KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, May 19, 2016

dinturtle

Kalau Jawapan Menteri Luar Arab Dulu Berebut Cai2 Komen, Tapi Kenapa Kenyataan Putera Sultan Ni Semua Senyap ?



Pasti ramai yang akan tersenyum bila kita sebut kembali kisah Nazri menggelabah semasa PC bersama Putera Sultan 4 hari lepas. ( KLiK )

Bukan takde isu baru yang boleh saya tulis, tapi jika anda perasanlah, ada tak mana2 pemimpin kerajaan atau Umno yang komen mengenai kenyataan Putera Sultan itu yang boleh kita rumuskan sebagai berkata -

Kerajaan Arab Saudi TIDAK TAHU APA2 mengenai derma 2.6 Bilion dan menganggap itu sebagai satu isu dalaman Malaysia. Mereka tidak mahu masuk campur.

Sudah 4 hari berlalu namun tidak ada sorang pun cai Najib yang komen apa2. Itu sendiri adalah satu berita !

Cuba ingat kembali sebulan yang lepas ketika Menteri Luar Arab beri jawapan spontan ketika disergah wartawan  ... apakah anda sedar mengenai isu 2.6 bilion .... dan dijawab Menteri Luar Arab itu  - Ya, kami sedar mengenai isu  bla bla

Jawapan sontan itu di spin sehabisnya oleh cai2 Najib PADA HARI YANG SAMA sebagai satu pengesahan bahawa derma itu diakui oleh Menteri Luar Arab datang dari Arab Saudi ! 

Antara mereka yang komen PADA HARI YANG SAMA adalah Tg Saripudin, Setiausaha Akhbar Najib dan abam Azalina dan disambut oleh cai2 Najib sekaliannya ..... riuhlah beberapa hari selepas itu meraikan 'kemenangan' Najib dalam isu 2.6 bil.....

Tapi kali ini, selepas 4 hari berlalu, jawapan yang diberi secara resmi dan dalam majlis sidang akhbar, kenapa semuanya senyap sepi sunyi jer dari kem Najib ? Malah Nazri sendiri pun senyap !

Hahahahaha ...... mereka tak berani nak komen sebab sebarang komen akan hanya menjerat leher Najib ! Makanya mereka diam ... Sebarang komen akan dibuat follow up oleh wartawan kepada pihak Arab Saudi untuk pengesahan lanjut dan itu harus dielakkan.

Kerajaan Arab Saudi tidak tahu menahu mengenai derma 2.6 bilion !

Kita harap perkara ini akan dibangkitkan oleh mana2 ahli parlimen dalam sesi soal jawab ketika parlimen bersidang ini. Kita dah boleh agak dah yang Speaker akan segera mencelah untuk menolak soalan sebegitu dari dijawab. Takper... tanya jer.. biar rakyat tahu.

Cuba perhatikan tajuk artikel Utusan mengenai kenyataan Putera Sultan itu -

Utusan 17/5
Pandaikan Utusan spin .... sekali baca tajuk itu - Sumbangan bukan untuk jatuhkan negara, macam Sultan Salman merujuk kepada 2.6 bilion, seolah mengesahkan 2.6 bilion itu sebagai sumbangan dari Arab padahal putera Arab itu merujuk kepada sumbangan secara UMUM.

Soal 2.6 bilion itu Arab Saudi TIDAK TAHU APA2 PUN !

                                                   ******************************

Satu lagi perkara yang mahu diulas adalah jawapan bertulis Najib diParlimen dua hari lepas di mana Najib berkata Adalah masih terlalu awal untuk merumuskan bahawa terdapat penipuan dalam transaksi atau urusniaga berkaitan 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC),


Mkini
Sejak Najib kantoi menipu dalam Parlimen tahun lepas dalam isu dana 1MDB di BSI Singapura, Najib tidak lagi teruja untuk menjawab sebarang persoalan mengenai 1MDB. Najib akan menunggu Arul Kanda untuk keluarkan kenyataan terlebih dulu dan Najib akan ulang kenyataan sama beberapa hari selepas itu.

Jawapan Najib di atas sama dengan jawapan Arul sebelum ini bila ditanya apakah 1MDB akan kantoi membayar interest pinjaman/bon Goldman Sachs sebelum ini. Tapi sebab Najib yang jawab, kita layan juga !

"Justeru, pihak 1MDB sedang mengkaji dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membuktikan bahawa pihak IPIC dan Aabar Investment PJS bertanggungjawab ke atas dana yang telah dibayar oleh 1MDB kepada Aabar BVI berjumlah AS$3.5 bilion,”


Nak buktikan IPIC bertanggungjawab ke atas kealpaan 1MDB kerana telah bayar RM14 bilion kepada syarikat palsu ? !!

