KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Thursday, May 5, 2016

dinturtle

Kementerian Kewangan Ambil Alih Aset 1MDB ..... Hutang 1MDB ? Lebih Baik Isytihar Bangkrap Je ....

Mkini


Berita yang hangat ketika ini di laman2 yang intellingent sikit adalah menganalisa pengumuman Kementerian Kewangan yang bersetuju melaksanakan semua cadangan yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas firma pelaburan negara itu.

Untuk permulaan, saya suka berkongsi ulasan saudara Yaakob Osman ( YO ) yang saya copy dari FB beliau ( KLiK ) yang bagi saya agak menyeluruh.


Bahagian 1 : Keputusan MOF

MOF akur dengan cadangan PAC untuk menggugurkan kuasa artikel 117. Ini adalah kuasa mutlak yg di beri kepada PM sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat untuk menjadi kuasa tunggal dalam membuat keputusan2 besar dalam 1MDB.

MOF bersetuju menerima perletakan jawatan kesemua Ahli Lembaga Pengarah effective 31/5/2016.

MOF memindahkan semua hakmilik di dalam 4 syarikat daripada 1MDB kepada MOF inc.

Syarikat2 ini sajalah yang mempunyai real estate (hartanah) di dalam 1MDB. 

Sekali pandang keputusan MOF ini semuanya baik dan saya setuju.

Bahagian 2 : Ulasan saya

1. Pemansuhan Artikel 117

Seperti yang saya telah ulas sebelum ini segala keputusan yg dibuat oleh 1MDB tidak boleh di persalahkan kepada ex CEO Shahrol. 

Walaupun dia melanggar arahan BOD, ianya masih lagi secara amnya tidak menyalahi Artikel syarikat kerana telah diluluskan oleh Perdana Menteri yg mempunyai kuasa melalui Artikel 117 untuk membuat keputusan2 besar seperti antaranya:

i. Issuance of IMTN RM5 billion oleh TIA

ii. JV bersama PetroSaudi USD 1.83 billion. Bayaran kepad Good Star yg juga bukan anak syarikat PetroSaudi sebanyak USD 700 million mengikut laporan PAC .

iii. USD 3.5 billion bonds yg akhir nya dibayar kepada Aabar BVI yg bukan milik IPIC. juga PAC tidak dapat sahkan Aabar BVI.

iv. Keputusan untuk melabur dalam 1MDB GLI sebanyak USD 1.56 billion yg tidak dapat di sahkan oleh PAC.

Harus diingat keputusan2 di atas adalah dibolehkan oleh Artikel 117.

Dengan penghapusan 117, ianya adalah satu langkah bijak supaya PM tidak berkuasa sepenuhnya dalam hal anak syarikat MOF inc.

Ini adalah SOP biasa utk semua anak2 sysrikat MOF. Cuma 1MDB mendapat pelepasan khas dan agak luarbiasa dengan adanya Artikel 117.

2. Menerima perletakan BOD. 

This is long overdue. Malah pada saya siasatan polis haruslah merangkumi kesemua ahli2 BOD bukan Ex CEO Shahrol sahaja.

3. Memindahkan hak milik dalam 4 syarikat. Sekali lalu ini adalah keputusan yang baik. Namun mari kita lihat kenapa ianya dilakukan.

i. Berpandukan Audited Accts 31/3/2014, Assets 1MDB keseluruhan nya ialah 51 billion. Di dalam nya terdapat assets hartanah 17.8 billion.

ii. Keputusan memindahkan hakmilik kepada MOF adalah IMHO untuk memelihara assets ini daripada sebarang creditors action terhadap 1MDB di masa hadapan. 

iii. Assets yg tinggal di dalam 1MDB hanyalah assets investments semasa lebih kurang 33 billion yg saya telah ulas dlm posting terdahulu yg kemungkinan besar berdasarkan laporan PAC sudah tidak dapat dipastikan ada di mana , atau pun bernilai lagi.

iv . 1MDB juga sperti yg saya sebut dulu akan berada dalam keadaan bankrap apabila hutang 50 billion mereka tidak lagi diimbangi oleh assets dengan nilai yg sama.

v. Pada pendapat saya langkah ini adalah permulaan untuk menutup 1MDB sepenuhnya apabila Syarikat tersebut are no longer a going concern business.
.
.

