KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, May 26, 2016

dinturtle

Bang, Takkan Tanya Najib Pasal Keadaan Semasa Duit SRC Pun Dikira Subjudis juga ?

Mkini

Kerajaan sekali lagi menggunakan alasan subjudis dalam keengganannya menjawab sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahu mengenai deposit dalam akaun bank peribadinya.

Ini berikutan kerajaan menolak soalan diberikan ahli parlimen pembangkang yang bertanya mengenai status RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang masuk ke akaun Najib.

"Untuk makluman ahli yang berhormat, pertanyaan ini tidak dapat dijawab pada masa ini kerana perkara ini dalam timbangan mahkamah (subjudis) selaras dengan nota Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh Khamis, 31 Mac 2016," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Subjudis lagi ..... Tanya pasal RM42 juta SRC yang masuk akaun Najib pun subjudis juga ? Jom kita tengok apakah soalan yang dikatakan subjudis itu -

- Ko bertanya sama ada Najib mempunyai pengetahuan tentang wang dalam akaun bank peribadinya dan sama ada perlu memberitahu Bank Negara untuk memastikan tiada unsur-unsur pengubahan wang haram, penyelewengan dan rasuah.

"Minta Perdana Menteri menyatakan sama ada beliau mempunyai dokumen sokongan untuk menunjukkan semua pergerakan wang tersebut adalah sah," soal Ko.

 - Mahfuz pula bertanya apakah status RM42 juta wang berkenaan dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri tanpa disedari oleh perdana menteri dan tanpa diketahui SRC International.

"Adakah wang tersebut telah dikembalikan kepada SRC atau telah dibelanjakan oleh perdana menteri," soalnya.


 Apa yang subjudisnya ? ? ?

Kalau dikatakan kes berkaitan RM42 juta SRC ini sudah difailkan di mahkamah dan sedang atau menanti untuk dibicarakan, cuba namakan kes yang mana ? Siapa yang failkan saman ?

Setahu saya, kes saman yang ada adalah yang difailkan oleh Tun Mahathir bersama Khairuddin dan Anina tapi itu berkaitan salahlaku perjawatanan di mana Najib menganggu siasatan ... tidak ada kaitan dengan meminta penjelasan dari Najib mengenai duit RM42 juta SRC yang masuk akaunnya.

Kes ang difailkan oleh Khairuddin, Majlis Peguam dan Zaid pula berkaitan keputusan AG yang bertindak menutup kes siasatan RM2.6 bil dan SRC. Ia merujuk kepada TINDAKAN AG , tidak ada kaitan dengan bertanya Najib mengenai status duit RM42 juta yang masuk akaunnya,

KETIKA ITU, AG kata Najib tidak tahu menahu tentang deposit itu ( yang mana alasan dangkal ini ditertawakan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk secara senyap oleh cai2 Najib sendiri ! )... itu pada KETIKA ITU ...... bagaimana dengan SEKARANG ?

Setelah heboh diperkatakan, apakah SEKARANG Najib masih nak kata yang beliau tidak tahu menahu tentang deposit itu ?

Setelah berbulan berlalu sejak sidang akhbar oleh AG dulu, apakah Najib langsung tidak ambil sebarang langkah untuk kenal pasti dari mana datngnya duit berpuluh juta ringgit yang telah beliau belanjakan dulu ?

Paling tidak sebagai seorang yang berAMANAH, Najib bertindak untuk ambil tahu dari mana sumber duit yang beliau belanjakan ! Kalau benar beliau berhak atas duit itu, maka perjelaskan kenapa. Kalau beliau tidak berhak, maka pulangkan. Payah sangat ke formula ini ?

Bila sejumlah wang yang besar RM42 juta dari akaun GLC masuk akaun peribadi Perdana Menteri secara senyap2 dan telah habis dibelanjakan, rakyat berhak untuk dapatkan penjelasan. 

Kalau DULU Najib kata dia tak tahu apa2 mengenai deposit itu, apakah SEKARANG Najib masih nak kata yang dia tak tahu ? Memang Najib amat tidak bertanggungjawab jika itulah jawapannya !


Soalan2 yang ditanya kepada Najib adalah untuk masa SEKARANG, apakah SEKARANG Najib sudah tahu dan mampu beri penjelasan ?

Saman2 yang dikemukakan terhadap AG adalah merujuk kepada keputusan yang AG ambil DULU mengambilkira keadaan DULU.

