KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, April 11, 2016

dinturtle

Tony Pua Bersuara .... Lagi ! Sain Bodoh Pun Najib Kena Bertanggungjawab, ( Temuramah Eksklusif Part 1 )


Sejak hari pembentangan laporan 1MDB oleh PAC lagi Tony Pua tak berhenti bercakap ! Mujur jugalah kerana jika bukan kerana suara beliau, PAC juga akan dilihat sebagai sudah hilang kredibiliti di mata rakyat.

Laporan PAC jelas menelanjangi 1MDB yang sarat dengan masalah. Tidak hairanlah 1MDB rugi ! 

Memanglah adat berniaga itu ada yang untung dan ada yang rugi .... dan juga yang rugi memanjang tak untung2. Tapi sebagai syarikat yang dimiliki penuh oleh kerajaan yang menjaga amanah untuk rakyat, perlu ada AKAUNTABILITI atau KEBERTANGGUNGJAWABAN.

Perlu disiasat apakah berlaku salah tadbir urus, atau penyalahgunaan kuasa, atau pelanggaran prosedur malahan kita juga tidak boleh menolak kemungkinan berlakunya penipuan atau pecah amanah( jenayah ) disebalik 1MDB sehingga begitu teruk sekali imejnya di persada dunia !

Seperti yang kita maklum, Ketua Pac bersama beberapa ahli Pac lain telah menyatakan bahawa Najib selaku PM, dan selaku Menteri Kewangan dan juga selaku Pengerusi Lembaga Penasihat tidak bersalah di atas kemelut 1MDB, begitu juga pemimpin2 kerajaan lain. Najib tak usah ceritalah ...

Kecuali Tony Pua yang menjadi suara tunggal selaku 'orang dalam' PAC yang berkeras mempertahankan pendiriannya bahawa Najib dan 1MDB BELUM LEPAS LAGI.

Kedegilan Tony dengan pendiriannya walaupun diasak hebat oleh orang Najib menimbulkan minat saya untuk bertemu dan mendengar sendiri penjelasan dari beliau kenapa begitu yakin dengan pendiriannya.

Kebenaran diberikan untuk saya buat rakaman video temuramah itu, makanya saya kongsikan bersama anda. Tonton, dengar dan nilaikan sendiri pencerahan dari orang dalam PAC sendiri akan isu 1MDB dan Najib. 

Memang panasssss.......

Video 1 - Kenapa Saya Tidak Boleh Kata Najib Tidak Bersalah ?




KLiK untuk ke Youtube 

- 1MDB gagal beri dokumen penuh terutama penyata bank luar negeri. Tuduhan ke atas Najib adalah bersandarkan wang 1MDB yang berada diluar negeri. Jika tidak ada bukti, macamana kita boleh buat kesimpulan bahawa Najib tidak bersalah ?

PS - Maksudnya, semua dokumen yang ada terutamanya yang sensitif kepada kes pertuduhan haruslah dikemukakan sebelum kita boleh nyatakan Tidak ada bukti tunjuk Najib bersalah. Mungkin dokumen yang tidak ditunjukkan itu adalah buktinya !

- Akauntabiliti selaku Menteri Kewangan keatas anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, juga Pengerusi Lembaga Penasihat

- wujud artikel 117 yang menunjukkan Najib berkuasa penuh dalam 1MDB di mana sebarang transaksi penting perlu kelulusan bertulis dari beliau

- Sain bodoh pun kena bertanggungjawab ! 


Video 2 - 1MDB Memang Ada Skandal !



KLiK untuk ke Youtube

- 1MDB memang ada skandal !

- Berpuluh mukasurat dalam lapuran menunjukkan Ketua Audit Negara menegur secara keras pengurusan dan pentadbiran 1MDB

- Kesimpulan laporan PAC sendiri sebut pihak penguatkuasa perlu siasat !

- Pembayaran berbilion2 dolar kepada syarikat2 yang tidak dapat dibuktikan siapakah pemiliknya secara jelas. Contohnya Goodstar, Aabar Investments PJS Ltd

- Sepanjang prosiding PAC, tidak ada bukti langsung diberikan daripada agensi2 yang berkaitan bagi tujuan pengesahan itu

- 1MDB cakap mulut saja, bukti takde !


Video 3 - Deloitte Pun Kena Tipu ! It's A SCAM




KLiK untuk ke Youtube


- Ada pihak di dalam 1MDB yang bersekongkol dengan pihak di dalam Aabar melakukan penipuan  ( scam ) menipu 1MDB melalui penubuhan sebuah syarikat palsu yang namanya menyerupai syarikat milik Ipic, bagi menerima pembayaran dari 1MDB


- Deloitte tidak menjalankan tanggungjawab mereka sepenuhnya dalam melaksanakan tugas audit dan hasinya deloitte pun turut ditipu.


