KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, April 3, 2016

dinturtle

Wahai Najib - Tampil Perjelaskan Benar Atau Palsu Dakwaan Shopping Mega Mewah. JANGAN DIAM !

Sudah satu minggu berlalu sejak ABC Australia mendedahkan surat dari Putera Arab dan senarai perbelanjaan mewah didakwa dibuat oleh saya dan isteri. Sengaja saya diam untuk beri peluang kepada mereka untuk menarik balik segala dakwaan palsu itu tapi nampaknya mereka degil.

Sepertimana dilaporkan oleh sebuah portal -

Perbelanjaan termasuk:

  • Barangan kemas - RM3.2 juta (dibayar menggunakan kad kredit Platinum Mastercard dan Visa)
  • Kempen politik - RM24 juta untuk Shine Solar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan NGO 1Malaysia bagi mengadakan kempen untuk BN
  • Bayaran bagi media dan pengiklanan - jumlah tidak didedahkan
  • Bayaran untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Liberal (LDP) - jumlah tidak didedahkan
  • Yayasan Rahah - RM7.5 juta (Yayasan itu dan Najib pernah sekali mendermakan lembu untuk dikorbankan kepada polis Selangor sempena Aidiladha)
  • Penginapan Hotel - RM395,782.40 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
  • Beli-belah - RM360,000 dengan peruncit kain Jakel Trading
  • Percutian - RM178,000 kepada agensi pelancongan Two One Holidays Malaysia
  • Kereta mewah - RM167, 959,50 untuk kereta mewah daripada Signature Exotic Cars
  • Ahli perniagaan, akademik dan peguam - jumlah tidak ditentukan
Begitu juga dengan dakwaan palsu yang dibuat oleh WSJ.

Di sini saya ingin menegaskan bahawa segala dakwaan oleh ABC Australia dan WSJ itu adalah palsu dan merupakan fitnah yang amat jelik sekali. 

Saya dan isteri tidak pernah membeli belah secara mewah sebagaimana yang didakwa. Begitu juga saya menafikan wujud sebarang transaksi akaun bank peribadi maupun kad kredit saya dengan jumlah yang mereka dakwa. Segala dakwaan mereka tidak disertakan dengan bukti dan ini telah menjejaskan nama baik saya, keluarga dan seluruh rakyat Malaysia.

Dengan ini saya telah arahkan peguam saya untuk memberi notis supaya pihak ABC dan WSJ memohon maaf secara terbuka kerana telah menfitnah saya serta menarik balik sebarang kenyataan atau siaran yang berkenaan. Kegagalan berbuat demikian dalam tempoh 7 hari, mereka akan berdepan dengan saman dari saya.

Saya bertindak atas Kebenaran demi menjaga maruah diri dan rakyat Malaysia secara amnya.


Itulah yang ingin disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia baik yang menyokong maupun yang menentang Najib iaitu tindakbalas dari Najib bagi membuktikan segala dakwaan itu adalah TIDAK BENAR.



Mkini

Kenapa Pejabat Perdana Menteri SENYAP ?

Halo ! ?  Ada orang ke takde dalam Pejabat Perdana Menteri ? Punyalah ramai pak Menteri dan Timbalan Menteri dan staf2 lain di situ, takkan benda semudah ini pun takde siapa boleh jawab ? 

Halo Najib ! ?  Kenapa SENYAP  juga ?

Rakyat nak tahu apakah BENAR atau TIDAK BENAR segala dakwaan di atas ? 

Satu dunia sedang memperkatakan tentang kemewahan melampau-lampau Perdana Menteri Malaysia dan isteri dan ia amat memalukan sesiapa saja yang mengaku sebagai rakyat Malaysia.

KENAPA DIAM ? ? ?

Kalaupun benar semua yang didakwa sekalipun, MENGAKU LAH ! Jadilah anak jantan untuk satu kali ni jer ....Janganlah memalukan nama keluarga dan nama negara.

TOLONGLAH JAWAB - BENAR ATAU PALSU ?

Jika BENAR - Perjelaskan kepada rakyat .... 

Jika PALSU - Bertindaklah bersihkan nama 

Jadilah seorang pemimpin yang bertanggungjawab !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

14 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
April 3, 2016 at 11:40 PM delete

Ello Din!

