KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, April 17, 2016

dinturtle

Tun Mahathir Walkabout Jalan TAR @ Cakap Menteri Luar Arab Tidak Boleh DiTerima ! Kita Mahu Bukti.


Semalam jam 8:30 malam Tun Mahathir turun bertemu rakyat di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman sambil menyampaikan mesej Deklarasi Rakyat dan menyeru orangramai supaya tampil menyokong serta menandatangani Deklarasi itu.




Mesej Tertera Di Sebuah Kedai Buku Di Jalan TAR

Hampir 2 jam Tun dikerumuni orang ramai yang berasak2 mahu bersalam, mengambil gambar dan menyatakan sokongan kepada perjuangan Selamatkan Malaysia menerusi Deklarasi Rakyat.

Memang hebat Tun yang sudah berumur 91 tahun itu yang ternyata masih punya tenaga dan semangat yang amat tinggi dalam perjuangannya. Di mana saja, majlis siapapun ... Tun Mahathir akan redah !

Yang pasti, semalam membuktikan Tun Mahathir masih disayangi rakyat tanpa mengenal bangsa dan umur.




KLiK untuk ke Youtube.


Menariknya dalam ucapan singkatnya, Tun turut beri komen terhadap kenyataan Menteri Luar Arab yang kononnya mengesahkan dana 2.6 itu sebagai derma. Tun berkata -




KLiK untuk ke Youtube.

- .... kalau kita nak tahu banyak mana 42 bilion ringgit, kalau kita beli sebuah rumah dengan harga 42 ribu ringgit, 42 bilion ringgit boleh beli satu million (juta) rumah ! Inilah banyaknya wang yang dipinjam. Dan sekarang ni dia tak mampu bayar, jadi dia kena cukai macam2 kepada rakyat untuk nak bayar hutang.

- ... Menteri Luar Arab, setelah berjumpa dengan Najib, mengaku bahawa duit itu datang daripada negara Arab. Tetapi pengakuan olehnya sahaja setelah berjumpa dengan Najib tidak boleh diterima. Kita nak bukti2 yang duit ini datang daripada negara Arab.

Siapakah yang ada duitnya yang begitu banyak ? Tunjuk kepada kita ! Bank mana yang digunakan untuk simpan duit itu ? Perniagaan apa yang memberi dia keuntungan begitu besar sampai boleh bagi kepada Najib 861 million dolar Amerika ataupun 2.6 bilion ringgit ? ( sebenarnya 681 million )

- Kononnya dia dah bagi balik .... Apa bukti dia bagi balik ? Takdak bukti langsung. Cuma cakapnya saja.....

Bila ditanya apa buat dengan duit ini, oooh, saya tak salah guna duit. Tetapi itu cakap saja, kita nak tahu daripada surat2, dokumen2 bahawa dia dah bagi balik. Mustahil setelah dapat 2.6 bilion ringgit, dia bagi balik 2.3 ringgit. ( sebenarnya 2.03 bilion )

... haaaa orang gila pun tak bagi ...

.. Najib merosakkan negara.

Ucapan Azmin juga menarik untuk kita layan. Sekejap jer tapi padat.




KLiK untuk ke Youtube


PS - Kepada yang masih belum sain Deklarasi Rakyat, anda boleh KLiK untuk sain secara online.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

5 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 17, 2016 at 7:17 AM delete

ALHAMDULILAH 1,rebuan terima kaseh diatas usaha Pak Din muat naik apa yang terjadi malam semalam,Syabas atas perjuangan anda semoga Allah SWT memberkati usaha anda Pak Din dan ruangai ini akan menjadi sumbar kapada pembaca yang jauh.Tahniah sekali lagi.

Reply
avatar
Cik Minah
AUTHOR
April 17, 2016 at 11:39 AM delete

UMNO online cakap, sesiapa yang tak dapat terima kata-kata
Menteri Luar Arab itu, MAHUKAN UMNO JATUH.
Sama je bunyinya dengan, "Siapa tak nampak baju cantik yang
raja pakai, dia ANAK HARAM"..............HAHAHAHA.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 17, 2016 at 6:26 PM delete

Yang 'anak haram' adalah siapa yg buta kebenaran, sanggup mengiakan perbuatan hina menipu rakyat dan negara, mengaut Wang negara, berbelanja mewah diri sendiri dan anak bini sedangkan rakyat dalam pelbagai kesusahan. Dan yg paling 'anak haram' adalah media2 yg menyokong perbuatan pencuri, penipu dan perompak negara terunggul di abad INI...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 17, 2016 at 8:36 PM delete

Sedang tengok berita TV3.Kesian tengok masih nak menipu.Cuba la sanggah fakta mcm sarawak report tu buat atau pun kalau berani saman jer semua berita2 asing yg kunun buat fitnah tu.Si Jahit komidi ni pun mmg benar la bak kata Lim kit sial camana boleh ada phd kalau cakap pun mcm org bodoh jer.Kalau kamera fokus kat dia,mula la tunjuk wayang mcm org buat kerja.Kalau berucap,tv3 kasi mute bunyi supaya gerak badan nampak mcm berucap berapi2,tapi bila kasi suara mcm haprak,cakap kosong jer...hahaha..Pemimpin wayang kulit mcm ni dah tak jalan dah.Nak temberang kat orang bagan datok boleh le kot.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 23, 2016 at 1:03 AM delete

Sayang kat Tun Mahathir. Semoga Tun panjang umur kerana tugas belum selesai. Sayang Tun hari ini, semalam dan selamanya!

Reply
avatar