Itu secara logiknya tidak punya kesan kepada soalan berkaitan keadaan SEKARANG. Kerajaan tidak harus berselindung disebalik alasan subjudis semata2 untuk mempertahankan Najib. 

Lagipun, APA MASALAHNYA KALAU NAJIB JAWAB JIKA NAJIB TIDAK ADA MELAKUKAN SEBARANG KESALAHAN ?


Soalan lebih bersifat peribadi kepada Najib. Duit masuk ke dalam akaun peribadi Najib. Najib belanja pun untuk tujuan peribadi ( kecuali Najib boleh buktikan sebaliknya ). Jadi kenapa kerajaan harus masuk campur untuk menghalang Najib dari menjawab soalan peribadinya ?

SRC juga ... kenapa sehingga sekarang pihak SRC juga tidak tampil menjawab benarkah wang itu dari akaun mereka dan jika benar, untuk apa dimasukkan kedalam akaun Najib ( setelah melalui dua akaun syarikat lain ). Siapa yang luluskan ?

Takkan tanya SRC pun Subjudis ?

Cuba kita fikirkan .... SELEPAS sidang akhbar AG pada penghujung Januari dan SEBELUM sebarang tindakan mahkamah diambil oleh mana2 pihak terhadap AG .... adalah 1-2 bulan tempoh masa. Kenapa masa itu Najib dan kerajaan atau SRC sendiri tidak tampil beri penjelasan ?

Kenapa bila ditanya sekarang baru nak guna alasan subjudis ? 

Apakah alasan Najib tidak tahu menahu itu terpakai untuk selamanya ? Giler .......


Yang rakyat nampak ketika ini adalah - Apajua persoalan mengenai Najib, 1MDB dan RM2.6 bilion begitu payah untuk mendapat jawapan yang memuaskan. Semuanya pelik ..... KENAPA ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

11 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 26, 2016 at 9:00 PM delete

Loyar mana yg bodoh sangat tu. Dia tau ke term subjudice tu bila mana boleh di guna pakai.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 26, 2016 at 9:13 PM delete

Bagi saya, kenyataan bijan beberapa hari lepas, mendakwa tiada penyelewengan dlm 1mdb, hanya kelemahan pengurusan, itu satu kenyataan yg subjudis klu kes sedang dibicarakan. Boleh pulak dia buat kenyataan camtu...

Reply
avatar
May 26, 2016 at 9:16 PM delete

Salam din. Duit 42 juta tu Najib dah belanja untuk makan dan minum dan hasilnya, najis yang keluar dari dubur Najib tu dah bertukar jadi emas, dan itulah yang dikejar kejar oleh pentaksubnya .untuk mendapatkanya..bolih jual balik atau gadai je kat Cina..laku Din

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 27, 2016 at 12:04 AM delete

Ingatlah najib... harta merga yang kau kebas tersebut takkan sanggup kau makan habis... sebhg besar akan jadi harta orang lain dan anak pinak kau... tiba di alam barzakh, menjawablah ko sorang .... masanya dah tak lama... kalau 10 tahun tu dah kita lama dah tu.... bertaubat fan kembali kepangkal jalan sementara nyawa masih ada....

Reply
avatar
May 27, 2016 at 12:58 AM delete

Di sini ada ramai penyokong dan pembela. Ingat! Hidup di dunia hanyalah sementara saja. Yg kekal di Alam Barzah dan Akhirat.

Di sana kelak kita tiada jawatan dan kuasa lagi untuk mengarahkan orang bawahan kita menjalankan tugas melindungi kita. Tiada lagi penyokong tegar yang akan membela kita. Harta dan wang berjuta ringgit pun langsung takkan menolong bahkan akan membeban dan melingkupkan kita jika diperolehi dengan cara haram. Penyokong dan Pembela kita akan sama-sama menerima pembalasan yang setimpal.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 27, 2016 at 7:29 AM delete

Peringatan yang kita buat seperti menuang air diatas daun keladi.manusia-manusia ini telah dibayar gaji bagi jadi penghadang kapada yang kena tuduh.Buat pilihan suka atau tidak itu saja yang mereka mesti ingat.money is king menjurumus kapada kenhancuran.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 27, 2016 at 8:21 AM delete

Abang Subjudis ni sangat tidak tahu mengenai teknikal terma subjudis, betul tu Din sebab setahu kita semua rakyat Malaysia, tiada dalam mahkamah sekarang yang tengah menilai mengenai wang yang masuk kedalam poket Najib dari SRC. Jadi, datang dari mana subjudis itu?

