KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, May 27, 2016

dinturtle

Kenapa Fakta Bahawa GoodStar Milik Jho Low Menjadi Satu Rahsia DiBawah OSA ? Bala Apa Bakal Menimpa Negara Jika Bocor ?

Mkini
Tu dia .... Najib dah bertindak terhadap WSJ !  Apalagi korang nak cakap, hah ! ? ? 

Agaknya itulah respon cai2 Najib yang jenis suka tengok tajuk dan gambar sepintas lalu tanpa membaca apa yang ditulis. 

Panas hari ni dengan cerita pendedahan oleh WSJ surat Bank Negara kepada Hasan Cari Makan yang menyebabkan Hasan memotong sebaris ayat dari draf laporan PAC tanpa memberitahu ahli2 PAC yang lain. Rakyat tertanya2 apakebendanya yang rahsia sangat tentang surat BNM itu ?

Apakah benar seperti didakwa ramai yang surat itu mengandungi pengesahan dan Bank Negara bahawa syarikat Goodstar yang menerima USD700 juta dari 1MDB  ( sebahagian dari jumlah 1 bilion yang sepatutnya dibayar ke dalam akaun 1MDB-Petrosaudi sebagai modal pelaburan ) adalah bukan milik Petrosaudi ?  Bahawa Goodstar itu sebenarnya milik Jho Low ?

Yang tambah buat panas isu ini adalah reaksi dari cai2 Najib ! Begitu cepat mereka beri respon dan begitu hebat mereka menyerang WSJ hari ini ...... tengoklah artikel Mkini di atas, kali pertama satu tindakan dibuat terhadap WSJ ! Peeeeergh ......

"Ini sangat serius, menerbitkan dokumen OSA (yang) sulit. Mereka harus menjawab,” kata Najib  ...... ooooooh, Bank Negara yang buat report Polis, bukannya Najib. 

Repot pula berkaitan kebocoran maklumat yakni surat itu yang telah dijadikan bahan rahsia di bawah OSA. Tapi apa yang rakyat nak tahu adalah - APAKAH SURAT ITU BENAR ATAU PALSU ?

Yang itu tidak dijawab. Yang mereka sibuk adalah masalah kebocoran maklumat rahsia.

Sorang lagi yang melenting2 adalah Setiausaha Akhbar Najib -

Mkini

Laporan WSJ satu penipuan ! tempik Sariffuddin. 

Hah ? Jadi terjawablah bahawa surat Bank Negara yang didedahkan itu adalah palsu ? 

Tak juga ...... hehehehe .... gempak jer lebih depa ni. Setiausaha Akhbar Perdana Menteri itu merujuk kepada tuduhan oleh WSJ yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak disoal siasat oleh penyiasat Malaysia.

 Laaa...... Point UTAMA artikel WSJ adalah pendedahan surat Bank Negara Malaysia yang mengesahkan Goodstar bukan milik Petrosaudi tapi milik Jho Low ! Tapi kenapa cai2 Najib melalak tentang isu2 sampingan ? 

RAKYAT NAK TAHU APAKAH SURAT BNM YANG DIDEDAHKAN ITU BENAR ATAU PALSU ?

Kalau nak layan dakwaan SUA Najib tu memang boleh tapi ........ lain kalilah kalau ada masa. 

Saya takut nak siarkan surat yang masih dibawah OSA itu ..... hehehe ... saya sentiasa patuh kepada undang2 negara.  Namun saya percaya ramai yang dah copy. Kalau tak silap, surat BNM yang didedahkan WSJ itu dengan jelas merujuk kepada pengesahan dari dua pihak berkuasa luar negara bahawa Goodstar Ltd adalah dimiliki oleh Jho Low.

Pendek kata - duit USD700 juta yang 1MDB bayar kononnya sebagai modal syarikat usahasama 1MDB-Petrosaudi sebenarnya dibayar kepada Jho Low ! 

Siapa Jho Low ni ek ? Kenapa bersusah payah cai2 Najib cuba mengalih tumpuan rakyat dengan membising mengenai isu2 sampingan tapi mengelak dari menyentuh mengenai isi kandungan surat itu sendiri ?

