KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, May 3, 2016

dinturtle

Ayat DiPotong Hasan PAC Bukan Hanya Isu Kaitan Jho Low Tapi Ia Adalah Master Key Penipuan 1MDB !


“Memasukkan pernyataan yang tidak jelas atau dalam risikan adalah sesuatu yang prejudis dan semua anggota PAC seharusnya memberi keyakinan kepada pihak berkuasa membuat siasatan lebih lanjut sebelum membuat kenyataan,"

Penyuntingan beberapa ayat dalam laporan akhir Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak menjejaskan keseluruhan laporan itu.


Jika anda masih ingat lagi, itu adalah respon Hasan PAC terhadap dakwaan beliau telah menyunting atau memotong ayat dari deraf lapuran yang sebelumnya telah dipersetujui oleh semua ahli PAC iaitu - "Bank Negara Malaysia dimaklumkan secara sukarela oleh pihak berkuasa negara itu bahawa Good Star Limited adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan PetroSaudi Group".

Bukan saya sengaja memainkan isu 'lama' ( walaupun isu itu masih belum selesai ) tapi saya perasan ramai yang masih tidak dapat mengesan akan peri pentingnya ayat yang dibuang oleh Hasan itu. Ramai yang hanya mengaitkan ayat kena buang itu dengan Jho Low saja dan didakwanya Najib sebagai telah berbohong kerana pernah menyatakan yang Jho Low tidak ada kaitan dengan 1MDB.

Ya, itu saya setuju ..... TAPI sekadar menunjukkan ada kaitan dengan Jho Low saja tidak cukup kuat untuk menyatakan bahawa wujud penipuan atau scam.  USD700 juta hilang lesap ! Jho Low sudah songlap ! Adakah itu saja sebabnya ( mungkin ) Hasan potong ayat itu ?  Atau ada perkara lain yang lebih besar yang cuba disembunyikan dari perhatian kita ?

Saya katakan ayat yang dipotong oleh Hasan itu merupakan MASTER KEY kepada kedurjanaan 1MDB !

Pertama sekali kita harus terima sebagai FAKTA bahawa Gold Star Limited bukan milik PetroSaudi Group sebagaimana dimaklumkan oleh Bank Negara. Ini bermakna kita juga harus terima sebagai FAKTA bahawa USD700 juta yang dibayar kepada Gold Star Limited tidak diterima oleh Petrosaudi Group ..... dan ini juga bermakna bahagian 1MDB dalam kerjasama 1MDB-Petrosaudi hanyalah USD300 juta !

Faham tak ?

Ok, saya ingatkan kembali .... kerjasama 1MDB-Petrosaudi adalah berdasarkan bahagian 1MDB sebanyak USD1 bilion

7.3.4. Lembaga Pengarah 1MDB tidak dimaklumkan adanya klausa dalam perjanjian usaha sama yang menyatakan syarikat usaha sama (1MDB PetroSaudi Ltd.) perlu membayar pinjaman USD700 juta yang diambil daripada syarikat induknya, PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. pada atau sebelum 30 Spetember 2009, iaitu dua hari selepas perjanjian ditandatangani. Temu bual pihak JAN dengan bekas Lembaga Pengarah 1MDB pada bulan Jun 2015 mendapati pinjaman dalam bentuk pendahuluan ini tidak pernah dibentang atau dibincangkan oleh pihak pengurusan 1MDB sebelum  usaha sama tersebut dimuktamadkan. ( Ms 90 )


Duit itu bukan dibayar dari akaun kerjasama 1MDB-Petrosaudi tapi dibayar secara terus oleh 1MDB ke dalam akaun Good Star. Jadi bila Good Star itu bukan milik Petrosaudi, maknanya Petrosaudi TIDAK menerima pembayaran itu dan PINJAMAN USD700 juta itu masih tertunggak ! Maknanya 1MDB masih belum menunaikan bahagiannya sebanyak USD700 juta. 1MDB hanya bayar USD300 juta secara terus ke akaun 1MDB-Petrosaudi.

