KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, May 4, 2016

dinturtle

Kenapa Perlu Tolak Najib Dan Mereka Yang Menyokongnya

Tanggung Jawab Moral


Kita suka bila menteri2 UMNO angkuh dan sombong. Dalam bahasa Inggeris ini disebut sebagai hubris( hyoo-bris). Mereka sombong dan angkuh bila menceritakan pencapaian mereka. Orang Inggeris kata- pride comes before a fall atau sombong mendahului kejatuhan. Mudah mudahan ini akan berlaku keatas BN.

Sememang nya mereka telah tewas dari segi undi popular dalam PRU13.BN hanya dapat 47% undi popular yakni dari jumlah undi keseluruhan nya.

Walaupun Najib melawat kampung yang bapanya Tun Razak lawat dahulu, rakyat Sarawak sedar bahawa kampung tetap tinggal kampung.

Kemajuan masih asing kepada penduduk pedalaman Sarawak. Hasil bumi kampung dan desa sudah diangkut keluar untuk mengayakan golongan terpilih. Rakyat hanya dapat tong2 untuk isi air. Kawasan luar bandar dan desa, tetap ketinggalan.Tidak banyak berubah selepas Tun Razak melawat. Biarlah Najib menitiskan air mata buaya nya.
 
  Semasa melawat Kampung Tribuh di Serian, Najib kata jika Tun Razak melakukan banyak pencapaian, dia pun mahu menjejaki prestasi Tun Razak. Ya, semasa Tun Razak kita tidak ada 1MDB! Najib Tun Razak mencapai ignominy yang paling dasyat dalam sejarah Malaysia. 
 
  Jika rakyat Sarawak tidak mahu UMNO , maka mereka mesti bermula dengan menolak Najib. Jangan benarkan Najib membawa budaya mungkar kedalam Sarawak. Mana boleh tidak mahu UMNO tapi mahukan Najib.  
 
  Saya tidak merasa hairan jika Najib membesar besarkan perkara remeh temeh seperti menghimbau kembali kenangan romantis masa lalu. Ianya bermakna dia sudah kehabisan modal. Kalau selalu sebut dan  merujuk nama Tun Razak, ertinya Najib appeal kepada emosi. Abad ke-21, rakyat Sarawak mesti guna akal. 
 
  Terlalu lama tengelam dalam emosi, itu sebab Najib kekalkan rakyat Sarawak dalam kesusahan. 
 
  Modal politik pembangunan sudah tidak laku lagi- sebab semua orang tahu yang menjadi kerajaan menguasai wang dan dana perbendaharaan- maka itulah sebab nya mereka bertanggung jawab melakukan kemajuan dan pembangunan. Masaalah nya, sejak Sarawak memasuki Malaysia, kerajaan BN yang memerintah tidak melakukan pembangunan yang adil. 
 
  Kita tahu agenda Najib. Dia sibuk diSarawak semenjak penamaan calun lagi; kempen sana sini dan sogok duit. Tokoh Cash is King sudah tiba. Dia mesti beri. Itulah cara dia menyelesaikan masaalah. Sejak dari dahulu lagi. Kerana dia tahu, implikasi PRU Sarawak ini keatas nya.
 
  Jika parti Pembangkang memperolehi lebih dari 28 kerusi, ia akan bermakna kerajaan BN Sarawak hilang majoriti 2/3. Jika hilang 2/3, maka parti komponen BN Sarawak akan mahu menilai kembali hubungan nya dengan BN Malaya. Jika mereka hilang 2/3 itu isyarat bahawa Najib ialah liability; 1MDB isiu besar yang terkesan keatas rakyat Sarawak. 
 
  Kehilangan  majoiti 2/3 juga merupakan proxy undi tidak percaya kepada Najib. Itulah mengapa Najib bertungkus lumus di Sarawak. Menabur duit. mengugut rakyat Sarawak.  Pendek kata buat apa sahaja untuk menang 2/3. 
 