Bukanlah nak kata yang isu kebocoran maklumat rahsia itu tidak penting ...... penting ooooo ... dan seharusnya BNM buat laporan Polis. Tapi pengesahan dari Bank Negara (dah alang2 mereka bersuara ) tentang kesahihan surat yang didedahkan oleh WSJ itu juga SAMA PENTING.


Satu lagi yang buat rakyat tertanya2 ..... Kenapa fakta bahawa Goodstar itu milik Jho Low begitu penting kepada keselamatan negara sehingga kerajaan menjadikannya satu maklumat rahsia di bawah OSA ? Apakah balanya kepada negara jika maklumat itu bocor ?

Haaa..... itu dua soalan cepumas yang perlu Bank Negara dan Najib jawab .....


1 - Apakah surat yang didedahkan WSJ itu surat yang BENAR atau PALSU ?

2 - Jika benar, kenapa fakta Goodstar milik Jho Low menjadi satu rahsia kerajaan ?

PS - Actually repot Polis BNM itu sendiri sudah mengesahkan bahawa surat BNM itu adalah surat yang sah. Takkan BNM nak buat repot Polis kerana WSJ mendedahkan satu surat palsu ? Kan ?  

 Jadi, soalan pertama sudah terjawab .... soalan kedua ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

16 comments

Write comments
PakKaduk
AUTHOR
May 27, 2016 at 11:51 PM delete

Saya harap semua isu mengenai Najib dikaitkan dengan PRK Sungai Besar & Kuala Kangsar.

Sokong calon BN di PRK Sungai Besar & Kuala Kangsar bermakna anda menyokong rakan Najib si penyamun duit rakyat Jho Low.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 28, 2016 at 12:14 AM delete

Sy rs jwpn ke2 ialah,klu didedahkan fakta siapa empunya Goodstar, maka dgn mudahnya terjawablah motif sbnr 1mdb ditubuhkan..Goodstar tu ibarat mesin hampagas najib rosmah.

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
May 28, 2016 at 12:21 AM delete

Maksud saudara Najib telah salahgunakan kuasa kerajaan yang dimilikinya ? Ah sudah .... satu lagi persoalan .......

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 28, 2016 at 3:05 AM delete

Kerana kembar ala2 dr jakel and mr hide pm najib encik bijan terlibat sama mana boleh bisin2 rahsia ni

Reply
avatar
Mujahid
AUTHOR
May 28, 2016 at 3:16 AM delete

Maksudnya ialah, Najib Rosmah telah dimainkan oleh Jho Low untuk menyalahgunakan kuasa kerajaan yang dimilikinya. Jadi kita patut suruh Polis, AG, BNM dan SPRM pi tangkap Jho Low dengan kadar segera, sebab mempermainkan Perdana Menteri Tercinta kita. Mwahahaha. Lepas tangkap kita soalsiasat dia cukup-cukup.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 28, 2016 at 4:35 AM delete

Sikit demi sedikit cerita 1MDB terdedah...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 28, 2016 at 5:43 AM delete

bkn goodyear admin... good star...hehehe phm bila kita mrh sgt...sy pon x saba nk tgk saat keruntuhan kere jaan najib ni admin...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 28, 2016 at 5:45 AM delete

1. kalau dah terang2 goodstar tu milik jho low, bila lagi badan penyiasat malaysia nak panggil jho low. tak pun masuk dlm list interpol.
2. dlm surat bnm tu ada tulis yg surat tu utk siasatan pac, bukan utk hasan sorang je. tak ke pelik hasan sorang je yg dpt baca surat asli pastu ubah laporan pac. bnm tak nak report ke yg hasan dah langgar arahan dlm surat tu.
3. nampak sgt ada isu yg tak selesai lagi dgn siasatan bnm. tapi kenapa cepat sgt bnm tutup kes. denda pun tak bagi tau berapa. gabenor bnm baru ni pun cam apandi juga.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 28, 2016 at 11:26 AM delete

Jwp kpd soalan kedua ialah, ianya perlu di osa kan kerana kalau tak, nanti kalau sangkut jho low tu, maka akan samgkutlah pm dan flom... jadi pm kena guna sepenuhnya akta2 utk selamatkan diri dan bini tercinta... takat dunia je la bro!@@