Kenapa persoalan itu tidak dibincangkan oleh PAC ?

Jadi bagaimana mungkin 1MDB dikatakan telah menukar modalnya sebanyak USD1 bilion kepada satu bentuk pinjaman ( Nota Murabahah ) kepada Petrosaudi, kemudian menambah lagi pinjaman itu sebanyak USD830 juta dan seterusnya mendapat kembali keseluruhan dana campur untung iaitu USD2.3 bilion untuk dilabur ke dalam Brazen Sky di Cayman ?

e) Bagi pelaburan dalam Segregated Portfolio Company (SPC), 1MDB mengambil risiko yang tinggi dalam memutuskan pelaburan berjumlah USD2.318 bilion. Pelaburan ini telah dibuat melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC (Bridge Global SPC), iaitu syarikat yang baru sebulan ditubuhkan, tiada lesen sebagai pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar. ( Ms 87 )


Saya ulang balik - USD700 juta dari modal asal 1MDB telah dibayar kepada syarikat BUKAN MILIK Petrosaudi. Ia telah dicuri, lesap. Jadi kenapa Petrosaudi masih iktiraf modal yang dibayar oleh 1MDB adalah sebanyak USD1 bilion padahal yang diterima hanya USD300 juta ?

Nampak ?

Melainkan kerjasama 1MDB-Petrosaudi adalah satu penipuan / scam ! USD2.318 juta yang kononya hasil dari kerjasama itu sebenarnya TIDAK WUJUD, ia hanya satu angka kosong atas kertas tanpa disokong sebarang nilai.

Tetuan EY tidak menemui dokumen berkaitan status pemilikan sebenar, nilai dan risiko yang berkaitan dengan aset yang dilaburkan oleh rakan usaha sama. ( Ms 67 )

Sebab juruodit Ernst and Young terlalu banyak soal dan tidak berpuashati, khidmatnya dibatalkan dan digantikan dengan juruodit KPMG.

Dana USD2.318 yang tidak wujud itu kemudiannya dilaburkan di Cayman dan sekali lagi 1MDB berdepan masalah pengesahannya dengan juruodit dan KPMG pula ditamatkan khidmat -

Situasi yang hampir sama juga dihadapi Tetuan KPMG selepas dua tahun menjadi juruaudit 1MDB apabila penilaian berhubung pelaburan Nota Murabahah kepada Segregated Portfolio Company hendak dilakukan. Situasi sebegini merupakan kali kedua dalam tempoh empat tahun, perkhidmatan juruaudit ditamatkan selepas tahun kewangan berakhir disebabkan perbezaan pendapat berhubung isu penilaian sesuatu pelaburan. ( Ms 70 dan 71 )


Kenapa banyak sangat masalah mahu mengesahkan dana USD2.318 bilion itu kalau benar ia wujud ? 

Juruodit Deloitte pula -

Berdasarkan komen dari tetuan Deloitte kepada PAC yang merujuk kepada rekod syarikat, pihak Deloitte tidak pernah membuat apaapa komen terhadap akaun syarikat 1MDB bertarikh 31 Mac 2014. Akaun tersebut telah diaudit secara unqualified, iaitu “bersih” dan tanpa sebarang komen, tanpa sebarang qualification dan tanpa sebarang emphasis of matter. ( Ms 65 )

Saya tidak dapat pastikan apakah Deloitte mengesahkan USD2.318 bilion itu. Dikatakan aset itu dijamin nilainya oleh Aabar BVI ( ! ). Aset itu kemudiannya dicagarkan untuk pinjaman dengan Deustch Bank

