KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, May 13, 2016

dinturtle

Amaran Tun Mahathir Sempena 70 Tahun Umno !

Sebagai pendahuluan, apakata kita layan dulu Amanat dari Tun mahathir sempena 70 tahun Umno. Well.... actually ia artikel terbaru Chedet, cuma kebetulan ketika ini parti Najib sedang meraikan 70 tahun Umno maka saya kaitkanlah.

Ini adalah rumusan saya -

Kita selama ini TAKE FOR GRANTED bahawa pemimpin yang dipilih itu merupakan pemimpin sejati, pemimpin yang benar2 ikhlas dengan perjuangan agama, bangsa dan negara. Pemimpin yang meletakkan kepentingan alif ba ta itu ke depan, mendahului kepentingan peribadi. Pemimpin yang SEDAR DIRI bahawa sekiranya diri sudah menjadi liabiliti, dia akan mengundurkan diri dan bukannya mengheret parti dan kerajaan dalam mempertahankan masalah peribadinya.

Malangnya bila buat pertama kalinya kita punya pemimpin yang lebih pentingkan dirinya sendiri, kita tidak bersedia untuk menerima hakikat itu. Malah ramai di antara kita yang menolak bukti2 yang tersedia di depan mata kerana kita tidak dapat menerima hakikat bahawa pemimpin yang kita angkat itu sebenarnya seorang pengkhianat kepada perjuangan yang kita pegang selama ini.

Tanpa jemu, Tun Mahathir gariskan kembali isu2 1MDB, 2.6 bilion yang mana cara Najib menanganinya tidak ubah sebagaimana seorang yang bersalah cuba menutup kemungkarannya dari diketahui umum. 

Kalau satu kali mungkin kita boleh anggap sebagai tersilap langkah dalam bertindak tapi dalam kes Najib, usaha menutup kesalahannya itu berlaku berulangkali secara konsisten. Mereka yang punya akal waras tidak mungkin dapat menolak kenyataan bahawa sememangnya cara Najib menangani masalah2 1MDb dan 2.6 Bilion amat pelik dan langsung tidak mencerminkan cara seorang yang teraniaya.

Cuba kita bayangkan bagaimana lagaknya seorang pemimpin korup yang perlakuan2 mungkarnya mula didedahkan oleh media akan bertindak menggunakan kuasanya untuk menutup kesalahan2nya dari diketahui umum ? Apa yang kita bayangkan itu akan menyerupai SEBIJIK macam apa yang Najib telah lakukan selama ini !

Jika pemimpin itu tidak bersalah, dia PASTI akan bertindak menyaman media2 yang telah membuat pelbagai dakwaan itu. Selain dari membersihkan nama dan maruah peribadi, tindakan itu juga adalah demi menyelamatkan maruah rakyat dan negara dari tercemar dek fitnah terhadap diri pemimpin.

Tapi jika dia sememangnya bersalah, tindakan sama itu umpama menggali kuburnya sendiri kerana ia bakal mengundang lebih banyak pendedahan tentang apa yang cuba disorokkan selama ini. Giler dia nak saman ! Tapi itulah Najib ......

Pemimpin juga akan tubuhkan pelbagai task force untuk menyiasat bagi membuktikan di mata rakyat bahawa dirinya tidak bersalah, malah dia juga tidak punya masalah untuk mengundurkan diri buat sementara waktu siasatan berjalan supaya ia benar2 telus dan bebas dari dipengaruhi kuasa yang disandangnya. Tidak ada apa yang perlu ditakutinya kerana dia memang tidak bersalah.

Tapi apakah itu cara Najib ? 

Pemimpin yang bersalah akan jadikan penubuhan pelbagai task force itu untuk mengaburi mata rakyat dan waktu sama membeli masa untuk menutup kemungkarannya. Jika pasukan penyiasat itu menemui sebarang bukti yang boleh menyabit dirinya dengan tuduhan2 salahlaku sebagaimana didakwa, dia akan campurtangan dan gunakan kuasanya untuk  mempengaruhi siasatan agar kesalahannya tidak didedahkan.