KESIMPULAN 

Apakah maksud semua ini ? Ini makna nya at the end of the day MOF terpaksa menanggung kesemua hutang 1MDB apabila tiada lagi assets di dalam 1MDB , sebahagian nya assets hartanah yg akan dipindahkan kepad MOF dan sebahagian besar lagi adalah assets investment yg barangkali tidak bernilai lagi .

Net impact nya kurang lebih sebanyak 33 billion liability 1MDB terpaksa di tanggung oleh MOF. 

YES, MOF bermakna ianya adalah impact direct kepada kita sebagai taxpayers dan rakyat.

Malah dalan keadaan ekonomi suram berserta pendapatan Petronas yg berkurangan, 33 billion adalah jumlah yg agak besar utk di bayar akhirnya.

Akhir kalam, adalah wajib pihak berkuasa membawa ke muka pengadilan hasil siasatan yg sedang dibuat terhadap salah laku di dalam 1MDB without fear or favour.

itu sajalah yg akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan urus tadbir serta corporate governance yg telus .


                                           ***********************************

MOF akan ambil alih semua asset TRX, Bandar Malaysia, Tanah Air Itam dan tanah Pulau Indah.

Asset jer .... hutang 1MDB kenapa tak sebut yang kerajaan juga terpaksa ambilalih ? Kenapa tidak ambilalih jer 1MDB terus ? Kena jelaskan juga bagaimana 1MDB atau kerajaan mahu jelaskan kesemua hutang2 1MDB yang masih tertunggak ?

Kena ingat, bila Edra sudah dijual sepenuhnya, 1MDB sudah tidak ada sumber yang menjana pendapatan. Hutang mahu dibayar melalui penjualan aset. Kalau aset diambilalih oleh kerajaan, apa citer hutang ?

Hmmmm .... kenyataan media ini agak playsafe, mengelak dari sebut sebarang perkara negatif yang boleh menaikkan darah rakyat. Tapi lambat laun kena sebut juga ......  mungkin lepas PRN Sarawak.

Apakata isytihar je 1MDB sebagai MUFLIS / BANGKRAP ! ?

PS - IPIC pandai kan ..... berkat usaha Arul Kanda yang menghasilkan Aset Swap, kerajaan telah menjamin kesemua hutang IPIC. 

Apapun, lakukanlah yang terbaik untuk tutup buku akaun 1MDB dengan kos terminimum mungkin kepada rakyat. Tapi jangan lupa untuk heret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Memang sial siapa yang mulakan 1MDB ini .... bukan saja dari segi nilai harta yang rakyat kena tanggung tapi juga collateral damage atau kesan sampingan 1MDB ini juga amat besar. Kenyakinan rakyat kepada agensi2 kerajaan terhakis, Polis, Peguam Negara ... tak termasuk kesan negatif kepada ekonomi negara dan imej negara tercemar di peringkat dunia !

Semuanya kerana 1MDB ...... malangnya pemimpin2 kerajaan dan Umno BN masih akur mempertahankan 1MDB. Akal letak mana entah ...


dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

9 comments

Write comments
Laksa Johor
AUTHOR
May 5, 2016 at 8:17 AM delete

"Memang sial siapa yang mulakan 1MDB ini."

Malangnya 'orang yang sial' ini masih bermaharajalela di negara kita yang tercinta ini. Walau apa pun terjadi, perjuangan menjatuhkan 'orang yang sial' ini mesti diteruskan.

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
May 5, 2016 at 8:59 AM delete

Salam Bro

Apa sudahnya?
Semua orang kena pikul taik Najib.
He is the MOST STUPIDEST Prime Minister!
Pengkhianat! Rasuah! Penipu! 2129!(1A,2B....)

Aku tak relakan walau satu sen pon harta dan Wang Negara digunakan untuk bail out 1MDB. Begitu juga wang negara yang di gunakan untuk gaji, elaun dan perbelanjaan Najib dan semua menteri kabinetnya. Kamu semua tidak amanah dan tidak bertanggung jawab.

Kepada rakyat semua...kalau anda merasa seperti yang saya rasakan...ucaplah seperti yang saya ucapkan...dan haramlah segala yang mereka ambil. Kalau dulu setengah rakyat tidak membayar cukai...kini dengan GST...tiada yang terkecuali...maknanya DUIT KITA adalah sebahagian dari punca kewangan kerajaan. ITU HAK KITA!...