Jika orang kampung di Sarawak jemput Najib merasmikan tandas awam , nescaya Najib pasti datang. Kalau tidak percaya, sila jemput Najib melakukan demikian. 
 
Sandiwara dan temberang pemimpin UMNO, orang sudah tahu. Rakyat menyampah melihat gambar Shahrizat Jalil menyuap nasi kedalam mulut orang tua. 
 
Rakyat sebenarnya pandai mengadili mereka yang berpura dan bersandiwara. Rakyat tahu UMNO akan musnah- bukan sahaja kerana angkuh dan sombong tapi juga kerana membenarkan mereka2 yang tidak berkualiti dan kurang asuhan (budi perkerti jahat) jadi pemimpin  dan mendominasi politik. 
 
Sebab itu kita tidak gentar dengan jumlah ahli UMNO 3 juta lebih, cawangan 22,000 dan bahagian 192. Kata orang putih, the scum rises to the top. UMNO has overreached itself. Empayar UMNO akan musnah. 
 
Terlalu lama, terlalu ramai dan terlalu sombong. 
 
Kita ingatkan UMNO. UMNO menyumbang sekitar 3.3juta undi kepada 5.2 juta yang diperolehi BN dalam PRU13. Jika semua ahli UMNO undi BN iaitu seramai 3.4 juta, ini bermakna UMNO hanya berjaya meyakinkan lebihan 1 juta pengundi sahaja?
 
  Itu menunjukkan UMNO tidaklah segagah kesombongan yang ditunjukkan oleh pemimpin seperti Azalina, Mat Maslan, Ismail Sabri, Salleh Said Keruak dan Rahman Dahalan kan? 
 
  UMNO hanya dapat 29% sahaja dari jumlah undi popular. PKR dan DAP secara gabungan mendapat 36% dari undi popular. Walaupun BN kalah dari segi undi sebenar, mereka masih hidup dalam dunia khayalan.  
 
Menteri Azalina kata 1MDB lah satu2 nya isiu yang pembangkang ada. Pembangkang tidak ada modal lain. Cara mana kita hendak layan si Azalina ini? How do we respond to this disingenious statement? 
 
Siapa mahu percaya kepada Azalina silakan; kita akan terus dengan pendirian kita. 1MDB induk dan ibu kepada semua keburukan yang selama ini disembunyikan oleh Najib dan kerajaan nya. 1MDB membongkar segalanya. 1MDB mendedahkan karakter Najib yang sebenar. 
 
Sirih pulang ke gagang, belut pulang ke lumpur, kambing pulang ke kandang, ayam kembali untuk mengeram.  Apa keburukan Najib sedang terungkai didepan mata. Karakter nya yang sebenar terdedah. 
 
Banyak lagi isiu ada, tapi 1MDB membayangkan segala yang tidak kena mengenai pengurusan negara ini. Negara kita tidak pernah bertemu dengan skendel kewangan seperti 1MDB. Arkitek kepada 1MDB ialah Najib Tun Razak. 
 
kepimpinan negara tidak jujur, tidak amanah, berbohong berulang kali, menyebabkan pencurian wang, melanggar undang2, bersubahat dengan orang jahat, melabur dalam syarikat palsu, membenarkan wang negara dicuri, membebankan negara dengan hutang, membeli asset pada harga yang palsu, memalsukan maklumat, membawa bencana ekonomi kepada negara. Dan diatas segala ini, pemimpin negara ini membinasakan prinsip pertangungjawaban.
 
Kita tidak boleh menyokong seorang pemimpin yang enggan bertanggung jawab. 
 
Jadi untuk menjawab soalan dan kenyataan dari menteri Azalina yang suatu ketika disuruh bertaubat oleh seoarang imam, walaupun 1MDB itu hanya suatu isu, tapi ianya mengandungi dan mewakili banyak kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan. 
 
  1MDB ialah depository segala kejahatan Najib dan kerajaan nya.
 
