KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Monday, May 9, 2016

dinturtle

1MDB Vs IPIC Bakal Memalukan Negara Lagi - Mohon Kerajaan Tukar Nama 1MDB Kepada 1NDB Supaya Nama Malaysia Tidak Terpalit !

Mkini
1MDB memulakan proses rundingan dengan pemegang bonnya yang menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat susulan keingkaran ke atas nota AS$1.75 billion dengan kadar tetap 5.75 peratus yang matang pada 2022 dan diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd (Nota Langat).

Dalam kenyataan media hari ini, 1MDB berkata ia telah melantik Alvarez & Marsal Asia Ltd (A & M) sebagai penasihat kewangannya untuk menyelia dan menguruskan proses tersebut.

1MDB turut melantik DF King Ltd, 'Orient Capital Company' (DF King), atau "Ejen Pengenalan dan Maklumat", untuk terus melaksanakan proses pendaftaran dan pengenalan pemegang bon.

"1MDB kini aktif berunding dengan semua pemegang untuk menggariskan langkah-langkah seterusnya untuk proses itu, menjelaskan latar belakang pertikaian tersebut, dan menerangkan sebab 1MDB mengambil pendirian untuk tidak membuat bayaran faedah ke atas Nota Langat," katanya.

Ia menegaskan bahawa ia mempunyai pelan rasionalisasi yang membolehkan syarikat memenuhi obligasi hutang sedia ada.- Mkini.

Baca juga kenyataan akhbar oleh 1MDB -

1MDB

Itu untuk kes kantoi pinjaman pertama yang berbunga 5.75%. 

Lusa yakni pada 11 Mei, ahlong akan mengetuk pintu 1MDB sekali lagi dengan notis kutip bunga bernilai USD52.4 juta pula, kali ini untuk pinjaman kedua yang berbunga 5.99%.


KLiK

So .... nampaknya 1MDB tidak akan bayar juga ..... dan berkeras itu adalah tanggungjawab IPIC selepas menandatangani perjanjian Aset Swap tahun lepas.

Maka akan bertegang uratlah 1MDB dengan IPIC dalam soal siapa yang kena bayar hutang 1MDB .... pelik kan bunyinya ? 1MDB yang berhutang tapi nak bertekak dengan 'penjamin' kenapa tak bayarkan hutang 1MDB.

KLiK

Whatever lah perjanjian Aset Swap dengan IPIC itu, pokoknya hutang itu adalah hutang 1MDB. IPIC telah tampil untuk bantu 1MDB settlekan hutang 1MDB dengan Deustch Bank dan 1MDB sepatutnya bayar balik 'bantuan' itu pada penghujung tahun lepas tapi 1MDB gagal. Menurut kata Arul semasa ditemuramah oleh TheEdge bulan lepas ( KLiK ) -

There is one crucial item on the term sheet, which is that 1MDB has to transfer the amount that IPIC paid, the cash plus the interests — US$1.15 billion — by Dec 31, 2015, according to Arul. As such, he said: "actually, we were in default since December".


Sekarang 1MDB nak 'pekenakan' IPIC pulak ? Yang pakai duit pinjaman Goldman Sachs dan Deustch Bank itu siapa .... 1MDB atau IPIC ?

Secara logiknya, siapa pun akan melihat 1MDB sebagai pihak yang tak tahu malu ! Menyusahkan dan memalukan nama negara !

Pinjaman asal kononnya nak buat beli IPP, tapi IPP semua tu dah kena jual TAPI isu hutang dengan Goldman Sachs masih belum selesai. Ini bermakna segala hutang yang masih tertunggak dek sebab pinjaman nak beli IPP yang sudah tidak lagi dimiliki 1MDB boleh dilihat sebagai RUGI.

Nak bayar dengan apa ? Kalau IPIC tolong bayarkan, ia tetap juga merupakan hutang 1MDB yang perlu dijelaskan oleh 1MDB akhirnya. Kerajaan atau rakyat juga yang kena selesaikan !

Apakah IPIC akan berdiam diri ? Tidak mustahil isu di atas akan dibincangkan di pentas ekonomi dunia ..... MEMALUKAN !