Beringat-ingat la sekarang, sampai bila kekantoian najib nih boleh disapu kebawah karpet? Masalah besar ni walaupun cuba didiamkan oleh cai2 najib (maslan - ini cerita lamaaaa) memang akan jadi perbualan orang dan akan masuk dalam mahkamah antarabangsa..jangan ingat sebagai seorang ahli politik dalam Malaysia korang semua kebal? Bila mana waran tangkap dikeluarkan masa tu la realiti menghinggap hidung masing2..kahkahkah

Reply
avatar
faqqir
AUTHOR
May 27, 2016 at 3:35 PM delete

En Mustapa,
...dan Allah itu maha 'adil dan maha besar.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
May 27, 2016 at 4:54 PM delete

Salam Bro

Bang! boleh tanya tak? Abang sekor dari Pengerang ni...betul ke dia ni bang?...nak kata dia bang...nama dia kak...tapi apa dia cakap macam dia BANG + ANG je.

Eh Baaannnggg!...tak kan tak tau lagi...Kabinet kayu Najib memang semuanya Banggang!...Najib sendiri kerap ponteng Parlimen...kalau dia hadir pon di berbohong. Macam ari tu ....Bang Johari MK2 jadi jurucakap....pon cakap macam orang banggang jugak...mana tak, dia cakap 1MDB tak akan pinjam duit awam lagi untok bayar hutang...kepala hotak dia.

Kali ni Bang Azal pulak cakap pasal duit SRC....subjudice lagi. Kalau dah banggang janganlah sampai nampak banggang tambah bahalol. Dia kan loyar...dia ingat dia sorang je loyar....cakap subjudice konon....gi mamposlah. Aku cukup benggang dengan manusia macam dia ni...buat malu bangsa. Aku yang asal dari Johor cukup malu dengan sibanggang ni. Dahlah yang pandai macam Mat Maslan terlajak pandai...yang tua bangka Sahril ngaku ambik duit dari ketua penyamun...Satu lagi sibongok dari Johor jugak...si Poad Zakarsi...Hisham lembik pon ngaku orang Johor jugak...walaupon tak lahir dan diam di Johor. Heh!...Yang betul perjuangannya, TS Muhyidin kena singkir. Begitulah kalau dah termakan dedak si Najib...mana ada yang betul lagi.

Semua cakap Najib atau kabinet banggang dia langsung tak boleh terima.
Cerita luar dah cukup memalukan. Baru Singapura dan Swiss je yang mengorak langkah ke Mahkamah..belum lagi FBI, Hong Kong, Dubai dll. Mana nak tutup bro.

Najib memang kita tau bukan species manusia macam kita...sebab di pekak yang mendengar, buta yang melihat, busuk yang mengaku wangi. Tapi tak kan semua orang UMNO dan Menteri Menteri yang bukan dari UMNO banggang semuanya....atau Najib dah Kasi(Neuter) semua mereka...tak dak teloq lagi!

Heh!...

Sekolah Tinggi Tinggi Bodoh Tak Habis Habis.
School High High Stupid Never Finish.
Paloi...Tuyuk...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 27, 2016 at 5:35 PM delete

Ok katakanlah najib tidak bersalah, tidak kah dia merasa bertanggung jawab untuk cuba menagih wang2 yang ditipu supaya mengecilkan kerugian wang rakyat dari terus hangus? Logik ker dia mengatakan tiada penyelewengan cuma kelemahan pentakbiran berlaku? Tentu saja tidak logik.... tapi adalah logik dia memberikan ulasan begini kalau dia sendiri adalah salah satu pencuri nya. Ya tak ya juga ya. Ini baru dapat diterima akal....Sifat yang wajib bagi pencuri ialah bohong. Mustahil benar. Sifat yang harus pada pencuri ialah bohong selagi bolih bohong...Penyokong2 Najib memang seronok sakan dibodohkan dan dengan sukarela memelok pegangan baru akidah yang berkiblatkan kepentingan kesenangan dunia mereka.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 27, 2016 at 5:40 PM delete

Cakap takde siasatan lagi. Semua dah tutup. Subjudice tang mana lak ni.

Reply
avatar