Maka, apa jenis kerajaan yang kita ada? Kita ada kerajaan yang tidak amanah dan tidak jujur, suka berbohong, tidak mendaulatkan undang2 negara, menipu berulang kali, menyembuyikan kebenaran, menyekat siasatan kebenaran dan sebagainya.  
 
Negara kita ini nampak elok dan molek di permukaan sahaja. Kata orang2 tua- indah khabar dari rupa. Perkhabaran nya datang dari propaganda kerajaan Najib yang menyembunyi kemungkaran yang dilakukan. Dalam bahasa moden, Malaysia sebuah sophisticated failed state- institusi berkerajaan semua masih ada, tapi mereka berfungsi menjaga dan melindungi Najib dan geng nya. 
 
Hutang negara kian meningkat. Apabila 1MDB memungkiri janji hendak bayar hutang nya sendiri, hutang negara akan melambung naik. 
 
Rakyat kesusahan. Golongan miskin terus ditinggalkan oleh golongan atasan. Pendapatan purata bulanan golongan teratas 20% Melayu ialah RM12,000. Pendapatan purata Melayu 40% terbawah ialah RM1700. 7 kali ganda. 
 
Ibu dan bapa mendapati sukar untuk menyarai persekolahan anak2 mereka. Harga barang dan alatan persekolahan meningkat naik. Sekolah2 pun mendapati sukar untuk mendanai aktiviti sekolah. Hospital tidak cukup ubat dan pesakit penyakit tidak kronik diarah pergi ke klinik desa. 
 
Petani mahu tahu sabsidi baja akan diteruskan. Peneroka Felda bertanya bolehkah pendahuluan RM1500 sebulan dinaikkan kepada RM2500/sebulan? Harga komoditi turun. harga barang makanan walaupun 0 GST, tapi penghantaran nya ada GST. akibat nya barang keperluan naik harga nya. 
 
Keadaan hubungan kaum renggang dan dalam bahaya kerana pemimpin memainkan isiu kaum bila tidak dapat menjawab issu2 yang di bangkitkan. Bangsa Melayu ditakutkan dan merasa cemas dengan dakyah kedudukan dan kepentingan mereka terancam. 
 
Institusi demokrasi dan kedaulatan undang2 dicabul. Pemimpin politik melaksanakan agenda2 nya diluar ruang perlembagaan. Cara pemerintahan begini ialah cara pemerintah yang zalim. Apabila pemerintah zalim, maka adalah wajib kita memutuskan hubungan dengan mereka.
 
Oleh yang demikian, kita rakyat Malaysia perlu bangkit menolak kerajaan Najib Razak.  
 
Kenapa kita mesti selamatkan Malaysia? Daripada apa dan siapa? 


Pertama kerana ianya tanggung jawab moral kita berbuat demikian. Cara yang legalistic nampak nya sukar kerana Najib menguasai segala nya. Tapi kita ada pilihan cara moral.
 
  Orang Islam selalu ingat mengenai prinsip bersyukur akan nikmat Tuhan. (lihat umpamanya Quran 14:7) . Ustaz UMNO selalu ingatkan orang Kampung yang taat beragama mesti besyukur dan mengiktiraf nikmat yang Tuhan beri. 


Kecuali prinsip ini di korapkan oleh UMNO supaya mensyukuri nikmat yang UMNO beri. Sedangkan bersyukur itu untuk Allah. Dan bertaat kepadaAllah bukan kepada UMNO.
 
Tapi kita disuruh mesti bertaat kepada UMNO. Kita tahu ini tidak betul. UMNO tidak beri apa2 kepada kita kecuali apa yang di amanahkan dari kita kepada mereka sebagai kerajaan.Menyediakan kemakmuran dan kebajikan adalah tanggung jawab bukan nya kurnia. Kita tidak boleh menuhankan UMNO. Atau mana2 kerajaan pun. 