Saya sebagai rakyat Malaysia ingin mencadangkan agar kerajaan melalui Kementerian Kewangan ( yang baru ini telah mengumumkan akan mengambilalih aset2 1MDB ) untuk MENUKAR NAMA SYARIKAT 1MDB kepada 1NDB iaitu ringkasan kepada 1Najib Development Berhad agar nama Malaysia tidak lagi dikaitkan dengan skandal berterusan ini.

Semua ini angkara Najib dan terbukti oleh lapuran PAC bahawa Najib yang meluluskan semua transaksi, maka sewajarnya kita 'honour' nama Najib kepada syarikat ini dengan menjadikannya 1NDB.

Rakyat Malaysia tidak tahu apa2 dan tidak seharusnya dipaksa untuk memikul kemaluan yang dicetuskan oleh Najib ini hanya kerana syarikat ini membawa nama negara Malaysia pada namanya.  

Sekurang2nya selepas ini, nama negara kita tidak lagi disebut2 dalam skandal 1MDB yang memalukan ini ! Tak pasal2 rakyat pula yang menanggung malu angkara Najib dan Jho Low. 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

10 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 9, 2016 at 8:23 PM delete

Salam Saudara Din

#OutOffTopic Dengar khabar, sasaran 1 Juta tandatangan telah capai, ini menurut Tun Dr. Mahathir sendiri...

#alhamdulillah

Reply
avatar
muammarhafiz
AUTHOR
May 9, 2016 at 8:48 PM delete

Support name change 1MDB to 1NDB. N for Najib Razak.

Reply
avatar
sam sjodin
AUTHOR
May 9, 2016 at 9:56 PM delete

Yang pelek nya tu Najib sendiri mengaku dia tenang dan tidak gelabah menghadapi segala cabaran yang di tujukan terhadapnya.Dia buat muka derk sahaja walau pun kemaluan itu patut nya dia seorang yang pikul dan bukan kita rakyat yang tak tahu ujung pangkal.

Reply
avatar
RD.
AUTHOR
May 9, 2016 at 10:29 PM delete

Saya sebagai ketua keluarga 7 orang, sokong sepenuhnya cadangan Din Turtle untuk ditukar 1MDB kepada 1NDB. (1 Najib Development Berhad).

Buat malu Rakyat je, guna nama Malaysia.

Reply
avatar
ZainaL AbidiN
AUTHOR
May 10, 2016 at 6:44 AM delete

cadangan saya tukar nama 1MDB ke 1NRDB yakni 1 Najib Rosmah Development Berhad.. lebih tepat rasanya.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 10, 2016 at 9:27 AM delete

Lagi baik tukar kpd 1NRDB (1 Najib Razak Development Berhad)atau 1NRDDB (1 Najib Razak Debt & Development Berhad).Lagi 'happening' kerana dua dua nama yang dikenali dalam sejarah dunia.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
May 10, 2016 at 5:32 PM delete

Salam Bro

Ini yang kita pelik. Kenapa rakyat tak dapat lihat perkara yang sebegini?... Kalau masyarakat luar bandar kurang paham munkin boleh terima...kerana kurangnya sumber maklumat kepada mereka...Tapi masyarakat bandar dan juga kakitangan kerajaan yang sepatutnya celik dan perihatin dengan permasaalah ini kenapa masih mendiamkan diri?...dan lebih buruk lagi masih banyak yang percaya kelentong si Najib? UMNO...tak kan semua ahli UMNO bongok macam ketua bahagian dan menteri menteri.

Jalan yang paling senang dan cepat untuk dilaksanakan ialah melalui UMNO...UMNO bertindak mengugurkan Najib sebagai Presiden....habis cerita....komponen BN yang lain pasti akur, kerana Najib adalah masaalah dalaman UMNO. Kalau MT boleh gantung, pecat Ahli MT sendiri tanpa merujuk kepada Lembaga Disiplin..kenapa tak boleh minta Presiden berundur?...Deklarasi Rakyat hanya satu kaedah untuk menyuarakan hasrat rakyat...namun dari segi pelaksanaan...masih sukar kerana Najib itu sendiri pekak dan tuli terhadap kehendak rakyat.

