KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Wednesday, May 25, 2016

dinturtle

Model Perniagaan 1MDB Adalah Hampeh ! Akhirnya Kerajaan Mengaku ....

Empayar 1MDB

Cantikkan peta dunia di atas ... dan tambah menarik bila nama Malaysia dimerahkan di anatara nama2 negara lain yang disebut. Peta di atas menunjukkan betapa meluasnya empayar syarikat 1MDB ... WOW! 

Mungkin patut dicatatkan juga nama Kepulauan Cayman, di selatan Amerika ( kedudukannya di bawah Miami dan Cuba ) yang begitu sinonim dengan 1MDB.

Peta saya copy dari Bloomberg ( KLiK ) yang menggunakan caption - How Malaysia's 1MDB Fund Scandal Reaches Around the World. ..... adeh... Artikel Bloomberg itu mengulas berita terkini tindakan MAS yang mengarah penutupan BSI Singapura dan siasatan AG Switzerland ke atas 1MDB.


HEBAT 1MDB ! Bank Swiss yang berusia 143 tahun pun boleh dikantoikan ....
                                                     **************************


Mkini

Memetik laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak memberitahu Dewan Rakyat bahawa tidak terdapat sebarang penyelewengan dan kecelaruan dalam akaun dan tadbir urus 1MDB.

"Sebaliknya terdapat kelemahan di dalam urus tadbir syarikat,” kata Najib ketika menjawab soalan bertulis Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Mahfuz dalam soalannya memuinta Najib selaku menteri kewangan menyatakan bentuk tindakan yang diambil terhadap pengurusan 1MDB selepas laporan PAC dibentangkan di Dewan Rakyat.

“PAC telah meminta agensi penguatkuasaan yang berkenaan mengambil tindakan selanjutnya.

"Justeru, Ketua Polis Negara telah memaklumkan bahawa pihak polis akan meneliti saranan PAC jika wujud sebarang elemen yang memerlukan siasatan dan tindakan lanjut,” kata Najib.


Bukankah terlalu awal untuk Najib buat rumusan bahawa tidak ada sebarang penyelewengan dalam 1MDB ?

Bagaimana dengan laporan Ketua Audit Negara yang dirahsiakan di bawah OSA di mana TS Ambrin sendiri percaya sebagai " cukup untuk memulakan siasatan lanjut " ? ( Mkini 19/5 )


Bukti2 dokumen juga masih banyak yang tidak dikemukakan oleh 1MDB terutama yang berkaitan dengan transaksi2 pelik 1MDB yang menjadi perhatian. 

Perhatikan sekali lagi peta dunia 1MDB di atas .... tidakkah pelik kenyataan Najib bahawa tidak ada penyelewengan berlaku dalam 1MDB sedangkan ketika ini 9 negara sedang menyiasat ' SKANDAL ' 1MDB ? 

Singapura dan Switzerland pula sudah mengambil tindakan hasil siasatan mereka ...... dan disini, Najib beritahu di Parlimen, tidak ada penyelewengan berlaku  !

                                                 ******************************

Saya lebih suka kepada komen2 Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani mengenai 1MDB yang lebih realistik.

Contohnya di Parlimen hari ini Johari berkata -

Mkini

Kerajaan tidak pernah mendakwa bahawa 1MDB adalah pelaburan yang baik

"1MDB bergantung kepada pinjaman untuk menjalankan pelaburan yang sebegitu besar dan tidak mampu memperolehi keuntungan dalam jangka pendek, ini adalah model perniagaan yang salah," katanya


Nah, ini pertama kali kerajaan mengaku model perniagaan 1MDB adalah hampeh ! Adakah Najib bersetuju dengan pandangan Johari ini ? Menteri2 dan pemimpin2 Umno lain setuju jugakah ? 

Mat Maslan ? Salleh Keruak ? Rahman Dahlan ? Annuar Musa ? Azalina ?

Dan ini satu lagi kenyataan bersifat JANJI KERAJAAN dari Johari -

Mkini
“Soal dari segi kita nak guna dana-dana institusi (awam) untuk menyelamatkan 1MDB ini, saya rasa kita semua bertanggungjawab bahawa mana-mana dana awam kita akan pastikan bahawa 1MDB tidak lagi meminjam dari mereka,” katanya di Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab .

Kita hanya mampu berharap kerajaan juga tidak akan menjual harta dan aset kerajaan/rakyat untuk membayar hutang2 1MDB. 

Habis tu, macamana nak bayar balik hutang 1MDB yang mencecah berbilion2 ringgit ? 

Well .... mungkin kita boleh percepatkan siasatan terhadap 1MDB dan jika terbukti sesiapa bersalah, rampas harta mereka terlebih dahulu untuk digunapakai bayar balik hutang 1MDB !

Cukup rasanya harta2 yang bakal dirampas itu  .....

Sekiranya tak cukup dan kerajaan perlu bayar balik hutang 1MDB, rakyat berhak terlebih dahulu mendapat penjelasan yang tuntas mengenai 1MDB. Laporan Ketua Audit Negara perlu dihebahkan kepada rakyat. Isu2 tergantung perlu diselesaikan .... contohnya isu SRC, sebab itu juga berkaitan dana 1MDB.


