KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, May 15, 2016

dinturtle

Kalau Derma Bilion2 Najib Boleh Pulangkan, Duit SRC Juta2 Najib Dah Pulangkan Belum ?

Mkini
Sehari dua ni banyaklah pulak berita pendedahan baru mengenai siasatan pihak berkuasa LUAR mengenai skandal 1MDB dan ini termasuk juga skandal SRC.

Pasti masyarakat dunia yang mengikuti kes2 ini berasa hairan, kenapa hanya pihak LUAR saja yang menyiasat dan mereka pula bertemu jejak ( money trail ) wang yang terlibat ? Pihak DALAM negara tak jumpa apa2 ke ?

Kenapa tidak ada bunyi tentang siasatan di DALAM negara Malaysia sendiri ?

Di sinilah salah satu kesan negatif sampingan ( collateral damage ) akibat skandal 1MDB ini. Iaitu persepsi negatif terhadap kredibiliti dan integriti pihak berkuasa Malaysia sendiri. Hampir langsung tidak kedengaran suara prihatin dari kepimpinan kerajaan terhadap 1MDB dan Najib yang terpalit dengan skandal ini.

Sebagai rujukan kes SRC yang terbaru di mana siasatan pihak berkuasa Singapura ketemu kaitan antara Nik Faisal - SRC - Jho Low ( 1MDB ) di mana nama2 familiar seperti Tanore Finance, Virgin Island disebut - Mkini.

Kes SRC ini kita bincang lain kali. Artikel ini cuma nak ulangi semula pertanyaan mudah yang pernah ditanya sebelum ini dan dihangatkan kembali oleh Tony Pua dalam artikelnya di Mkini iaitu -

Kenapa Najib tidak kembalikan wang SRC yang telah dibelanjanya kepada SRC atau kerajaan ?

Mudah kan soalannya ..... 

AG semasa membersihkan nama Najib awal tahun ini hanya berikan alasan Najib tidak tahu siapa yang masukkan duit itu ke dalam akaunnya. Najib hanya tahu belanjakannya saja !


Kemudian AG siap tunjukkan kepada media BUKTI wang juta2 masuk akaun peribadi Najib !






Bukan satu kali TERmasuk tapi dekat 4 kali TERmasuk .....  agaknya memang dalam akaun Najib ni sentiasa banyak duit juta2 atau bilion2 sampai beberapa kali ada deposit masuk pun tak pernah Najib nak ambil tahu dari mana datangnya dan siapa yang masukkan .... Najib hanya tahu BELANJA KANNYA saja.

Menurut Tony, sebanyak RM69 juta duit SRC masuk akaun Najib. Ciput jer kot RM69 juta tu.... sebab tu Najib tak ambil kisah nak ambil tahu !

Bab belanja ..... peeergh... tak ingat dunia ! Imej rakyat tengah bergelut dengan banjir besar pun boleh Najib Rosmah tolak tepi dari ingatan ketika mereka berholiday shopping sakan dan bergolf di Hawaii penghujung 2014 lalu.

Dilaporkan .... Najib siap talipon balik tanya hal duit dalam akaun sebab kad kredit sangkut !

Ternyata semua itu tidak menjadi satu isu pun kepada cai2 Najib termasuk kepimpinan kerajaan dan Umno. Menakjubkan !

Apakah mereka semua pun sepesen jer ngan Najib Rosmah ? Mungkin saja ....... kalau tidak begitu, kenapa tidak sorang pun yang bertanya atau menegur ?

Persoalan mudah yang kita tanya sekali lagi adalah - Adakah duit dari SRC itu memang hak Najib untuk memilikinya ? Jika iya - Atas sebab apa ?

Jika bukan hak Najib - Apakah wang itu sudah dipulangkan ?


Kalau USD620 juta dari duit derma boleh dipulangkan dalam tempoh beberapa bulan saja dari tarikh diterima sebab kononnya Najib ni jujur dan amanah, apa citer dengan RM69 juta duit SRC itu ? Ni dah lebih setahun setengah ....

Satu lagi .... kita terbayang apakah dalam kepala Najib Rosmah semasa mereka berholiday shopping sakan waktu itu .... mereka tahu ada BANYAK WANG BERJUTA2 DALAM AKAUN yang menjadi milik mereka .... DARI MANA DATANGNYA ?

Duit beratus juta yang Reza Aziz, anak Rosmah terima untuk modal buat filem lucah itu pula datang dari mana ?

Kenapa semua ini tak berjawab ?




Prk Sg Besar dengan Kuala Kangsar dah nak mula ni ....

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

6 comments

Write comments
jamil
AUTHOR
May 15, 2016 at 8:59 PM delete

Din.
Dari segi perlembagaan, bolih kah ahli parlimen BN atau UMNO yang tidak lagi menyokong Najib saperti TSM, Mukhriz dam Shafie duduk di kerusi yang kosong disediakam untuk pembangkang

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 15, 2016 at 9:18 PM delete

Bro din ini dari blog zamkata, mungkin ada benarnya..

Bahawa Pilihanraya Kecil dua kawasan Parlimen berlaku kerana kemalangan korban helicopter disebalik kejayaan besar Pilihanraya Negeri Sarawak adalah takdir Allah yang memberi peluang kepada rakyat untuk menyelamatkan negara ini.

Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
May 15, 2016 at 11:47 PM delete

Mana ada lagi duit tu . Semua sudah di belanjakan olih Najib/Rosmah . Yang ada cuma handbag,handbag dan handbag, baju,baju dan baju , kasut,kasut dan kasut , intan berlian .

Yang RM yang tinggal pada Najib hanyalah 'Ratu Montel' aka ' Ratu Minang ' !

Bila mana Najib nak pulangkan duit SRC tu ? tunggulah bila dia dapat ' sakau ' mana mana duit dari GLC ....

Reply
avatar
Nik Shamsul
AUTHOR
May 16, 2016 at 12:53 AM delete

Entah ler....sape jd p.m Malaysia semua boleh JD....kuasa mutlak....xde imbang duga haha

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 16, 2016 at 3:23 AM delete

Pengundi di K Kangsar dan Sg Besar rasanya tak peduli pasal SRC ke, IMDB ke,filem lucah ke... Yang penting mereka nak tengok nanti banyak mana dedak yang akan ditaburkan kepad mereka nanti... #Save Malaysia#

Reply
avatar
aku dia
AUTHOR
June 14, 2016 at 4:19 AM delete

sampai bila nk kita yg tangung...

Reply
avatar