Saya memohon kepada Ahli MT UMNO yang masih waras dan sayangkan AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR, tunaikanlah TANGGUNG JAWAB kamu. Najib tak dapat di bendung lagi...segalanya akan terbongkar dan jika UMNO gagal bertindak....maka terkuburlah UMNO bersama dan akan terpahat dalam sejarah....UMNO sebagai parti yang mendokong dan terlibat dengan RASUAH. Jasa dan nama baik UMNO selama ini akan lenyap dek ketaksuban mereka kepada seorang pemimpin yang KORUP.

Wahai Ahli MT UMNO...kuasa ditangan kamu!...
Jangan kamu ego, angkoh dan terlalu yakin rakyat akan bersama kamu di PRU akan datang selagi manusia bernama Najib memimpin kamu. Bukan kamu korbankan Najib...tetapi Najib dengan sendirinya berbuat onar dan khianat kepada kita semua...janganlah kamu pula yang terkorban nanti.

Najib mesti berundur...beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Soal pengganti...pilihlah insan yang AMANAH dan JUJUR...pasti kita akan selamat.

Kepada Ketua Cawangan dan akar umbi UMNO...buatlah pencerahan yang tepat dan benar kepada masyarakat di sekeliling kamu agar mereka faham dan sedar betapa seriusnya malapetaka 1MDB ini. Buatlah satu risalah ringkas dan senaraikan sumber rujukan seperti Laporan PAC berserta hansardnya...laman laman sesawang yang punya wibawa...dan lain lain maklumat yang penting berhubung 1MDB.

Teruskan perjuangan menegakkan kebenaran demi agama, bangsa dan tanahair.

Sekali lagi saya memohon kepada Ahli MT UMNO...kamu adalah kuasa yang mampu mengubah dan memperbetulkan permasaalahan ini dengan secepat munkin. Jangan kamu lalai dan lepas tangan dalam perkara ini.

Reply
avatar
Tara ku cha cha
AUTHOR
May 10, 2016 at 7:47 PM delete

Bukankah jualan bond melalui GoldmanSucks tu ialah usaha untuk mencari dana untuk melangsaikan hutang 1MDB?

Tapi apa yang terjadi ialah dana lesap entah ke mana. Maka bolehkah hutang berkurangan? Dalam bahasa kasarnya, itu adalah skim "buat taik di atas taik (btdat)"; lebih teruk daripada "si tikus membaiki labu" pada pendapat saya kerana skim btdat GoldmanSucks itu telah berlaku pada kali ke-2 kalau anggapan saya x silap.

Sekarang ni dah kecoh pula dengan IPIC, dan apa yang diuar-uarkan ialah "penyelesaian dalaman" akan menyusul. Apakah ini bermakna kita mengadap "buat taik di atas taik ke-3" pulak?

Reply
avatar
faqqirulkhoir
AUTHOR
May 10, 2016 at 10:21 PM delete

Sokong.
Sedikit komen...
1. Ada Pimpinan dan ahli Umno yg mau nyahkan anak Toh Puan Rahah. Antaranya wakil dari Pegoh, Lahad Datu, Batu Kawan, Gopeng dan Langkawi.
2. Kekurangan maklumat atau 'information deficit' bukan isyu. Penyokong tegar anak Rahah terdiri dari elit kumpulan berunifom, kehakiman, ketua2 agama, professor2, kepala2 kementerian, pengamal media dll yg mempunyai malah menguasai sumber2 informasi terkini atau termaju.
3. PutraKraken barangkali betul akan kegagalan untuk melibatkan dan mengembleng rakyat bawahan bagi mencetus gerakkan massa,yg mungkin merupakan golongan paling teruk termangsa dari kebobrokkan yg berlaku. Usaha untuk merawat kekurangan ini harus dijalankan secara teratur dan berterusan. Wallahua'lam.

Ma'af sekiranya ketelanjuran. Terima kasih.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 11, 2016 at 9:19 AM delete

Tunggu Majlis Tertinggi UMNO, sama2 telah menerima "derma" dari Najib USD7juta =RM27Million (diakui oleh adiknya En. Nazri) diagih2kan sama takkan nak gigit tangan yang menyuap, kena SETIA bro. MT UMNO skrg dikenali sbg "Najib &the 40 thieves". Pecat saja, jangan undi yang korupt. Kuasa di tangan Rakyat.

Reply
avatar