KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Friday, May 20, 2016

dinturtle

Kepada Salleh Keruak - Sumber Maklumat Tak Penting, Kalau Ianya Fitnah, Saman Sajalah ! Alasan jer ...

Mkini
Jika benar laporan WSJ, kenapa WSJ tak namakan sumber .... itu point utama posting terbaru Salleh Keruak  sebagaimana terjemahan Mkini.

Itu Salleh sifatkan sebagai cara seorang pengecut mahu menggelakkan diri daripada di saman.

Hahahahaha ...... apakah semua akhbar dengan rela akan mendedahkan sumber maklumat berita2 sensasi @ pendedahan2 eksklusif yang bersifat sensitif ? Jika pihak akhbar sesenang itu mahu dedahkan sumber mereka, tidak akan ada sesiapa lagi yang mahu beri sebarang malumat rahsia atau sensitif kepada media.

Bukan saja WSJ, malah akhbar tempatan pun punya prinsip yang sama. Tapi itu tidak menghalang mana2 pihak yang terasa dianiaya oleh laporan2 sebegitu untuk menyaman pihak akhbar. Mereka saman atas dasar laporan yang bagi mereka adalah satu fitnah kepada kepentingan mereka dan mereka saman atas dasar kebenaran.

Soal pihak akhbar mahu dedah atau tidak sumber maklumat, itu akan diputuskan oleh mahkamah. Apa yang penting, mereka yang merasa diri difitnah boleh saja menyaman pihak akhbar atas artikel yang disiarkan. Demi untuk membersihkan nama mereka dan membuktikan mereka tidak bersalah sebagaimana yang didakwa oleh pihak akhbar.

Dan terbukti banyak kali, pihak akhbar tewas dalam kes2 mahkamah sebegitu.

Jadi soal pihak akhbar tidak mahu dedahkan sumber maklumat tidak harus dijadikan alasan untuk tidak menyaman dalam dalam kes ini - Najib harus saman WSJ jika benar beliau difitnah demi menyelamatkan maruah dirinya, keluarganya dan rakyat Malaysia.

Kemudian Salleh berkata - seringkali terbukti laporan WSJ tidak benar ... dan berikan contoh lapuran WSJ mengenai pengganti Gabenor BNM baru yang 'salah' orang.

Itu sajakah contoh salahlapor yang mampu Salleh dan cai2 Najib berikan tentang WSJ ? Bagaimana dengan contoh salahlapor berdasarkan artikel2 pendedahan mengenai isu 1MDB, 2.6 bil dan yang berkaitan  dengan kedua isu itu ?

Bukan saja WSJ, malah rakyat pun masih ternanti2 bukti dari pihak Salleh dan kerajaan yang menunjukkan laporan dari Sarawak Report telah diubahsuai maklumatnya, sebagaimana yang sering didakwa oleh Salleh, Azalina, Tg Sarippudin, Rahman Dahlan dan mereka yang sewaktu.

Dah 5 bulan sejak pihak polis berjumpa dan mengambil keterangan daripada Xavier Justo di penjara Thailand tapi masih belum ada bukti2 yang menyokong dakwaan mereka ini.

Malahan, rakyat Malaysia tambah yakin dengan laporan2 SR dan WSJ bilamana laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen menyokong sepenuhnya apa yang kedua media itu dedahkan. SAMA saja laporan PAC dengan laporan SR dan WSJ !

Nah, apakata Salleh sendiri yang keluarkan bukti yang menunjukkan apa yang dilaporkan oleh WSJ itu adalah fitnah ? Yang penting di sini adalah persepsi rakyat bukannya menang atau kalah dimahkamah. Bukankah selaku cai Najib, tugas utama Salleh adalah untuk memenangi hati rakyat terhadap Najib ?

Kalau Salleh mampu buktikan WSJ menfitnah dalam lapuran2 mengenai 1MDB dan 2.6 bilion, dengan sendirinya rakyat akan menolak WSJ.

Satu lagi yang saya hairan, kenapa tetiba jer Salleh mengkritik WSJ menggunakan hujah yang terlalu umum, sepertinya itu kali pertama Salleh mengkritik WSJ ?

Apakah kerana baru ini WSJ mendedahkan mengenai pembelian hartanah mewah oleh anak tiri Najib @ anak Rosmah di London yang bernilai RM138 juta bersumberkan dana dari 1MDB ? ( Mkini )


Huh ? Hartanah mewah di London pulak ? Ingatkan di Amerika je, rupanya di London pun ada juga ........ peeeergh ! Kejayaan anak Melayu seperti ini tidak patut dirahsiakan, seharusnya diwar2kan supaya mereka ini boleh dijadikan sumber inspirasi kepada anak2 Melayu lain untuk berjaya diperingkat dunia ! 

Seperti juga filem lucah Wolf of Wall Street, kenapa diharamkan penayangannya di Malaysia ? Kan diterbitkan oleh seorang anak Melayu ... filem Hollywood yang berjaya dan dilakonkan oleh DiCaprio .... kena bangga tuh !


