KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, May 11, 2016

dinturtle

1NDB Ada Duitlah Cuma Kita Tak Mahu Bayar Jer ... Biar IPIC Bayarkan Hutang Itu - SUDAH-SUDAHLAH 1NDB !

Mkini




Syarikat International Petroleum Investment Co (IPIC) milik Abu Dhabi hari ini berkata bahawa mereka telah membayar faedah sebanyak AS$52.4 juta bagi bon yang matang yang dijaminnya selepas firma pelaburan negara, 1MDB ingkar lagi hari ini.

IPIC berkata ini kali ketiga kemungkiran oleh 1MDB. Menurut syarikat Abu Dhabi itu, mereka ini akan memperhebatkan tuntutan bayaran itu kepada 1MDB dan kerajaan Malaysia sebagai bayaran pampasan.

Katanya, 1MDB kini berhutang AS$1.2 bilion dengan tambahan faedah terkumpul.

Perkara ini disahkan oleh IPIC melalui satu surat pemberitahuan di London Stock Exchange hari ini -

Scheduled Interest Payment Under Certain 1MDB Notes

·     IPIC pays interest following 1MDB's third default
·     IPIC will increase its written demand of 1MDB and MoF to U.S.$1.2 billion plus accrued interest 

Following the latest default by 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) on the payment of interest due to its noteholders, International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC) has today made full payment of the interest due and payable by 1MDB Energy Limited and 1MDB in respect of the U.S.$1,750,000,000 fixed rate 5.99 per cent. notes due 2022 issued by 1MDB Energy Limited and unconditionally and irrevocably guaranteed by 1MDB (the Notes).  IPIC has made the interest payment of U.S.$52,412,500 out of existing liquidity and pursuant to its obligations under the guarantee of the Notes (the Guarantee Payment).

Following this third 1MDB default, IPIC will increase its written demand for 1MDB and Minister of Finance, Inc., Malaysia (MoF) to fully indemnify IPIC in respect of the Guarantee Payment, the interest payment made by IPIC on 29 April 2016 and the outstanding sum that was due to be paid to IPIC by 31 December 2015.  The current total amount due to IPIC from 1MDB and MoF pursuant to the terms of the Binding Term Sheet is U.S.$1,205,450,000 plus accrued interest (as further described in previous announcements issued by IPIC GMTN Limited: RNS Number 7064P, RNS Number 4672V and RNS Number 1844W).


KLiK

IPIC hebahkan kepada dunia bahawa -

1 - 1MDB telah gagal kali ketiga untuk bayar hutang
2 - IPIC terpkasa bayarkan selaku penjamin
3 - IPIC akan tuntut semuanya daripada 1MDB dan Kerajaan Malaysia



1MDB pula komen apa ?


1MDB tahu Ipic yang bayarkan tapi bukan 1MDB takde duit nak bayar, cuma ia setakat ini belum melakukannya lagi. Menurut 1MDB, ia disebabkan pertikaian antaranya dengan IPIC ketika ini.  - Sinar.

Hahahaha ......  terserah anda nak percaya atau tidak yang 1MDB ada duit nak bayar. Saya tidak percaya.

Kalau mengikut rekod yang sudah2, memang 1MDB selalu kantoi bab bayar hutang apatah lagi bunga. 1MDB hanya bayar bila dapat buat hutang baru, atau bila 1MDB jual aset.

Mungkin ada yang agak keliru ..... macamana boleh kata 1MDB default / gagal bayar kalau IPIC dah tolong bayarkan ?

Ipic dahulukan pembayaran itu bagi pihak 1MDB sebab IPIC menjadi penjamin kepada pinjaman bon itu. Kalau tak bayar, IPIC terpaksa juga tanggung akibatnya. Macam yang selalu terjadi disini, ramai yang terpaksa menanggung malu menjadi muflis hanya kerana terpaksa menanggung hutang yang mereka jadi penjamin,

Apa pandangan kita terhadap orang yang buat hutang itu tapi tak bayar dan membiarkan penjamin pula yang menanggung beban ?

Makanya IPIC bertindak menghebahkan kepada dunia apa yang berlaku ! 

Malu tak ? 

1MDB berkeras dengan perjanjian awal dengan IPIC bla bla bla ..... tapi  bukankah Arul sendiri mengaku yang 1MDB sudah kantoi tak dapat bayar balik hutang sebagaimana perjanjian kepada IPIC pada 31/12/2015 lalu ?

There is one crucial item on the term sheet, which is that 1MDB has to transfer the amount that IPIC paid, the cash plus the interests — US$1.15 billion — by Dec 31, 2015, according to Arul. As such, he said: "actually, we were in default since December". 

