KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, May 17, 2016

dinturtle

Derma RM2.6 B - Kerajaan Arab Saudi Tidak Tahu Menahu Dan Anggap Itu Masalah Dalaman Malaysia !


Hahahaha .....lawak beb nengokkan Nazri menggelabah bila Putera Sultan Abdulaziz yang merupakan anak Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, menjawab soalan wartawan mengenai isu derma Najib.

Cuba perhatikan di awal video ketika Salman mengambil mikrofon dan Nazri juga sedang menghulurkan tangannya untuk mengambil mikrofon yang sama. Ingat, soalan itu ditujukan kepada Salman ....

Kemudian Salman berkata kepada Nazri - That's OK.  seolah mahu menyakinkan Nazri yang beliau mampu jawab soalan itu.

Lihatlah gelagat Nazri ... hahahaha .... gelabah beruk ! Siap raba2 talileher macam reaksi spontan orang yang kepanasan ... 

JELAS bahawa isu derma itu sudahpun mereka bincangkan sebelum PC itu dan JELAS bahawa Salman turut mengetahui isu 'derma' itu adalah satu isu yang panas.

Untuk mengatakan yang Salman baru memegang jawatan kabinet dan tidak tahu apa2 mengenai isu derma adalah tidak logik. Salman sudah pasti terlebih dahulu berbincang dengan mereka yang berkenaan di Arab Saudi sebelum terbang ke sini dan sediakan jawapan yang selamat mewakili kerajaan Arab sebagai persediaan sekiranya ditanya wartawan mengenai isu itu.

Ayat pertama yang dijawap oleh Salman sebelum mikrofon diambil alih oleh Nazri adalah -


"I really have no background on this issue. I'm not saying just to brush you off but we really have no background on this issue. This is an internal issue with Malaysia and I am sure, you guys will work it out"

Maksudnya apa ? Salman sebagai ahli kabinet kerajaan Arab Saudi berkata yang dia/mereka tidak tahu apa2 mengenai isu derma ini ! Beliau bukan tak nak jawab tapi memang dia tidak tahu apa2 ! Isu derma ini adalah satu isu dalaman Malaysia, dia tak nak masuk campur dan berharap rakyat Malaysia mampu selesaikannya.





Respon awal itu penting kerana ia merupakan respon yang jujur. Kerajaan Arab Saudi tidak tahu apa2 dan mereka tidak mahu masuk campur hal dalaman negara Malaysia !

Kemudian giliran Nazri pula bercakap ... errr... tak payah layan la.

oooops ada satu part yang saya nak komen ..... pada minit 1:05, Nazri berkata - I believe that some quarters in Saudi Arabia were interested to see that .. to ensure.. that Malaysia, there will be no turmoil, Malaysia is stable  bla bla bla ....

terjemahan saya - Saya percaya ada pihak di Arab Saudi yang berminat memastikan keadaan di Malaysia stabil, tidak ada huru hara ...

Apakah Nazri cuba beritahu kita yang ada pihak Arab yang mahu campurtangan dalam hal ehwal negara lain seperti Malaysia  ..... makanya ada yang sanggup beri derma dalam jumlah yang tidak masuk akal bagi memastikan keadaan di Malaysia stabil ?

Nazri bersungguh kata yang ianya bukan satu kesalahan disisi undang untuk beri dan terima derma.


Kemudian Salman bercakap lagi dan mengulangi ayat - Not commenting particularly on this very issue which concerns Malaysia, because we have no background on it and not wish to be in the middle of it .....

Terjemahan saya - Bukan nak komen mengenai isu berkaitan Malaysia ini ( isu derma ) kerana kita memang tidak tahu apa2 dan tidak mahu terlibat ....

Tu dia .... dua kali Salman ulang yang kerajaan Arab Saudi tidak tahu apa2 mengenai kes derma ini dan mereka tidak mahu masuk campur kerana ini adalah isu dalaman Malaysia !

Salman bercakap lagi , ( sebagai menjawab komen Nazri di atas ? ) - ... my point is that Saudi Arabia never, never, never been a country that has put money anywhere to cause anything internal ....... ( saya tak berapa dengar ) .... or anything that will not support a country to become what it is as a country as a nation.

Saya copy ulasan dari Mkini - the kingdom would never give money to upset any existing political regimes even if they do not agree with them. 

"Arab Saudi tidak pernah memberikan wang untuk menyusahkan regim politik semasa walaupun jika kita tidak bersetuju dengan mereka," - Mkini.


Maknanya, Salman menolak dakwaan Nazri bahawa wujud pihak yang mahu memastikan kestabilan di Malaysia .... kerana seperti kata Salman, Arab Saudi tidak akan masuk campur. Kerajaan Arab Saudi tidak akan menaja atau bayar wang atau beri derma untuk tujuan politik negara lain. Sunni ke, syiah ke, diktator ke, demokrasi ke .... Arab tak campur.