UMNO ingat rakyat bodoh. UMNO sangka kita buang prinsip dan nilai mulia. Kita tahu berterima kasih. UMNO tidak  perlu mengajar kita. 
 
Suatu variasi dari prinsip syukur ini ialah mengucapkan terima kasih. kita mengktiraf dan berterima kasih bila orang berbudi kepada kita dan prinsip ini terpakai keatas semua yang berbudi bukan sahaja UMNO. Kalau kerajaan Kelantan berbudi  kepada kita, kita berterima kasih. Kalau kerajaan Pulau Pinang dan Selangor berbudi kepada kita, kita berterima kasih.Mana mungkin kalau kerajaan UMNO berbudi, kita berterima kasih, tapi jika kerajaan bukan UMNO berbudi, kita tidak perlu berterima kasih?


Tapi kita juga di ingatkan kalau kita kufur, hukuman Tuhan amat dasyat keatas kita.


Bagaimana kita kufur? Antara nya kalau kita menolak dan membelakangkan prinsip amanah, enggan menegakkan kebenaran, tidak jujur, tidak melawan kezaliman. Kalau kita tolak prinsip2 ini- yakni kita kufur maka hukuman Tuhan keatas kita amat dasyat.


Apa terpakai keatas kita orang biasa dan kecil, mestilah lebih terpakai keatas pemimpin dan pembesar. 


Maka kerana itu dan sebab yang kedua, kita mesti selamatkan negara ini dari penyebab dan punca musibah yang terdahsyat yang nama nya Najib Razak. Orang yang engkar dan membelakangkan prinsip jujur, amanah, patuh kepada undang2, menyebabkan harta rakyat disonglap dan sebagainya adalah wajib kita menjauhkan diri dari nya. 


Angkara durjana dan murka.


Apa yang dia buat? Pemberita2 yang berjerawat muka dan belum sempurna basuh kencing bertanya- apa yang Najib lakukan sehinga kita mahu keluarkan nya? Saya sudah nyatakan- yang buta pun nampak apa yang Najib lakukan. Yang pekak dengar apa yang Najib buat. 


Namun sebagai pengajaran kepada budak2 yang belum akil baligh ini, elok kita ulangi. Kerana khuatir pekak dan buta itu sengaja dibuat. Tambahan pula bila ada sesuatu majlis, ramai pemberita yang makan dedak hadhir. Tugas mereka ialah membuat haru biru dan menanam kekeliruan.


Pertama sekali, mana mungkin kita berketuakan seorang yang tidak jujur dan amanah? Jika seorang pemimpin ada ciri2 ini, harta rakyat harta dia, harta rakyat dia akan makan.
 
Ketika Tun Razak meninggal, dia bukan ada duit banyak. Duit tunai yang ada ketika itu, sebelum nya diamanahkan kepada Tengku Razaleigh di pulangkan kepada seorang anak Tun Razak ( bukan Najib). Agaknya, perangai Najib yang sebenarnya sudah diketahui ketika itu. 


Tapi Najib hari ini ada wang yang begitu banyak. Dia boleh belanja lebih dari RM3juta untuk beli intan berlian. Dia boleh belanja RM45juta beli kain dari gedung pakaian Jakel. Boleh belanja RM400 ribu untuk bermalam di Shangri La Hotel. 


Dari mana Najib dapat duit ini? Dia bukan berniaga. Gaji sebagai PM bukan nya berjuta juta. Pencen sebagai MB Pahang tdak sampai RM10 ribu.Pemilikan wang yang begitu banyak amat mencurigakan. 
Betul atau tidak kita tidak tahu- tapi ramai orang kata Najib ambil wang rakyat.  


Kedua, Najib cabul undang2 negara. Dia telah menyebabkan 1MDB hantar duit langgar undang2 perbankan dan arahan Bank Negara. Lain yang diarah, lain yang buat; bahkan bank pun ditukar. Hantar wang kepada dua akaun. Jelas menujukkan ada niat dan elemen menipu dan pecah amanah. 