Bukankah itu sama sepertimana yang berlaku sejak akhir2 ini ?

Paling utama, pemimpin yang bersalah akan BELI atau PASTIKAN dengan apacara sekalipun akan kesetiaan kepimpinan disekelilingnya yang mampu menjatuhkan kuasanya .... ini akan dapat rakyat saksikan melalui kenyataan2 bodoh dan alasan2 dangkal yang mereka berikan dalam mempertahankan kesucian bos mereka.

Kesannya ..... bukan saja pemimpin itu bakal ditolak rakyat tapi keseluruhan pasukannya akan ditolak sama kerana mereka dilihat sebagai bersekongkol dengan pemimpin yang korup itu.

24. Tetapi hari ini kerana UMNO mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri walaupun jelas dia terlibat dengan skandal yang amat buruk, dan menjadikan UMNO parti yang terburuk di Malaysia, pemimpin-pemimpin bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO masih bersekongkol dengan Najib untuk musnahkan UMNO. Anak cucu mereka akan kutuk mereka kerana ini.


Sesuatu yang bakal berlaku akan Allah tunjukkan tanda2nya ..... begitu juga dengan nasib parti Umno. Tidak ada siapa sangka parti yang sebelum ini begitu kuat dan begitu banyak berjasa kepada bangsa dan negara boleh ditolak oleh rakyat begitu saja tanpa sebab musabab yang jelas dan logik.

Sebab musabab itu lah yang sedang Allah tunjukkan kepada kita ketika ini. Kerana perkara2 inilah makanya Umno akan kecundang nanti ...

Maka atas ahli2 parti dan kepimpinanlah untuk mengambil iktibar dan bertindak membetulkan keadaan jika tidak mahu Umno tewas PRU14 kelak. Semua tanda2nya sudah ada di depan mata.

Janganlah disalahkan takdir jika atas kealpaan sendiri yang merelakan segala kemungkaran ini berlaku tanpa sebarang tindakan,  kerana logik akal sendiri bisa nampak kemusnahan yang bakal menimpa.

Makanya ahli2 dan kepimpinan Umno wajarlah perihatin dengan amaran dari Tun Mahathir ini -

25. Wahai pemimpin UMNO, ingatlah akan masa depan kamu. Pengkhianatan kamu akan dibalas dengan cara yang setimpal di dunia dan di akhirat.



 Mengkhianat Umno,

1. Sesungguhnya apa yang sedang berlaku di negara bertuah ini tidak pernah diduga, dimimpi atau diramal oleh sesiapa, samada rakyat negara ini atau orang asing.

2. Semasa kita berjuang untuk kemerdekaan semua pemimpin dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang dipilih oleh mereka tetap akan bersikap dan bertindak sebagai nasionalis yang berkhidmat, bahkan berkorban untuk negara, untuk rakyat dan kesejahteraan mereka. Inilah sebabnya yang mereka terima tanpa soal sistem demokrasi, sistem yang memberi hak kepada rakyat untuk memilih Kerajaan mereka.

3. Dan seperti yang mereka jangka, pemimpin demi pemimpin pilihan mereka tidak mengecewakan mereka. Negara dibangun dengan baiknya dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik dan lebih makmur dari dahulu.

4. Perdana Menteri-Perdana Menteri tidak menimbul banyak masalah. Apabila masa datang untuk mereka undur mereka pun pergi. Rusuhan untuk menjatuhkan Perdana Menteri tidak pernah berlaku.

5. Tun Abdullah juga berundur apabila prestasinya dalam PRU 12 tidak begitu baik. Dia undur kerana sudah jelas rakyat tidak lagi sokongnya. Najib juga mendesak supaya dia undur dan Najib menggantinya.

