KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, April 4, 2016

dinturtle

WOW ! Rahman Dahlan Puji Tun Mahathir Sambil Sindir Najib !

Mkini

Macam tak percaya jer bila baca tajuk artikel ni kan ..... well, saya sendiri pun macam tak percaya jer lepas baca artikel Mkini di atas. Tapi mengikut pemahaman saya dan berdasarkan BUKTI yang diberikan oleh Rahman sendiri, rasanya betul dah ...... Rahman menyindir Najib !

Mesej twitter Rahman sendiri mengesahkan perkara ini -



Malaysia's Dr Mahathir takes on the Wall Street Journal's lies. 

Nak tak tak kita terasa juga satu macam perasaan bangga yang tersirat disebalik mesej Rahman itu. Bandingkan kalau Rahman nak hantar satu mesej twitter menyentuh cara Najib menangani WSJ, pasti ia akan berbunyi lebihkurang macam ni -

Malaysia's Najib maintains SILENCE on the Wall Street Journal's lies !

Nampak apa yang saya maksudkan ?  Nampak kenapa saya katakan yang Rahman menyindir Najib ?

'takes on' membawa maksud Tun Mahathir TAMPIL BERDEPAN / BERTINDAK MENJAWAB dengan segala dakwaan WSJ. Tun Mahathir tidak berDIAM DIRI, tidak LARI dan tidak buat BLUR tapi Tun TAKES ON mereka yang melemparkan fitnah secara berdepan di pentas antarabangsa !


Tapi bagaimana pula cara Najib berdepan dengan segala dakwaan oleh WSJ dari tahun lepas ? Lepas satu2 tuduhan dilemparkan sehingga segala dakwaan itu turut disambut oleh pelbagai media lain diseluruh dunia sehingga yang terbaru sejumlah 53 media antarabangsa turut memainkan dakwaan yang sama terhadap Najib ( Chedet #2035 )

Kenapa sampai begitu teruk Najib diperlekehkan ? Sebab Najib suka DIAM, ELAK, LARI dari berdepan atau seperti kata Rahman dia atas, tidak mahu TAKES ON para pengkritiknya !

Kita dapat rasakan dalam hati Rahman Dahlan betapa tingginya harapan serta keinginan beliau sekiranya dapat Najib pun ikut sama berani sepertimana contoh yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir.

Pemimpin kena berani ...... berani kerana benar. Bila pemimpin berani, barulah orang lain respek. Tapi bila pemimpin tak berani, orang akan anggap kerana dia itu tidak benar, dan orang lain akan hilang respek.

TerimaKasih Rahman Dahlan, saya duk tercari2 contoh untuk dibuat perbandingan cara menangani dakwaan media asing seperti WSJ, antara Tun Mahathir dan Najib.

Artikel yang dimaksudkan Rahman itu - KLiK

Ayat pertama dari artikel itu berbunyi -  Malaysian Prime Minister Datuk Sri Mahathir Mohamad bearded the lions in their den Oct 1 and 2, when he said in New York City .......  Peeeergh !




 " bearded the lions in their den " maksud - attack someone on their own ground or subject .... 



                                      ********************************

Dari chedet - Antara Bukti Dan Pengakuan

1.​Najib mendakwa bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar. Dan konco-konconya pun dilapor dalam akhbar arus perdana bahawa tuduhan yang dibuat oleh media asing seperti Wall Street Journal, ABC TV Australia, Financial Times, dll akhbar-akhbar terkemuka di Amerika (Sila lihat senarai media, akhbar dan TV yang dilampirkan, 53 kesemuanya, serta senarai negara dan agensi penyiasatan mereka) semuanya berhasrat memburuk imej Najib. Mereka ini seolah-olah tidak ada kerja lain selain dari memburukkan Najib dengan laporan dan rencana TV yang panjang lebar disertai gambar dan dokumen. 

Segala bukti yang ditunjuk oleh mereka semuanya tidak boleh diterima kata konco-konconya. Yang boleh diterima dan dipercayai hanyalah penafian oleh Najib. Penafian Najib tidak pernah disertai dengan bukti-bukti yang jelas. Ini tak mengapa. Penafian olehnya sudah cukup untuk AG mendawa tidak ada kes untuk Najib didakwa di mahkamah.