Dia pulangkan RM2 billion ikut jalan apa? Dia guna undang2 untuk menyekat penyiasatan keatas kebarangkalian ia melakukan rasuah. Dan persepsi rakyat ialah Najib melakukan rasuah. 


Kita ada pemimpin yang seorang pembohong bersiri. Ketika ditanya adakah dia simpan wang orang lain dalam akaun nya- dia kata tidak. Malah lashkar2 Najib dan seorang ulamak kata- bodoh Najib kalau simpan duit awam dalam akaun peribadi. Ternyata Najib memang bodoh bila betul2 ada duit awam dalam akaun peribadi nya. UMNO sendiri dan ulamak yang mengesahkan Najib seorang yang bodoh bila terbukti dia simpan wang awam dalam akaun peribadi.


Apa dia kata? Dia kata dia tidak pakai wang tersebut untuk tujuan peribadi. Kita tidak tanya soalan itu. Soalan kita ialah kamu simpan wang awam dalam akaun peribadi kamu atau tidak? Dia bohong kepada rakyat.Samaada dia pakai untuk peribadi atau tidak, bukan bergantung kepada apa yang dia kata. Kalau dia bohong kepada kita bagaimana? Kita kena siasat dahulu bukan dengar cakap Najib. Cakap nya tidak laku lagi sekarang. 


Wang itu katanya sumbangan negara Arab kepada Najib sebagai pembela aqidah ahli Sunnah wal jemaah. Iu fatwa seorang pemimpin UMNO dari Kuantan. Entah Najib faham konsep ini atau entah tidak. Kemudian dia kata wang itu sumbangan untuk melawan keganasan militan  Islam seperti ISIS sedangkan ISIS ujud kemudian dari wang berada dalam akaun. Kemudian wang itu untuk dana melawan DAP kerana parti itu bersekongkol dengan Israel. 


Seorang pembohong akan berterusan membohong bila penipuan nya terdedah. 


Bolehkan kita berketuakan seorang yang bukan sahaja tidak jujur, tidak amanah, melanggar undang2, menyekat keadilan, dan pembohong bersiri menjadi ketua Malaysia?


Atas sebab2 inilah kita mesti menolak Najib sebagai PM. 


Najib telah mendedahkan Malaysia kepada musibah ekonomi. Hutang negara meningkat. Hutang yang dimungkiri 1MDB akan menyebabkan negara berhutang 1 trillion. Hasil pendapatan menurun. Kombinasi ini membuat negara terpaksa mendapat kredit dari luar negara? Siapa yang mahu beri kredit kepada negara yang dipimpin oleh ketua yang bohong berulang kali? 


Pengemudian nya keatas 1MDB menunjukkan beberapa sifat yang membatalkan kredibiliti dan menyebabkan dia  tidak layak jadi pemimpin. 


Cara dia mengemudi 1MDB menunjukkan seorang yang suka melakukan onar secara diam2, sorok2 songlap harta rakyat, mengetuai gengnya melakukan operasi haram, dan pecah amanah. Ini menunjukan seorang pemimpin yang tidak jujur dan tidak amanah. 


Akhir nya terbongkar jua. Najib sebut istilah gang. Istilah gang ini biasanya terpakai untuk perompak dan penyamun. Rupa2 nya apa yang terpendam dalam alam bawahsedar- atau subconscious, terdedah. Najib ialah boss. Boss mesti ada gang. Boss dan gang akan mengenakan Malaysia.


Awal nya anggota kumpulan ini ialah ‘bossie’  Najib dan Jho Low dan Tarek Obaid. Yang dua terkemudian ini dibantu oleh Patrick Mahony, Casey Tang, Li Lin Sit, Tiffany Heah . akhir nya ada Shahrol Azral- tonto kepada kemo-sabe di Malaysia.


Shahrol Azral tonto, Najib Kemo-Sabe. Sebentar, ada jenaka mengenai tonto dan kemo-sabe.
 
