KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, May 11, 2016

dinturtle

Menjawab FITNAH Terbaru Najib - Kegagalan IPO Punca Masalah 1MDB Dan Gagal Kerana DiSerang

astroawani
Ternyata Najib masih sombong tidak mahu mengaku idea 1MDBnya yang hampeh dan cuba menyalahkan orang lain di atas kegagalan 1MDB.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ini berikutan pendekatan 1MDB menggunakan kaedah pembiayaan hutang bagi perniagaannya yang memerlukan penerbitan IPO dalam masa singkat.

"Pada masa itu, kita cuba pendekatan yang berbeza sebab kita tidak mahu menggunakan dana kerajaan. (Ini kerana) dana kerajaan boleh digunakan untuk projek atau program lain.

"Bagi 1MDB, kita gunakan 'debt funding' (pembiayaan hutang) tetapi dengan syarat kita boleh buat IPO secara cepat. Namun tidak dijangka bahawa 1MDB akan diserang sebegitu sekali.

"Apabila diserang, IPO tidak dapat dilakukan, maka timbullah masalah aliran tunai," katanya dalam rancangan temubual khas Eksklusif Bersama Perdana Menteri bersempena ulangtahun ke-70 UMNO yang disiarkan di saluran TV1 RTM, di sini, malam ini.



Ok, kita jawab FITNAH yang cuba dilemparkan oleh Najib di atas menggunakan BUKTI2 yang diberikan oleh PAC sendiri. Artikel nampak panjang ..... jangan takut, kebanyakannya adalah copypaste dari laporan PAC. Tulisan berwarna biru adalah komen saya.


( mukasurat 71 - 74 )

5.3.7 Kegagalan Penyenaraian Awal Awam (IPO) Edra Global Energy Bhd.(Edra)

Cadangan awal penyenaraian 1MDB dalam Penyenaraian Awam Permulaan (IPO) telah dibentangkan oleh Goldman Sachs semasa Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah pada 8 Februari 2012. Cadangan IPO ini merupakan salah satu post-acquisition strategic option selepas perolehan syarikat Tanjong Energy Holdings Sdn. Bhd. (TEHSB). Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Encik Shahrol Azral telah memaklumkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 2 Mac 2012, bahawa sebahagian kos pembiayaan perolehan TEHSB boleh dilunaskan dengan kejayaan IPO.


- dibentangkan oleh Goldman Sachs pada 2012
- IPO sebagai cara membayar kos pemilikan IPP

Najib kata dalam artikel di atas -

"Pada masa itu, kita cuba pendekatan yang berbeza sebab kita tidak mahu menggunakan dana kerajaan. (Ini kerana) dana kerajaan boleh digunakan untuk projek atau program lain.

"Bagi 1MDB, kita gunakan 'debt funding' (pembiayaan hutang) tetapi dengan syarat kita boleh buat IPO secara cepat


sepertinya idea IPO ini merupakan pelan dari awal penubuhan 1MDB padahal ia hanya timbul ketika pembelian IPP pada tahun 2012. Dari tahun 2009 -2012 sebelum idea IPO ini timbul, apakah pendekatan Najib ?

1MDB telah mengambil pinjaman jangka pendek melalui syndicated bridging loan daripada Maybank Investment dan RHB Bank Berhad berjumlah RM6.17 bilion manakala baki berjumlah RM2.5 bilion akan ditanggung melalui pengeluaran Nota USD berjumlah USD1.75 bilion yang harus diselesaikan.

Pada 15 Oktober 2012 semasa mesyuarat Lembaga pengarah 1MDB En. Vincent Koh telah memaklumkan pelaksanaan IPO dijangka pada suku pertama tahun 2013 setelah selesai perolehan stesen janakuasa Powertek dan Kuala Langat. Bagaimanapun dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 22 Januari 2013, Encik Shahrol Azral memaklumkan pelaksanaan IPO ditangguhkan sehingga penghujung tahun 2013 selepas berjaya memperoleh dan menambah pengambilalihan sebuah lagi projek tenaga greenfield dengan kerjasama Mitsui & Co. Ltd. (Projek 3B). Selain itu, penangguhan pelaksanaan IPO juga dibuat bagi mengelak penyenaraian pada masa yang sama dengan kumpulan Malakoff. Seterusnya dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 15 Julai 2013, Encik Hazem memaklumkan bahawa adalah amat penting untuk memperoleh Projek 3B yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Mitsui & Co. Ltd. bagi memenuhi kriteria penyenaraian IPO. Memandangkan keputusan bidaan hanya akan diketahui dalam bulan Januari 2014, rancangan penyenaraian IPO akan ditangguhkan sekali lagi.

