KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Saturday, May 14, 2016

dinturtle

Najib Wajib Saman WSJ Demi Maruah Rakyat Malaysia ! - Mukhriz




Sebelum ini saya siarkan petikan2 video ucapan Muhyiddin ( KLiK ) di Majlis Selamatkan Malaysia di Kampung LBJ dua hari lepas, artikel kali ini saya siarkan petikan2 menarik dari ucapan Mukhriz pula. 



Dilemma Ahli Umno Ketika PRU



KLiK untuk ke Youtube

- Umno macam tak boleh nak buat apa2 nak betulkan keadaan. 

- Pru 14 nanti nak buat macamana ? Adakah dia akan terus jadi jentera untuk memenangkan Umno .... memang itu yang dia nak, tapi takut2 kemenangan kita itu nanti akan memberi kekuatan kepada orang yang tak sepatut

- Tengok apa yang berlaku di PRN Sarawak, TAHNIAH kepada Adenan Satem yang menang dengan penuh bergaya sekali .... tapi dengan begitu cepatnya, orang lain pula yang nak ambil kredit. 

- Dalam PRU, orang Umno dalam dilemma. Selagi Najib masih lagi Presiden Umno, macamana kita nak buat ? Kita nak parti kita menang tapi kita tak nak dia pulak yang gunakan kemenangan itu bukti kononnya dia masih disokong oleh Umno ...katanya 3.4 juta ahli Umno sokong dia



GST Buat Bayar Hutang 1MDB





KLiK untuk ke Youtube

- ( pampers orang tua pun kena GST ) Bayangkanlah betapa peritnya tanggungan rakyat Malaysia yang membayar cukai2 ini yang dah disahkan akhirnya akan digunakan untuk selamatkan 1MDB

- Gabenor Bank Negara yang baru keluarkan kenyataan - jangan bimbang, semua hutang2 1MDB ini akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia !

- Duit kerajaan ni duit siapa ? Duit Rakyat .



Dakwaan Reza Dapat Duit 1MDB - Najib Wajib Saman WSJ




KLiK untuk ke Youtube


- laporan WSJ kata sudah ada bukti jelas kaitan duit disalurkan daripada 1MDB sampai ke Reza Aziz, membeli rumah pangsa bernilai puluhan juta dolar di New York dan di Beverly Hills.

- Dakwaan yang begitu serius sekali kerana menunjukkan kaitan secara langsung 1MDB dengan anak tiri PM. Kalau yang macam ini pun PM tak saman WSJ, saya tak tahulah sampai bila lagi dia nak biarkan

- Kalau betullah itu semua penipuan .... samanlah ! Ini bukan soal maruah dia sorang tapi ini soal maruah rakyat Malaysia. Kalau tak benar, mesti ambil tindakan undang2, jangan bagi apa2 alasan sekalipun .


Jika Nazri Nak Tumbuk Tun, Mari Jumpa Saya Dulu !



KLiK untuk ke Youtube

- ... Datuk Nazri Aziz ... yang baru2 ni kata dia nak bertumbuk dengan Tun Mahathir. ... adakah tuan2 akan berhadapan dengan dia untuk mempertahankan Tun Mahathir ? ( disahut YA oleh hadirin )

- Saya sebagai anak jantan Tun Mahathir akan berhadapan dengan nya. Kalau dia berani nak bertumbuk, mari berjumpa dengan kita ni dulu.

- Agaknya dah hilang akal la... dah hilang pertimbangan. Orang tak waras ... boleh keluar kenyataan macam itu, tapi berpangkat Menteri ....


Cadang DiTubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja Siasat 1MDB




KLiK untuk ke Youtube.


- Kita nak cadangkan dengan penuh hormat agar Majlis Raja2 pertimbangkan untuk mewujudkan satu badan atau majlis Suruhanjaya Siasatan Di Raja mengenai 1MDB.

- sepertimana yang dititah oleh Majlis Raja2 pada bulan Oktober tahun lepas, menitahkan agar kerajaan ambil serius masalah 1MDB ini, siasat setelus2nya supaya keyakinan rakyat terhadap kerajaan dapat dipulihkan. Ini dititah oleh Raja, tapi sehingga hari ini tidak diendahkan oleh kerajaan.

- Titah Tuanku ini jangan diperlekehkan, jangan diambil mudah.

- Bila tidak ada respon daripada kerajaan, Suruhanjaya Siasatan DiRaja ini mesti diwujudkan segera. Dilantik orang2 yang berwibawa yang kita yakini. Janganlah ambil orang2 yang ada sangkut paut dengan orang yang kita nak siasat ini.

- Siasat secara telus dan terbuka. Jangan bila ada Kertas Putih, tiba2 di OSA

- Jangan macam laporan Ketua Audit.mengenai 1MDB yang masih bawah OSA, tak boleh didedahkan kepada rakyat.

- setahu kita, semua laporan audit memang terbuka.


Untuk menonton ucapan penuh Mukhriz, sila KLiK. Kredit kepada ISMAWEBTV.

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

1 comments:

Write comments
jamil
AUTHOR
May 15, 2016 at 12:08 AM delete

Kalau Najib tak nak saman WSJ suruh saja Rosmah yang saman. Lagi pon kan Aziz Reza ni anak kandong Rosmah.

Reply
avatar