Hmmm ... mungkin saja ada kaitan kritikan terbaru Salleh terhadap WSJ dengan artikel itu. Kononnya melalui penulisan nya itu, Salleh dapat tunjukkan pada Rosmah dan Najib yang beliau sudah berjaya menangkis serangan terbaru WSJ terhadap Reza Aziz .... kononnya.

Pendek kata - Siapa sumber maklumat tak penting, yang penting adalah laporan yang dibuat. Kalau salah atau berunsur fitnah, saman sajalah.

Dan kepada Salleh yang merupakan orang dalam kerajaan dan punya akses kepada maklumat2 yang sahih, kenapa tidak dedahkan mana2 maklumat yang mampu membuktikan laporan2 WSJ itu palsu ?

Melainkan ... sememangnya laporan2 itu ada kebenarannya.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

12 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 20, 2016 at 4:29 PM delete

Lantik melayu proto untuk bela pemimpin pendatang bugis dan jowo... begitulah gayenye!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 20, 2016 at 5:01 PM delete

Aku bangga 'Anak Melayu' boleh beli hartanah di tempat omputih.Aku juga bangga 'Anak Melayu' boleh keluarkan filem di Hollywood. Aku bangga 'Anak Melayu'boleh kumpul duit di tempat omputih dalam sekelip mata.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 20, 2016 at 5:02 PM delete

menteri komunikasi yang x pandai komunikasi.. ada blog sendiri pun x kasi orang komunikasi sana...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 20, 2016 at 5:05 PM delete

You all tak bangga ke ade Menteri mcm Salleh Keruak?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 20, 2016 at 8:33 PM delete

Perasuah dijunjung dan ditatang,pejuang di lenyapkan...Tak akan hilang Melayu didunia, yang akan hilang kuasa Melayu di mata dunia.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 20, 2016 at 11:51 PM delete

Salleh baral ni tak payah layan bang din. Selalu apa yg dicakap dia sendiri pun tak paham. Dia ni asalnya dulu bodoh. Sekarang ni dah sampai tahap bebal. Penyamun dia ni. Kalau hebat sangat patut dia suruh pm penipu dia saman. Sekali pun dia tak pernah cakap bab saman. Dia dah tak jadi menteri tak lama lagi taulah nasib dia ni.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 21, 2016 at 12:06 AM delete

Bebual sendiri boleh laa

Reply
avatar
Sabri Degreat
AUTHOR
May 21, 2016 at 1:36 AM delete

macam mana la si salleh keruak ni boleh jadi menteri... I.Q dia brapa.. dah makin bebal.. Fitnah adalah benda yg direka utk jatuhkan seseorg... si salleh di tau tal Saman fitnah tu apa... kalau dr statement dia kompom menang kalau najib saman hahaha... Saman la... dah banyak hari selasa aku tunggu..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 21, 2016 at 2:44 AM delete

12.06 atok kau taknak berbual lah..dah ajak dah...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 21, 2016 at 8:16 PM delete

Kalau Salleh nak tahu SUMBER nya, kat MAHKAMAH lah Tempat yg sesuai utk di BONGKARKAN Sumber2 nya...so, please SAMAN WSJ secepat yg Boleh..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 21, 2016 at 10:33 PM delete

Sebagai menteri dia buka blog. Tak ada siapa pun peduli. Main syok dia je tulis. Dahlah bodoh, tak ada orang nak kawan pulak tu. Menteri apa yg langsung orang tak peduli. PM kau orang semua ni sama je bangangnya. Lantok Salleh supaya dia terus puji PM. Alamat nak melingkuplah BN.

Reply
avatar
tatang ka
AUTHOR
May 22, 2016 at 1:29 AM delete

Bro Din saya petik daripada komen Bro Din,
"Bukankah selaku cai najib tugas utama Salleh (burung kuak kuak) adalah untuk memenangi hati rakyat terhadap najib."
Saya rasa memang bukan Bro Din. Pada Salleh tugas utama adalah untuk memenangi hati najib terhadap dia daripada memenangi hati rakyat terhadap najib.
Kedua Bro Din
" Pendek kata-siapa sumber maklumat tidak penting. Yang penting adalah lapuran yang dibuat. kalau salah atau berunsur fitnah saman sajalah."
Saya rasa pada Salleh apa yang dia cakap itu bercelaru tidak penting. Saman atau tidak, tidak penting. Yang penting najib tahu dia ada bercakap.
Sebab :-Salleh,najib,rahman,azalina, kesemua pemakan dedak uuumno/parti komponen BN (ada yang sudah bisu)seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia sudah tahu hal sebenar.Jadi tidak penting lagi atau tiada sudah alasan yang boleh diguna pakai sebab "guilty as charge" cuma yang penting sekarang ialah membodek.

Reply
avatar