7.3.16 Keputusan mencagarkan keseluruhan pelaburan portfolio SPC berjumlah USD2.318 bilion kepada Deutsche Bank sebagai jaminan terhadap pinjaman berjumlah USD975 juta hanya dimaklumkan oleh Encik Azmi Tahir, Ketua Pegawai Kewangan 1MDB semasa mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 20 Disember 2014, menunjukkan keputusan dibuat tanpa kelulusan khusus dari Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah 1MDB juga berpendapat tindakan mencagarkan keseluruhan pelaburan portfolio SPC adalah tindakan tidak munasabah memandangkan jumlah pinjaman hanya USD975 juta berbanding cagaran USD2.318 bilion. ( Ms 93 )

Kita semua sedia maklum Deustch Bank kemudiannya mengamuk dan menuntut pinjaman itu dilangsaikan segera kerana isu berkaitan dana USD2.318 bilion yang menjadi cagaran itu. Benarkah dana itu wujud ?

Bila rakyat bising dan tuntut dana itu di bawa pulang, 1MDB kata bahagian pertama sudah ditebus dan telah habis digunakan buat tebus Option IPIC yang dibayar kepada Aabar BVI. Aabar BVI ini kemudian dinafikan oleh IPIC sebagai miliknya. Pengesahan pembayaran itu juga tidak dapat disahkan oleh Jabatan Audit Negara.


7.3.13 Pihak JAN tidak dapat mengesahkan bayaran USD855 juta, USD993 juta dan USD295 juta adalah sebagai bayaran penamatan opsyen dan/atau top up security deposit kepada Aabar Ltd. Oleh kerana dokumen sokongan yang tidak lengkap dikemukakan oleh 1MDB kepada pihak JAN. ( Ms 92 )

7.3.14 Proses pengurusan dan penebusan pelaburan portfolio SPC dirangkumi beberapa keadaan di mana Lembaga Pengarah 1MDB tidak dimaklumkan maklumat yang tepat atau pengurusan tidak telus dalam memberi maklumat kepada Lembaga Pengarah. Antaranya, pihak pengurusan 1MDB tidak dimaklumkan hasil penebusan pelaburan portfolio SPC yang dipegang oleh Brazen Sky Limited telah dicagarkan kepada Deutsche Bank; Lembaga Pengarah 1MDB tidak dimaklumkan bayaran sebenarnya untuk opsyen Aabar dibuat menggunakan hasil penebusan pelaburan portfolio SPC; dan Lembaga Pengarah 1MDB hanya dimaklumkan jumlah sebenar dibayar untuk opsyen Aabar setelah bayaran dibuat. Asset Sale Agreement yang ditandatangani pada 2 Januari 2015 di mana Aabar Investments PJS Limited bersetuju untuk membeli baki pelaburan portfolio SPC berjumlah USD939.87 juta daripada Brazen Sky Ltd. juga tidak dibentangkan untuk kelulusan Lembaga Pengarah dan pemegang saham 1MDB. Ini menunjukkan pihak pengurusan telah bertindak di luar arahan Lembaga Pengarah 1MDB yang mengkehendaki baki pelaburan portfolio SPC ditebus sebelum akhir bulan Disember 2014 dan hasilnya dibawa balik ke Malaysia. ( Ms 93 )


Bahagian kedua dana itu yang kemudiannya Najib kantoi kononnya ada di BSI Singapura sebagai tunai kemudiannya jadi aset kemudian jadi Just Unit. Menteri Kewangan sendiri tidak tahu apakebendanya Just Unit itu !

Beberapa penyataan yang diberikan oleh pihak pengurusan 1MDB sejak 12 Januari 2015 hingga Mei 2015 memberi gambaran maklumat berubah-ubah mengikut situasi di mana baki portfolio SPC berjumlah USD939.87 juta yang pada awalnya dikatakan telah ditebus secara tunai tetapi kini dilaporkan masih dipegang sebagai unit pula.