6. Rakyat lega. Inilah Malaysia. Peralihan kuasa diperingkat tertinggi berlaku dengan licin dan tertib. Rakyat menunggu akan nikmat yang mereka akan dapat dari pemimpin baru. Mereka percaya yang baru tetap lebih baik dari yang lama. Jika tidak lebih baik pun tentu sekurang-kurangnya sama dengan ayahnya, Tun Razak.

7. Tetapi impian rakyat tidak menjadi kenyataan. Awal-awal lagi diperhatikan cara hidup yang luar biasa mewahnya berbanding dengan PM yang terdahulu. Ini dilihat terutamanya semasa perkahwinan anaknya. Tumpuan tidak diberi kepada pembangunan negara, kepada pengwujudan peluang pekerjaan dan perniagaan. Sebaliknya dicipta BRIM, pemberian RM 500/- kepada rakyat yang dikatakan miskin.

8. Rakyat kecewa. Jauh dari menyokong. Prestasi Najib dalam PRU 13 menurun berbanding dengan PM yang dia ganti. Namun pemimpin diperingkat bahagian dan wakil rakyat UMNO khususnya ternampak tidak faham tentang kekurangan sokongan rakyat kepada Najib.

9. Kemudian datang 1MDB. Dengan modal satu million Ringgit, syarikat yang ditubuh dan dipimpin oleh Najib meminjam empat-puluh-dua ribu kali ganda lebih dari modal. Maka bermulah cerita-cerita tentang berbagai salah laku oleh 1MDB ini. Berbillion Ringgit dilabur tanpa kajiselidik yang mendalam, dipindah kesana kesini, meresap dan hilang. Soalan tidak dijawab. Faedah hutang tidak dibayar. Auditor di buang, diganti dan dibuang lagi.

10. Terdengar cerita Jho Low yang tidak memegang apa-apa jawatan tetapi berkuasa. Jika Ahli Lembaga Pengarah menyoal, Jho Low menalipon Dato Sri Najib dan menyuruh Pengarah bertanya sendiri. Pengarah tidak bertanya. Terima sahaja arahan Jho Low. Yang tak senang hati menarik diri dari Lembaga.

11. Cerita berkenaan Rosmah juga menimbulkan kemarahan Rakyat. Tersebarnya cerita berkenaan pembelian beg tangan sahaja menelan bermillion Ringgit dan juga kononnya banyak perniagaan memberi saham percuma kepada Rosmah melalui proksi beliau.

12. Segala urusan 1MDB tertutup, tidak dilapor oleh akhbar kerana tidak dibenar, atau takut atau diberi amaran. Mesyuarat Agung UMNO tidak dibenar bercakap berkenaan 1MDB.

13. Kemudian di dalam akhbar luar negeri, Wall Street Journal, terdapat lapuran bahawa akaun sendirian Dato Sri Najib memiliki Dolar Amerika sebanyak 681 million, bersamaan 2.6 billion Ringgit Malaysia. Seluruh rakyat terkejut. Mereka bertanya apakah benar PM Malaysia memiliki wang sebanyak itu. Ini tidak mungkin. Ini akhbar asing yang suka memburukkan Malaysia.

14. Najib nafi. Katanya tak akan dia begitu bodoh memasuk wang sebanyak itu dalam akaun peribadinya. Katanya cerita ini tidak berasas. Dia tidak memiliki wang sebegitu banyak.

15. Tetapi akhirnya Dato Sri Najib mengaku wang sebanyak 2.6 billion Ringgit itu ada dalam akaun peribadinya. Kononnya derma dari Putera Arab Saudi. Kemudian didakwa dari Raja Arab Saudi yang sudah mangkat.

16. Tetapi pengesahan dengan dokumen yang boleh dipercayai tidak ada. Hanya pengakuan Najib. Pegram Negara disingkir dan yang baru dilantik yang mendakwa Najib tidak menyalahguna wang dalam akaunnya. Kononnya wang ini telah diberi balik kepada penderma. Sekali lagi tidak ada dokumen yang mengesah kenyataan ini. Hanya pengakuan ole Peguam Negara.