Berdasarkan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 19 Ogos 2013, Pengerusi 1MDB telah mengarahkan pihak pengurusan untuk berusaha menyatukan dan merasionalisasikan operasi ketigatiga syarikat IPP sebagai persediaan untuk penyenaraian bahagian tenaga 1MDB yang dirancang dalam tahun 2014. Antara langkah yang diambil terhadap arahan ini adalah dengan mewujudkan 1MDB Energy Group Berhad (Edra) yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras
aktiviti penyenaraian IPO yang dirancang. Syarikat ini kemudiannya telah ditukar nama kepada Edra Global Energy Berhad (Edra) selepas kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 1 Disember 2014, iaitu syarikat induk sektor tenaga yang bertindak sebagai pengurusan utama terhadap kesemua syarikat berkaitan tenaga di bawah kumpulan 1MDB.


Menurut 1MDB, penyenaraian IPO telah ditangguhkan atas sebabsebab politik dan pasaran semasa. Encik Hazem telah memaklumkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah pada 26 Mac 2014, berdasarkan penilaian awal bank pelaburan, sekiranya penyenaraian tersebut berjaya dilaksanakan ianya boleh mendatangkan hasil berjumlah RM15 bilion hingga RM25 bilion. Bagaimanapun, apabila permohonan IPO dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti pada bulan November 2014, nilai IPO yang dijangka akan diperoleh adalah di antara RM9.86 bilion hingga RM11.30 bilion. Mengikut maklumbalas 1MDB kejayaan penyenaraian tersebut bergantung kepada faktor luaran di luar kawalan syarikat. 1MDB telah mula merancang dan memulakan kerja-kerja persediaan untuk IPO pada tahun 2013 iaitu sebelum banyak kenyataan negatif dan tuduhan media dan parti politik dalam tahun 2014 dan 2015.

Faktor politik itu adalah menurut 1MDB. Begitulah juga seperti kata Najib ... iaitu MENURUT NAJIB. Pendek kata - itu cuma ALASAN.

Permohonan dikemukakan pada bulan November 2014, dan jangkaan nilai IPO adalah RM9.86 bil - RM11.30 bil ( pada bulan Mac Hazem jangkakan RM15 bil - RM25 bil  .... tapi itu adalah JANGKAAN Hazem ) Apakah pengurangan jangkaan yang mampu diraih dari IPO itu adalah kerana sebab2 politik ?

Siapa pernah dengar tentang isu2 1MDB sebelum November 2014 ? Sebelum itu hanya pembangkang saja yang bersuara tentang 1MDB dan jarang mendapat perhatian dari rakyat pun. Tun Mahathir mula menulis tentang 1MDB adalah pada 27 Oktober, 2014 melalui artikel chedet bertajuk - 1MDB.

Ketika itu pun tidak ramai yang beri perhatian lagi. Isu 1MDB mula diberi perhatian pada penghujung tahun 2014 ketika Khairuddin buat repot polis terhadap pengurusan 1MDB. Itu pun masih ramai yang tidak ambil peduli.

Jadi bagaimana yang dikatakan faktor politik menjadi penyebab kegagalan penyenaraian IPO 1MDB ?

Kesan daripada penangguhan kedua IPO adalah seperti berikut:

· Pinjaman Maybank berjumlah RM6.17 bilion yang matang pada bulan November 2013 tidak dapat dilunaskan dan 1MDB telah membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh matang selama 6 bulan lagi berakhir bulan Mei 2014.


· 1MDB terus gagal untuk melunaskan pinjaman pada bulan Mei 2014 dan telah membuat re-finance of loan setelah membuat bayaran balik pinjaman sebanyak RM670 juta. Pinjaman refinance dengan Maybank kini berjumlah RM5.50 bilion.