2.​Kerana penafian Najib, Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO semuanya membisu atau cuba mempertahankan Najib.

3.​Pendirian mereka luar biasa. Ia seolah-olah menerima apabila sesuatu jenayah berlaku dan orang yang melakukanya dikenalpasti tetapi hanya kerana ia menafi, maka ini bermakna ia tidak salah. Jika penafian sahaja diterima sebagai asas kepada pendakwaan, maka tidak akan ada sesiapa pun yang akan didakwa di negara ini.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

8 comments

Write comments
FZL Resources
AUTHOR
April 4, 2016 at 8:23 PM delete

Rasa dia bukan menyindir jibby sbb kalu tgk tindakkan dia seblum ni memang penjilat tegar jibby.........Dia nak bgtau kat rakyat bahawa WSJ tu menipu sejak dari zaman TUN lg......bukan memuji tindakan TUN....

Reply
avatar
peja
AUTHOR
April 4, 2016 at 8:55 PM delete

saya pun berpendapat begitu juga..dia nk menyatakan bahawa dulu tun sendiri yg menuduh wsj tu penipu tapi knp skrg nie tun plk yg menyokong wsj....betul tak tuan din....begitulah pendapat saya yg tak seberapa ini sbb bagi saya org yg mcm rahman dahlan nie mmg xleh pakai

Reply
avatar
PakKaduk
AUTHOR
April 4, 2016 at 9:27 PM delete

1) Rahman Dahlan kena tanya bos dia bila nak saman semua media luar seluruh dunia yang menyiarkan laporan (atau dakwaan) mengenai salah laku bos dia ?

2) Laporan WSJ yang dirujuk Rahman Dahlan bukanlah mengenai salahlaku Tun Dr Mahathir tetapi ditujukan kepada NEGARA MALAYSIA. Apabila menyebut negara Malaysia bermakna ia melibatkan tuduhan terhadap seluruh RAKYAT negara ini. Antaranya melibatkan undang2 di Malaysia dan polisi2 kerajaan dalam membantu ekonomi dan kesejahteraan rakyat ketika itu.

3. Tun Dr Mahathir merupakan pejuang negara yang benar2 berani kerana beliau berkata benar di mesyuarat agung bangsa2 bersatu untuk mempertahankan negara dari anasir dadah berbahaya.

4. Manakala dalam kes Najib pula, ia adalah masalah salahlaku peribadi, masalah moral, masalah rasuah, skandal dan semua yang tidak baik mengenai PM Najib. Ia bukan mengenai negara Malaysia mahupun berkaitan dengan parti UMNO atau rakyat Malaysia.

5. Rahman Dahlan sudah tersilap langkah dengan menonjolkan kelemahan, kelembapan, kebodohan dan kebangangan bosnya.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 4, 2016 at 9:28 PM delete

Berdarah saja Pahlawan tapi sikap bagaikan burung unta...oh my PM...hahaha..

Reply
avatar
JoeJB
AUTHOR
April 4, 2016 at 10:59 PM delete

Haha secara tak sedar si bangang rahman dahlan telah memuji cara Tun M yang BERANI berdepan dengan tuduhan2 liar dari wsj atau akhbar2 barat , barulah rakyat respect pemimpin macam ini (Berani kerana Benar), dan bandingkan dengan si Pondan takut bini yang konon nya nak saman tapi sampai sekarang nih pun tak berani, nampak sangat si pondan ni BERSALAH !.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 4, 2016 at 11:00 PM delete

Apa yang Din nak sampaikan, berani kerana benar mcm Tun M, takut kerana salah. Kalau betul WSJ kelentong, hentam lah betul-betul bukan sembunyi belakang bini. Ini habok pun tak ada, tambah lah pulak nak saman. Ini maknanya takut la tu

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 4, 2016 at 11:03 PM delete

Tun takes on wsj head on because he has nothing to hide but with the bugis, he kept silent and did nothing to defend himself or sue wsj, why.... Because he must have something to hide or there were truth in the allegations. Look how ferocious he was in front his pemakan2 dedak during the perhimpunan

Reply
avatar
sirimuda
AUTHOR
April 5, 2016 at 3:13 AM delete

So much so ARD is tired defending JibGor locally and telling Sir ain't you got balls to fight on internationally

Reply
avatar