Apapun perjanjiannya, bukankah akhirnya 1MDB juga yang kena bayar ? Samada ditukar dengan aset yang sama nilai atau dengan tunai atau gadai apa2 yang patut ..... AKHIRNYA 1MDB JUGA KENA BAYAR. Deal dengan IPIC hanya MENANGGUHKAN pembayaran yang sepatutnya dibuat oleh 1MDB. 

Jadi mengambil kira perkara itu, jika benar 1MDB ada duit sebagaimana didakwa, kenapa tidak bayar saja ? 

Jika ada aset2 ( termasuk Just Unit ) yang KONONNYA punya nilai untuk ditukar ganti kepada IPIC, kenapa tidak tebus saja dan gunakan duit itu untuk bayar hutang. Kan sama saja ?

Kemaluan besar dapat dielakkan, hubungan dengan Abu Dhabi dijaga, malahan perintah Bank Negara supaya duit yang dilabur dengan Petrosaudi dulu ( JUST UNIT ) itu dibawa pulang pun dapat dipenuhi !

Melainkan ........

1MDB ini terlalu banyak alasan la ....... orang pun dah tak percaya dah. 

Kemudian ni apa citer pulak tetiba Gabenor baru Bank Negara boleh keluarkan kenyataan -

Gabenor baru Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim yakin kerajaan akan menjelaskan semua hutangnya berhubungan dengan 1MDB.

"Saya yakin kerajaan akan membayar semua hutangnya,"

Mkini

Ginilah Arul, apakata 1MDB lupakan saja perjanjian dengan IPIC tu. Buat malu rakyat jer terhegeh2 menuntut si PENJAMIN pula yang tolong bayarkan hutang 1MDB. Lagipun IPIC pun kata mereka telah batalkan perjanjian.

Bukannya perjanjian perniagaan pun, tapi perjanjian Aset Swap. Apa kerugian yang bakal ditanggung jika perjanjian batal ? Kan 1MDB ADA DUIT NAK BAYAR ?

Bawa balik segala aset yang kononnya direzabkan untuk Aset Swap itu. Kita pun nak tengok apakebendanya JUST UNIT itu ..... ada berapa kaki ? Kepala dua ke ? Ada 3 lubang hidung ke ?

Begitu juga dengan pelaburan di GIL Funds .... BAWA BALIK SEMUANYA dan TEBUS supaya dapat  dibuktikan yang semuanya itu wujud dan punya nilai sebagaimana didakwa.


Tindakan berkeras di pihak 1MDB ini agak pelik dan mengundang pelbagai spekulasi.

Sudah2lah beri alasan tu. Bawa balik semuanya. tebus apa yang patut. Settlekan mana yang boleh dan TUTUP BUKU 1MDB. Lagi lama dibiarkan beroperasi, lagi banyak masalah dan hutang yang dibuat.

Last sekali, kita siasat dan cari siapa yang harus bertanggungjawab di sebalik skandal 1Najib Development Berhad ini.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

8 comments

Write comments
May 11, 2016 at 11:38 PM delete

Salam Din. Kalau dilihat dgn begitu mudah IPIC bayar bagi pihak 1MDB mesti ada yang tersirat yang perlu negara korbankan. Pak Arab ni licik..ada hidden ajenda ni..hanya Najib yg tahu benda benda tersorok ni..silap silap..tergadai Petronas

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
May 12, 2016 at 12:58 AM delete

Saya rasa En Majid kurang faham ni. Ipic TERPAKSA BAYAR sebab ipic adalah guarantor kepada satu endibi. Kesnya sekarang ipic dah sakit hati sebab kena jadi pak sanggup bila kena perambat dek bank sedangkan peminjam (satu endibi) buat tak reti taknak bayar hutang (yang lebih tepatnya buat tak reti sebab memang satu endibi ni dah pokai pun - yang melambak hutangnya sahaja).

Lebih teruk dari pak kaduk - tanah tergadai sorak pun tak menang.

Reply
avatar
Mujahid
AUTHOR
May 12, 2016 at 3:49 AM delete

Salam. IPIC terpaksa bayar sebab IPIC sebagai penjamin, merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di bursa London. Kalau dia tak bayar, 1MDB default hutang, sebagai penjamin IPIC akan juga terkena bahananya, sehingga mungkin dinyah senarai atau dikompaun oleh bursa London.

Sebab itulah IPIC bayar juga, walaupun dah tiga kali default.

