KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, May 12, 2016

dinturtle

Hutang 1MDB - Rakyat Jangan Marah2 .... Najib Dah Janji Tidak Akan Guna Duit Rakyat Untuk Selesaikan Masalah 1MDB !

Gabenor baru Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim yakin kerajaan akan menjelaskan semua hutangnya berhubungan dengan 1MDB.

"Saya yakin kerajaan akan membayar semua hutangnya,"

Pendek jer ayat dari Gabenor baru Bank Negara Malaysia tapi ternyata telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Apa maksud sebenar Datuk Muhammad ?


Mkini
Ramai yang dah mula marah2 dan memaki hamun Najib dan kerajaannya  .... sebab semua orang pun tahu bahawa kerajaan itu adalah rakyat. Kalau kerajaan yang bayar itu sama juga maksudnya rakyat yang bayar.

Actually benda ni dari dulu lagi rakyat dah boleh agak dah. 1MDB memang hampeh. Rugi Besar dan merugikan, tiada yang lain selain Rugi Besar. Bila dah rugi, maknanya, kenalah bawa masuk duit dari luar syarikat untuk tampung kerugian itu .... barulah balance. Bila dah balance, baru boleh tutup buku,

So, dari mana lagi datangnya duit luar itu kalau bukan dari kerajaan ? Walaupun dah boleh agak kerajaan / rakyat yang bakal tanggung beban 1MDB, tapi bila ianya disebut secara terbuka, kenyataan itu tetap beri impak yang besar.

Baru ni katanya Kementerian Kewangan ambil alih aset 1MDB .... nah, macamana 1MDB nak bayar hutang ?

Sinar 11 Januari 2016
"Isu 1MDB yang saya janjikan pada rakyat tempoh enam bulan sudah pun nampak penyelesaian."

Benarkah sudah nampak penyelesaian ? Dari apa yang kita tahu berlaku akhir2 ini, negara bertambah malu bila 1MDB yang membawa nama Malaysia telah disebut dalam media antarabangsa sebagai telah GAGAL BAYAR HUTANG sebanyak 3 kali sebagaimana didedahkan oleh IPIC di London Stock Exchange.

Apakah Najib sudah MUNGKIR JANJI ?

"Yang kita banggakan penyelesaiannya dalam bentuk bukan MoU (Memorandum Persefahaman) tetapi dalam 'agreement' (persetujuan) yang ditandatangani dan lebih mustahak ia tidak guna dana rakyat sama sekali. Ini perlu saya jelaskan,"


Yang kita BANGGAKAN ..... ?  Tidak ada satupun mengenai 1MDB yang boleh rakyat banggakan ! Rakyat kalau boleh, berharap 1MDB ini adalah satu mimpi ngeri, yang bila kita bangun semuanya tidak pernah berlaku pun.

Satu sen pun tak guna .... Takde faedah langsung walaupun berbilion2 ringgit hangus .... 

Berapa ramai pekerja 1MDB yang telah ditanggung selama ini dengan perbelanjaan sebegitu besar ? Apa monumen atau bangunan yang boleh kita nampak hasil pelaburan bilion2 ringgit 1MDB ?

APA YANG RAKYAT DAPAT UNTUK DIBEBANKAN DENGAN HUTANG 1MDB ?


Lapuran PAC sudah pun dibentangkan ..... apakah semua persoalan mengenai 1MDB sudah dijawab ? Kenapa masih banyak tandatanya yang belum terjawab ?

Kenapa lapuran Ketua Audit Negara masih menjadi rahsia di bawah OSA ? Apa yang nak disorokkan ?

Adilkah kepada rakyat untuk menanggung beban 1MDB tanpa didedahkan sepenuhnya mengenai 1MDB ?

Kalau di negara lain sudah lama pemimpin mereka meletak jawatan jika berlaku skandal seperti 1MDB, waima dengan nilai yang jauh lebih kecil berbanding 1MDB tapi pemimpin kita .... langsung tidak faham apakah itu AKAUNTABILITI.

PS - Mohon Gabenor Bank Negara tampil dengan penjelasan apakah maksud beliau dengan - "Saya yakin kerajaan akan membayar semua hutangnya,"

- Apakah keadaan kewangan dan hutang terkini 1MDB ?

