KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, April 15, 2016

dinturtle

Tun Mahathir @ IDCC 14/4/2016 - Najib Mesti Pergi Dulu, Yang Lain Semua Datang Kemudian !


Panas suhu di IDCC malam tadi sempena Majlis Selamatkan Malaysia - PAC 1MDB dengan tumpuan kepada Laporan Pac 1MDB. Apa yang menariknya adalah penampilan Tun di majlis yang boleh diibaratkan sebagai lubuk pembangkang, secara bersendirian.

Saksikan video penuh Tun Mahathir berucap -



KLiK untuk ke Youtube


Tun komen kenyataan Hafarizam yang menyatakan tandatangan Najib pada dokumen2 1MDB tidak membawa apa2 makna (!)

Macamana orang macam ini boleh jadi Perdana Menteri ? !

Saya nak minta kepada Datuk Seri Najib berasas kepada kebodohannya, menandatangani dokumen tanpa baca .... adalah lebih baik dia letak jawatan sekarang.

Tun juga komen kenyataan Arul yang tidak tahu pemilik Aabar BVI, pendirian Cash Is King Najib sepertimana artikel terbaru chedet ( KLiK ) yang mana semua transaksi2 itu ada meninggalkan jejak atau money trail, dan menyeru hadirin supaya bertindak dengan menandatangani Deklarasi kerana rakyat sudah tidak punya ruang lain untuk bertindak.


Masa sesi soal jawab, seperti dijangkakan Tun mula diserang oleh 4 penyoal berturut2. Nampaknya penyokong2 pembangkang masih tidak faham akan maksud utama Deklarasi Rakyat di mana rakyat yang terdiri dari pelbagai fahaman politik bersatu di bawah satu matlamat yang sama iaitu mendesak Najib turun.

Mereka masih lagi memainkan agenda politik masing2 .... namun Tun Mahathir kelihatan tenang menjawab.



KLiK untuk ke Youtube.

Kita kena ada pemikiran yang waras, yang berasas kepada perhitungan yang bijak supaya kita menang dalam perjuangan kita. Kalau kita ikut selera, ikut nafsu percayalah kita tidak akan berjaya.

Sebab itu saya berada di sini. Saya tahu malam ini siapa yang hadir. Bukan orang Umno .... semuanya dari parti kawan2 saya ni ... saya tahu. Saya datang juga.

Untuk medapat sokongan ramai, kita perkecilkan matlamat ataupun perjuangan kita kepada yang boleh diterima semua. Dengan itu kita akan berjaya. Kalau bangkit soal saya nak itu, saya nak ini ..... sorry lah, kita akan gagal.


Yang ini memang kena tabik kepada rakan FB Bro Yaakub Osman ( YO ) yang telah menempelak para penyoal terdahulu tadi !





KLiK untuk ke Youtube.


.... selagi kita tak singkir Najib, tidak ada sesuatu apa yang boleh kita lakukan.

Najib mesti pergi dulu, yang lain semua datang kemudian !




dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 15, 2016 at 7:44 AM delete

Alhamdulilah!, diatas muat turun viedo diatas tadi Pak Din.Dari apa yang dipaparkan dalam soal jawab menunjukan bagaimana yang muda kadang2 salah dalam mengambil tindakan yang membabi buta iaitu lain program dianjurkan lain pula soalannya (out of topic).Inilah perbezaan diantara yang tua berpengalaman dengan yang muda,tetap sabar melayan kerenah dari mereka seperti anak2 dan cucu2.Harapan kapada mereka2 yang bertanya belajarlah dari kesilapan dan kebolehan daya fikir kita tentang sesatu yang berlaku dan dikatakan(perbincang).

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 15, 2016 at 10:34 PM delete

TUN pernah kata dulu...orang kita utamakan perkara titik bengik...
Hari ni tun buktikan tun mmg konsisten membina minda yang besar.

Saya percaya..orang orang umno berminda besar dan berjiwa besar. Pengalaman saya bersama pembangkang begitulah halnya(banyak komplen dan negetif).

Hari ini, kita fokuskan matlamat memberi kesedaran (dan pertolongan ALLAH TAALA kita pohon) kepada Najib agar berhenti menjadi PM dan bertanggungjawab pada bisnes tidak rasional 1MDB.

FIG not PIG.

Reply
avatar
sham zam
AUTHOR
April 17, 2016 at 6:47 PM delete

Tun M, maafkan lah mereka yg konon terpelajar tp dangkal akal dan fikiran. mereka tak dilahirkan dgn asas kesusahan dan penghinaan spt yg Tun lalui semasa muda, mereka tak faham betapa pengalaman itu menjadikan Tun sentiasa memikirkan nasib anak cucu masa hadapan. mereka sangka mereka perolehi semua yg mereka ada hasil daripada perubahan zaman secara semulajadi.saya sayangkan Tun dan akan terus mempercayai segala tindakan Tun. insyAllah usaha Tun pasti akan berjaya. Hidup Tun M!

Reply
avatar