Point penting di sini - Apa citernya dengan alasan yang diberikan oleh Najib dan cai2nya tentang dana itu sebagai satu dana politik ? Konon nak pastikan Umno menang bagi mengelak pengaruh syiah la, pengaruh ikhwanul Muslimin la, IS la ....  KANTOI !

Arab akan bantu ( beri duit ) untuk pembangunan ekonomi bukannya politik.


Satu lagi perkara penting dari PC di atas - Salman tidak menjawab secara direct apakah dana atau derma RM2.6 bilion itu datang dari Arab.

Nak jawab macamana sebab mereka tidak tahu apa2 !


Apapun terserah kepada anda untuk buat tafsiran sendiri kenyataan anak raja Arab di atas. Kenyataan di atas rasanya lebih resmi berbanding kenyataan dari Menteri Luar sebab ia berbentuk sidang akhbar berbanding jawapan spontan ketika diterjah wartawan.

Bagi saya, Salman mengesahkan kerajaan Arab Saudi TIDAK TAHU APA2 mengenai derma dan tidak mahu masuk campur hal dalaman Malaysia.

Mungkin ada yang akan berkata - Macamana boleh tak masuk campur ? Kan penderma itu dari Arab ?

Dan saya boleh bayangkan Salam jawab sekali lagi - Kami tidak tahu apa2 pun dan kami tidak mahu masuk campur hal dalaman Malaysia.

Nampak macam penderma itu tidak wujud ! 

PS -  Actually senang jer nak buktikan dan tidak perlu pun libatkan orang luar. Tunjukkan bukti penyata akaun Najib dan slip transaksi samada ketika wang itu masuk dan ketika dikatakan wang itu dikembalikan. Maksud saya, Najib sendiri yang izinkan dokumen itu ditunjukkan bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Senang kan.... tapi payah sangat nak buat. Begitu juga dengan dokumen2 bukti berkaitan transaksi 1MDB yang melibatkan duit yang lesap .... tidak ada bukti yang dikemukakan juga. Kenapa ek ?

Oya, yang cakap wang itu dikembalikan adalah AG dan cai2 .... pernah tak kita dengar Najib sendiri yang sebut ? 

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

12 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 17, 2016 at 8:53 AM delete

semua bayaran atas talian,bagi orang yang memahaminya mudah,ujud atau tidak.terpulang kapada kepentingan masing masing.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 17, 2016 at 9:42 AM delete

Sounds like nazri (as usual) trying to justify. Stating experience as law minister for 9 years...so what? The crux of the matter stands - najib menipu & mencuri duit! Arab Saudi & derma itu according to najib aje & kini diakui tiada bukti! Jadi duit dtg dr sumber mana? 1MDB? So nazri...sbhg dari pemain najib & rosmah...

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
May 17, 2016 at 10:53 AM delete

Nampaknya inilah Putera Raja kerabat diRaja penderma ikhlas 2.6b yang tak wujud tu agaknya. Akhirnya terjumpa juga.

Terima kasih Nazri kerana bawa His Excellency ke tanah Malaysia!

Heh heh heh... "Not commenting particularly on this very issue which concerns Malaysia, because we have no background on it and not wish to be in the middle of it ..." Ayat ni yg paling mahal...

Reply
avatar
bluk
AUTHOR
May 17, 2016 at 12:32 PM delete

Pndapat sy,mustahil putera arab saudi ni xtau tntg derma najib.dy pon mst da dgr ap mnteri luar dy ckp aritu.ini smua pmainan tntera2 dajal.bukn kita xtau sjarah kamcengnya kluarga saud ni dgn usa.yg sbtulnya,diorang tauk umpan,najib yg lahap dgn rakusnya mragut umpan.maka skrg najib tpksa ikut shja ke mana arah anunya dtarik2.maka dpt jugalah kita lihat najib dn cai2nya dpksa mnjadi badut,bhn lawak,maki hamun oleh bukn shja rakyat mlysia malah sluruh dunia.smuanya xlain xbukn hnylah 1 sbb,DAH TMAKAN UMPAN.dn skrg bapak mastermind kpd crita ni,USA,sdg mmainkn pranan biasanya mnjadi polis dunia,mnyiasat salahlaku najib.