· Pihak JAN mengandaikan pelunasan pinjaman berjumlah RM670 juta ini juga telah dibiayai daripada pinjaman baru yang telah diambil pada bulan Disember 2013 oleh 1MDB Real Estate Sdn. Bhd. daripada Ambank Berhad. Ini kerana sebahagian besar pinjaman telah diberi kepada 1MDB sebagai pendahuluan dan bukan digunakan untuk membiayai projek penempatan semula Bandar Malaysia (iaitu tujuan sebenar pinjaman diambil).


· Pinjaman 1MDB semakin meningkat dan pembiayaan yang sepatutnya digunakan untuk projek pembangunan telah digunakan sebahagiannya untuk melunaskan pinjaman.

· Kos pinjaman yang ditanggung oleh syarikat semakin meningkat dan kos yang perlu ditanggung untuk melanjutkan pinjaman juga merupakan kos tambahan.


Kesemua kesan penangguhan IPO yang disebut di atas berlaku SEBELUM Tun Mahathir bersuara !

Mukasurat 73

Kesemua penangguhan dibuat oleh pihak pengurusan sendiri dan lembaga pengarah atas penilaian perniagaan mereka. Tidak ada kaitan dengan faktor luaran apatah lagi faktor politik.

Di mukasurat  86, kita boleh baca analisis yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara yang antara lain menyentuh bab pelaburan dan pinjaman berkaitan IPP dan penyenaraian IPO ini -

i) Selain itu, analisis JAN mendapati beberapa keputusan berkaitan pinjaman/pembiayaan untuk pelaburan telah dibuat tanpa perancangan terperinci. Antaranya adalah seperti berikut:

i. Implikasi jaminan yang diberikan oleh IPIC terhadap terbitan Nota USD1.75 bilion (yang pertama) merangkumi call and swap option dan security deposit tidak dibuat kajian secara terperinci mengenai kesannya terhadap IPO dan kedudukan kewangan Kumpulan 1MDB.

Bagaimana mungkin mahu IPO kalau diberikan Option 49% kepada Aabar ke atas pemilikan Edra selama 10 tahun ? 

ii. Kumpulan 1MDB telah memperoleh 10 pinjaman/pembiayaan jangka pendek antara 15 hingga 48 bulan bagi membiayai perolehan aset sektor tenaga yang bersifat jangka panjang. Ini menyebabkan Kumpulan 1MDB terpaksa mengambil pinjaman/pembiayaan baru untuk membayar balik pinjaman/pembiayaan jangka pendek yang matang.

iii. Pelaksanaan IPO ditangguhkan kerana ingin memperoleh projek baru bagi menambah nilai IPO tanpa membuat unjuran keupayaan sebenar syarikat untuk membayar balik prinsipal dan kos pinjaman yang matang dalam tempoh terdekat dan sekatan-sekatan yang dikenakan oleh pembiaya.

Ada tak Jabatan Audit Negara sebut apa2 tentang faktor luaran dan politik ?

Di bawah adalah antara rumusan PAC - ( mukasurat 103-105 )

Setelah diteliti, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati bahawa struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan Kumpulan 1MDB adalah kurang memuaskan. 1MDB bergantung kepada hutang (pinjaman bank, bon dan sukuk) sebagai modal syarikat, di mana sebahagian hutang tersebut telah mendapat jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan. Hutang tersebut bermula pada tahap RM5 bilion pada tahun 2009 dan meningkat kepada RM42 bilion, berbanding aset sebanyak RM51 bilion, pada tahun kewangan berakhir 31.03.2014, di mana 1MDB membelanjakan sebanyak RM2.4 bilion untuk pembayaran faedah ke atas hutang. Pada Januari 2016, hutang 1MDB mencecah RM50 bilion, berbanding aset RM53 bilion, di mana 1MDB membelanjakan sebanyak RM3.3 bilion untuk pembayaran faedah ke atas hutang antara 1 April 2014 hingga 31 Mac 2015
(anggaran yang belum diaudit). Adalah jelas bahawa tahap hutang dan pembayaran faedah terlalu tinggi berbanding dengan aliran tunai syarikat. Oleh itu, 1MDB bergantung kepada pembiayaan semula (refinance) untuk pembayaran balik hutang matang dan juga mengambil hutang baru untuk, antara lain, pembayaran faedah hutang sebelumnya.


