KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, April 25, 2016

dinturtle

TAHNIAH Kepada HERO2 Sebenar Deklarasi Rakyat !

Blog ini ingin merakamkan Tabik Hormat kepada beberapa individu yang terbukti punya semangat dan keberanian untuk tampil atas inisiatif sendiri mempromosikan kempen menandatangani Deklarasi Rakyat di tempat masing2.

Mereka buat semua ini atas dasar kesedaran dan semangat mahu menyelamatkan negara ... tanpa sedikitpun mengharapkan sebarang pengiktirafan atau balasan. TABIK !

Saudara Nizam di bawah memang punya hati kering ..... tidak hanya sekadar menjadi Watsapp Warrior tapi turut merealisasikan kata2nya dengan tindakan.

Beliau yang juga merupakan ahli GKCM Selangor telah buka 'booth' Deklarasi Rakyat ( meja + banner jer ) di kawasan berdekatan kediamannya dan begitu giat sekali menyeru  dan memberi penerangan kepada rakyat sekitar untuk sama2 sain borang Deklarasi Rakyat... dari petang sampai ke malam !





Ini seorang lagi ahli GKCM di Kedah, saudara Saheme Hashim bersama rakan2 seperjuangan yang sanggup berdepan dengan pihak berkuasa semasa membuka 'booth' Deklarasi Rakyat di perkarangan Stadium Darulaman Sabtu lepas.


Baca pengalaman beliau di SINI

Ternyata masih ramai di luar sana yang tidak tahu banyak mengenai Deklarasi Rakyat ini. Mereka juga tidak tahu akan kewujudan laman web Deklarasi Rakyat ( KLiK ) di mana mereka boleh sain secara online. 

Rata2 rakyat memang ramai yang menolak Najib. Ramai di antara kita juga dah biasa dengar kata2 sindiran setiap kali muka Najib Rosmah keluar di TV, malah tidak kurang juga yang akan tukar channel.

Beberapa orang guru pernah menceritakan bagaimana murid2 mereka juga sudah pandai memperlekehkan Najib dan Rosmah serta mengaitkan mereka dengan rasuah.

Tarikh akhir 9 Mei untuk sain Deklarasi semakin hampir sebelum kesemuanya yang sudah disain termasuk melalui online akan diserahkan oleh Tun Mahathir dan sekretariat Deklarasi kepada  Yang DiPertuan Agong sempena persidangan majlis Raja2 yang akan datang.

Ayuh kita ramai2 terus berikan sokongan ! Anda boleh hubungi atau hantar mesej pm ke FB GKCM ( Pusat KLiK dan Johor KLiK dan Kedah KLiK ) jika ingin dapatkan banner dan borang untuk buka booth anda sendiri !


                                     ******************

Yang di bawah ini memang tak boleh blah !

KLiK  

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

2 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 25, 2016 at 9:54 AM delete

Penjawat awam pun menyindir NKRA maknanya Najib Kerja Rosmah Ambil,pada pencacai Najib selami akar umbi kebanyakkan rakyat tidak menyukai Najib

Reply
avatar