Perkembangan terakhir pada 25 Mei 2015 merupakan kali ketiga penebusan baki portfolio SPC bertukar bentuk. ( Ms 100 )

Pendek kata - Bermula dari awal lagi, modal USD1 bilion dari 1MDB untuk kerjasama 1MDB-Petrosaudi kemudian ditambah USD830juta menjadikannya USD1.83 bilion kemudian kononnya dapat untung menjadikannya USD2.318 bilion mempunyai satu masalah ketara iaitu KESUKARAN UNTUK DI SAH KAN !

Sejak dibawa keluar, kewujudan dana itu sudah dipertikaikan hingga dua syarikat juruodit besar dunia ditamatkan khidmat ... juga kerana isu pengesahan dana tersebut.

Malahan masa hendak dibawa keluar negara pun 1MDB didapati telah menipu Bank Negara. Bila Bank Negara minta dana itu dikembalikan, 1MDB kata sudah habis digunakan setengah dan setengah lagi direzabkan untuk Aset Swap dengan IPIC. 

Itu kata 1MDB. Setakat yang kita tahu, ia masih belum dibuktikan wujud. Dari kerjasama 1MDB-Petrosaudi, dana itu dikaitkan dengan pinjaman Deustch Bank, pinjaman IPIC, penebusan Option, Just Unit  ........ SEMUANYA BERMASALAH terutama dari segi pengesahan.

Makanya saya katakan kenyataan yang dipotong oleh Hasan PAC diawal tadi bukan hanya berkaitan dengan pembabitan Jho Low saja tapi ia merupakan Master Key kepada skandal penipuan atau scam 1MDB ! 

Jika kita terima kenyataan Bank Negara bahawa Good Star tidak ada kaitan dengan Petrosaudi dan pembayaran USD700 juta itu tidak diterima oleh Petrosaudi sebagai penjelasan hutang, bagaimana mungkin USD2.318 bilion itu wujud ?

Dana itu juga dikaitkan dengan pelbagai syarikat yang pelik2 dan banyak sekali putar belitnya bila kita minta bukti untuk mengesahkan kewujudannya.

Pendek kata lagi - Segalanya tentang USD2.318 bilion itu PELIK !

Menarik juga untuk kita sama2 fikirkan perkara di atas itu. Bagi saya, hanya satu saja penjelasan yang mampu jawab segala kepelikan itu, iaitu, dana itu sebenarnya sudah lesap atau tidak wujud lagi.


                                                      ************************

Saya juga perasan yang ramai tidak baca sepenuhnya laporan PAC walaupun semua ikut sama beri komen ! Di bawah saya copy beberapa lagi perenggan dari laporan PAC yang berkaitan dengan isu KEPELIKAN USD2.318 bilion -

Dalam tempoh empat tahun sejak penubuhan 1MDB pada tahun 2009 hingga 2012, pelaburan 1MDB dengan menggunakan dana awal melalui terbitan IMTN berjumlah RM5 bilion telah bertukar bentuk sebanyak empat kali daripada pelaburan ekuiti dalam usaha sama dengan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd., iaitu subsidiari PetroSaudi International Ltd. hinggalah kepada dana portfolio di Cayman Islands. Perubahan keputusan pelaburan dalam tempoh yang singkat melibatkan jumlah dana yang besar menunjukkan keputusan pelaburan tidak dilakukan mengikut amalan tadbir urus yang baik. ( Ms 85 )


b ) Keputusan pelaburan usaha sama dengan PetroSaudi dibuat dalam tempoh lapan hari di mana Lembaga Pengarah hanya dimaklumkan pada 18 September 2009 berkenaan tarikh perjanjian usaha sama tersebut yang akan dimeterai pada 28 September 2009. Pelaburan 1MDB berjumlah USD1 bilion dalam usaha sama ini dibuat tanpa proses due diligence; tiada butiran terperinci berkaitan projek dinyatakan dalam kertas cadangan yang disediakan oleh pengurusan; dan tiada kajian kemungkinan dijalankan terhadap projek pelaburan yang akan dilaksanakan. Aspek projek yang tidak dikaji secara terperinci sebelum kelulusan pelaburan adalah semakan latar belakang rakan usaha sama, jumlah kos keseluruhan projek dan tempoh pelaburan yang akan dilaksanakan. Terdapat empat syarikat berbeza yang didaftarkan dengan menggunakan asas nama PetroSaudi tetapi kertas cadangan kelulusan yang dikemukakan kepada Lembaga Pengarah tidak menyatakan maklumat-maklumat penting tersebut. Di samping itu, perjanjian usaha sama pula mengandungi beberapa klausa yang tidak menjaga kepentingan 1MDB. ( Ms 86 )


