KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, April 24, 2016

dinturtle

(Video) Muhyiddin Di Tanah Merah, Selamatkan Malaysia @ GKCM Kelantan -


Semalam saya telah upload video Mukhriz ( KLiK ) dalam Majlis Selamatkan Malaysia anjuran GKCM Kelantan di Tanah Merah, kali ini saya siarkan video petikan dan video penuh Muhyiddin di majlis yang sama.


1 - 1MDB Skim Penipuan Dan Najib Bertanggungjawab Sepenuhnya 



KLiK untuk ke Youtube

Saya mula2 fikir agak bodoh juga niaga macam ni, modal sikit boleh pinjam banyak. Saya fikir kali kedua, tak bodoh juga  .... pasal tujuannya nak MENIPU ! Skim ini macam skim menipu. Pak Man Telo moden.

Saya berbincang dengan banyak bekas Menteri Kewangan, saya tak payah sebutkan siapa nama dia..  dia kata This is a Scheme To Scam. Iaitu satu skim untuk menipu bukan skim untuk meniaga.

...... yang menjadi kepala bagi segala2 ini tidak lain ialah DS Najib. DS Najib menjadi orang yang mengasaskan syarikat ini..... tetapi bukan sahaja begitu, dalam syarikat ini, strukturnya tak sama dengan syarikat2 GLC yang lain.

Apa bezanya ? Dia ada satu lagi badan yang lebih tinggi daripada lembaga pengarah yakni yang dipanggil sebagai lembaga penasihat. Siapa pengerusi dia ? Perdana Menteri ... Menteri Kewangan .. menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat kepada 1MDB. Tetapi bukan Pengerusi biasa (tapi) Pengerusi Eksekutif.

Seperti terkandung dalam fasal 117 Perlembagaan syarikat, segala urusan tidak boleh dibuat kecuali dengan kelulusan oleh  DS Najib sebagai Perdana Menteri.


Segala urusan2 yang berkaitan 1MDB tidak mengecualikan Perdana Menteri daripada tanggungjawab ... akauntabiliti. Bermakna kalau ada berlaku kesalahan, wang yang tidak dapat ditentukan di mana perginya, apalagi kalau dikatakan hilang bukan saja kerugian... Perdana Menteri bertanggungjawab, responsible !


2 - Dia Tipu Kita, Tapi Muka Dia Sajaaaaa jer ...



KLiK untuk ke Youtube

Sejumlah wang yang sebegitu banyak... patut DS Najib dialah yang tahu tapi dia tak nak jelaskan. 1MDB sendiri tak boleh nak jelaskan. Juruodit tanya mana penyata, tak boleh tunjuk penyata. Berapa banyak ? 28 bilion !

Mana pergi ?

( begitu juga kes kehilangan USD3.5 bilion IPIC yang dibayar kepada syarikat palsu ) ..  dia tipu kita ! Tapi muka dia sajaaaaaaa jer, saya pun hairan macamana dia boleh buat muka dia macam itu.

... saya tak nak balik dengan dia... siapa nak duduk dengan orang yang bersalah macam itu ? Jadi puak2 yang diludah, puak2 yang dibenci .. kalau tengok muka dalam tv pun, tutup tak mahu dengar.

Rakyat tak percaya lagi dah. 

Kemudian Muhyiddin komen kenyataan Hafarizam yang berkata PM tidak perlu bertanggungjawab dengan apa yang dia sain.

DS Najib tak bolehlah kata ini saya sain saja, bukan tanggungjawab saya. Siapa yang nak bertanggungjawab ? Dia lah !

.... kalau ada bebanan yang terpaksa ditanggung oleh syarikat, syarikat sendiri kena cari jalan selesaikan. Bukan minta duit dari kementerian Kewangan ...


3 - Najib Tidak Boleh Menolak Kuasa Rakyat



KLiK untuk ke Youtube

... usaha mesti dibuat, walaupun banyak orang beri pandangan kepada saya, dia kata tndakan yang you buat ini takkan berkesan, Najib takkan dengar. You nak buat sejuta tandatangan pun dia takkan kisah !

Tapi saya percaya dia tidak boleh menolak kuasa rakyat.

Sokong Deklarasi Rakyat, tuntut supaya DS Najib berhenti segera. Berhenti segera untuk menyelamatkan negara ! Jangan dibiarkan negara terumbang ambing. Dan imej negara sudah jatuh.


KLiK dan tandatangan DEKLARASI RAKYAT DI SINI.



4 - Peralihan Pimpinan Bukan Bermakna Menjatuhkan Kerajaan




KLiK untuk ke Youtube.


Saksikan Video Penuh ucapan Muhyiddin di Tanah Merah Kelantan di bawah -

Full Video Part 1




KLiK untuk ke Youtube


Full Video Part 2




KLiK untuk ke Youtube

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :