KLiK Gambar Untuk Pendaftaran ONLINE BERSATU

Tuesday, May 10, 2016

dinturtle

Perdana Menteri Bukan Penjawat Awam - Hujah Najib Nak Buang Kes Saman Tun

Mkini

Ingat tak baru ni Najib ada kemukakan permohonan untuk batalkan saman yang dikemukakan oleh Tun Mahathir, Anina dan Khairuddin ke atas Najib selaku penjawat awam yang terlibat dalam amalan korup dan menghalang siasatan berkaitan isu 1MDB dan RM2.6 bilion ? Saman difailkan pada 23 Mac ( KLiK ), dan disampaikan kepada peguam Najib 31 Mac.

Plaintif dalam samannya pada 23 Mac lalu, memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Hari ini baru kita tahu alasan yang diberikan oleh Najib untuk batalkan saman Tun itu -

*Dalam perenggan ketujuh dan kelapan afidavit itu, Najib berkata beliau memfailkan permohonan untuk membatalkan kedudukannya atas kapasiti sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pengerusi BN dan Presiden Umno dan bukan sebagai seorang penjawat awam kerajaan.


Apa yang saya fahamkan dalam kes ini -

1 - Tun, Anina dan Khairuddin saman Najib atas kapasiti Najib sebagai penjawat awam bla bla bla...
2 - Najib pula balas kata dia BUKAN penjawat awam ..... makna kata, saman itu tak kena tempat.


So ... adakah Najib selaku Perdana Menteri merupakan seorang Penjawat Awam ? Bahasa omputeh lebih tepat iaitu Public Servant atau yang berkhidmat kepada orang awam /rakyat.

Apakata cai2 Najib tampil dengan hujah2 bagi menyokong Najib yang PM bukan seorang penjawat awam ?  Begitu juga dengan Menteri2 dan wakil2 rakyat lain ... adakah mereka juga bukan penjawat awam atau public servant ?


Apapun takrifan anda samada PM adalah seorang penjawat awam atau tidak, amatlah memalukan bila Najib menggunakan alasan teknikal sebegitu untuk buang kes saman Tun. 

Kenapa Najib tidak jawab saja di mahkamah kenapa beliau selaku PM tidak bersalah dalam dakwaan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Pertahankan segala tindakan yang dibuatnya adalah demi kepentingan rakyat dan beliau tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai PM.

BUKANNYA sibuk dengan takrifan apakah PM tergolong sebagai penjawat awam dan cuba buang kes atas dasar takrifan itu.

Cuba Najib sendiri berikan contohnya bagaimana seorang rakyat mahu mendakwa Menteri atau PM atas dakwaan salahguna kuasa atau gagal dalam memikul amanah rakyat supaya tidak timbul ruang untuk buang kes atas isu teknikal ? 

Kita faham PM tidak akan punya masa untuk bekerja jika hanya melayan kes2 saman di mahkamah tapi memandangkan kes 1MDB dan RM2.6 bilion merupakan kes berprofil tinggi dan mendapat perhatian seluruh rakyat juga masyarakat antarabangsa, pertimbangan khas harus diberikan supaya kes ini diteruskan pengadilannya di mahkamah.

Najib punya tanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa segala dakwaan itu adalah tidak benar dan beliau adalah bersih dari segala dakwaan itu.

Dari segi politik, bagi Umno dan BN juga, pembersihan nama Najib oleh mahkamah amat diperlukan dalam berdepan dengan pilihan rakyat semasa PRU14 kelak.

Janganlah terus mengelak, Najib ooooi .......

                                 **********************

Oya, perenggan dari Mkini yang ini juga menarik -

*Dalam perenggan 24 afidavitnya, Najib menafikan dakwaan dalam pernyataan tuntutan bahawa beliau berperanan dalam memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk seri Shafie Apdal daripada menjadi anggota kabinet dan hakikat bahawa empat daripada ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara telah dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam rombakan kabinet Julai lalu.

Pulak dah ..... tak mengaku pulak memecat Muhyiddin selaku TPM dan Shafie dari anggota kabinet !

dinturtle

About dinturtle -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

4 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 10, 2016 at 9:44 PM delete

Alasan teknikal lagi....itupun tak kuat terlalu hambar untuk dibuang kes ini.

Teringat AG Pandi, bekas hakim mahkamah tinggi, boleh dipercayaikah kredibiliti hakim malaysia ini?

Teringat pula hakim membebaskan anwar ibrahim...

Reply
avatar
PakKaduk
AUTHOR
May 10, 2016 at 11:39 PM delete

Najib bukan penjawat awam, dia adalah pekerja swasta Ketua Penyamun...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 11, 2016 at 8:49 AM delete

Kalau PM bukan penjawat awam? Makna Najib melalui peguamnya telah mengakui melalui peguamnya bahawa dia adalah penjawat khusus! Khusus utk isteri, keluarga & rakan kongsi yg telah menipu negara utk kepentingan sendiri. Maka kalau ini jd precedent, elok benar di invoke kan undang2 bahawa Najib secara sedar telah menentang negara & DYMM Agung! Treason!

Reply
avatar
PutraKraken
AUTHOR
May 11, 2016 at 10:24 AM delete

Salam Bro

Najib bukan penjawat awam?...Kepala hotak berulat!...
Loyar Najib ni sama ada dia benar benar bongok, bahalol atau ikut kata Najib yang kita tau memang berulat kepala hotak dia. Najib ni pakai loyar penjawat awam ke loyar berbayar?...Loyar penjawat awam macam Pandi tu ( tak layak panggil dia Attorney General) makan gaji...loyar berbayar golongan professional...tapi loyar Najib ni macam tak tergolong dalam kedua dua kumpulan tersebut...Loyar Buruk je!...nak saman WSJ pun main hantar surat mintak pengesahan apa WSJ cakap...tak pro langsung!...sampai sekarang pun tak saman saman lagi.

Hoi!...Najib makan gaji ke buat business?...Business 1MDB dia hancus...

Cuba kita rujuk kepada hujah hujah berikut:

1. Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Wakil Rakyat...dibayar GAJI dan ELAUN oleh KERAJAAN MALAYSIA. Wang Kerajaan tu datang dari sumber hasil Negara iaitu DANA AWAM (Public Funds). Bila sesaorang itu dibayar gaji dan elaun dari pulic funds tentunya mereka di panggil PUBLIC SERVANT...dalam bahasa melayunya PENJAWAT AWAM.

2. Apakah skop tugasan dan tanggung jawab Najib dalam jawatan jawatan yang dia sandang sekarang?
a) Perdana Menteri - Ketua kepada kabinet yang bertanggung jawab menguruskan NEGARA.
b) Menteri Kewangan - Ketua pengurusan Kewangan dan Ekonomi NEGARA.
c) Wakil Rakyat - RAKYAT memilih beliau menjadi wakil mereka dalam PARLIMEN untuk menggubal undang undang dan meluluskan belanjawan negara.

Ketiga tiga tiga tugasan tersebut semuanya bersangkut paut dengan RAKYAT dan NEGARA. Rakyat dan Negara tu sape? Rakyat tu ORANG AWAM dan Negara ialah TANAHAIR kita termasuk Harta dan Hasil Mahsulnya.

3. Ini satu lagi aku nak tanya dengan loyar Najib. Perkhidmatan Najib tu tertakluk dibawah AKTA ape? Adakah ianya tertakluk dibawah EMPLOYMENT ACT(1965)...atau AKTA PERKHIDMATAN AWAM...atau lain lain Akta Menteri Kabinet ke? Kalau Najib kena buang kerja boleh ke dia merujuk kepada Mahkamah Industri (Industrial Court)?

4. Mengikut "Employment Act (1965)" - ada disebut tentang "Employer Employee Relationship" untuk menentukan sesuatu perkhidmatan. Dalam kes Najib ni...sebagai ketua kabinet (walaupun kabinet kayu) beliau mesti melapor kepada DYMM Yang DiPertuan Agong...malahan perlantikan beliau pon oleh DYMM Yang DiPertuan Agong sebagai KETUA NEGARA MALAYSIA.

5. Presiden UMNO tak ada sangkut paut dalam tugasan penjawat awam. Mat Maslan je yang cakap AMT tu satu tugas yang diambil kira bila cakap buat kerja lebih dari satu.

Saya rasa dari hujah hujah dan persoalan tersebut diatas... memang sah NAJIB ADALAH SEORANG PENJAWAT AWAM....full stop!

Loyar Najib tu sekolah kat mana?...sama kelas dengan Mat Maslan ke?
Bukan apa setakat nak tau je...kalau orang tanya sekolah undang undang mana nak pergi...taklah aku salah rekomen nanti.


Reply
avatar