c) Keputusan menukarkan ekuiti dalam syarikat usaha sama kepada langganan Nota Murabahah dibuat tanpa perbincangan terperinci antara Lembaga Pengarah 1MDB dan tanpa menilai keupayaan kredit PetroSaudi International Ltd. sebagai penjamin korporat bagi terbitan Nota Murabahah pada tahun 2010 dan 2011 oleh 1MDB PetroSaudi Ltd. Tiada justifikasi untuk 1MDB membuat langganan tambahan Nota Murabahah sedangkan dana bagi membiayai pelaburan tersebut juga diperoleh melalui pinjaman daripada institusi kewangan. ( Ms 86 )


7.3.2. Lembaga Pengarah 1MDB tidak diterangkan secara jelas berkenaan rakan kongsi projek usaha sama dan perkaitan antara tiga syarikat, iaitu PetroSaudi International Ltd. (Saudi), PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd., dan PetroSaudi International (Cayman). Lembaga Pengarah 1MDB telah memberi kelulusan bersyarat kepada pengurusan 1MDB untuk melaksanakan usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd. tetapi perjanjian sebenar telah ditandatangani dengan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd., tanpa dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah 1MDB berhubung pertukaran rakan kongsi ini. PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd.adalah sebuah syarikat baru yang ditubuh oleh PetroSaudi International Ltd. untuk tujuan usaha sama tersebut. ( Ms 89 )


7.3.5. Kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB juga tidak diperoleh bagi membuat bayaran USD700 juta daripada USD1 bilion pelaburan untuk disalurkan ke dalam akaun milik syarikat lain bagi membayar pinjaman pendahuluan tersebut. Correspondance emails antara peguam kedua-dua syarikat pada 30 September 2009 mempersoalkan surat meminta pembayaran balik pendahuluan USD700 juta yang menggunakan letterhead PetroSaudi International Ltd, sedangkan yang memberi pendahuluan tersebut ialah PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. ( Ms 90 )


7.3.11 Perjanjian Credit Enhancement dan Settlement Agreement telah pun ditandatangani dengan pihak Aabar Ltd. Akan tetapi buat masa ini, pihak 1MDB masih belum mengemukakan sebarang pengesahan bahawa syarikat Aabar Ltd merupakan anak syarikat kepada IPIC atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi). ( Ms 92 )


7.3.12 1MDB telah mengemukakan Certificate of Incumbency yang dikeluarkan oleh Offshore Incorporations Limited untuk membuktikan bahawa Aabar Ltd adalah anak syarikat IPIC. Syarikat Offshore Incorporations Limited beroperasi di Hong Kong merupakan ejen yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran syarikat di BVI. JAN mendapati Aabar Ltd tidak tersenarai dalam kumpulan IPIC penyata kewangan 2013 dan 2014. ( Ms92 )

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

21 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 3, 2016 at 9:04 AM delete

Assalam Bro,maka dengan ini memang benarlah telahan Tun M selama ini bahawa Najib memang seorang pencuri wang rakyat Malaysia.Turunkan Najib!...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 3, 2016 at 9:27 AM delete

Umpama para penyiasat sedang mengeledah segenap pelusuk rumah, segalah celah, segala stor, segala lipatan, dalam kain, celah kain, dalam kelambu, celah kelepet, celah ketiak seluruh rumah dan ahli rumah.... tapi tuan rumah masih tersenyum tawar kat depan rumah melambai setiap orang yang lalu lalang... sambil mengatakan rumahnya sedang dikunjungi oleh tetamu ... tiada apa yang berlaku.... mendabik dada bahawa mempunyai maruah dan hemah... dulu kita hairan dgn anwar yang meliwat, tapi diterima ramai.. tapi yang ini pun apa kurangnya... merompak dan menyamun wang berbilion, tapi dibela semahu oleh pengikut baghalnya...