- Kenapa Laporan Ketua Audit Negara masih di bawah OSA ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

16 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 12, 2016 at 8:48 PM delete

Statement pertama gabenor pun sudah menampakkan kerjasama yg dijalin dgn Najib.
Statement Najib mmg tak boleh pakai...kalau dia kata sudah nampak penyelesaian, apa yg selesai, bodoh!
En Din sebut, negara lain dgn skandal yg jauh lebih kecil pun pemimpin letak jawatan, ttp tidak Najib yg membohong & terus membohong! Begitulah moral manusia yg telah jadi darah daging memakan hasil dari menipu & mencuri...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 12, 2016 at 10:44 PM delete

Kalau duit rakyat terus diguna bayar hutang 1MDB, elok semua rakyat Malaysia pi penampaq Najib sorang sekali kerana sebelum ni dia cakap lain, konon 1MDB tak melibatkan duit awam. Mana yang rasa sakit hati lebih dengan perangai pembelit Najib ni, boleh bubuh penendang selagi dia tak dapat kembalikan semua duit yg lesap tu. Nampak tak bahlolnya Najib, kata Tok Arab derma. Haram jadah apa duit balance bagi balik dan kemudian nak cekik lagi rakyat yang dah sedia susah utk kambus hutang yang dia buat. Dia ni memang dah tak lama dah akan dapat habuan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 12, 2016 at 11:06 PM delete

Najib xbjya makan Auditor General Ambrin Buang..kputusan siasatan bhubung 1ndb bersifat telus dan fakta. Najib takut nk tunjuk kat rakyat sbb tu lah diOSAkan. Moga Allah merahmati tuan Auditor General di atas kejujuran beliau dalam melaksanakan tugas.

Reply
avatar
Tajul
AUTHOR
May 13, 2016 at 12:54 AM delete

Silap2 sikit hari nanti semua kandungan WSJ, Sarawak Report, dinpenyuasli, chedetdotsisi dan seangkatan dgnnya pun akan diOSAkan huhu..

Liang lahad perundangan malaysia telah digali oleh tok adi apandi. Talkin pun dah dibacakan secara ringkas oleh gabenor bnm yg baru..

Gila khinzir dah jadinya tanahairku..

Reply
avatar
tara ku cha cha
AUTHOR
May 13, 2016 at 3:30 AM delete

Kenyataan Gabenor baru itu sumbang kerana merentasi had wilayah kerja BNM.

Kalau lah Zeti dia pasti tidak sekali-kali membuat kenyataan yang tidak prefessional itu. Walaupun kadang-kadang nampak kelemahan beliau, tetapi dalam hal ini Zeti pasti tidak bertolak ansur dengan sesuatu yang melanggar prinsip.

Tiada orang lagi selain orang-orang di Kementerian Kewangan yang layak membuat kenyataan tentang hutang 1MDB.

Gabenor BNM telah membuat kenyataan "sudu melebihi kuah". Kenyataan yang sumbangnya itu seolah-olah disengajakan untuk memberi isyarat (yang awal?) kepada bos bahawa beliau "game dengan tugasan-tugasan yes-man".

Mungkin terlalu awal setakat ini untuk membuat kesimpulan menyeluruh mengenai Gabenor baru ini, tapi berdasarkan kesumbangan kenyataannya itu saya berasa khuatir dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal datang kemudian.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 13, 2016 at 8:06 AM delete

masih adakah rakyat Malaysa yg percaya kepada penjawat@penjahat awam spt Gabenor BNM, AG malah Ketua Audit Negara?...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 13, 2016 at 9:22 AM delete

Hutang dan segala masalah 1MDB memang patut diuruskan dan diselesaikan. Tapi kita xnak najib yang uruskan. Ia hanya akan menambahkan lagi unnecessary cost to this country. Najib terpaksa nak melobi banyak pihak di dalam dan luar negara utk bersihkan nama dia. Pastu dia kena lobi lagi utk naikkan nama dia semula. Termasuklah utk terus dapatkan sokongan dan kesetiaan ahli2 dlm BN sendiri. Macam2 insentif perlu dia tawarkan. Ini semua akan libatkan kos yg tidak sepatutnya dibelanjakan. Sebab tu dia perlu bac-koff. Serahkan masalah ini kepada muka baru supaya penggantinya boleh terus fokus utk menangani masalah yg sedang ditanggung oleh 1MDB. Rakyat mau ianya diselesaikan segera. Kita xnak dengar lagi kritikan2 dari pihak luar terhadap Najib sebab ini semua membantutkan kemajuan semua pihak dr semua aspek. Pentadiran kerajaan dah semakin lost focus dalam memajukan negara. Banyak agenda2 baru kerajaan tidak dpt sokongan rakyat sebab ianya dilaksanakan dengan penuh tersirat. Cuba bayangkan sebagai contoh kalau pemimpin baru declare bahawa GST dikenakan sbb nak selamatkan negara dan diterangkan dgn perinciannya serta penjelasannya. Pasti sebahagian rakyat akan menyokong dan redha dgn tindakan tersebut. Rakyat akan sama2 berusaha selamatkan negara. Tapi perkara seperti itu tidak boleh dilaksanakan sekarang ni. Rakyat xnak bersama kerajaan utk berkorban. Sebab najib masih ada diatas. Hope u get wat i mean.

Reply
avatar
Hussin S
AUTHOR
May 13, 2016 at 9:25 AM delete

Jasa Najib selama lebih 40 tahun tak sebanding dengan jasa yang di tabur oleh WSJ dan Serawak Report. Malulah Najib bila rakyat mula mengiktiraf jasa pihak luar negeri berbanding dirinya yang lebih mudah dilabel pengkhianat.

