KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, April 20, 2016

dinturtle

Tindakan Hasan PAC Berunsurkan Sabotaj dan Tidak Bermoral !

“Memasukkan pernyataan yang tidak jelas atau dalam risikan adalah sesuatu yang prejudis dan semua anggota PAC seharusnya memberi keyakinan kepada pihak berkuasa membuat siasatan lebih lanjut sebelum membuat kenyataan," - Mkini.

Itu respon Hasan Arifin kepada dakwaan aggota Pac yang beliau telah menyunting (potong) beberapa ayat dalam laporan PAC yang dibentangkan.

Penyuntingan beberapa ayat dalam laporan akhir Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak menjejaskan keseluruhan laporan itu.

Mkini
Dan ini pula respon balas Tony Pua -

"Hasan sepatutnya memaklumkan kepada Parlimen dan semua yang terlibat, apa sebenarnya yang tidak jelas mengenai penemuan Bank Negara yang menyebut “penerima faedah utama Good Star Limited adalah individu tidak berkaitan dengan Petrosaudi International Ltd”?

"Penemuan itu penting kepada seluruh siasatan 1MDB kerana syarikat dan para eksekutifnya telah memberi keterangan kepada PAC bahawa Good Star adalah anak syarikat Petrosaudi,"

Walau bagaimanapun, syarikat tidak dapat menyediakan bukti kukuh, seperti carian syarikat atau sijil penubuhan dari pihak berkuasa berkaitan, walaupun selepas diminta berkali-kali, untuk menyokong dakwaan Peguam Negara dan PAC, ujarnya.

Apa yang 1MDB dapat sediakan ialah surat tahun 2015 dari Petrosaudi kepada 1MDB mengatakan Good Star Limited adalah sebahagian daripada kumpulan Petrosaudi, jelasnya lagi sambil menekankan PAC tidak boleh mengiktiraf dokumen seperti itu.

"Oleh itu, apakah Pengerusi PAC mahu mempersoal dan mencabar penemuan dan siasatan Bank Negara Malaysia,"

Ayat berkenaan, katanya diluluskan oleh semua anggota PAC dalam draf kerja mereka, namun ia a tidak muncul dalam laporan akhir yang diterbitkan.

Pua berkata ayat yang dikeluarkan berbunyi: "Bank Negara Malaysia dimaklumkan secara sukarela oleh pihak berkuasa negara itu bahawa Good Star Limited adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan PetroSaudi Group".


Saya rasa lapuran di atas sudah cukup jelas menunjukkan wujud unsur2 SABOTAJ di pihak Hasan selaku Pengerusi PAC sendiri ke atas laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen ! Setelah diluluskan oleh kesemua ahli, sekiranya Hasan mahu padamkan, beliau harus maklumkan kepada kesemua ahli juga .... itu baru dinamakan KONSENSUS.

Kalau dah memandai2 padam sesuatu yang dipersetujui ramai, bagi saya itu namanya SABOTAJ.

Sekarang kita tahu apa yang dipadamkan itu setelah baca apa yang dilapurkan seperti di atas, tapi bagaimana setelah beberapa lama nanti, tahun depan contohnya, bilamana lapuran PAC itu dirujuk kembali tanpa ayat yang telah dipadamkan Hasan itu ?

Kita tidak akan tahu maklumat penting itu dan cai2 Najib akan kata - Nah, tunjukkan di mana yang ada menyatakan Good Star Limited itu tidak ada kaitan dengan Petrosaudi ?

Apa yang tidak jelas atau dalam risikan maklumat sepenting itu ? Bukankah maklumat itu diberikan oleh Bank Negara Malaysia ? 

Tidak disebut BILAKAH TARIKH Bank Negara menerima maklumat itu kerana ia boleh dijadikan bukti selama mana perkara penting ini disorokkan dari pengetahuan umum.

Kita masih ingat bila isu GoodStar dan Petrosaudi ini ditimbulkan tahun lepas, bagaimana 1MDB bersungguh2 mempertahankan syarikat itu milik Petrosaudi. Adakah maklumat di atas diterima sebelum itu ? 

Dan jika maklumat itu diketahui lebih awal, kenapa tidak ada tindakan di pihak 1MDB untuk menyiasat lebih lanjut ? Ia melibatkan hampir 4 bilion ringgit duit 1MDB yang dipinjam !

Hasan Arifin telah bertindak secara TIDAK BERMORAL  !  Tindakannya yang dibuat secara diam2 tanpa makluman kepada ahli2 yang lain boleh menjurus kepada niat mahu sabotaj.

Ada baiknya Hasan dilucutkan keahlian serta jawatan sebagai Pengerusi PAC. PAC tidak boleh dikaitkan dengan orang seperti Hasan kerana ia mampu menjejaskan kredibiliti badan yang bertanggungjawab soal ketelusan dan integriti dalam menyiasat sesuatu kes bagi pihak Parlimen.

Hasan, Hasan .... nak cari makan pun susah, kan ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

7 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 20, 2016 at 3:59 PM delete

Bila sebut nama Hasan teringat sebuah lagu

Ha##n budak jaga lembu
Hari hari curi jambu
bila jumpa tok penghulu
tentu dia kena palu

Budak curi jambu tak akan kena palu , sebab tok penghulu kepala penyamun

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 20, 2016 at 4:20 PM delete

Ikrar apa Hassan buat! Atau hanya prosedur spt kata hasfarizam! Agung tak boleh invoke ke ikrar penjawat awam spt Hassan ni. Najib & talibarut2 dah memang gone case... Ini barulah kata sabotaj!!! Melampaui batas sudah!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 20, 2016 at 4:38 PM delete

PAC chairman ada VETO ke nak buat semua tu...??

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 20, 2016 at 4:59 PM delete

Masyaallah, Hasan, amanah yang dipegang kau hancurkan. Adakah kau juga setaraf najib dalam memikul amanah.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 20, 2016 at 7:14 PM delete

Tak sembayangkah hamba Allah ini,sekiranya sembayang mungkin tak buat pekara sebegini.Sabuah hadthis RSW bermaksud "Apabila sesaorang muslim keluar dari sembayang tetapi maseh lagi melakukan kemungkaran maka orang ini belum sembayang lagi".Bertaubatlah wahai saudara ku jangan kamu mati diluar iman.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 20, 2016 at 8:47 PM delete

Dari mula lagi telah mengatakan nak cari makan.jadi mana boleh ada kredibiliti.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 21, 2016 at 12:11 AM delete

Walaupun 5 ahli Pembangkang dalam PAC namun nampaknya mereka punya lebih kredibiliti daripada ahli BN PAC. Hasan Arifin jelas telah mengotorkan imej PAC sebagai sebuah jawatankuasa di bawah Parlimen. Parlimen untuk rakyat. Bukan untuk melindungi salahlaku pemimpin. Syabas Tony Pua, Dr. Tan dan 3 lagi ahli pembangkang dalam jawatankuasa kira-kira wang negara ini.

Reply
avatar