Reply
avatar
Hussin S
AUTHOR
May 3, 2016 at 11:47 AM delete

Pelik memang pelik. Belit memang belit. Memang orang biasa tak boleh faham urusniaga macam ini. Saya syak yang Najib pun memang susah nak faham walaupun dia menteri kewangan.

Jalan mudah buat Najib, taja orang buat haji dan umrah pakai duit 1MDB. Persepsi rakyat mahu dibentuk untuk menerima urusniaga IMDB tu betul dan halal. Mana ada urusniaga. Pinjam belaka.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 3, 2016 at 1:29 PM delete

AGENT 117 Punya Angkara...

Dibelakang segala scam ini ialah menteri kewangan, agent 117. Dia yang berselindung disebalik pasal 117 dalam M&A 1MDB.
(Petikan dari: http://sakmongkol.blogspot.my/2016/05/hikayat-1mdb.html)

Reply
avatar
RD.
AUTHOR
May 3, 2016 at 5:11 PM delete

Terimakasih-banyak-banyak...Abg Din.

Memang betul....Saya pun tak baca laporan penuh PAC. Maklumlah bab pelaburan kewangan dan istilah yang diguna-pakai adalah asing bagi saya. Jadi... susah sikit bagi saya untuk 'menghadam' semuanya. Lebih senang saya 'ikut' apa yang Abg.Din dan JMD terangkan dengan mudah dan jelas. Disini saya amat berhutang-budi kepada usaha Abg.Din yang tidak nampak jemu-jemu huraikan kepada orang seperti saya. Saya rasa, ada ramai lagi macam saya, lebih-lebih lagi kepada mereka yang tak berapa 'hadam' bahasa Omputih.

Teruskan usaha Abag.Din untuk menurunkan Najib + Rosmah. Saya doakan usaha murni ini berjaya dan yang lebih utama, Tun Dr.M dilindungi Allah SWT.

Sekali lagi...Terima-kasih Abg.Din.

Reply
avatar
RD.
AUTHOR
May 3, 2016 at 5:16 PM delete

Setuju. Saya dah nampak lama taktik mahu 'menghalalkan' yang tidak baik melalui tajaan Haji nih. Yang di 'taja' pula Tok-Tok Imam. Yang trajisnya, emej Islam turut tercemar. pasal itu kita mesti berusaha dengan cepat untuk menurunkan Najib dan 'clorok'kan UMNO dari maklok-perosak.

Reply
avatar
RD.
AUTHOR
May 3, 2016 at 5:19 PM delete

Ya...dulu kita ingat liwat sudah cukup hina...tetapi Najib & Isteri lebih teruk bawa hina kepada Negara, Bangsa dan Agama.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 3, 2016 at 8:00 PM delete

A grand scam, from the beginning robbing Malaysian by their own Prime Minister. Now we NEED kuasa asing to help Malaysia.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 3, 2016 at 9:43 PM delete

Alamak camna nie haji mabrur nie silap2 jadi haji 1 mdb.....ah bedal jer lah

Reply
avatar
tatang ka
AUTHOR
May 4, 2016 at 12:08 AM delete

Bro Din terima kasih kerana memperingkaskan penipuan 1mdb utk senang di fahami rakyat seperti juga blogger lain buat tetapi masalahnya semua pihak berkuasa seolah olah tdk bertindak langsung. Tiada yg di tahan untuk disiasat. Tiada di panggil utk di ambil statement. Tiada khabar interpol disuruh mencari individu tertentu utk dibawa balik. Ada juga ketua institusi terus membisu walaupun secara langsung terlibat. Contihnya seperti sekuriti komishen dan jabatan hasil dalam negeri. Saya berani bertarung tiada apa apa akan berlaku sehingga lah kerajaan BN kalah tdk tahu PRU keberapa barulah rakyat dapat melihat penyangak dan pembodek masuk penjara. Harap harap usaha Deklarasi Rakyat akan mendapat kesempatian sultan sultan dan Di pertuan Agong.

