KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, May 3, 2016

dinturtle

Interview Khas Mukhriz - Kenapa Saya Saman Tg Sariffudin / Najib Tumpang Glamer KM Sarawak !



Tadi saya berpelung untuk interview DS Mukhriz secara santai dan kebetulan awal pagi tadi Mukhriz telah menfailkan saman tuntutan gantirugiterhadap Setiausaha Akhbar Najib iaitu Tg Sariffudin sepertimana yang dijanjikan sebelum ini, jadi saya bertanya komen beliau ....

Cakap Serupa Bikin !  Bagus ......

Sekurang2nya adalah juga orang yang berani untuk saman pada hari Selasa ...


Video 1 - Kenapa Mukhriz Saman Tg Sariffudin SUA Najib



KLiK untuk ke Youtube

- tugas mengeluarkan kenyataan sudah diambilalih oleh Setiausaha Akhbar PM

- menuduh sembrono dan rekaan semata2 ...kononnya uasaha Deklarasi Selamatkan Malaysia bawah Tun Mahathir adalah untuk mengangkat Muhyiddin jadi PM dan seterusnya menyediakan jawatan PM itu untuk Mukhriz

- Dengan keadaan rakyat tengah marah ni, saya tak yakinlah kita boleh kekalkan kedudukan begitu ( Umno/BN majoriti di Parlimen )

- kenyataan Tg Sariffudin bersifat kebudak2an

- 4 kenyataan Tg Sarifuddin yang tidak betul


Video 2 - Najib Tumpang Populariti KM Sarawak !



KLiK untuk ke Youtube.

- BN Sarawak berbeza dengan BN Semenanjung

- Kepimpinan BN Sarawak lebih tahu apa yang baik untuk membela nasib rakyat di Sarawak

- Saya tidak nampak bahawa kemenangan BN di Sarawak itu adalah bukti bahawa sokongan rakyat terhadap DS Najib itu masih pada tahap yang tinggi.

- Yang saya nampak ialah DS Najib sendiri ambil kesempatan populariti Ketua Menteri Sarawak dan momentum BN di Sarawak untuk mencapai kemenangan untuk kepentingan dirinya.

- Kalaupun BN menang di Sarawak, itu bukannya boleh diterjemahkan sebagai kemenangan bagi Najib



Video 3 - Bukan team A atau B Tapi Umno Najib Dengan Umno Perjuangan




KLiK untuk ke Youtube.

- ... seolah ada dua Umno, bukan Team A Team B tapi Umno Najib dan Umno Perjuangan .. iaitu Umno asal yang perjuangkan alif ba ta... itu semua sudah ditinggalkan, tidak diberi keutamaan lagi dah.

- Sekarang ni yang menjadi keutamaan adalah pertahankan Presiden parti, tak kira apa. Dia buat salah pun tidak apa. Tuduh orang lain semua bersekongkol dengan pembangkang untuk menghalalkan kemungkaran yang berlaku oleh kepimpinan dalam parti.

- .... clear kita ni disebelah mana.

- Dilema orang Melayu Umno ialah, dia sayang kepada parti, dia jentera parti tapi macamana kalau dia buat kerja untuk menangkan parti dan yang dapat nama ialah DS Najib. Walhal mereka ini pejuang2 yang setia dan ikhlas kepada parti ini tidak menyokong dia sebagai Presiden

- Mukhriz merujuk kepada ucapan Tun Mahathir di Stargate Kedah baru ni yang masih bercakap tentang Umno walaupun sudah keluar parti. Dia sayangkan parti, saya pun begitu jugalah.

- Nazri dah umumkan dia sendiri yang akan mencadangkan perkara ini ( pecat Mukhriz dari parti ), macam dialah lembaga disiplin ... jadi dia boleh cadangkan, kita tengok apa reaksi ... yang saya hairankan, ada tidak mereka fikirkan tindakan2 ini akan memberi kekuatan atau akan melemahkan lagi parti kita menjelang PRU nanti.


                                                         ***********************

.
KENYATAAN AKHBAR DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR

----------------------------------

1. Pada hari ini, Selasa 3 Mei, 2016, saya telah menyaman dan membuat tuntutan gantirugi terhadap Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri atas beberapa kenyataannya yang bersifat fitnah terhadap Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya.

2. Melalui empat kenyataan, Tengku Sariffuddin telah memberi gambaran seolah-olah saya adalah seorang yang gila kuasa, hanya mempunyai motif untuk menjadi Perdana Menteri tanpa sebarang pertimbangan terhadap kepentingan Rakyat, sanggup bersubahat dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin semata-mata untuk menjatuhkan Kerajaan dan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak daripada jawatan Perdana Menteri supaya saya sendiri boleh mengambilalih jawatan tersebut, dan bahawa setiap tindakan politik saya termasuk dalam menawarkan diri bertanding dalam pemilihan UMNO adalah juga untuk tujuan menjadi Presiden UMNO yang dikatakan menjamin jawatan Perdana Menteri.