The Lone Ranger and Tonto went camping in the desert. After they got their tent all set up, both men fell sound asleep. Some hours later, Tonto wakes the Lone Ranger and says, "Kemo Sabe, look towards sky, what you see?"
The Lone Ranger replies, "I see millions of stars." "What that tell you?" asked Tonto.
The Lone Ranger ponders for a minute then says, "Astronomically speaking, it tells me there are millions of galaxies. Time wise, it appears to be approximately a quarter past three in the morning. Theologically, the Lord is all powerful and we are small and insignificant. Meteorologically, it seems we will have a beautiful day tomorrow. What's it tell YOU, Tonto?"
"You dumber than buffalo. Someone stole tent."
 
Kemudian ahli gang Najib termasuklah putera Turki, Kazem al Qubaisi, Badawi al Husseini, Dato Subuh, Nik Faisal, dan akhirnya,  Arul Kanda. 


Seperti kata Dr Mahathir semua yang terlibat dengan angkara durjana 1MDB mesti dihadapkan ke Pengadilan. Gang ini mesti di indict.  


Ini semua ahli gang Najib. Ianya deskripsi yang amat tepat. Semua yang sokong Najib dan membela nya ialah anggota gang. Dan gang ini melakukan angkara durjana. Gang ini gang jahat. Agaknya, Adenan Satem menyesal, Najib memasukkan dia sebagai ahli gang Najib.


1MDB menunjukkan Najib berbohong kepada rakyat berulang kali. Dia seorang yang melanggar undang2, tidak boleh dipercayai, sanggup menggunakan undang2 zalim untuk menekan dan menghalang keadilan, dan memusnahkan tiang2 penyokong demokrasi. Najib menguasai dan mengguna polis, tentera, penjawat awam, institusi Bank Negara, dan institusi kehakiman. 


Golongan cendekiawan pula membisu dan membodek; ustaz dan padri2 tidak lansung menyuarakan tentangan terhadap angkara tidak jujur dan pecah amanah, rasuah, pencurian dan penyonglapan dan seterusnya. Tidak ada suara sedikit pun. Kita kufur kepada prinsip2 mulia yang Tuhan suruh kita laksanakan dalam berkerajaan. 


Benarlah pintu neraka akan dimasuki dahulu oleh golongan agama yang menjual nikmat kekal untuk keseronokan segera dibumi.


Artikel di atas saya copypaste dari sakmongkol.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 4, 2016 at 12:43 PM delete

Sekarang bukan masa untuk tolak aje, sekarang adalah masa untuk tangkap semua yang terlibat dalam kes fraud terbesar dunia ni dan bicarakan, kalau dapati salah sumbat dalam jel. Kalau ada whodud boleh jugak potong apa yang patut ...kaki, ke tangan tak pun potong kepala terus

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 5, 2016 at 3:03 AM delete

Salam,

Kes 1mdb boleh dianggap hutang kecil jika dibandingkan peningkatan kadar hutang negara. Dari 108b pada 2003 kepada 300b+ pada zaman dan hero paling terror, anggaran kasar 1 trillion untuk tahun kira - kira 2016. 1MDB baru 50b. Ada lagi kurang lebih 650b yg perlu dikesan kemana hilangnya. Pembangunan boleh dianggap tiada. Zero Development.
Korek dan korek dan terus korek lagi. Dalam dunia ada berpuluh ribu bank. Dalam Ambank sahaja 2.6b. Banyak lagi deposit menteri - menteri ni.

Akhir kata, UMNO kata TUN yang salah, walaupun mereka dah sebat semua duit. Kuikuikui.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 5, 2016 at 8:38 AM delete

Perkongsian & catatan yg tepat. Saya sependapat dgn penulis. Suka juga nak tunggu mantan perdana menteri, pak lah membuat update pd edisi bukunya bahawa Malaysia nak bankrap!!!
Duduk kat menara petronas tentu byk idea!!!

Reply
avatar