KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Sunday, May 1, 2016

dinturtle

Mukhriz - Pihak JASA Menipu Rakyat Dalam Kes 1MDB !



Video adalah sedutan ucapan Mukhriz dari Majlis Bicara Selamatkan Malaysia di Johor Baru dua malam lepas ( KLiK ). 

Mukhriz telah mengenal pasti antara lain 3 jawapan SALAH yang diberikan dalam buku terbitan JAS - 1MDB, Siapa Kata Tidak Dijawab ? setelah beliau membandingkan jawapan JASA dengan fakta yang dibentangkan oleh PAC dalam pembentangan laporan parlimen baru ini.




KLiK untuk ke Youtube.

soalan no 11 - Benarkah USD700 juta dari pelaburan dalam Petrosaudi lesap dan dimasukkan ke dalam akaun Goodstar milik Jho Low ? .... Jawapan JASA - Tidak benar.

Mukasurat 25 dalam laporan PAC disebut, pada 30 September ... ( saya prinskrin bahagian berkenaan dari lapuran PAC -


Maksudnya, ini satu penipuan.

Kemudian, soalan nombor 6, ditanya benarkah dakwaan Tun Mahathir bahawa RM27 bilion lesap ? Jawapannya - Tidak ....

Kemudian diletak satu jadual, dihuraikan ke mana duit2 ni semua pergi. Dan salah satu yang disebut di sini, 4.2 bilion Aabar Investments deposit. Baru dua tiga minggu lepas, IPIC dan Aabar telah mengeluarkan kenyataan - dia tak terima duit ini.

Entah ke mana pergi, hilang. Lesap. Tapi dalam buku ini ia kata, tidak benar lesap. Itu penipuan juga.


Ada saya tulis artikel mengenai ini - KLiK dan saya copy perenggan yang penting dari kenyataan IPIC itu -

Both IPIC and Aabar confirm that Aabar BVI was not an entity within either corporate group.  Further, both IPIC and Aabar confirm that neither has received any payments from Aabar BVI nor has IPIC or Aabar assumed any liabilities on behalf of Aabar BVI. 

Soalan nombor 16, benarkah 1MDB cuba merampas wang Terengganu Investment Authority (TIA) dan mencagar telaga minyak Terengganu ? Jawapan dia - Tidak Benar Sama sekali !

 Saya prinskrin laporan PAC -



Rupa2nya memang benar penipuan.Tipah tertipu lagi.

Itulah sebabnya rakyat sudah tidak lagi tahan dengan penipuan demi penipuan daripada jawapan2 yang diberikan oleh pelbagai orang termasuk Perdana Menteri sendiri.


                                            ********************************


Bulan lepas kita diberitahu melalui jawapan di parlimen, kerajaan telah membelanjakan lebih RM600 ribu ( KLiK ) untuk terbitkan buku "1MDB - Siapa Kata Tidak DiJawab" itu.

Nah .... bukan saja tidak menjawab secara telus, malahan pihak JASA yang bertanggungjawab terbitkan buku itu pula terbukti MENIPU dalam beberapa jawapan yang diberikan !

Apa tugas utama JASA ni ? Memberi penerangan kepada rakyat akan isu2 semasa atau membela Najib dan 1MDB walaupun terpaksa menipu ?

Kalau dikatakan yang pihak Jasa sendiri tidak mendapat maklumat sebenar mengenai persoalan2 yang dilontarkan, adakah itu bermakna yang Jasa telah memandai2 jawab sendiri tanpa merujuk kepada 1MDB ? Atau sebenarnya 1MDB yang menipu menggunakan Jasa ?

Pelik sungguhla 1MDB ni ..... tak pernah2 berlaku dalam sejarah negara kita berlaku kes seperti 1MDB ini ! Benda yang terang2 merugikan negara, memalukan negara dan kemungkinan besar bakal berdepan dengan dakwaan2 pihak penyiasat antarabangsa akan salahlaku kewangan yang turut melibatkan nama Najib malah terbukti melesapkan berbilion ringgit wang rakyat .... TAPI kerajaan dan pemimpin2 Umno semuanya senyap.

Langsung tidak ada teguran atau pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut .... semuanya angguk2 macam patung ! Dah kena mandrem ke apa ?

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

10 comments

Write comments
Mohd Sani
AUTHOR
May 1, 2016 at 9:05 AM delete

Asslm..
Wak Din, bukan angguk Mcm patung..tapi da memang patung. Kena mandrem nasi kangk..g che rose.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 1, 2016 at 9:18 AM delete

Bukan kena mandrem la din....dia orang bila nak dedak....baru lah cakap....sekarang dedak penuh kat stock dia orang....tunggu la....bila dedak nak habis...baru la cakap....nak hidup din..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 1, 2016 at 11:44 AM delete

Sesiapa yg menipu rakyat dan mereka yg menyokong penipuan ini walau apa kedudukan pangkat mereka memang besar punya haram jadah

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 1, 2016 at 1:43 PM delete

Maaf ttp terpaksa saya katakan, para ustaz, ustazah & pegawai2 agama- bangkit lah!!! Byk nasihat yg di syarahkan pasal nilai2 yg islamik. Kalau kita sudah terang2an asas kpd nilai yg diambil panduan dicabul oleh pemimpin & penyokong yg 'bangsat'. Buktikan, ia bukan sekadar omong2 mengisi tazkirah sahaja tapi tunggu org lain yg buat, nak pimpin jemaah camana ni?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 1, 2016 at 3:35 PM delete

600K utk terbitkan buku tu. Tertanya juga berapa hinggit je yg sebenarnya diguna utk penerbitan buku yg entah berapa buah yg dicetak. Yang selebihnya mana pergi agaknya..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 1, 2016 at 5:45 PM delete

Tepat sekali.Pung pang pung pang suruh orang buat kebaikan dlm surau2 dan mesjid. Masa kemungkaran besar mcm ni la kita perlu ustaz2 ni yg pandai cakap utk pimpin kita,so mana diorang2 ni semua?Bala tetap juga kita kena...dah panas dah kat m'sia ni wei,over 40deg dah.!!!tak kan ustaz2 ni tak paham2 lagi?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 1, 2016 at 11:25 PM delete

Kalau ada hukum hudud. PM kena potong tangan tak? Saksi dah ramai ni.

Huhu

Reply
avatar
KZSO
AUTHOR
May 2, 2016 at 9:46 AM delete

Najib sedar ramai rakyat tidak lagi sokong beliau...nak letak jawatan tapi punahsihat punahsihat tak nak bagi...keep on fighting dato seri..fight till the end. Yang boleh beri nasihat ialah Tuanku Sultan jer..tapi mahu ke Paduka Sultan mahu beri nasihat kepada najib? Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Reply
avatar
Mehta joka
AUTHOR
May 2, 2016 at 9:44 PM delete

Bukan tangan je... kaki pun kena juga potong.... termasuk kaki bodek dan pembohong tegar....

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 6, 2016 at 11:02 AM delete

Hanya nak komen dan mendapatkan pengesahan tentang 1MDB dan TIA (Terengganu Investment Authority). Saya ada terbaca tentang perjanjian bernilai RM11 bilion, bukankah perjanjian ini tidak diteruskan oleh kedua pihak(1MDB and TIA)? Dan bukan kah setelah perjanjian ini tidak diteruskan, kedua pihak(1MDB dan TIA) tidak mengeluarkan wang perlaburan RM11 bilion itu? dan hanya RM1 juta capital di bayar balik ke TIA oleh 1MDB? Jika betul atau salah, tolong huraikan. terima kasih

Reply
avatar