3. Saya dengan sekeras-kerasnya menyangkal dakwaan tidak berasas dan fitnah Tengku Sariffuddin tersebut. Tidak pernah berlaku sebarang konspirasi antara mana-mana pihak dengan saya untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib untuk tujuan menaikkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dengan syarat Tan Sri membimbing saya untuk mengganti beliau di jawatan tersebut kemudian.


SETERUSNYA ..... KLiK

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

9 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 3, 2016 at 9:45 PM delete

Tengku ni bodoh nak mampus. Budak kanyak je. Tak payah layan. Keje dia pun nak cari peluang nak kaya je.
Nazri ni pun takyah nak layan. Budak ni nanti mati dengan penuh kehinaan. Kau tengoklah nanti. Bongkak dan kurang ajar dia melampau sangat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 4, 2016 at 12:07 AM delete

Sememang nya pemimpin yg menipu rakyat telah disumpah seranah oleh rakyat cuma 5ak didengar depan mata.... lama2 nereka akan merana dek sumpah rakyat. Ada mata kita tengok

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 4, 2016 at 12:10 AM delete

SALUTE kat DS Mukhriz Mahathir..dan tak lupa juga Abg Din yang tak jemu2 dok bagi bukan sikit tapi banyak pencerahan pasal penyelewengan 1MDB-NAJIB selama nie..hampir setahun saya dok ikot benda kejadah nie memang asalnya susah nak faham sebabnya bukan sahaja wang bilion2 yg hilang? Dengan fakta2 sebenar dan bukti2 jugak habis diselewengkan 1MDB-NAJIB nie,..x mustahil memang susah nak korek selagi ada makhlok 1 nie yang dok kambus tanam dalam2 benda tu.. jadi xperlu risau..xperlu gusar..kita petcaya 1 saja..! Yang batil tak pernah menghapuskan yang haqq..! Cepat atau lambat itu saja..in sya Allah, ***t.kasih Abg.Din

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 4, 2016 at 2:36 AM delete

Tun m telah menubuhkan team b dalam umno Dan pkr

Antara ahli team b dalam umno
1)mukhriz
2)mahnyuddin
3)syafie adal

Team b dalam pkr
1)Rafizi
2)Toni pua
3)azmin

Mampukah tun kawal kedua2 team b pkr Dan umno ITU
Sila ikut cerita seterusnya


Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 4, 2016 at 8:42 AM delete

Assalam Bro,Aku tetap dan terus menyokong UMNO,Tun M,DSMM,TSMY,DSA TETAPI TIDAK kepada Najib dan pentol-pentolnya.

Reply
avatar
QalamQabut
AUTHOR
May 4, 2016 at 11:01 PM delete

Din, apa agaknya komen Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ye...

3. Secara khususnya pegawai dalam kategori tersebut tidak boleh:
3.1 Membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada secara lisan atau bertulis, yang memberikan suatu pandangan yang berat sebelah atas apa-apa perkara yang menjadi isu antara parti politik...

5. Oleh itu, Y.Bhg. Tan Sri/Dator Seri/Datuk/Dato'/Tuan hendaklah
memantau perkara ini dan seterusnya mengingatkan semua pegawai dalam kategori berkenaan agar tidak terlibat dalam aktiviti politik sebagaimana yang dinyatakan di perenggan 3 di atas. Sekiranya terdapat mana-mana pegawai yang mengingkari arahan ini, tindakan tatatertib hendaklah dikenakan ke atas mereka berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
ruj: docs.jpa.gov.my/docs/se/2009/se06042009.pdf

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
May 5, 2016 at 1:10 AM delete

Asal berkait dengan Najib 117, apapun boleh !

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 5, 2016 at 1:53 PM delete

Bro din ..checklah sapa Tengku ni. Handal sangat ke dia ni. Dia ni berniaga kat pejabat pm tu. Dia ni personal sangat. Jadinya mukriz pun kena personal jugaklah.

Reply
avatar
sham zam
AUTHOR
May 7, 2016 at 1:57 AM delete

btul tu, tiada kemuliaan la tengku sekor ni. moral rendah, sibuk kumpul harta anak beranak. yg menteri kurang ajar tu mmg betul sgt lah, mati dlm kehinaan dia nnt. kuat toron cmna anak dia menoron hidung besar mcmtu la dia menoron muda2 dl smpai skrg

Reply
avatar