PS  - Oya, BILA masanya yang kerajaan mula sedar yang model 1MDB ini hampeh/salah ? Baru sekarang atau ketika 1MDB tengah loaded dengan duit hutang ? Kenapa pemimpin2 kerajaan tidak tegur 1MDB sebelum ini, atau sebelum nasi menjadi bubur sehingga tersadai dengan hutang berpuluh bilion ringgit ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

9 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 25, 2016 at 3:43 PM delete

Nampak tak ayat penipu "tidak terdapat sebarang penyelewengan dan kecelaruan dalam akaun dan TADBIR URUS 1MDB" tapi "Sebaliknya terdapat kelemahan di dalam URUS TADBIR,” kata Najib.. ayat pertama adalah berkaitan dengan dirinya, ayat kedua adalah berkaitan dengan B.O.D kot? tak pun melibatkan TUN...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 25, 2016 at 4:37 PM delete

Sy pcaya ramai yg dah xmgharapkan pihak berkuasa msia utk mgheret team najib ke muka pengadilan. Sebab makin hr makin myampah tgk muka2 yg memegang kuasa bt bodoh sj padahal negara2 lain yg punya rasa tgjwb btungkus-lumus memastikan kes 1mdb bertemu titik akhir. Sy lbh senang mbaca info2 blog saudara din,sr dan blog akadijasin. Brita2 tv sori lh,dh lma xtgk.meluat.

Reply
avatar
RamY
AUTHOR
May 25, 2016 at 5:14 PM delete

Biasanye, jika mne2 syrkt khilangn duit, akn sgra buat tindakn2 utk (1)mndptkn smula wg (2)buat laporan polis (3)lapor interpol jika mlibatkn negara lain, dll...
TP D TANAH TUMPAH (NAIK) DARAH KU, KITE DSURUH DOK DIAM2 JE SEOLAH2 MCM TKDE APE2 BRLAKU.!!!

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 25, 2016 at 9:54 PM delete

Nasi dah jadi bubur, najib dan umno akan kubur bersama

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 25, 2016 at 10:37 PM delete

1MDB adalah projek paling hampeh di dunia hasil buah tangan PM paling hampeh di dunia. Malah layak digelar PM paling pembelit dan koruptor di planet bumi ketika ini. He break record as a THE MOST DIRTY & CORRUPTOR PM IN THE WORLD. Barangkali kulit muka dia sama atau lebih tebal dgn kulit K......??? Sebab tu the worst and dirty thing is nothing for him. Tun M tentu kesal tak sudah sudah kerana dialah yang membuka jalan malaon pembelit ni berada dipuncak skrg.

Reply
avatar
abdul majid
AUTHOR
May 25, 2016 at 11:02 PM delete

Bravo Tuan...

Tadbir urus vs urus tadbir. DBP faham kot maknanya. Macam sama tapi tak serupa. Macam serupa tapi tak sama. 69 kot...

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
May 26, 2016 at 9:30 AM delete

Salam Bro

Hampeh!...semua memang hampeh!.

So sekarang MK2 kata tak akan pakai dana awam nak selamat 1MDB. Tell us how? Woi Johari! ko cuma cakap 1MDB tak boleh pinjam dana awam lagi. Hutang dah bertimbun atas kubur sendiri ko kata pasal pinjam lagi...Hampeh punya menteri.

1MDB (1 Malaysia Dah Bangsat) ni dah tak de harta lagi. Yang ada cuma HUTANG, HUTANG, BUNGA HUTANG, HUTANG, BUNGA HUTANG.....Reta kan dah pindah ke MOF. Apa lagi nak cakap?
BOD dan resign, CEO pun dah nak cabut...Siapa tinggal?...NAJIB Pengerusi Lembaga Penasihat....Gadai lah teloq Najib untuk bayar hutang....Bongok!...

Woi Johari....jurucakap Najib....ko bagitau macamana nak settle hutang 1MDB ni. Ko sendiri cakap 1MDB ni memang sah kompeni haprak dari awal lagi. Haprak punya kompeni dek kerana pengurusan yang lebih haprak diketuai oleh Najib ko punya bos tu. Kalau begini korang urus satu kompeni tak heranlah ekonomi negara jahanam dek urusan haprak korang semua.

Johari budak suruhan Najib!...ko jangan cakap apa apa lagi tentang 1MDB ni. Biar Najib sendiri cakap. Kenapa? Najib dah bisu ke?....mengutuk orang tua 91 tahun bukan main lagi...tapi cakap pasal 1MDB suruh orang lain. Kenapa dia ponteng Parlimen? Ini urusan rakyat...

Tolong sesiapa beritahu RAKYAT macamana nak bayar HUTANG 1MDB?...JUST TELL US HOW?...

School High High Stupid Never Finish.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 26, 2016 at 11:17 PM delete

satu cara yg ada trfikir ialah gadai kak mah selama 35 tahun kt mana2 institusi atau agensi atau perseorangn utk abiskn faedah hutang. psti ada kelainan jika first lady di maksimumkn fungsi nya

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 27, 2016 at 3:03 PM delete

Jelas, depa nak larikan diri selepas rugikan rakyat RM 50ribu juta.
Rakyat kecut, rakyat tak kisah, rakyat tak tau nak buat apa, rakyat takut nak bersuara, rakyat cepat mengalah, rakyat senang diperdaya. Rakyat sangat sangat perlukan pemimpin melayu yang berani seperti Muhyidin, Tun M, Syafie Afdal, Mukhriz, yg diharapkan dapat membawa sedikit kebaikan dlm pimpinan negara.

Reply
avatar