Reply
avatar
May 5, 2016 at 12:12 AM delete

Jika benar Anwar bersalah, dia hanya memudarat dan nengaibkan diri dan keluarganya sahaja. Negara tidak rugi dan tidak tanggung malu.

Skandal 1MDB telah benar-benar mengaib dan menjahanamkan maruah negara. Negara menanggung azab kerugian wang dan harta berbillion RM.

Adakah rakyat boleh berbangga yang negara ini mendapat ranking ke 2 di dunia sebagai negara rasuah?

Wahai Malaysians, particularly the Sarawakians involved in the PRN now, now is the time to show your true colours.

Tuhan tidak akan mengubah nasib anda jika anda sendiri tidak mengubah nasib anda.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 5, 2016 at 7:48 PM delete

A very TRUE statement

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 5, 2016 at 7:49 PM delete

If only we could end his regime before 2018😢😢😢😧

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 27, 2016 at 11:56 PM delete

the mother of all scammers, this is definitely bigger than ENRON!

Reply
avatar
dupyousee
AUTHOR
May 28, 2016 at 12:32 AM delete

Walau bukti jelas terdapat penipuan tetapi masih tiada seorangpun yang tersabit maupun tetlibat ditangkap atau didakwa. Tak hairan lagi kalau kes penipuan ini cuma disahkan sebagai kerugian yang tak dapat dielak kelak.

Reply
avatar
Adrie Awong
AUTHOR
May 28, 2016 at 12:55 AM delete

Sudah layak benar rasanya 'pesalah'penipuan 1mdb ni menerima hukuman mati mandatori.sgt2 layak.sbb lahanat ni bukan saje mencuri wang rakyat,menindas rakyat,tp lebih teruk lg si bibir pink ni memudaratkan keselamatan negara.lebih teruk dari itu,meletakkan negara di tahap yg sangat hina.seluruh sistem hancur.undang2 punah ranah.dan saya sentiasa mendoakan supaya lahanat dan konco2 nya cepat2 dihapusakn dari muka bumi ini.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 28, 2016 at 7:58 AM delete

In 2003 a Pious man become the new Prime minister and immediately after that he gracefully falls to sleep and precisely at that particular moment a group of Anglophile feeling belittle during "Looking east policy" started to make a glorify comeback into the western supremacy mindset that all that is great was made in England. This particular set of same minded peoples then saw unlimited potential of plundering the newly found wealth of a country and for 13 years had been working
"Clandestinely behind close door and under table handshakes with you scratch my back and I scratch yours kind of doing business".
The END result of this decade of decadency we can now proudly scripted into an award winning "Malaysia Boleh" kind of movie that will finally put Malaysia firmly on "The Walk of Fame" somewhere on the "Sunset Boulevard" smack right in the heart of Hollywood..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 28, 2016 at 8:26 AM delete

It's Crime Minister, to be exact.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 29, 2016 at 2:11 AM delete

kalo ad dalam duit pelaburan 1emdibi yg dgunakan dr duit aku, atau utk hak aku.. sampai kiamat aku tdak halalkn.. mrangkak la korang d pdg mahsyar utk cari & pulangkn pd aku..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 24, 2016 at 7:45 AM delete

A.k.a Prime Monster a.k.a Crime Monster a.k.a Dajjal

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 24, 2016 at 7:46 AM delete

Haji Dedak

Reply
avatar