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 28, 2016 at 1:22 PM delete

Laaa...... Point UTAMA artikel WSJ adalah pendedahan surat Bank Negara Malaysia yang mengesahkan Goodyear bukan milik Petrosaudi tapi milik Jho Low ! Tapi kenapa cai2 Najib melalak tentang isu2 sampingan ?
BARU TUKAR TAYAR KERETA KE APA KE? dari Good Star ke Goodyear hahahaha 😂😀😂😂

Reply
avatar
dinturtle
AUTHOR
May 28, 2016 at 1:47 PM delete

hehehe ... ya kesilapan, takperlah.. rasanya goodyear tak marah. Promosi tu..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 28, 2016 at 3:56 PM delete

Bro Din yang sering patuh undang2 dalam penulisan blog pun kena block. They are going after the whistleblowers. Takdak teloq. Ada askar baru pulak tu dari BNM. Aku rasa OSA patut ditambah huruf N didepan menjadi Najib's Official Security Act. Bahaya woiii....GSL cinabeng gemuk punya dah terbukti. Bahaya sebab nanti ada link kepada melayu gemok muka banyak alter. Mystery solved

Reply
avatar
Tara ku cha cha
AUTHOR
May 28, 2016 at 4:00 PM delete

Memang lah Din, tujuan OSA pada intipatinya ialah untuk menjaga rahsia (maklumat) kerajaan, dan sudah pastilah bagi benda-benda yang sahih dan benar. Tak kan lah OSA itu direka untuk menjaga maklumat "auta, tipu atau temberang" kerajaan, seolah-olah seperti itulah yang setiausaha akhbar (yang tak berapa cerdik) itu mendakwa.

Mungkin tidak terlintas kepada yang tak waras bahawa apabila menjatuhi hukum OSA ke atas mana-mana dokumen, maka dokumen terbabit secara sendirinya adalah sahih dan benar.

Hanya orang-orang sewel sahaja (begitu banyak sekali wujud dalam UMNO) yang akan membangkitkan isu "penipuan" dokumen tersebut selepas teriakan, "Hah, itu dokumen OSA!".

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
May 28, 2016 at 6:01 PM delete

Salam Bro

Apa yang kecoh sangat ni? Biarkan luncai terjun dengan labu labu nya. Cerita ni dah lama dah...cuma WSJ nak tunjuk jantan sikit je (sebenarnya WSJ dari dulu dah kata mereka punya bukti)...sebab tu dia nak bagi gegar kat Najib yang selama ni pengecut...tapi gamaknya dia tetap pengecut...keluar statement yang mengatakan BNM dah buat laporan polis. Apa nak takut PDRM....silap silap yang buat laporan nanti kena cekup....kan itu SOP PDRM bila benda yang bersakngkut dengan 1MDB. Sape yang buat laporan bagi pihak BNM tu?....jaga jaga ya!...

Bro...I am totally lost for words bila sebut tentang 1MDB ni. Yang paling eloknya sekarang ni kita tunggu tindakan mahkamah luar negara yang sedang berjalan sekarang. Harapkan penguat kuasa dalam negara kita?...taik palat. PDRM dan AG pengkhianat rakyat. Apa lagi yang boleh kita harap?

Walaupun dalam negara sendiri tiada cahaya yang dapat kita harapkan...pastinya cerita dari tindakan mereka yang lebih jujur akan menyinari kegelapan yang kita alami sekarang.

Kita rakyat amat perlukan pendikar senyap dari dalaman yang berani mendedahkan kepincangan walaupun perkara itu di OSA kan. Jangan takut...perbuatan mendedahkan kepincangan adalah satu pengorbanan...kerana jalan yang sah disisi undang undang telah di sekat oleh Najib. Jangan anggap itu dosa kerana sesungguhnya itu adalah kerja yang murni.

OSA TIDAK BERTUJUAN UNTUK MELINDUNGI SALAH LAKU DAN JENAYAH.

KEBENARAN AKAN TERSERLAH JUA AKHIRNYA.

Reply
avatar
tatang ka
AUTHOR
May 29, 2016 at 1:00 AM delete

Bro Din jawapan kedua.
Kalau diketahui Good Star milik Jho Low apa akan terjadi dengan slogan hidup melayu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 10, 2016 at 8:36 PM delete

Tuu yg bleh di jadikan sumber sundomy...najib bapak petualang sundomy 1mdb satu Malaysia....

Reply
avatar