Kita rakyat tiada daya selain mengharapkan keadilan didunia dan akhirat.

Najib...berseronoklah kamu sekarang menumpang kapal KM Adenan Satem yang sedang belayar dengan sejahteranya... Jangan ko kemudikan kapal Sarawak sebab ko seorang Nakhoda yang bongok....Layar dikibar sauh dilabuh! Paloi!...

Najib...lebih baik kamu kurangkan aktiviti kempen kamu...bau busok kamu semakin memjijikan...your over exposure will have negative impact on CM Adenan...Kami orang Sarawak sentiasa menerima tetamu dengan sopan dan mesra...tapi kadang tetamu yang overstay tak tau reti...

Apa apa pun jangan lupa tanda tangan Deklarasi Rakyat!

Reply
avatar
Cik Minah
AUTHOR
May 5, 2016 at 10:54 AM delete

AYooooo......Nampak gayanya, GST akan naik 10%!!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 5, 2016 at 11:01 AM delete

Bro din, ahjib nak cuci tangan lah tu, banyak songel dia..
11 negara sedang siasat... mana mau lari brader?
kikiki

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 5, 2016 at 12:02 PM delete

peraturan 117 dikeluarkan...nah, lagi bukti bahawa najeeb memang terlibat. lagi bukti bahawa apa yang diperkatakan oleh tun m itu benar.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 5, 2016 at 5:44 PM delete

Kalau undang2 negara gagal bertindak secara adil terhadap para dajal dan pembelit 1MDB itu, maka kita sebagai rakyat berhak bertindak mengikut undang2 sendiri yang rasionalnya dianggap adil. Najib Razak perlu diburu hatta sampai ke lubang cacing sekali pun selagi dia tidak diadili di mahkamah serta oleh undang2 yang adil yang boleh diterima majoriti rakyat Malaysia. Jangan ingat awak terlepas Najib! Awak perlu bayar harga yang mahal diatas sikap penipu dan putar belit awak yang menyusahkan masa depan seluruh rakyat Malaysia. Kalau ini awak lakukan di luar negara sana, barangkali nyawa anda jadi taruhan. Kesabaran rakyat Malaysia ada hadnya kerana kami tidak sebacul awak yang gagal bertindak terhadap dakwaan media di luar sana. Ayuh ramai2 sokongi Gerakan Deklarasi Rakyat.

Reply
avatar
tatang ka
AUTHOR
May 6, 2016 at 2:43 AM delete

Di manakah beberapa orang penipu dan pembodek yg mengeluarkan kenyataan asset 1mdb lebih daripada tangunggan.
Sila keluarkan kenyataan sekali lagi iaitu mengingatkan MOF selepas ambil alih asset (1MDB) untuk membayar hutang (1MDB) dan selepas tu jual asset (1MDB) dan jangan lupa lebihannya mesti bagi balik (1MDM) kerana kami masih mau bahagi bahagi kepada pemakan dedak yang baru menonjol.
Begini barulah menunjukan yang kamu betul betul berpegang pada kenyataan yg dikeluarkan dulu (asset more than liability kepala otak bapa kau.)
Suruh MOF cepat takut pendek umur tdk sempat kebas.


Reply
avatar
diny yusof
AUTHOR
May 8, 2016 at 12:07 AM delete

Najib ngan RM bolih lari ke Kazakhstan ..

Reply
avatar
ANSHARI
AUTHOR
July 3, 2016 at 4:25 PM delete

Rilek pilihanraya lagi 2 tahun lebih je, tapi kalau rakyat masih pilih UMNO, maknanya rakyat Malaysia ni yang Jahil dan 'sial'. Memang kebodohan ditipu beramai2 kita semua yang mengundang malapetaka, Najib walau terlibat kes altantuya, tetap menjadi pilihan hati rakyat malaysia 2013 pilihanraya lepas. Kalau dia bole terlepas dengan scandal yang melibatkan pembunuhan, apa sangat la 1mdb yang melibatkan angka billion yang ramai orang kita x berapa nak faham termasuk dikalangan menteri sendiri, nak2 bila Najib beri penjelasan, wajah lotion dan dialect british bila bercakap omputih yang membuatkan rakyat teruja dan dan menambah keyakinan pada kata-kata Najib. Masih terjajah kita semua ni..

Reply
avatar