IPIC sudah keluarkan kenyataan resmi di London Stock Exchange yang syarikat Aabar BVI tidak ada kaitan dengan IPIC dan oleh sebab itu, IPIC tidak akan menanggung apa2 liabiliti ke atas apa2 transaksi yang dilakukan oleh syarikat palsu itu. Standard la tuh . 

Kalau ada penipu yang menyamar sebagai wakil dari sebuah syarikat mengutip duit konon atas nama syarikat itu, apakah syarikat itu kena bertanggungjawab ? Apahal pulak .... Namanya pun PENIPU. Syarikat tidak terbabit. Yang terbabit adalah PENIPU DENGAN YANG KENA TIPU.

Najib kata masih terlalu awal untuk merumuskan wujud satu penipuan ? Suka kita tanya balik Najib, apakah tindakan segera telah diambil untuk siasat perkara ini ?

Pendedahan sudah dilakukan oleh WSJ tahun lepas lagi bila melaporkan bahawa 1MDB telah bayar kepada sebuah syarikat penipu. Apakah pihak 1MDB dan kerajaan bertindak untuk siasat ? Apakah 1MDB dan kerajaan terlintas untuk bertanya kepada IPIC minta pengesahan ketika itu ? 

Rakyat hairan kenapa 1MDB dan kerajaan bersikap tidak acuh padahal dakwaan itu melibatkan duit rakyat berbilion ringgit. Bukannya susah pun nak minta pengesahan. Tak masuk akal langsung ! Sepertinya tidak kesungguhan atau urgency dipiahk 1MDB dan kerajaan untuk siasat.

Contohnya bila dilaporkan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif ‘Aabar Investments PJS Ltd’ 1MDB (Aabar), Mohamed Al Husseiny telah ditahan dan dikatakan dalam proses ekstradisi ke Amerika Syarikat. ( FMT ) apakah ada sebarang reaksi dari 1MDB dan kerajaan ? Padahal Al Husseiny merupakan salah sorang eksekutif yang dirujuk oleh 1MDB sebagai wakil kepada syarikat palsu Aabar BVI yang telah menerima pembayaran dari 1MDB. 

Cuba ingat kembali semasa dilaporkan Xavier Justo ditangkap oleh pihak berkuasa Thailand tahun lepas atas dakwaan memeras ugut Petrosaudi .... begitu cepat sekali pihak Polis kita menghantar wakil ke Thailand untuk menyoal Justo tapi terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana ditolak oleh pihak berkuasa Thailand kerana kes belum dibicarakan lagi. 

Akhirnya pihak Polis berjaya juga bertemu Justo pada 15 Disember lalu .... apa hasil siasatannya ? Apakah terbukti bahawa segala dakwaan Sarawak Report telah diubahsuai ? Itu pun rakyat nak tahu juga.

Apa yang rakyat nampak adalah - sekiranya ada maklumat samada sahih atau belum sahih, asal saja maklumat itu mampu menyokong kes Najib dan 1MDB, dengan kadar segera cai2 Najib akan menyalak sakan menghebahkannya. Tapi kalau maklumat itu tidak menyokong Najib dan 1MDB, semua akan buat tak tahu jer ....

Ni satu lagi berita - dua hari lepas Zahid mengesahkan yang Polis belum panggil lagi bekas CEO 1MDB Shahrol Halmi untuk disoal siasat. ( Mkini )

Bagaimana dengan dua pengarah SRC yang lari sampai ke hari ini tidak ketahuan cerita mereka ? 

Semua ini hanya menimbulkan satu persoalan - Apakah kerajaan SERIUS mahu menyiasat skandal 1MDB ?

Berbalik kepada kenyataan Najib di atas - Masih terlalu awal untuk merumuskan terdapat penipuan ...... kalau siasatan tak serius mana, memanglah JAUH TERLALU AWAL untuk buktikan penipuan itu. 

Semuanya nak lengah2kan masa....

                                              *********************************

Ni satu lagi jawapan bertulis Najib di Parlimen hari ini -

Mkini
"1MDB mempunyai dana sejumlah RM2.3 bilion dan mampu membayar semula faedah AS$50.3 juta. Bagaimanapun, 1MDB tidak berbuat demikian kerana pertikaian dengan IPIC,"

Kan ... sebiji macam kenyataan Arul sebelum ini. Ada saya komen di SINI. Saya ada copy dari Sinar yang mana Arul kata - .... ia setakat ini belum melakukannya lagi. Menurut 1MDB, ia disebabkan pertikaian antaranya dengan IPIC ketika ini.


Akhirnya 1MDB dan kerajaan sebagai penjamin juga yang kena bayar ! Perjanjian dengan IPIC hanya melengahkan pembayaran oleh 1MDB. Kenapa nak bertelagah dengan IPIC, sebuah syarikat bertaraf dunia sedangkan faktanya tidak memihak kepada 1MDB.