Setelah beroperasi selama lima tahun, 1MDB menghadapi masalah ketidakseimbangan aliran tunai pada November 2014. Pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah pada masa itu sedang bergantung kepada tawaran saham awam permulaan (IPO) syarikat milik penuh 1MDB, Edra Energy Berhad, untuk menjana dana, yang akan digunakan untuk pembayaran balik hutang dan pembayaran faedah. Namun demikian, IPO tersebut tidak dapat dilaksanakan sebab faktor dalaman syarikat dan faktor luaran. Berikutan itu, kerugian pertama syarikat sebanyak RM665 juta yang diumumkan pada November 2014 telah menyebabkan keyakinan terhadap syarikat telah terhakis. Susulan itu, 1MDB tidak dapat membiayai semula (refinance) hutang sebanyak RM2 bilion yang hampir matang pada masa tersebut.

Model perniagaan 1MDB terlalu bergantung kepada pinjaman dan ini amat membebankan syarikat dan tidak mampan kerana syarikat tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membiayai pinjaman dan kos operasinya.

Jom kita baca balik apa kata Najib semalam -

"Pada masa itu, kita cuba pendekatan yang berbeza sebab kita tidak mahu menggunakan dana kerajaan. (Ini kerana) dana kerajaan boleh digunakan untuk projek atau program lain.

"Bagi 1MDB, kita gunakan 'debt funding' (pembiayaan hutang) tetapi dengan syarat kita boleh buat IPO secara cepat. Namun tidak dijangka bahawa 1MDB akan diserang sebegitu sekali.

"Apabila diserang, IPO tidak dapat dilakukan, maka timbullah masalah aliran tunai,"



Najib punya kuasa penuh ke atas 1MDB tanpa diganggu oleh sesiapa pun termasuk faktor luaran dan politik dari tahun 2009 - penghujung 2014. Ketika Tun Mahathir mula bertanya mengenai isu2 1MDB, syarikat sudah mula bermasalah besar kerana tidak ada bank yang sanggup berikan hutang lagi kepada 1MDB. Selama itu, 1MDB hidup atas HUTANG. 

Tak cukup duit bayar hutang, 1MDB akan berhutang lagi lebih besar. Gali Lubang Tutup Lubang - itulah pendekatan sebenar 1MDB ! 

Langsung tidak ada check and balance. Semua atas kepala Mr117.  Selama 5 tahun diurus secara lemah dan berhutang berlebihan secara melampau ( itu menurut JAN dan PAC ), bila sudah terdesak untuk menjawab kepada rakyat, tetiba disalahkan kepada faktor luaran ? ( kita boleh agak siapa yang Najib maksudkan )

Kemudian Najib merujuk kepada kenyataan Tan Seng Giaw konon menyokong dirinya tidak bersalah -

"PAC sudah bentangkan hasil laporannya. Malah, Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw yang juga ahli pembangkang, telah membuat kenyataan secara terbuka bahawa mengikut pengamatannya, saya tidak melakukan sebarang kesalahan (dalam 1MDB).

Bagaimana dengan kenyataan media bersama kelima2 ahli pembangkang yang menjadi ahli PAC berkaitan samada Najib bersalah atau tidak ? -


“Malangnya pihak PAC juga tidak dapat mengesahkan sama ada pembayaran dilakukan daripada 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri kerana dokumen-dokumen yang diperlukan seperti penyata bank tidak diserahkan kepada Ketua Audit Negara. 

“PAC juga tidak pernah membuat sebarang keputusan bahawa perdana menteri tidak bersalah. 

“Oleh itu kami menggesa supaya Hasan untuk mengemukakan bukti melalui Hansard bahawa keputusan ini dibuat sebulat suara dan konsensus oleh semua anggota PAC,” kata lima anggota PAC itu dalam satu kenyataan media.( Mkini )

Sebenarnya persoalan samada Najib bersalah ataupun tidak, TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN oleh PAC. Selain dari dokumen2 yang diperlukan tidak diserahkan, Najib sendiri tidak dipanggil oleh PAC untuk disoal siasat.


Terlalu banyak persoalan yang masih tergantung walaupun selepas PAC bentangkan laporannya. Tergantung kerana masih banyak maklumat yang mahu diSOROKkan. Kita tertanya2 apakah alasan lapuran Ketua Audit Negara dirahsiakan bawah OSA walaupun asalnya dikatakan akan didedahkan selepas laporan Pac dibentangkan ? NAK SOROK APA ?