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
May 17, 2016 at 3:00 PM delete

bluk,

Ini tak ada kena mengena dgn USA. Kalaulah betul wang 2.6b tu datang dari Kerajaan Arab Saudi, memang dema nak cari pengaruh antara negara2 Islam. Dan Adel El-Jubeir memang orang yg bertanggungjawab dalam hal ini, sejak dia jadi duta ke USA lagi. Dia yg atur semua pemimpin2 negara Islam yg korup dapat suaka di Suadi Arabia, dan di masa yg sama menjalinkan kerjasama yg lebih rapat dgn pemerintah baru negara itu. Aku boleh bayang Najib pun dah booking tempat ke situ...

Tapi bila Putera Sultan Abdulaziz yang merupakan anak Raja Arab Saudi cakap dia tak tahu menahu ttg dana itu, habis dah alasan Najib nak kaitkan dgn putera Arab Saudi atau Kerajaan Arab Saudi seperti yg dilaporkan oleh tv3 baru2 ni.

Mungkin yg beri dana 2.6b tu kepada Najib ialah 'Kerajaan Arab Saudi BVI'.

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
May 17, 2016 at 3:05 PM delete

Kerajaan Arab Saudi BVI .... hahahaha .... Good one bro !

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 17, 2016 at 4:03 PM delete

we have no background on it boleh ditafsirkan sbg tidak mempunyai kaitan dengan isu tersebut...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 18, 2016 at 1:23 PM delete

betul urusan haji dan umraj yang mereke kena jaga tu pun dah banyak kerja.. musim haji saja dah 4 juta manusia kena jaga
mrk tiada masa nk jaga ehwal malaysia.

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
May 18, 2016 at 2:12 PM delete

Din,

Ini jawapan aku kepada satu komen di blog Cucu Tok Selampit. Aku copy-paste ke sini utk makluman manfaat sesetengah penyokong Najib yg masih tidak sedar versi2 sumbangan dana/derma 2.6b yg ada. Juga utk makluman kita sendiri.

Yang paling nyata ialah semua berita ini tidak ada kena mengena dgn Sarawak Report, WSJ, ABC, DEF, GHI atau lain2 media Yahudi yg ingin jatuhkan Najib. Juga tidak ada kena mengena dgn Tun M atau Deklarasi Rakyat atau Gerakan Selamatkan Malaysia. Najib dan konco2nya yg kaitkan isu 2.6b itu dgn Saudi Arabia…

>>>>>
Anus 5:33:00 PM,

Aku letakkan versi kamu di atas sekali. Mana tau kot ada lagi yg buta perut seperti kamu. Tetapi Versi 3 dah buktikan pegangan kamu itu SALAH… Otak kamu tu memang jumud. Tapi aku rasa tak perlu nak drastik sangat nak panggil doktor dari Hospital Bahagia nak operate kepala dan bersihkan lumut.

Sekarang sila pilih versi mana sebagai pegangan dan kepercayaan kamu yg baru…

Versi 1
“Lebih tepat ia sebetulnya ialah sumbangan ihsan terus pemimpin tertinggi Arab Saudi sendiri, Almarhum Raja Abdullah ibn Al-Saud yang mangkat awal tahun lalu sebelum digantikan dengan kakandanya, Raja Salman.”
http://www.mynewshub.cc/2016/01/27/istana-arab-saudi-sah-derma-kepada-pm/

Versi 2
Menurut NYT, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir menyatakan dia tidak fikir wang tersebut datang dari Kerajaan Arab Saudi atau derma politik.
“It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia.”
http://www.mykmu.net/2016/02/arab-saudi-akui-dana-rm-2-6-bilion-dari-mereka-bukan-1mdb/

Versi 3
“SHAH ALAM - Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendedahkan bahawa individu yang menderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah‎ seorang putera kepada Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.
Bagaimanapun, beliau enggan memberikan identiti penderma tersebut.
"Kami tahu nama (penderma itu). Dia bukan Almarhum Raja Saudi tetapi anak raja itu. Dia masih hidup," katanya yang‎ dipetik dari laporan Sinchew Daily.”
http://www.sinarharian.com.my/nasional/derma-rm2-6-bilion-adalah-dari-anak-raja-abdullah-1.482502

Versi 4
“Menerusi surat berkenaan, Putera Saud Abdulaziz memberitahu, baginda jelas kagum dengan usaha dan komitmen Malaysia dalam menggunakan kaedah prinsip Islam dalam menerangkan keagungan dan keutuhan agama ini di seluruh dunia…”
http://umnosubang.com.my/2016/03/29/surat-pengesahan-keluarga-arab-saudi-keatas-derma/