1MDB yang buat muka tebal, sebab dia tak de penalti apa-apa, tak tersenarai di bursa mana-mana dan kalau kantoi macamanapun kerajaan yang akan tanggung. Bila kerajaan tanggung, maknanya duit rakyatlah yang tanggung. Bila itu berlaku, maka Najib anak Razak tak lagi boleh berkata, "Wallahi, wabillahi, watallahi, saya tak ada guna duit rakyat untuk hutang 1MDB."

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 12, 2016 at 6:23 AM delete

Salam bro din,

Habis buat pe lah buat cerita "gempak" kata nak jumpa IPIC bagai.

Tuptup, Malaysia juga yg bayar. Macha ni buat "gempak" lebih la...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 12, 2016 at 7:48 AM delete

Assalam Bro,putar lagi kot mana pun,Najiblah yang paling bodoh......

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
May 12, 2016 at 11:31 AM delete

Salam Bro

IPIC tu betul punya business, tersenarai di Bursa London. Jadi sebagai organisasi yang memang ada business yang mencari keuntungan dengan cara yang betul dia kenalah bertanggung jawab. IPIC has to "honour" its obligation. Ade maruah bro!...their business is not a business to scam!

1MDB...apa business dia...business nak menipu. Hutang bertimbun, harta pemberian negara dan tergadai..nak swap dengan apa lagi. Duit ditangan memang tak ada...nak pinjam lagi dah tak dapat...Nak mintak dengan mak bapak...adik beradik lain dah tau tembelang dia...mana munkin kan? Cakap siBahalol penipu tu tak payahlah kita dengar...nanti termuntah kita. Sebab tu aku dah bertahun tak tune ke RTM dan TV3 dan tak baca BH, UM, NST. Media arus perdana cukup memualkan...hinggakan The Star Online pun kebelakangan ni macam dah kena serang cyber trooper Mat Maslan...dulu sebelum dia jadi panglima cyber...kita dapati apa apa berita dan kenyataan berkenaan Najib dan 1MDB akan dapat rating "Angry" dari pembaca dan kenyatan dari Tun Mahathir dan kumpulan akan dapat rating "happy". Tapi semenjak Mat maslan jadi panglima Cyber semuanya dah terbalik.

Bro..biar aku jawab soalan ko kali ini.

"Last sekali, kita siasat dan cari siapa yang harus bertanggungjawab di sebalik skandal 1Najib Development Berhad ini."

Jawapannya ada dalam Artikel 117 MOA kompeni. Disitulah segalanya bermula dan berakhir. Ahli Lembaga Pengarah cuma hiasan je...Sharol pon ikut telunjuk manusia Artikel 117 ni. Saya yakin semua paper work dan dokumen money trail ada mohor dan tanda tangan manusia Artikel 117 kerana jelas sekali tanpa kelulusan beliau segalanya tak akan bergerak.
Telah saya katakan sebelum ini...PAC buat kerja macam melepaskan batuk ditangga...dan menjurus kepada mencari kambing hitam untuk dikorbankan... tak lebih dari itu. Pokoknya Hassan dapat cari makan.

Terang tanpa bersuluh...tak perlu tercari cari.



Reply
avatar
Tara ku cha cha
AUTHOR
May 12, 2016 at 4:33 PM delete

Bab songlap di Malaysia ni kan ikut fesyen kitaran.

Kita kumpulkan bab-bab songlap mega sebelum 1MalaonDariBugis: Bank Bumuputra, PERWAJA dan PKFZ. Semuanya ada 4 bab, bermakna tempoh tiap-tiap kitarannya ialah lebih-kurang 8 tahun.

Diwar-warkan bahawa untuk melangsaikan hutang 1MalaonDariBugis sekarang adalah anda membayar hutang selama anak anda yang bakal lahir pada tahun ini (sempena itu katakan anak berbakal anda itu diberi nama Mat Bijan) menzuriatkan anaknya pula, iaitu cucu anda dari Mat Bijan. Bermakna sebelum cucu anda, Mat Bijan Jnr., dilahirkan pun dah muncul lagi satu bab songlap mega 1MalaonEntahDariManaPula.

Bermakna hutang 1MalaonDariBugis belum lagi selesai, anak hang yang bernama Mat Bijan tu jua kena bayar hutang hasil dari bab songlap mega 1MalaonEntahDariManaPula pula.

Cucu anda yang bernama Mat Bijan Jnr. akan kata apa kepada anda, andai anda masih bernyawa? Adakah cucu anda akan berkata "this is rock n roll" atau "Malaysia is a failed state"?

Reply
avatar
ISAC
AUTHOR
June 16, 2016 at 10:31 PM delete

Itu X termasuk rugi RM30 billion zaman Anwar dgn Tun M sebab benarkan BNM main currentcy.

Reply
avatar