Apa yang RAHSIA sangat dengan laporan akaun 1MDB ni ?

SEMUAnya berkaitan 1MDB adalah pelik dan langsung tidak mengikut norma kebiasaan sebuah perniagaan diuruskan. Kalau untung tak perlah juga tapi ini RUGI dan MERUGIKAN !

Ternyata Najib masih tidak mahu mengaku idea 1MDBnya adalah hampeh dan cuba menyalahkan orang lain atas kegagalannya.

Oya, kenapa Najib tidak sebut apa2 tentang pelbagai pembayaran bernilai berbilion2 ringgit yang LESAP kerana dibayar kepada syarikat palsu ? Adakah itu juga merupakan pelan asal 1MDB ? Siapa yang meluluskan dan sain pembayaran kepada syarikat2 palsu itu ? 

Kenapa projek2 ( yang menyebabkan keperluan pembayaran kepada syarikat2 palsu itu ) banyak pakai redah tanpa memperdulikan arahan atau tanpa diberitahu kepada ahli lembaga pengarah ? Apakah CEO ( shahrul ) berani bertindak sendirian membabitkan kontrek atau pembayaran berbilion ringgit nilainya ? 

Apakah Shahrul juga berani bertindak melanggar Pengerusi Penasihat ?  

Tidak mungkin  ......... makanya SIAPA dibelakang Shahrul ?


Beberapa kali diulangnya perbuatan khianat itu ..... kenapa tidak ada tindakan ? Kenapa dibiarkan berulangkali ? Kenapa masih diambil bekerja di PMO malah dijadikan sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah 1MDB pula !  ?

Sudah2lah Najib ..... come clean and settle this as a gentleman. Lambat laun akan terbongkar juga...

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

14 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 11, 2016 at 8:39 AM delete

1)Melalui bentangan timeline en Din pun statement Najib tidak kredibel
2) statement Najib tidak menyokong apa2 melainkan beralasan utk kepentingan dirinya
3) malah jelas dibuktikan alasan beliau salah atau berniat menipu
4) masih ketara terdapat tujuan2 penyelewengan pada aktiviti2 pd timeline yg dikemukan sumber2 lain
5) sekali lg Najib cuba melepaskan dirinya
6) konon nya la Najib bercakap seperti org yg bermoral ttp hanyalah tidak lebih sbg Perdana Menteri yg khianat & penjenayah Malaysia yg tidak akan dikenang & akan menerima hukuman.
6) Malaysia akan mencatat sejarah negara yg punya PM & DPM yg dipenjara.
7) Malah sy mengimpikan barisan menteri & talibarut termasuk ketua polis, peguam negara juga dipenjarakan kerana bersekongkol dgn penjenayah
8) tamabahn - Najib juga berjaya mencatat rekod sbg PM yg mempunyai rekod kemalangan udara & pencerobohan pengganas tertinggi

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 11, 2016 at 10:00 AM delete

kalo tanam sayor dengan duit pinjam along pada masa yang sama buat loan rumah pulak baik jangan beli rumah lagi.tentu ke hasil sayur nanti boleh dapat macam kertas kerja.maklum la banyak remeh nak jaga sayur.kan..pak din

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 11, 2016 at 10:56 AM delete

klu manage IPO pun gagal... tak penuhi syarat... buat mende nak lead jadi menteri kewangan... ramai je yg isu IPO berjaya aje... bagi orang lain la jadi menteri la oiii...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 11, 2016 at 11:58 AM delete

Org tua 117 ni ingat 1mdb (better known as 1ndb) 1 idea genius..konon bleh jd 1 jenayah terancang yg sempurna. Konon xkan ada yg tau. Dia lupa kot skrg ni bkn zaman typewriter cam dia dlu.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 11, 2016 at 12:11 PM delete

Nasiblah tak jadi IPO ..kalau jadik ..lagi banyak Najib samun. Duit pelabur lak tu. Mula2 sapu tanah kerajaan ..lepas tu sapu duit pelabur. Najib ni betul2 ingat kita semua ni bodoh. Dia pikir dengan FGV dia lepas ..dengan 1mdb dia nak buat lagi. Zalim betul PM kau orang ni. Untung simpan sendiri ..bila rugi atau kena tangkap menipu ..seret rakyat sekali

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 11, 2016 at 1:46 PM delete

Beli IPP yg dah nak lupus, bayar much more than market price. Nak buat IPO private placement mana ada org bangap nak take up. Janganlah salahkan org lain wahai penasihat 1mdb. Kalau perlu salahkan org kain gak, tolonglah salahkan menteri kewangan 1 atau perdana menteri atau kedua2nya sekali.