Satu lagi, kalau betul banyak duit, kenapa tidak langsaikan hutang dengan IPIC yang 1MDB kantoi bayar pada 31 Disember 2015 sebanyak USD1.15 bilion sebagaimana perjanjian ? Disebabkan kekantoian itulah maka IPIC bertindak untuk membatal perjanjian Aset Swap dengan 1MDB.  Ni Arul Kanda yang cakap -

There is one crucial item on the term sheet, which is that 1MDB has to transfer the amount that IPIC paid, the cash plus the interests — US$1.15 billion — by Dec 31, 2015, according to Arul. As such, he said: "actually, we were in default since December"


Janganlah Najib dan 1MDB terus memalukan nama negara !

Seperti yang berulangkali saya sebutkan - Apasaja berkaitan 1MDB dan 2.6 bilion, mesti pelik2 kenyataan dan tindakan yang dibuat.


PS - Ini terbaru dari channelnewsasia -

"I think our report is sufficient as a basis for further investigation, we have done our job. The next step as recommended by PAC, they want investigation on certain personality in the company, let the police do their work, we will assist anyone who wants (to) investigate," said Mr Ambrin.

Kata Ketua Audit Negara - Siasatan audit oleh Ketua Audit Negara mendapati CUKUP BUKTI untuk dilakukan siasatan seterusnya ....

Apakah yang bukti berjaya dijumpai oleh Ketua Audit Negara itu ? Apakah kerana itu makanya Lapuran Ketua Audit Negara itu terus menjadi dokumen rahsia di bawah OSA ?


Apasaja berkaitan 1MDB mesti pelik .....

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

8 comments

Write comments
SukaBaca
AUTHOR
May 19, 2016 at 9:09 PM delete

Maaf mencelah. Eh apa dah jadi dengan blog arif sabri sakmongkol??? Klu hang pi situ it says the blog has been removed. Ada siapa2 tau? Ini lah antara blog2 yg saya mesti check dua tiga kali sehari. Blog Encik Din Turtle tentu lah dlm senarai saya ni.
Terima Kasih

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 19, 2016 at 10:12 PM delete

Penipuan demi penipuan bagi melepaskan tengkok.Mereka sekarang tengah beli/tawar menawar harga bagi mendapat sokongan untuk menegakan benang basah,spin surat dari penjaralah,suara anak2 mudalah yang tengah mereka cerita kondem TDM.Pandangan saya hanya satu dekelerasi rakyaat walau pun 10juta tanda tangan memang Agong tak boleh buang PM tetapi nak bagi tahu pada umum mengapakah bagitu ramai rakyat yang bencikan Najib.Adakah kita faham kenapa dan mengapa terbentuknya dekelerasi rakyaat ini.Mesti mahu fahamlah jangan jadi orang yang bolih dijual beli itulah dikatakan penegak kebenaraan.Walaupun dipihak PM atau dekelerasi rakyaat kita minta PM ambil cuti dan biarkan badan yang terbuka melakukan sisatan.Kiranya ia terjadi dan berpihak atas kebenaaran kpd.PM,ambilah tindakan yang sepatutnya kapada orang yang mereka cerita termasuk juga Tuan yang empunyai blog ini.Takut tunggu punya tunggu habok pun tak ada, menang sorak kampong tergadai.Ingat2lah wahai rakyaat Malaysia yang berbangsa Melayu.Dua tahun menjelang PRU 14 tak lama.Dah 1.5 tahun telah berlalu tetapi pertanyaan belum dijawab dengan seiklasnya,banyak sangat keraguan demi keraguan yang telah timbul dan mungkin akan timbul dan timbul.Elok adakan sisatan diraja bagi mencerahkan keadaan.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 19, 2016 at 10:19 PM delete

Memang pelik. Mamat bangsat terpampang dihadapan ttp masih dilindungi talibarut2 tempatan! Hebat sungguh kesatuan org melayu pemimpin UMNO bersama penjenayah bangsa! Nazri masih nak ajak bertumbuk atau itu secara literal sahaja....Najib oh Najib...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 20, 2016 at 5:05 AM delete

UMNO bersih tapi sayang... ada golongan yang mengotorkannya.Kerana SEEKOR KERBAU membawa lumpur habis semuanya terpalit.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 20, 2016 at 10:58 AM delete

Ternampak saya parasol FAMA tertulis kalau tak silap 'mari BERJIHAD membenteras org tgh'!!! Nampaknya Ismail sobri kena re phrase...yg kena benteras adalah org ATASAN. hebat tag line JIHAD tu!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 20, 2016 at 3:50 PM delete

https://www.youtube.com/watch?v=KGD8aeJbUno

Reply
avatar
Jack
AUTHOR
May 30, 2016 at 7:58 PM delete

Saya kalau nak baca blog,yg pertama wajib dibaca blog YB Arif Sakmongkol. Tapi sekarang macam dah hilang. Mohon brader sakmongkol muncul semula please!

Reply
avatar