KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, April 4, 2016

dinturtle

Sumpah Taat Setia Ahli Umno - Pas Semakin Liberal, Umno Pula Semakin Taksub !

Teringat saya semasa kempen PRU13 , 3 tahun lalu di mana antara isu yang hangat diperkatakan adalah sumpah Baiah Pas. Tak perlu diulangsebut, cukup sekadar menyatakan di sini, perkara baiah ini hanya dilakukan jika pemimpin sudah tidak lagi percaya penuh kepada pengikut2nya. 

Baiah diharap dapat mengIKAT ahli dan pemimpin dari keluar parti atau dari tidak lagi beri sokongan kepada pucuk pimpinan dan parti. Supaya ahli dipaksa akur kepada baiah walaupun hati sudah tidak lagi kepada parti atau pemimpin.

Waktu itu ramailah orang2 Umno mengkritik perbuatan Baiah Pas walau apapun alasan diberikan oleh pemimpin2 Pas.

Rupa2nya perbuatan Baiah atau yang hampir mirip kepada Baiah Pas itu kini turut dianuti oleh ahli2 Umno ! Adoyai ....... 

Kini ahli2 Umno diminta supaya mengadakan ikrar sumpah taat setia kepada Najib dan pemimpin Bahagian ! Baca blogger Shahbudin - KLiK.





KLiK untuk ke Youtube

Kalau Baiah Pas dikatakan sebagai kepimpinan Pas yang tidak punya kepercayaan penuh kepada sokongan ahli, apa pula ikrar sumpah taat setia ahli Umno ?

Mungkin ada yang akan kata di atas itu belum sampai tahap Baiah lagi sebab tak didahului lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi  ...... tapi bagaimana pula dengan Deklarasi Putrajaya yang ahli2 cawangan di Selangor diminta sain ini -





Teruk dah Umno Najib ni ......Takut kepada bayang2 sehingga kena bersumpah ikrar bagai. Katanya 3 juta ahli beri sokongan penuh ? 

Lebih teruk dari Pas lagi ! Sekurang2nya Pas hanya mewajibkan calon2 pilihanraya saja yang berbaiah bagi menghalang kerusi2 yang dimenangi berpindah parti. Umno pula sampai ahli2 pun diminta bersumpah.....

Nampaknya senario politik semasa dah terbalik .... dalam keadaan parti Pas dilihat menjadi semakin Liberal, parti Umno pula semakin ke arah ketaksuban.

Suka saya copy kembali beberapa perenggan dari artikel lama masa kempen PRU13 dulu ( KLiK ). Kalau dulu saya tujukan kepada ahli2 Pas, kini saya tujukan perkara sama kepada ahli2 Umno.

 Andai seorang murid yang sudah berbai'ah mendapati gurunya sudah menyeleweng, apakah wajar murid itu tetap setia ? Menurut para ulama muktabar, Baiah itu tidak sah lagi, kerana guru yang berkenaan sudah terkeluar dari ajaran Islam.
 .............. mematuhi selain daripada Allah swt dan RasulNya hanya dibolehkan jikalau mereka itu mematuhi Allah swt dan RasulNya saja.

Sudah menjadi kewajiban kita untuk sentiasa meneliti guru kita demi memastikan ajaran dan pekertinya tidak bertentangan dengan lunas-lunas Islam. Seseorang murid tarikat atau sesuatu gerakan hendaklah berani kerana benar - sanggup bertanya tentang ajaran-ajaran yang diterimanya agar tidak menyalahi ajaran Islam.


Dan komen Tun Mahathir ketika itu ( yang ditujukan kepada Pas tapi saya copy untuk ditujukan kepada Umno ) -


Kemudian diulas oleh Tun Mahathir keesokannya. 22/2 -  manusia sepatutnya hanya tunduk kepada ALLAH dan bukan kepada sesama manusia. "Dia orang (pemimpin Pas) hanya manusia biasa. Bukan Nabi, bukan raja. Tak perlu bai'ah ini,"

Selain itu, Mahathir berkata, bai'ah yang dibuat oleh Pas bertujuan untuk mengongkong pemikiran ahlinya agar tidak menerima pendapat yang berlainan daripada matlamat parti itu. "Bai'ah ialah kita bersumpah setia pada pemimpin. Mereka manusia dan buat salah. Malah banyak pemimpin Pas yang buat salah dari segi agama,"



PS - Saya percaya rakan2 bloggers pro Najib yang dulu sama2 kritik Baiah Pas kini akan beri pelbagai alasan untuk menjustifikasikan perbuatan yang hampir sama dilakukan oleh Umno Najib.  Entahlah Labu .....

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

4 comments

Write comments
PakKaduk
AUTHOR
April 4, 2016 at 3:18 PM delete

Tok2 Lebai PAS pun sama bongoknya dengan pemimpin2 UMNO yang dok angkat Najib.

Sudah terang lagi bersuluh Najib ada banyak skandal. Bukannya hendak nasihat supaya dia direhatkan supaya siasatan yang telus dapat dijalankan tapi sokong semua KEMUNGKARAN yang dibuatnya.

Apakah apabila kita tahu berlakunya KEMUNGKARAN & MAKSIAT (rasuah) kita perlu tunggu sehingga PRU diadakan (iaitu 2 tahun akan datang atau mungkin lebih) untuk kita bertindak ?

Apa yang bodoh dan baghal sangat pemimpin2 yang sanjung si pembuat kemungkaran ni ?

Malulah! Malaysia ni negara Islam tapi tak berani nak buang pemimpin banyak skandal.

Sultan & Raja perlu menyuarakan pendapat jika lihat ada kemungkaran. Bukankah mereka semua adalah Ketua Agama Islam ?

Kasihan Tun Dr Mahathir, seorang negarawan tulin walau sudah berusia sanggup bersusah payah untuk rakyat.

Mana pergi darah pejuang bangsa Datuk Maharajalela, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Hang Tuah sekawan, Mahsuri, Cik Siti Wan Kembang, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbung, Mat Salleh, Rosli Dhobi dll ?


Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
April 4, 2016 at 3:38 PM delete

Jom aku nak ubah tiang gol lagi, kasi besar sikit, senang kita nak score.
Sebelum ni aku cakap UMNO tu parti 'UNTUK MOHD NAJIB ONLY'. Sekarang tambah sikit jadi Parti Hamba Abdi. Ahli UMNO kena angkat sumpah, kena tunduk dan angguk.

Inilah parti yg dipilih secara demokrasi pada PRU13 dulu. Tapi kali ni akan tinggal berapa kerusi ntah, itu pun di seberang sana, sebagai pembangkang.
Itu hadiah peninggalan Mohd Najib sebagai Presiden UMNO yg paling gemilang.
Presiden UMNO pertama yg berpindah ke pagar jarang.

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
April 4, 2016 at 3:38 PM delete

Semua ini menunjukkan betapa bangsa Melayu semakin lemah dan korup. Jika kita terus alpa dan ditakdirkan Melayu 'rebah', kita tidak boleh nak salahkan org lain sebab tanda2ny sudah jelas didepan mata sekarang.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 4, 2016 at 4:28 PM delete

Kesian tengok mak cik pakcik diperbodoh...

Reply
avatar