Reply
avatar
Mohd Sufian
AUTHOR
May 11, 2016 at 3:03 PM delete

INI pelacuran ke penjuburan?
Bukan pelaburan ni..
1MDB ditubuhkan bertujuan songlap duit rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 11, 2016 at 3:56 PM delete

Parti 1MDB akan berentap dengan Parti Deklarasi Rakyat di Kuala Kangsar dan Sg Besar.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 11, 2016 at 4:24 PM delete

najib2 kenapa kau masih kat situ, nama kamu dah busuk satu dunia

Reply
avatar
RD.
AUTHOR
May 11, 2016 at 4:42 PM delete

Terima Kasih.
Saya langsung tak tengok kelentong Najib di TV1, semalam. Saya benci dengar penipu bercakap. Dah banyak kali dia menipu.

Saya rasa sebab utama mengapa 1MDB gagal IPO adalah kerana Laporan Audit Syarikat asyik tertangguh. Tanpa laporan Audit Syarikat, tak boleh buat IPO. Hakikat ini juga tidak disebut dalam laporan PAC?

Reply
avatar
abdul majid
AUTHOR
May 11, 2016 at 11:55 PM delete

Salam brother Din...

Saya setuju pendapat RD. Tanpa lapuran tahun untuk 3 tahun berturut-turut or lebih then sah-sah la SC reject permohonan IPO.

Kita yang low yer ini pun perlu bukti transaction akaun bank & kwsp jika nak mohon loan ciput. Dah sah 1NDB langgar peraturan Bank Negara till kena denda. Menipu untuk dapat kelulusan Bank Negara. Then nak cuba tipu SC pula & now nak menipu 'pendalaman' by kata Tun M kecohkan pula till IPO gagal. Cengal ada gak nilai, manusia 'sengal', emmm....

Reply
avatar
gue
AUTHOR
May 12, 2016 at 12:38 AM delete

RD mungkin betul kerana kalau nak buat ampungan dipasaran saham, akauns biasanya mesti 'murni' dan menunjukkan 'business model' yg dayamaju disamping kedudukkan kewangan yg kukuh. Bukan saja benda ni tidak wujud, malah syarikat perakaunan/auditnya dipecat/digugurkan sekaligus bolih menambah keraguan pasaran atau pemodal yg mungkin mahu beli saham syarikat ini.
Nampak macam ini satu lagi cubaan nak alih kesalahan kpd orang lain...?
Namun tidak begitu 'original', malah kebudak budakkan...

Reply
avatar
Tara ku cha cha
AUTHOR
May 12, 2016 at 2:20 AM delete

Apa kah agaknya yang menggerakkan dia supaya bercakap tentang 1MDB kali ini?

Sebelum ini kita dok tanya dia apa itu rm2.6b dlm akaun bank anda atau bila nak saman wsj, dia buat pekak badak jer kan? Kalau ya pun melalui juruhebahnya, budak Arul tu. Budak Arul tu pun dah sengap. Entah-entah ada lagi ke?

Tapi yang paling sunyi (tapi rindu) hingga telinga aku naik bingit sekarang ialah disebabkan 4 orang benteng pertahanan Bugis United (Dah Hilang, Minah Porsche, Taj the Mahal, Triple Sabah) yang selalu-selalunya kaber manager mereka macam nak mati. Tapi sekarang dah terkancing mulut.

Agaknya mereka telah diserang penyakit "terkejut beruk", hingga manager mereka sendiri terpaksa jadi goalkeeper Bugis United?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 15, 2016 at 2:30 PM delete

Pm pakai duit rakyat berniaga untung masuk poket dia melalui Jho Low bila rugi rakyat kena tanggung (ini mudah faham untuk tahu selok belok 1 MDB)
Dalam Astroawani pandai cakap tapi hakikat sebenarnya cakap tak tahu dan tak tanda tangan dokumen atau paka tanda tangan sahaja....apakah ni PM Malaysia???

Reply
avatar