17. Kalau tidak bersalah kenapa tidak dibuat saman malu terhadap Wall Street Journal dan Sarawak Report yang membuat laporan berkenaan 2.6 billion Ringgit yang berada dalam akaun Najib. Saman malu boleh dibuat di Britain atau Amerika jika yang didakwa enggan dibicara di Malaysia. Tetapi Najib tidak membuat saman malu, selain daripada bertanya kenapa laporan itu dibuat. Ini bermakna laporan Wall Street Journal dan Sarawak Report adalah benar dan berasas.

18. Sekarang dunia tahu dan percaya Najib sudah selewengkan banyak dari modal 1MDB. Dan dunia ketawa sinis terhadap Malaysia yang sudah jadi negara rasuah yang terbesar di dunia. Dan Najib didakwa adalah Menteri Kewangan yang terburuk di Asia.

19. Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Dewan Rakyat UMNO takkanlah pekak dan buta sehingga tidak sedar berkenaan salahlaku Najib. Tetapi mereka terus sokong Najib dan mempertahankannya. Tidak berasa malukah mereka mengetahui PM mereka sebegini buruk. dihina secara terbuka oleh dunia tanpa disangkal oleh Najib.

20. Tetapi nampaknya mereka tidak tahu malu dan lebih utamakan kepentingan diri daripada kepentingan dan maruah negara.

21. Rata-rata rakyat berhimpun dan mendesak untuk Najib disingkir dari jawatan PM. Ahli-ahli dan pemimpin UMNO tahu parti mereka akan kalah jika Najib terus memimpin BN dan UMNO dalam PRU 14. Hanya yang bisu dan pekak sahaja yang tidak ambil kesah akan kehancuran UMNO yang tetap berlaku.

22. UMNO adalah parti yang mengalahkan Malayan Union dan memerdekakan negara. UMNO juga berjaya membangunkan negara.

23. UMNO juga yang memberi kepada negara Perdana Menteri, Perdana Menteri yang memajukan negara sehingga ketahap yang tinggi.

24. Tetapi hari ini kerana UMNO mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri walaupun jelas dia terlibat dengan skandal yang amat buruk, dan menjadikan UMNO parti yang terburuk di Malaysia, pemimpin-pemimpin bahagan dan Ahli Dewan Rakyat UMNO masih bersekongkol dengan Najib untuk musnahkan UMNO. Anak cucu mereka akan kutuk mereka kerana ini.

25. Wahai pemimpin UMNO, ingatlah akan masa depan kamu. Pengkhianatan kamu akan dibalas dengan cara yang setimpal di dunia dan di akhirat. 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

6 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 13, 2016 at 8:02 PM delete

Nama-nama Ketua Bahagian/wakil rakyat UMNO sekarang akan terpahat dalam sejarah untuk tatapan cucu cicit mereka sendiri di masa depan.Cucu cicit mereka sendiri akan menilai perjuangan datuk nenek moyang mereka dalam UMNO semasa era kemelut 1MDB dan 2.6b.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 13, 2016 at 8:12 PM delete

Akibat selesanya makan dedak dan menunggu banyak lagi dedak bakal ditaburkan, tidak perlu ambil pusing apa yang berlaku... Play safe

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 14, 2016 at 2:19 AM delete

Anak cucu pun tergolong dalam golongan pemakan dedak.alangkah hinanya keturunan.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
May 14, 2016 at 10:25 AM delete