PS - Panas ? Nantikan lagi pencerahan dari Tony Pua di bahagian 2

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

4 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 11, 2016 at 8:20 PM delete

Tahniah Din kerana usaha keras tuan untuk menjelaskan kedudukan sebenar 1MDB. Apa yang Tony Pua sebutkan adalah fakta, jelas dan reasonable. Tidak syak lagi Din bahawa Najib Razak telah berpakat dengan taikun penipu yang rapat dengannya iaitu Jho Low untuk membalun duit negara melalui 1MDB. Apa yang dinyatakan Tony Pua serta berdasarkan laporan PAC (kita masih tunggu laporan Audit yang pastinya bermasalah dan akan membongkar segalanya. Kelewatannya didedah adalah bukti ada usaha untuk menyorok penemuan dalam siasatan). Walau apa pun alasan Najib dan apa pun jawapan regim dedak Najib, hanya kosong tanpa fakta. Sudah terang bahawa Najib Razak ini adalah petualang negara yang bersekongkol dengan rakan anak tirinya Riza Aziz untuk menipu rakyat Malaysia demi kepentingan diri sendiri. Dari awal lagi Najib berkali2 menipu ttg kemasukan wang berbilion ke akaunnya dan sejak itu keyakinan saya terhadap Najib Razak jatuh menjadi negatif. Penemuan demi penemuan hari ini membuktikan keyakinan awal saya bahawa Najib adalah penipu dan petualang adalah benar belaka.

Din,

Menjatuhkan saja Najib selaku PM tidak akan menyelesaikan masalah negara yang makin meruncing sekarang. Mengekalkan UMNO BN sekarang walaun pun tanpa Najib Razak tetap tidak akan dapat menjamin Malaysia lebih baik kerana kita sedia tahu bahawa sebahagian besar Menteri2, senator dan YB YB dalam UMNO BN hari ini adalah penyangga dan penyumbang kepada kekuatan petualang negara ini. Atau dengan kata lain hampir orang2 penting dalam UMNO sekarang bersubahat mempertahankan petualang. Malah saya yakin sebahagian duit 1MDB yang lesap tidak dapat dikesan itu sebahagiannya telah dikongsikan dengan VIP2 dalam UMNO BN serta disalurkan kepada beberapa NGO dan pertubuhan ala samseng yang kuat mempertahankan Najib Razak. Info yang saya terima, beberapa NGO dan pertubuhan2 ini mendapat peruntukan yang tidak sedikit yang datang dalam bentuk dollar. Saya yakin ini adalah sebahagian dari wang 1MDB yang disalurkan ke pihak2 yang dipercayai Najib Razak untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Jadi siasatan menyeluruh adalah diperlukan bagi membongkar segala belang dan kerja keji, busuk lagi tidak beretika yang diterajui Najib Razak. Saya kuat menyakini bahawa peranan Rosmah Mansor dalam mempengaruhi Najib Razak tidak dapat diabaikan sama sekali. Dengan kata lain pasangan laki bini Najib Rosmah ini bersama regim yang kuat mempertahankan penyelewengan ini adalah musuh no 1 negara kita Malaysia. Mereka2 semua ini WAJIB dijatuhkan walau dengan apa cara jua selagi maruah dan negara tidak tergadai. Walau pun saya tidak 100% menyetujui apa yang telah dilakukan Tun M sepanjang kekuasaan beliau tetapi usaha Tun M untuk menjatuhkan penjenayah negara ini amat perlu disokong sepenuh hati. Setidaknya Tun M akan belajar sesuatu dari kesilapan lalu beliau untuk memastikan Malaysia selamat dan lebih maju dan dihormati di masa hadapan.

Reply
avatar
Laksa Johor
AUTHOR
April 12, 2016 at 8:16 AM delete

Well-said, Anon 8.20 PM. Saya setuju sangat dengan komen saudara.Terima kasih, Din, for all your efforts untuk menyampaikan kebenaran tentang isu 1MDB ini kepada kita semua. Pada saya, posting/isu yang disiarkan dalam blog Din dan juga ulasan pengomen-pengomennya sangat bermutu tinggi. That is why reading your blog, Din, on a daily basis is a must for me.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
April 12, 2016 at 4:03 PM delete

Wah din, ini dah kira nak 'menjatuhkan' kerajaan ni.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 14, 2016 at 9:44 PM delete

Wow Din...aku respek la cara kau berhujah...salute...salute...

Reply
avatar