Ko buang masa jer cabar orang bacul dan dayus. Berani kerana benar, takut kerana salah. Dah lama perumpamaan gitu ada dalam masyarakat kita. Faham faham laa Din. Tapi mereka bijak Din. Mereka tahu kalo saman ABC danb WSJ, abis koyak rabak dan terlondeh rahsia besar mereka tu. Sebab tu mereka buat pekak badak jer. Dah terdesak mereka Din. Sana sini sebut mereka bacul dan dayus, terpaksa mereka telan jer Din. Dah salah jadi takut dan bacul la. Harap semua rakyat bijak dan faham games mereka tu dan ready TOTAL REFORMS! SAY NO TO NAJIB! SAY NO TO "REGIM PEMAKAN DEDAK"

Reply
avatar
joetamchi
AUTHOR
April 3, 2016 at 11:58 PM delete

Pemimpin tanggung dosa

Sbb tak jawab....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 4, 2016 at 12:21 AM delete

Dulu kata taknak saman pasal duit ganti rugi ciput tak banyak pasal orang tak kenal najib.
Sekarang satu dunia sudah kenal sgt najib. Tunggu apa lagi ?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 4, 2016 at 3:07 AM delete

Diam sebab sibuk berkemas apa yang patut..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 4, 2016 at 7:07 AM delete

Kah!...Kah!...Kah!.... Pak din hang buat lawak pula pagi ni.Siapa nak mengaku berak ditengah jalan.Sekarang ni nak cari jalan selamat untuk nak lari betul tak pembaca semua.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 4, 2016 at 7:40 AM delete

Bro din boleh mohon jadi pro kat pmo. Baru ada jawapan untuk boss dan lebih diterima rakyat. Orang melayu kata diam tandanya setuju atau betul.

Reply
avatar
FZL Resources
AUTHOR
April 4, 2016 at 7:40 AM delete

Yg psal surat derma tu ..berani ler PMO jawab sbb nak spin kata Semua duit tu derma...walhal ada transaksi dari sumber lain........Yg lain2 ni JGN HARAP NAK JAWAP..SMAPI KIAMAT PUN XKAN PMO JAWAP......sbb pendedahan tersebut adalah benar belaka................DULU DIA CKP MELAYU AKAN JD BANGSAT......SKRG ni PM N KELUARGA ADALAH BANGSAT KPD RAKYAT MALAYSIA....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 4, 2016 at 7:42 AM delete

Dia kata dia fighting fit to take on anything. Kata dia. Kalau betul yang dikatakan, dedahkan siasatan2 yang berkaitan dengan 1 mdb secara telus, jangan setakat cakap besar je.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 4, 2016 at 8:23 AM delete

Haha tul tu... Setuju... Tgh fikir nak tuduh sapa yg 'berak' ni dan lari jauh-jauh... Gile per nak mengaku...

Reply
avatar
Nazar Ahmad
AUTHOR
April 4, 2016 at 8:31 AM delete

PM kita sekarang setaraf dan lebih lagi daaripada rejim MARCOS dulu yang memerintah philipin ditahun
80an.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 4, 2016 at 9:30 AM delete

Najib akan saman ABC dan WSJ minggu depan, minggu depan dan seterusnya. JPM tiada idea. Jasa dan sumbangan Najib pada negara amatlah besar kerena memasuki berita antarabangsa. Pihak menteri tak ada maruah mesti berbangga, MKT dan ahli UMNO juga yang tidak ada maruah dan perasaan malu akan turut berbangga kejayaan Najib dan Rosmah. Tahniah kabinet, tahniah BN, tahniah UMNO !!!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 4, 2016 at 11:20 AM delete

Adat melayu kalau pinang anak dara.. tanya tak jawab makna nya setuju. Betul kot. Haha haha. Semua yang nama naik di sebut... Tak jawab. Korup,bacul,penipu, penyamun. Semua ada.

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
April 4, 2016 at 6:58 PM delete

Aku rasa pun kebanyakan dari butir2 perbelanjaan tu boleh dipercayai. Setakat ni Nazir Razak dah mengaku terima 7juta USD dan tau ke mana dibelanjanya.

Beli belah di Jakel pun MYKM dah explain, dan boleh diterima akal jugak. http://www.mykmu.net/2016/04/pembayaran-di-jakel-adalah-untuk-sumbangan-kebajikan/#comment-532284

Kita ni waras fikiran, boleh terima kalau sesuatu perkara tu dicerita dgn tulus. Kita bukan nak tuduh melulu maupun percaya bulat2 seperti pemakan2 dedak sinun.

Tapi yg sedihnya Perdana Menteri Malaysia yg tersohor ni malu nak cerita, buat rakyat jelata tertanya2. Dan bergaduh sesama kita. Perangai jenis apa PM kita ni, suka rakyat bergaduh. Lepas tu bersusah payah nak kutip sumpah taat setia pulak. Dulu masa Mahathir cabar buat referendum tak mau...

'One Malaysia Dah Bengong' dgn perangai PM kita sekor nih,,,

Reply
avatar
PakKaduk
AUTHOR
April 4, 2016 at 9:34 PM delete

Saya tak ada masalah sekiranya wang yang dibelanjakan diperolehi dari wang sakunya sendiri.

Tapi apa yang menjadi masalah ialah apabila wang yang dibelanja itu melebihi pendapatannya sendiri.

Takkanlah Najib joli duit "derma" ? Jika penderma hendak suruh dia joli sakan dengan duit tu baik sipenderma terus hadiahkan sahaja barang2 tu.

Kadang2 saya rasa diperbodohkan tahap tak masuk akal! Rasa seperti di alam fantasi!

Reply
avatar