Versi 5
“Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, sumber tidak dinamakan dilaporkan mendakwa bahawa wang itu datang daripada allahyarham Raja Abdullah, yang meninggal dunia tahun lalu.
Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) hari ini, dua kementerian negara itu enggan mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali semalam.
Kementerian-kementerian itu bagaimanapun dilaporkan berkata mereka tiada maklumat berhubung sumbangan itu, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.”
http://btmmari.blogspot.my/2016/01/panas-kementerian-kewangan-arab-saudi.html

bersambung…

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
May 18, 2016 at 2:12 PM delete

sambungan…

Versi 6
“Terkejut dengan laporan Najib menerima derma dari raja Arab Saudi, kerajaan Arab Saudi telah memulakan siasatan mengenai dakwaan Najib itu.
Kerajaan Arab Saudi amat terkejut kerana mereka tidak tahu menahu tentang derma tersebut.
Kementerian Luar Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan bahawa jika mengikut amalan, kerajaan Arab Saudi tidak pernah memberi sumbangan atau derma ke akaun peribadi mana-mana pemimpin luar.
Kini isu derma 2.6 billion memasuki fasa baru dengan Kerajaan Arab Saudi telah di heret ke isu yang menjadi tumpuan seluruh dunia.”
http://www.sentiasapanas.com/2016/01/panas-kenyataan-arab-saudi-bukti-najib.html#axzz48ujeNKCN

Versi 7
“Arab Saudi berkata akan menyiasat dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulangkan kepada keluarga Diraja Saudi sebanyak AS$620 juta daripada AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya pada 2013, lapor The Sydney Morning Herald.”
http://politikputramerdeka.blogspot.my/2016/01/arab-saudi-nak-siasat-sprm-nak-dakwa.html

Versi 8
“Apa lagi kalau bukan kenyataan Zahid beliau sudah temui ‘wakil’ penyumbang dana.
Cuba baca balik berita pada 22 Ogos 2015 ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Sri Gading di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Di situ Timbalan Perdana Menteri mengesahkan secara peribadi sudah bertemu ‘wakil keluarga’ dari Asia Barat, yang menderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri.”
http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/pelik-kerajaan-arab-saudi-masih-tak-nafi-kenyataan-peguam-negara-mengenai-pm.html
Klip: https://www.youtube.com/watch?v=cBm_9xfmVNE

Versi 9
“Dana RM2.6 billion adalah sumbangan politik oleh Kerajaan Arab Saudi dan tidak menyalahi undang-undang di negara ini.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, ketika beliau ingin memperkenalkan kod sumbangan dana politik di Parlimen, ia ditolak pihak pembangkang. “
Buletin Utama TV3 siarkan rakaman Temubual PM di TV1.
https://www.youtube.com/watch?v=-jqz3ts32Ls&feature=youtu.be&a

Versi 10
Terkini: Sidang media His Excellency Putera Sultan Abdulaziz, Menteri Pelancongan dan juga anakanda Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Raja Arab Saudi di Malaysia.
"Not commenting particularly on this very issue which concerns Malaysia, because we have no background on it and not wish to be in the middle of it ..." Itu sebahagian dari jawapannya kepada satu soalan dari reporter.
https://www.youtube.com/watch?v=6lM4C-SFtY4&feature=youtu.be

Putera itu tak mau komen (isu dalaman Malaysia); dia tak tau latarbelakang; dan dia tak mau terlibat – ini intepretasi aku, korang dengar dan fahamlah ikut cara korang sendiri. Atau minta tolong Nazri Padang Rengas huraikan sebab dia pun ada di majlis itu, sibuk nak explain sama.

Kalau seorang ‘Kerabat DiRaja’ dan juga ‘Menteri Kabinet’ Arab Saudi cakap tak tahu menahu dan tidak mahu terlibat dalam isu 2.6b ini, aku anggap dia ni memang tak berhati perut. Akibat terima derma/dana 2.6b dari Arab Saudi itulah yg sebabkan maruah Najib dan negara tercemar teruk.

Semoga kamu mendapat hidayah dari sedekah aku yg tidak sepertinya ini…
<<<<<

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 18, 2016 at 8:27 PM delete

emmmm...sape yg tau mohon penceragan,kenapa pasukan tentera udara diraja malaysia bnyak kali berkampung di saudi..sekali trn sampai 2 bln..adakah saudi menyewa pesawat tentera udara kita?? atau ???

Reply
avatar
NAA ZAR
AUTHOR
May 19, 2016 at 6:39 PM delete

Bro Din
Najib pun guna alasan yg sama ngan putera arab tu.
Najib tak tahu menahu RM42 juta dah msk dlm akaun peribadi dia. Siapa yg mskkn duit tu pun dia tak perlu ambil tahu.
Dan yg paling bestnya....RAKYAT tak payah SEBOK2 nak tahu berapa baaanyaaak dari RM42 juta tu dah kena JOOOOLIIIII !!!!!
ADA PAHAAAM KAAAA?

Reply
avatar