Salam Bro

Panjang jugak atikel ko kali ni. Kali ni saya nak sentuh pasal Kawalan Dalaman (Internal Control) sesebuah organisasi. Kawalan Dalaman ini adalah satu sistem kawal selia perjalanan dan urusan organisasi tersebut dimana diwujudkan "check and balance" disetiap peringkat dengan sendirinya. Yang lazim kita dengar seperti Odit Dalaman, pembahagian kuasa berperingkat dan lebih dari satu, sistem IT yang mantap dsb. Kita ambil contoh pebahagian kuasa berperingkat dan melebihi dari satu. Untuk pembelian umpamanya...kalau nak beli kerusi meja pejabat yang kurang dari RM 1,000, kelulusan hanya setakat Pengurus Besar. Kalau nak beli kereta untuk Pengurus Besar, kelulusan dari Lembaga Pegarah diperlukan. Begitu juga dari segi kawalan kewangan dan pembayaran. Lembaga Pengarah akan membuat satu Resolusi berkenaan penanda tangan akaun bank (Authorised Signatories). Biasanya lebih dari satu dan berperingkat mengikut amoun pembayaran. Begitu juga dengan perkara perkara lain seperti pelaburan, pembelian asset, Capital Expenditures(Capex) dsb.

Sekarang kita lihat 1MDB.

1.1MDB adalah milik penuh Kementerian Kewangan sebagai pemilik saham tunggal. (Kerajaan Punya)
2. 1MDB ada Lembaga Pengarah (BOD)
3. 1MDB ada team pengurusan yang diketuai oleh CEO
4. 1MDB ada Lembaga Penasihat untuk menasihati BOD

Mengikut urutan bermula dari yang rendah sekali CEO, BOD, Lembaga Penasihat dan Kementerian Kewangan sebagai pemilik. Perdana Menteri terlibat kerana kepentingan Negara.
Pengerusi Lembaga Penasihat mempunyai kuasa seperti termaktub dalam Artikel 117 MOA Syarikat.

Kalau kita susun bermula dari individu yang teratas dan status keaktifannya adalah seperti berikut:

i) Perdana Menteri (PM) - aktif
ii) Menteri Kewangan (MK) - aktif
iii) Pengerusi Lembaga Penasihat (PLP) - aktif
iv) Lembaga Pengarah Syarikat (BOD) - aktif tapi tak lebih dari bunga hiasan.
v) Chief Executive Officer (CEO) - aktif

Sekarang kita lihat Kawalan Dalaman 1MDB adalah seperti berikut:

BOD mengarah CEO, CEO merujuk kepada Pengerusi Lembaga Penasihat, PLP merujuk kepada Menteri Kewangan dan akhirnya Menteri Kewangan merujuk kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri punya kuasa Artikel 117.

Kan disitu jelas pembahagian kuasa berperingkat! Jadi memang 1MDB punyai kawalan Dalaman yang jitu demi memelihara kepentingan kumpulan sasar...tak gitu?

Saya ulangi sekali lagi urutan kawalan dalaman 1MDB. Kali ini saya sebutkan individu yang meduduki setiap peringkat kuasa tersebut.

BOD mengarah Sharol (CEO), Sharol (CEO) merujuk kepada Najib (PLP), Najib (PLP) merujuk kepada Najib(MK), Najib (MK) merujuk kepada Najib (PM).

Eh!...kenapa pening pulak kepala aku...apa yang aku tulis ni?...biar betul?
semak semula...Memang betul pon!...cuba rujuk rangkaian pembahagian kuasa yang mula mula diatas.

MEMANG BETUL!...patutlah 1MDB jadi macam ni! itu yang Laporan Ketua Audit kena OSAkan.

Astargfirullah!...masyaAllah!...

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
May 14, 2016 at 3:07 PM delete

Cantik.... mungkin akan dimasukkan dlm artikel akan datang . Terimakasih !

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 15, 2016 at 9:21 AM delete

Kawalan dalaman- Kalau ikut interpretasi & definisi tiga suku peguam Najib, ini adalah formaliti, tidak bererti Najib bertanggungjawab mengenai operasi & keputusan 1NDB...& peguam tiga suku Negara akan mengiyakan & disambut dgn ahli2 mangku talibarut yg lain...., sampai sanggup ajak bertumbuk!!!
Cantik cantik...setuju sangat saya dgn catitan putrakraken.

Reply
avatar