Saya tak faham seorang yang terpelajar dan berpengalaman seperti Gabenor Bank Negara boleh mengotorkan dirinya dengan mendokong Najib. Lupakah dia akan segala bakti yang ditabur selama ini akan dilupakan masyarakat dengan sebab membayar hutang 1MDB

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 13, 2016 at 9:52 AM delete

Apa kata kita bagi telur busuk sebijik sorang kpd sipenghianat nak tunjukkan bahawa dia mesti turun..hihihi...
lebih baik sikit drpd kasut yang dilempar kpd george bush.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 13, 2016 at 3:05 PM delete

Nampaknya semua orang marahkan governor BNM. Tapi pada saya kenyataannya benar. Kalau 1MDB tak boleh bayar hutangnya, sudah pasti MoF yang ambil alih aset 1MDB akan dipertanggungjawabkan. Jadi kerajaanlah yang akan bayar. Bila PAC suruh MoF ambilalih sudah nampak tujuannya untuk memberi comfort kepada pemegang bon yang kerajaan adalah bertanggungjawab.

Persoalannya sekarang di mana Bursa? Kenapa senyap macam dah telan pil tidur berlebihan. Apakan terma dan syarat terbitan bon termasuk jaminan pembayaran oleh kerajaan? Jika ada jaminan, confirm PM tidak telus dan berterusan menipu.

Reply
avatar
fuyu
AUTHOR
May 13, 2016 at 3:15 PM delete

kimk betol.. jholow n anak tiri dsn ja untung sebat billion duit rakyat malaysia.. semoga mereka yg terlibat skandal mdb ni dpjg kan usia dlm seksa dunia hingga kiamat

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
May 13, 2016 at 6:30 PM delete

Salam Bro

Jangan marah dengan Tok Uban Gabenor BNM yang baru ni. Pahamkan apa maksud dia...memang kenyataan. 1MDB dah BENGKRAP!...hutang bertimbun melebihi asset(Eh!.. mana ada asset lagi...kan dah transfer ke MOF)...kalau di USA kompeni ini dah mohon Chapter 11 dah. Chapter 11 tu maknanya MENGAKU BENGKRAP...

1MDB ni memang hebat!....
Sebelum sesuatu keputusan dan kelulusan berhubung segala transaksi dan pelaburan 1MDB diputuskan...ianya tepaksa mengikut SOP dan kawalan dalaman yang ketat melibatkan Pengerusi Penasihat 1MDB, Kementerian Kewangan sebagai pemegang saham tunggal dan juga Jabatan Perdana Menteri. Kawalan Dalaman ini penting untuk menjamin integriti dan menentukan segala pembayaran dan pelaburan akan dapat dimanafatkan kepada kumpulan sasar yang telah ditetapkan...tiada penyelewengan. Juga supaya semua berjalan lancar segala pinjaman dijamin oleh Kementerian Kewangan...setelah diluluskan oleh kedua dua pihak Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri.

Macam ni ringkasnya.
Pengerusi Penasihat 1MDB akan merujuk kepada Kementerian Kewangan dan Menteri Kewangan seterusnya mendapatkan kelulusan dari Perdana Menteri...tak caya...semua dokumen dan surat menyurat serta Memo Rasmi yang telah ditandatangni semua pihak ada dalam rekod Laporan Ketua Odit Negara...tapi semua setakat ini masih rahsia...OSA...

Tak paham jugak?...fening aku...fening...aku belajar dapat CGPA cukup makan je...tak macam Mat Maslan, Dr Zahid...patutlah lah susah nak faham...

Tapi aku paham apa maksud tok uban Gabenor BNM. Dia sebenarnya memang dah tahu yang 1MDB ni tak mampu bayar utang sebab tu di cakap macam tu.

INI HAKIKAT...terima? tak terima?...kena telan juga bro!..

Reply
avatar
sham zam
AUTHOR
May 14, 2016 at 11:55 PM delete

pajakkan kak mah kt mn2 pihak yg mahu selama 21 tahun mgkin blh selesaikn 1/4 drpd utang 1mdb. mksudnya pajak dia sekali dgn segala brg2 kemas, hartanah, saham2 dan tunai dlm institusi kewangan dan bwh katil yg ada. ah jib blh tambah dgn kerja kutip buah kt australia selama 16 tahun

Reply
avatar
Sabri Degreat
AUTHOR
May 16, 2016 at 2:50 AM delete

hahaha.. harta2 kak mah tu laku la... tapi dia... laku ke??

Reply
avatar
Sabri Degreat
AUTHOR
May 16, 2016 at 2:55 AM delete

sayang lak.. sesi soal jawap di parlimen di tangguhkan... kalau tak mesti soal berkenaan bayaran hutang 1mdb oleh kerajaan berbangkit...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 18, 2016 at 6:19 PM delete

masalah yg dicipta oleh orang melayu

Reply
avatar