 4:05 PM delete

Mata depa dah kabur dgn RM Din. Duit derma haram dah masing2 dapat bahagian seorang sikit buat makan anak bini, malah dok mengharap lagi Najib huluq lagi...byk lagi Din baki. Tu pakat dok sayang kat Najib. Sbb tu wlu Najib dah jatuh tapi puak makan dedak msh dikekalkan dan tak diterajang keluaq JUGA, jgn harap la aku nak sokong UMNO lagi. Tobat lahum Din aku tak akn support puak jenis pikiaq tembolok sendiri saja tanpa peduli nasib jutaan rakyat lain.

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
April 3, 2016 at 5:03 PM delete

Siapa agaknya yg akan berlakon watak Rosmah bila buat filem 'The Rise and Fall of PM Najib' nanti?

Tentu lagi femes Malaysia. Tapi kali ini seara positif pulak. Dapat dijadikan teladan utk pemimpin seluruh dunia.

Aku harap kes Mohd Najib ni dapat ditutup secepat mungkin. Aku masih hidup waktu tu, ingin nak rasa sekali lagi negara kita MERDEKA.

Semoga tak sia2 juga pengorbanan dan perjuangan TDM.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 3, 2016 at 7:07 PM delete

Dispatch le Rahman dahlan...pandai bahasa Inggeris nya! Lagi pun tabloid je, salleh keruak boleh ulas aspek jurnalisme!
Ha Ha...Najib harus di hukum!
Dan jgn ketinggalan setiap talibarut yg bersekongkol, termasuk yg dinamakan!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 3, 2016 at 8:04 PM delete

Dicadangkan buat usahasama dengan Hollywood untuk keluarkan filem `The Secret Of 1MDB'. Satu pelaburan yang menarik yang menjanjikan pulangan ratusan juta ringgit.

Reply
avatar
Syam
AUTHOR
April 4, 2016 at 10:34 AM delete

Assalamualaikum,
Been looking for your blog. Finally found it! I am so happy!

Reply
avatar
PakKaduk
AUTHOR
April 4, 2016 at 11:55 PM delete

Jenuhlah Najib nak saman semua media luar negara dengan segala macam dakwaan salahlaku dia. Hinggakan media hiburan pun keluarkan berita mengenai pemimpin tak bermoral ini!

Lepas ini bolehlah keluarkan filem Musang( Berbulu Ayam? ) di Putrajaya.

Reply
avatar